15 May 2013

Duphaston


 
Untuk entry kali ini, saya mahu berkongsi maklumat berkenaan Duphaston seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini. Untuk makluman kalian, saya bukanlah 'dealer' utk ubatan ini dan saya tidak bermaksud untuk membuat promosi. Saya cuma mahu kita semua mengetahui dan sedr apa yang diberi oleh doktor kepada kita.
 

 
Apa itu Duphaston?
 
Credit to: momssoliloquy.blogspot.com
 
 
Duphaston = Dydrogesterone 10mg
Merupakan Progesterone-Only Contraceptive Pill (POP) 
Dikilangkan oleh Abbot Healthcare
 
 Mempunyai 'selective pregestational acitivity' (aktiviti progesteron terpilih) pada system reproduktif wanita. Maka, ia tidak akan memberi kesan sampingan yg sama seperti POP yg lain.

Tiada pengaruh hormon estrogen, testosteron, dan steroid.
Tidak mempengaruhi suhu badan.



 
Untuk Siapa dan Cara Pengambilan
 
 
Masalah

Indikasi

Dos

Kekerapan

Tempoh

Dysfunctional uterine bleeding

Menghentikan pendarahan

10mg

2x/hari

5 - 7 hari

Mengatur kitaran haid

10mg

2x/hari

Hari ke-11 hingga ke-25

Secondary amenorrhea

(Haid terhenti beberapa minggu)

 

Mengatur kitaran haid

 

10mg

 

2x/hari

 

Hari ke-11 hingga ke-25

Premenstrual syndrome

10mg

2x/hari

Hari ke-11 hingga ke-25

Threatened abortion  (pendarahan di awal kehamilan)

40mg, kemudian 10mg setiap 8 jam, sehingga simptom berhenti

Keguguran berulang ('recurrent pregnancy loss')

10mg

2x/hari

Sehingga kandungan minggu ke-20

Endometriosis

10mg

2 -3x/hari

Hari ke-5 hingga ke-25

Dysmenorrhea

(Senggugut/'period pain')

10mg

2x/hari

Hari ke-5 hingga ke-25

Kitaran haid tidak teratur

10mg

2x/hari

Hari ke-11 hingga ke-25

Infertiliti akibat fasa luteal yang tidak teratur ('luteal insuffiency')

10mg

2x/hari

Hari ke-11 hingga ke-25

(sekurang2nya 3 bulan berterusan)

Hormone replacement therapy (untuk pesakit menopause)

10mg

1x/hari

14 hari terakhir rawatan estrogen
Perhatian:
  • Perlu diambil pada masa yang sama setiap hari
  • Jika tertinggal dos - ambil dengan segera
  • Jika tertinggal lebih dari 12 jam - tinggal sahaja dos utk hari itu
  • Untuk 2 - 3 kitaran haid terawal, ada kemungkinan berlakunya 'breakthrough bleeding' (maklumkan kepada doktor yg merawat)
  • Boleh diambil bersama/tanpa makanan
  • Simpan ubat di tempat kering, jauh dari cahaya
*Breakthrough bleeding = pendarahan berlaku di tengah2 kitaran haid
 

 
Dilarang bagi...
  • Alahan keapda progesteron
  • Pesakit kanser payudara dan genitalia (rahim dan ovari)
  • Darah haid yang tidak tetap yg tidak diketahui punca ('undiagnosed irregular vaginal bleeding')
  • Fungsi hati terjejas

Kesan ubat akan berkurangan sekiranya mengambil ubatan:
  • Anti-epileptik (ubat sawan)
  • Sesetengah antibiotik; anti-tibi
  • Sesetengah herba; gingko biloba
  • Anti-virus
 *Tiada bukti klinikal bahawa ubat ini memberi kesan kepada kandungan, penyusuan dan kesuburan


 
Kesan Sampingan
Kerap (common)
  • Sakit kepala, migrain
  • Rasa loya
  • Senak pada payudara
  • Haid tidak teratur (dos dan cara pengambilan perlu dilihat kembali)

Tidak kerap (uncommon)
  • Rasa murung, sedih
  • Pening
  • Muntah
  • Fungsi hati terjejas
  • Alahan kulit
  • Meningkat berat badan
Jarang berlaku (rare)
  • Hypersensitivity (alahan kepada progesteron)
  • Rasa mengantuk
  • Bengkak pada payudara

 
 


Rujukan:
http://www.medicines.iehttp://www.mims.com



24 comments:

  1. Hi awak.nk tanya.sy ada amik duphaston.sy nk tau.masa period boleh amik ker ubat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,Dr ade bgtau saya aritu.bila period yg keluar darah kena berhenti tp kalau coklat atau spotting je teruskan makan.tapi better awak refer dgn Dr semula.

      Delete
  2. Hai... nak tanye sikit boleh... biasanye lps ambil ubat ni..hari ke berapa kita akan period ye.. itu hari doktor bagi ubat ni utk turunkan period...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biase sy amik hr ke 4 stop mkan da kuar peyed

      Delete
  3. Saya ambik ubat ini untuk kuatkan rahim..
    Baru 6 week...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn sy..6w pregnancy..pg td tiba2 bleeding..tp xbyk..cuma lendir..pergi kpmc doc yg sama...dia bg duphaston utk kuat rahim

      Delete
    2. Sama dgn sy..6w pregnancy..pg td tiba2 bleeding..tp xbyk..cuma lendir..pergi kpmc doc yg sama...dia bg duphaston utk kuat rahim

      Delete
    3. Skrg sis Rafidah Ramli mcm mna lps mkn duphaston? Sy 5w..sma mcm did kuar lendir darah..2times misscarriage 😭

      Delete
  4. Hi, period saya lambat 4 hari & pregnancy test positive (very2 light), doctor saya bagi duphaston..
    hari ini i test and it's lunjuk negative:(.. but no period.. rasa macan guguran awal but why no period? ini because dusphaston ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bkn sbb duphaston..cnfrm guguran ke?ada rfer doc?

      Delete
    2. Rasanya bkn sbb duphaston..cnfrm guguran ke?ada rfer doc?

      Delete
    3. ade refer doktor x? biase kalau ade cyst lewat peyed akan kuar double line 2 3 hr.. pastu negetif balik..

      Delete
  5. sy nk tny...bole ke mkn duphaston tp xbleeding..?sbb sy pernah keguguran 5week 3days.kne mkn duphaston sebelum makn or selepas makn

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. boleh je...Doctor sy pun bagi ubat kuatkan rahim ni selama 8 hari (2x sehari) Saya pun pernah keguguran awal sblm ni. Now tggu utk scan dan tgk bby. Hopefully semua ok la..

      Delete
  6. As salam nk tanya,sya tgh pregnant for 6 weeks,dan sekarang cuma ada keluar lendir berwarna putih,sbb sebelum ni mmg ada lendir bercampur darah,tp sudah stop selama 4 hari,perlukah sya makan ubat duphaston untuk kuat rahim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah keguguran dua kali sebelum ni

      Delete
    2. Selalunya klau g clinic pakar (gene) dia akan bagi ubat duphaston ni sis

      Delete
  7. Hai ibu2 semua...sy pregnant 6wk..skrg tgh bleeding ni ada lendir cmpur darah...hr ni hr ke 10 dah...sy dah p jumpa doc n dah scan tp doc ckp xnmpk apa2 lg...so kena dtg balik 3mggu lg...doc syorkn sy ambik dupaston ni...sy dah mkn 4 hr dah but still kluar lg lendir n darah...dlm hati ni cuma Allah je yg tau...risau,sedih semua ada...sy harap sgt bby sy kuat...sy dah pernah gugur12wks..lps 3bln dnc alhamdulillah ada rezeki lg..tp tu la skrg risau sgt sbb takut benda yg sama berulang lg...doakn bby sy kuat yer ibu2 semua...insya allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bgus duphaston dia kuatkan rahim, tmbah bagi siapa yg de hstory misscarriage
      Insyallah bleeding akan stop dn kandungan akan selamat
      Saya dlu pun pnah misscarriage
      Dan 2x sya preggy doc suggest duphaston ni
      Alhamdulilah, dh sepasang anak 🤗
      Banyak berdoa kepadaNya

      Delete
  8. Assalamualaikum, sy pregnant 6 week dan smlm ada kluar drh.. Sy dah refer doc dan doc bg sy ubat dupaston. Tp kesan sy mkn ubat ni kepala sy sakit yg teramat sangat2. Bila sy makan penadol untuk tahan sakit ni hanya bertahan 2 jam dan sakit kepala tu akan datang semula. Perlu ke sy teruskan pengambilan penadol stiap kali sakit ni dtg. Buat masa skrg sy akan mkn penadol 6 jam sekali. Sy risau dgn kandungan sy kalau kerap mkn penadol. Tolong respond asap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panadol (paracetamol) memng boleh tpi tak digalakkan
      Inilah pengorbanan untuk menjadi seorang ibu,nty stop bleeding xyah dah duphaston (dikurangkan dos)
      awal2 1st trimester shja
      Insyallah semua akan okay nty

      Delete