04 May 2013

Nak Buat IUI atau IVF?

Sudah pasti di luar sana yang keliru samada nak lakukan IUI atau IVF. Di entry sebelum ini saya sudah ceritakan pengalaman saya tentang IUI dan IVF dan bagaimana prosedur setiap satu dijalankan. Bila kita dah faham bagaimana ia dilakukan, barulah boleh buat keputusan, kan?
 
Pada kebiasaanya, setiap pasangan yang mendapatkan rawatan dimana2 klinik infertiliti akan melalui pelbagai perkara:
  • Diambil riwayat sejarah - untuk mengetahui samada benar2 dikatakan 'infertile' (tinggal bersama lebih dari 1 tahun), untuk mengetahui samada isteri atau suami yang bermasalah dan juga apakah punca infertility (kene ingat 60% punca infertile adalah tidak diketahui).
  • Dilakukan pemeriksaan fizikal dan juga ultrasound
  • Diambil darah untuk mengetahui punca infertiliti
  • Diberi ubatan untuk memastikan kitaran haid tetap
Setelah dipastikan punca infertiliti dan kitaran haid sudah tetap, barulah diberi ubat kesuburan. Dimulai dengan ubat kesuburan bentuk pil (Clomiphene Citrate) dan jika masih tidak membuahkan hasil, isteri akan diberi ubat kesuburan dalam bentuk suntikan subcutaneous (Gonal-F atau Puregon).
 
Sementara itu, hasil kesuburan isteri akan dipantau melalui ultrasound, samada folikel dapat matang dengan baik atau tidak. Ia dinamakan 'follicular tracking', pemeriksaan ultrasound melalui vagina (transvaginal) secara selang sehari semenjak hari ke-6 haid. Pada kebiasaanya, folikel matang (saiz melebihi 20 mm) pada hari ke-14 hingga ke-16. Follicular tracking biasanya dilakukan bagi pasangan yang akan melalui IUI atau IVF.
 
Perlu diingat, tidak semestinya doktor terus mencadangkan IUI atau IVF. Pasangan perlu berjimak seperti biasa pada hari subur iaitu hari ke-12 hingga ke-16, semasa pengambilan ubat kesuburan. Saya dan suami hanya melalui prosedur IUI selepas hampir 2 tahun mencuba dengan cara 'normal conception'.
 
Selepas itu, barulah diteruskan kepada IUI. Ada sesetengah kes, terus dicadangkan kepada IVF. Jika beberapa kali gagal dengan IUI, barulah dicadangkan kepada IVF. Kepada pasangan yang mempunyai kemampuan kewangan, boleh saja terus kepada IVF di hospital swasta yang menyediakan perkhidmatan ini.
 
 
 
 
 
 
Apa lagi beza antara IUI da IVF?
 
 
 
IUI
IVF
Pregnancy rate
5 - 10%
30 - 35%
Cas bayaran
RM38
Kadang2 tak bayar pun sbb guna GL
Kene prepare at least RM5,000
(Di hosp. kerajaan. Jika di hosp. swasta, perlu sediakan sekurang2nya RM25,000)
Seminal fluid collection
Perlu
Perlu
Follicular tracking
Perlu
Perlu
Cara prosedur
Mudah sahaja. Apabila folikel matang, sperma akan dimasukkan ke dalam rahim isteri
Susah sedikit.
Perlu menjalani pelbagai prosedur (OR - ICSI - ET)
Bius tak?
Tidak
OR - bius
ET - tidak
Sakit?
Tidak. Yang penting perlu ikut arahan dan jangan lawan,
Tidak kerana semasa OR diberi bius (tapi tanpa bius, memang suatu prosedur menyakitkan)
Selepas prosedur
Rehat atas katil 15 - 30min
 
Rehat atas katil sekurang-kurangnya 30 min - 1 jam
Kene datang balik?
Tidak perlu. Datang pada hari temujanji sahaja
Lepas 3 hari OR kene datang semula utk ET
MC
Isteri - 2 hari
Suami - 1 hari
Isteri - 2 minggu
Suami - 1 hari
Pantang-larang
Takde sangat
Digalakkan utk 'bersama' dgn suami
Banyak!
 
 
Bagaimana keputusan anda dan pasangan? 


3 comments:

  1. salam kak..moga Allah permudahkan urusan.mohon share info ni yea.ramai customer sy nk tahu pasal iui or ivf.jemput lawat blog saya www.vitaminsite.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. mohon share...perkongsian yang sngat bagus dan sangat menyentuh perasaan saya.

    ReplyDelete
  3. Assalam, nak Tanya lepas iui mcm biada kene mandi hadas ye. Klu solat Pn kene duduk,dibenarkan ke?

    ReplyDelete