29 May 2013

Edisi Ekslusif: Anniversary Kami Ke-8.....

 
Assalamualaikum...
 
Hari ni merupakan hari paling gembira dalam hidup saya..
Sehinggakan saya menitiskan air mata kegembiraan.
 
Hari ini merupakan hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-8....terkenang semula saat kami diijabkabulkan pada 29 Mei 2005. Laman sesawang merupakan saat pertemuan kami yg pertama (zaman tu takde 'facebook' atau 'twitter' atau 'yahoo chat' - Am I too old? - cuma ada 'MIRC' - kenal ke tidak bebudak zaman sekarang ni?). 'Arteri_Pulmonari' bertemu dgn 'Miss Doktor'. Hubungan yg terjalin dengan redha keluarga dan terbina atas titian Islam ini, berakhir dgn pertunangan dan perkahwinan. Dalam tempoh 6 bulan, Perak dan Terengganu menjadi begitu hampir buat kami.
 
Apa yang menyebabkan saya gembira?
 
 
Nak tahu...?
 
 
Let me show you...
 
 
 
 
 
 
 
Ta...da...
 
 
Tengah saya sibuk mem'blogging'...tetiba nurse ketuk pintu (saya prepare lah nak baring sbb ingatkan nurse nak cek jantung baby) - tiba2 dia kata, "ada orang nak masuk ni" - terus cemas (nasib baik tak tido atau tudung senget atau kain terselak)..
 
Masuk ler sorang pakcik ni pakai baju uniform (saya tak pasti sbb tak perasan label kat baju). "Pakcik ni teksi je ni", kata pakcik tu sambil membawa masuk satu jambangan bunga yg besar, siap dgn sekotak coklat Ferraro Rocher.
 
Saya taknya pakcik tu dari sape...pakcik tu cuma cakap yg dia tukang deliver barang ni je, dari kedai bunga katanya. Berapa kali terima kasih saya ucap kat pakcik tu...
 
Apalagi...mata terus bersinar dan menitislah air mata. "Ada kad tu...buka ler, kalau nak tahu dari sapa", nurse mencelah. Jumpa ler sampul surat kecil bewarna merah hati di celah lapisan2 jambangan bunga dan di dalamnya terdapat kad bentuk love...
 
 
 
 
Terus saya tersenyum..."hari ini anniversary kami ke-8 kak...dah 8 tahun kami kawin...ni husband yg bagi." Masuk pula Kak Yah (kakitangan wad yg menjadi teman berbual saya disini), "dari siapa bunga tu..besar nampak." Saya ceritakan semula pada Kak Yah.
 
Gembiranya rasa hati.. Syukur, Alhamdulillah..
Perkahwinan kami kekal sehingga ke hari ini..
Pelbagai onak duri yang dilalui..kami hadapi bersama dan dengan izinNya, kami masih disini...
 
 
Dalam pukul 12.55 pagi semalam, saya ada mesej suami..wish kan 'happy anniversary'. Tak boleh tidur lagi sebab terhibur dgn 'karenah baby' - sibuk menendang, siap boleh nampak dia buat 'flying kick' di perut. Bagitau kat suami 'Moga hubungan yg terjalin dgn ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga' dan saya beritahu betapa saya menyayanginya (isteri mana tak sayangkan suami kan...). Dan suami hanya membalas 'ok' dalam jam 4.45 pagi (biasalah org laki..mana nak mesej panjang2 mcm org pompuan - biasa dah...).
 
 
Tetapi...
 dalam kad kecil yg terselit di jambangan bunga tertulis ayat yg bagi saya..menjadi pengubat hati...dan rasa mampu untuk tinggal di wad ni utk 3 bulan lagi - sanggup berkorban utk suami demi memperoleh zuriatnya
 
 
 
 
 
Terus saya ambil telefon. Dengan suara yg bergetar, saya ucapkan terima kasih kpd suami. Tapi, suami menjawab rigkas, "terima kasih sbb apa?". Saya bagitau ler ttg bunga dan coklat. "Oh...ada tulis nama pengirim ek.. ish...patutnye jangan tulis nama," suami membalas, nada suara kalut pada mulanya (sbb dengar suara nangis), kemudian bertukar nada gembira. Kejap je boleh bercakap dgn suami ketika itu, sbb sibuk di site dan meeting. Agak dah juga sebenarnya sbb tulisan yg tertulis di kad, tidak seperti tulisan suami.
 
Sempat juga saya tanyakan bila masanya membeli bunga dan coklat, sbb sejak semalam, petangnya menenami saya, pagi tadi pula siap makan pagi bersama. Katanya, "rahsia". Takpe..lepas ni boleh korek lagi... Yang penting, ketika ini saya berasa spt di awang-awangan, tenggelam dalam arus percintaan (macam lirik lagu je ni..)
 
 
Bunga pada jambangan bunga tu..bunga fresh tau..
Siap kira ada 5 kuntum bunga ros warna pink dan 5 kuntum bunga ros warna merah hati.
Terselit di celah2nya, bunga kecil bewarna ungu dan putih (tak tau nama bunga kecik tu).
Tengah2 jambangan bunga, ada 12 biji coklat ferraro rocher.
 
Rasa macam org baru mula bercinta rasanya...
Yelah, masa kenal dulu mana ada bagi2 bunga, bagi2 coklat mcm ni.
Main mesej je.. Jumpa kat rumah family..
Ukur cincin dan gelang tangan pun, guna dawai je (lilit dawai kat jari dan lengan, kemudian pos).
 
 

 
 
Sebab beso sangat...terpaksalah letak sandar kat kerusi.
(Abaikan plastik dan kain/baju hospital tu)
 
Nak tunggu suami datang petang nanti ler..minta dia bawakan bekas yg boleh isi bunga ni.
 Nak cari vase, mana ler ada kat sini.

 
 
Gambar kat bawah ni pula adalah coklat Ferrero Rocher.
First time ni org bagi hadiah coklat...tu yg terharu tu..
Rasanye coklat ni akan disimpan sehinggalah sebelum expired...sayangnyer rasa nak makan.
Lagipun, risau juge gula naik...8hb Jun nanti nak buat BSP pula..
 
 
Tapi tgk 'expired date'...27 Oktober 2013.
Kene ler makan juge nampaknya...
Ingat boleh simpan setahun dua dulu ker.
Simpan kertas pembalut ajelah...
Buat kenangan...tunjuk ke anak, cucu, cicit...nanti
(Nak buat macam mana, saya ni sentimental orgnya)
 
 

 
 
Terima kasih sayang...
Nanti besday jgn lupa ek...masa tu elok2 time boleh discaj (plan discaj 34 minggu), campur Hari Raya celebration sekali. 3 dalam 1 tu....
Buat 'surprise party' ke..bagi hadiah kereta sebijik ke..rumah banglo ke..
(jangan marah ek.. - kang kata 'bagi betis, nak peha')
 
 
Teringat pulak...hmm...saya jarang buat surprise utk suami (macam tak pernah je rasanya).
Susah..sbb saya perlukan suami utk kemana2. Beli online ni tak pandai..
Kene plan something ni..utk next year..
 
 
Baby pun hari ni aktif semacam..Happy macam ibu dia juge.
Dalam jam 7.30 pagi tadi, dalam tempoh 5 - 6 minit, cukup dah 10 pergerakan.
Lepas makan nasi lemak daun pisang dan dengar nasyid sambil ber'blogging'...lagi lah sonok dia 'berguling'.. Takpelah nak..tengah ada ruang lagi ni, gulinglah puas2...esok2 bila makin beso, ruang makin sempit, takleh dah.
 
Semalam baby 'merajuk', satu hari payah nak rasa bergerak/tendang.
Sbb saya bangun pagi, hidung terbau nasi lemak daun pisang...terus rasa teringin nak makan. Tapi, saya ignore je, sbb taknak susahkan suami...lagipun pagi tu menu hospital mihun goreng.
Habis satu hari susah nak rasa baby menendang. Nak cari denyutan jantung pun payah...jenuh la nurse menonyoh seluruh perut.'Merajuk' siap 'menyorok' tu.. Ikut ler perangai ayah tu...cuba ikut ibu ni..cool dan sporting..merajuk pun seminit dua je (jangan marah ye, ayahnyer..)
 
 
Untuk mengakhiri entry kali ni, saya sisipkan beberapa keping gambar kami berdua...gamba dolu-dolu..masa mula2 kawin dulu. Masih comel dan hensem.. Sorry, gambar kawin takde, simpan dalam album...zaman tu mana ada duit nak beli kamera digital..kawin pun guna duit hantaran & 'pa-ma'.
 
 
Doakan ya...agar 'novel kehidupan' ini diakhiri dengan ukiran kegembiraan dan titisan air mata kesyukuran...mendengar suara anak kecil menangis dan kemudian sayup suara suami mengazankan, setelah mencium dahi isteri kesayangan...tanda terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi.
(Alamak...sentimental dan kuatnye imaginasi...siap terharu ni sambil menaip di papan keyboard)
 


 
 
 
 
 
Wallahua'alam
 
 

27 May 2013

Nak Buat Apa Bila Boleh Balik Nanti

 
 
 
1. Nak buat cermin mata baru
  • Oleh kerana cermin mata saya yg sekarang ni dah penuh dgn calar, dengan kanta yg pecah di tepinya (sehinggakan ada patient saya pernah menegur sekali)... rasanya layak sangatlah tukar cermin mata ni kan..
  • Lagipun, cermin mata saya yg ini rasanya ditukar 2 tahun dulu...boleh sangat dah... (sepatutnya, pemeriksaan mata kan setahun sekali)
  • Ingat nak cari 'photochromic lens' mcm yg saya pakai sekarang ni...bila kene cahaya matahari, bertukar gelap - mahal sikit, tapi demi kesihatan mata.
  • Sebenarnya, sebelum ni lagi sudah plan nak tukar, tapi kerana kesibukan kerja...bertangguh2..jadi sehingga sekaranglah tidak bertukar.
    Lebih kurang beginilah - nak cari bingkai hitam dan bujur
    (credit to: www.topnews.in)
 
2. Nak beli jam tangan baru
  • Kerja saya memang memerlukan jam. Apabila melihat pesakit, masa yang tepat perlu dicatatkan...disamping apabila mahu mengira denyutan nadi juga memerlukan jam.
  • Jam tangan saya sebelum ni agak mahal (agak mahal la bagi saya)...tapi, rasa menyesal lak beli, kerana setahun lebih je sudah ada masalah... Lagipun rasa tak best warna silver..
  • So, lepas ni nak beli jam tangan yang mempunyai tali leather biasa ataupun warna gold.
  • Dan taknak dah yang ada berlian kecik2 kat tepi dia...sbb senang tercabut, lepas tu jadi buruk.
  • Yang penting kene ada tarikh sekali...
    Woi...bestnye jam tangan macam ni. Fuh..mesti mahal nih
    (credit to: www.connox.com)
 
3. Nak masak...
  • Semasa duk dalam wad ni, suka sangat tengok blog masakan (sebelum ni mana la ada masa nak surfing lama2...balik rumah, pegang hp..terus terlelap).
  • Lepas tu terfikir, 'kalau org lain leh masak, kenapa aku takleh'
  • So, ada senarai yang panjang, masakan yg saya akan cuba apabila dibenarkan pulang nanti.
  • Saya sukakan cabaran...masa buat pavlova dulu pun, beberapa kali rosak (setiap hari cuba sampai malam hari)...tapi 'practice makes perfect'...hasilnya ramai yg suke (ni macam masuk bakul, angkat sendiri ni).
  • Campur memang rasa nak makan... Tak puas beli ni...sikit je dapat dan kadang2 tak kene taste yg kita nak.
  • Lagipun, ada gak hati nak buat blog masakan yg berkongsepkan 'step-by'step' dengan gambo sekali (rasa malu juge, sbb amatur je ni)
  • Pastu nak bagi semua family dan kawan2 rasa (pavlova ari tu pun tak makan mana pun, suka tgk org makan dan beri komen) - kalau rasa best, boleh bisnes - kalau laku, boleh resign, bukak klinik dan bakery sebelah-menyebelah (alamak...tingginya cita2 - Nabi kata kan rezeki 9/10 dari bisnes...so baik bisnes kalau nak kaya - ada hati nak bukak western+bakery restaurant)
 
 Ntah-ntah 'angan-angan mat jenin' je ni.
Rupa-rupanya semuanya adalah pengaruh hormon dan kebosanan yg melampau.
Start keje nanti...semua tak sempat.
Tak tahu ler...
 
  1. Pizza with cheesy crust (nak uli roti sendiri sbb sblm ni beli yg ready-made aje - kemudian nak gulung cheese string kat bordernya - jadi cheesy crust gitu... Nyum..nyum... - ni angkara takleh beli Pizza Hut, sbb kita kene boikot kan)
  2. Cheese cake (sblm ni beli kat SR...mahalnye... Buat sendiri ajelah..murah..sedap...nak letak topping/ganache macam mana pun boleh)
  3. Upside down pizza (resepi ni baru jer saya tahu - kalau tak surfing memang takkan tahu - katanya lagi senang dari resepi pizza biasa sbb roti dia takyah uli teruk2)
  4. Kek Russian black and white (mula2 tgk...alahai org expert je yg boleh buat nih - tapi habis semua org dah penah buat - tak boleh jadi ni)
  5. Kek Chocolate Indulgence (my favorite - boleh buat yg kurang manis sbb SR punye manis sangat - ni pun ramai yg dah buat)
  6. Aiskrim/Sorbet/Yogurt Ice cream (tak tahu senang nak buat rupa2nya - lagi baik sbb kita boleh buat kurang manis dan gunakan buah2an fresh)
  7. Puding caramel (sblm ni tak penah cuba - tgk resepi mcm senang - bila dah terrer leh buat kek pudding caramel pulak)
  8. Puding triffle/Melty Hershey/Choco Cream Oreo (nak try dah sblm ni, tapi x sempat - suka tgk sbb cantik dan org kata sedap)
  9. Roti jala dan gulai ayam campur kentang (my favorite juga tapi sbb kat Terengganu kebanyakanya org makan roti jala dgn serawa - saya suka makan dgn gulai - nak buat guna dua kaler gitu)
  10. Sushi (my favorite juge - nak makan kene tunggu pegi Low Yat - ada restoran halal melayu yg jual sushi - sbb tak caye makan kat Sushi King - lagipun tgk resepi senang jek, cuma nak cari beras jepun dgn seaweed tu ajelah kat ceruk mana Terengganu ni ada jual)
  11. Ikan patin masak tempoyak (suami suke - nak buat sama rasa macam Temerloh/Kuala Berang punyer - so bila suami nak makan takyah susah2)
  12. Marinated beef/lamb steak with mushroom black pepper gravy (beli mahal, lepas tu dagingnye kecik je dan kadang2 keras - so buat sendiri senang, siap dgn gravy sekali)
 
Pizza with cheesy crust & Melty Hershey)
(credit to: smsupermalls.com & www.azlitamasammanis.com)

 
Upside down pizza & Russian black and white cake
(credit to: jimmydean.com & zetyfondantcupcakes.blogspot.com )
 
 
Sedap kan?
Saya dalam wad ni...layan gambo aje...sambil telan air liur - lepas tu pujuk hati lepas ni boleh masak bila boleh balik nanti - ganti ler dgn nasi ayam ke..nasi lemak ke..
Kalau suami takde, ganti dgn biskut Hup Seng cicah teh O tanpa gule...

 
 
 
4. Nak masak...
  • Yang ni tak sama dengan nombor 3 sbb yg ni nak masak sbb mengidam.
  • Dalam wad tak dapat...so balik rumah nak masak banyak2 dan makan puas2.
  • Masalahnya...bukan suami tak cari atau orang lain tak bawakan, tapi tekak ni nak jugak yg sendiri masak (nak buat macam mana, baby nak juga air tangan ibu dia..ceewwah)
                      - Spaghetti Bolognese
                      - Baked macaroni
                      - Murtabak megi
                      - Sup cendawan
                      - English breakfast
                      - Bubur pulut hitam
                      - Yee mee berkuah
Macam ni lah 'English breakfast' - ada baked beans, cheesy scrambled egg, sosej...bestnya kalau breakfast dlm wad mcm ni
(credit to: keith87-thejournals.blogspot.com)
 
 
5. Nak pegi spa
  • Ni bukan mengurut bersalin...yang ni kira utk 'relaxation'.
  • Sebelum ni tak penah cuba...takde masa la konon.
  • Tapi, dalam seumur hidup kene juga cuba juga sekali - manja2kan diri.
  • Full body massage, siap scrub, mandi lulur lepas tu buat  facial, manicure dan pedicure sekali - kira satu set lah...
  • Nak cari tempat yg boleh tutup aurat dan pekerjanya Melayu Islam.
 
 
 
6. Service rumah
  • Oleh kerana 6 bulan tak duduk rumah, saya boleh bayangkan bagaimana tebalnya daki2...
  • Saya tak salahkan suami...memang di Kemaman ni, mudah benar berhabuk.
  • So, rumah perlu dimop...barang2 semua perlu dilap....peti ais perlu dibasuh..karpet perlu divacuum, buku2 dan baju2 semua perlu dikemas (banyaknye kerja...sempat ke tidak ni?)
 
 
7.  Nak ajak suami pergi bercuti setiap hujung minggu - hanya kami berdua (dan baby)
- Kira macam 'honeymoon' la (atau 'babymoon')
  • Bila 'dipenjara' 6 bulan...baru tahu syukur, nikmatnya naik kereta..berjalan2 melihat dunia luar...merenung langit, melihat laut..memuji kebesaran Allah.
  • Suami dah plan nak bawak jalan Kuching (sbb last year tak dapat pergi semasa family vacation sbb mengandungkan Uwais) dan insyaAllah ke Jepun (semasa 'cherry blossom' season..lawa)...InsyaAllah (jika dimurahkan rezeki....sbb ada membe disana)
  • Saya pula..semua tempat nak pergi..nak ajak suami tinggal di Hotel Traders (view direct KLCC), Hotel Grand Lexis (ada swimming pool dalam bilik)...jalan2 Kuantan, Kota Bharu. Nak ajak balik Perak sebulan sekali. Lepas tu bercuti di Krabi, Singapore dan Bali (alamak...panjangnye cite2...kene pulun buat oncall ni, kumpul duit dulu, baru lah sedap jalan)
  • Yang penting HANYA KAMI BERDUA... (bukan tamak tau...kalau bawak family lain, tak boleh nak bermanja2, nak pegang tangan, nak bergurau2)....dan KEMANA SAHAJA.. (letih dah tengok tingkap, pintu dan bilik air selama 6 bulan)

 
Tempat mcm ni sape yg taknak pegi, kan? (Krabi & 'cherry blossom season' di Jepun)
(credit to: www.beachthailand.com & nyclovesnyc.blogspot.com )


 
8. Nak jadi suri-rumah sepenuh masa
  • Nak masak hari2, walaupun terkejar2 buat kerja rumah lain dan kerja/oncall. Yang penting, dinner masak sendiri (tak mau dah makan luar)....breakfast optional (takut mmg tak sempat, takleh janji ler) - Suami kata...'yelah tu..' (tau tau lah...mgkn bertahan seminggu dua aje kot - letih balik keje nih - tapi banyak pahala bila sediakan makanan utk suami kan).
  • Air minum semuanya fresh...taknak dah pakai kordial (pemanis tambahan tak elok - buat sendiri boleh adjust kemanisan). Kira semuanya nak organik..tanpa bahan pengawet dan fresh dari ladang (kene ada 'edible garden' sendiri ni).
  • Hari cuti, nak masak 4 kali satu hari, siap breakfast dan minum petang (tengok2 sampai je weekend tido sepanjang hari atau pegi jalan2...tak tahu ler - yang penting, aim nak bagi suami gemuk semula....sekarang dah kurus kering dah suami saya).
  • Nak drive sendiri hari2 (sbb sebelum ni saya takut drive - sanggup berjalan kaki dari Hosp Kemaman ni ke Taman Chukai Utama). Suami selalu complained tak payah nak renew lesen kereta/motor saya sbb tak bawak pun keta/motor - selepas ni saya akan buktikan..(tapi kan....lagi senang bawak kete kecik kan, keta MPV suami punye susah nak bawak - abang...kalau terbaca ni faham2 la ek)
  • Nak buat projek 'jahitan dapur' utk kali ketiga - iaitu buat alas peti ais, microve dan oven, apron, sarung tangan (kira satu set) - sebelum ni dah pernah buat, kali ni nak buat dgn kain fabrik lain pula. (kalau tak suami bising mesin jahit dibeli tapi tidak digunakan - nak buat baju kurung, tak reti + tak sempat - sebelum ni sempat dah buat 2 pasang kurta utk suami). Kalau rajin boleh buat utk mak dan mak mertua (ni lagi satu cite2 yg tak tau lah boleh makbul ke tak - projek sblm ni pun, nak dekat setahun baru siap).
 
Ramai yg suggest buat 'cross stich' atau mengait masa duduk dalam wad. Okay...sebenarnya, dulu masa duduk wad 2 bulan (semasa mengandungkan Amirul), pernah try mengait..tapi x reti2 (belajo ikut buku jek)...kene berguru dgn mak dulu ni.
 
Dan lagipun, payah nak cari alat, macam mana nak bagi instruction kat suami - sian lak kene pusing seluruh Kemaman ni (kalau kat Batu Gajah - kg halaman - tau la jual mana)
 
Kalau minta husband bawa mesin jahit dalam wad ni, nanti doktor pakar & sister kata melampau pulak...sekarang ni pun dah macam rumah dah bilik ni (siap takde dapur dan mesin basuh je lg).

 
9. Nak bela ikan dalam akuarium
  • Ni cita-cita lama. Dua kali dah ikan emas yg dibela dilihat 'terbuntang' di permukaan air (suami kata sbb saya basuh balang kaca isi ikan dgn air sabun, saya rasa sbb balang kaca tu tak proper mcm akuarium).
  • Kene study dulu la kan..ikan macam mana yg senang dibela, yang tak cerewet, yang tak susah mati...tinggal banyak hari pun still boleh survive (berangan nak bela ikan satu set mcm dalam cite 'Finding Nemo')
  • Kira nak beli satu set lah siap dengan lampu, pam, lengkap dgn aksesori sekali. Bestnye..
  • Lagipun, tengok ikan ni kan menenangkan hati dan jiwa.. Balik keje, sonok tengok ikan berenang (dalam imaginasi je ni - jangan ler habis sume ikan 'terbuntang', maknanya mmg 'tangan panas' takleh bela ikan)
  • Dah ada buku panduan akuarium ni...beli 2 - 3 tahun dulu kot (tapi sekadar beli dan menjamu mata shj...alasan sblm ni sbb duk kuarters, susah nanti nak pindah...tapi dah duduk kuarters lebih 5 tahun dah ni.....tak leh jadi tunggu pindah, smpai kesudah terkubur semua cita2)
 
Bestnye akuarium macam ni kan...? Tenang je rasa sblm pejam mata...
 
Sebelum ni ada cite2 nak bela kucing...tapi duduk kuarters ni, tidak dibenarkan bela ayam, itik, kucing. Lagipun bela kucing payah bila nak berjalan2 (nak buat macam kami ni mmg 'kaki jalan') - kene tinggal kat 'hotel kucing' tu mau RM50 sehari. Berak merata satu hal pulak..
 
Kalau bela kura-kura2 okey tak ek? Bela 4 ekor, kalerkan belakang dgn warna oren, biru, ungu dan merah....pastu bagi nama 'michelangelo', 'leornardo', 'donatello', 'raphael' (hehehe...teruk nih pengaruh TMNT). Masa musim PRU, kaler belakang dia warna hijau, pastu buat bulat putih tengah2.. (amacam..best tak idea!!? - tapi kura2 ni makan apa ek?)
 
 
 
10. SHOPPING !!!!
  • Sepatutnya yang ini perkara nombor satu la kan? Perempuan dan shoping tak dapat dipisahkan...kerana ia ibarat terapi.
  • Ni kira macam nak 'window shopping' je ni...sbb tak tahu nak beli apa (daripada 'tak tahu nak beli apa' tu lah... keluar dari Mydin jadi penuh 'shopping cart'!)
  • Shoping begini berbeza dgn online shoping sbb kita boleh pegang sendiri produk tu..bau..rasa..belek..telek. Kalau taknak, boleh letak balik. Pastu, buat2 tanya harga dan cuba mintak kurang harga.. (siapa kata shoping tak boleh hilang stress?). Bila dah beli, rasa satu kejayaan besar, tapi smpai je rumah...jadi sedih bila kira resit dan bertekad utk ikut list di masa akan datang (mcm tu lah selalunye).
  • Sambil tu jalan2 dgn suami, pegang2 tangan (ibarat pasangan baru berkahwin - Ustaz Azhar kata suami isteri leh pegang tangan je bila kat luar, takleh lebeh2)...bila lapar, berenti makan...masuk waktu, cari masjid..
  • Dalam kepala otak skrg ni nak beli barang baby (InsyaAllah, jika baby selamat dilahirkan) dan barang2 dapur (barang2 utk resepi2 spt diatas tu takde jual kat The Store depan hospital ni...kene cari kat Tesco ke, Giant ke... - alasan kukuh utk bershoping).
 
 
 
Ada lagi sebenarnya, perkara yg kecil2 tu...seperti...
 
Nak tengok iklan dan berita di tv. Pelik ker? Sekarang dah masuk 4 bulan tak tengok tv...tertanya2 jugak sekarang ni tv dok tayang apa..iklan apa yg ada...pembaca berita ada yg baru ke. Selalu juga saya tanya suami, bagaimana keadaan tv kat rumah (baru dibeli sebelum masuk wad)...suami membalas "macam tu lah...tv tak makin kecik pun...colour pun sama jek"
 
Nak siapkan drawing rumah. Ada banyak dah design sebelum ni...tapi tak puas hati...so nak buat lagi sampai lah berkenan. Lepas tu barulah boleh minta arkitek lukis balik. Jealous juga bila kawan2 di luar sana dah ada rumah sendiri...yang kami ni masih tinggal di kuarters. Masalah kami, tak pasti nak bermastautin di mana (Kemaman atau Kuala Terengganu)...Alhamdulillah tanahnya sudah ada.
Rumah saya nanti yang pentingnya, master bedroom dan dapur mesti luas, perlu ada stor dan nak buat 'edible garden'...bestnye... (ni lagi satu angan2 sejak 3 - 4 tahun dulu).
 

Rumah idaman kami - berangan ajelah - lawa kan? (agak2nya kat Malaysia ni boleh buat mcm ni ke tak!?)
 
 
 Nak buat 'edible garden'....taman/pokok2 yang digunakan dalam masakan. Siap study tu (blog 'tanam sendiri'). Siap berangan suami bawak balik ikan kerisi suruh masak masak asam...pastu minta suami 'petik' daun kesum yg ditanam di belakang rumah (erm..alahai..bestnye berangan). Ataupun, tengah2 masak, tak ingat nak beli tomato (masak kari kepala ikan merah), pastu minta anak ambikkan di pagar rumah (memang sonok berangan..). Tapi bestnye kalau ada rumah sendiri la kan...ada kawasan rumah. Macam skrg duduk flat..sliding door ke balkoni pun tak pernah buka. Suami kata, "rasanya macam abg jek yg kene tanam dan uruskan...macam ler org tu sempat nak siram pokok". Nak buat macam mana...semua kejayaan bermula dari cita2...tak gitu..?
 
Bestnye ada garden mcm ni belakang/tepi rumah - berangan lagi..
(credit to: www.home-remodeling-decorating.com)
 
 
Tapi kan. tak tahulah kan...
Sampai je kat rumah...semua tak menjadi.
Semua hanyalah angan2.. (kalah ler mat jenin)
Takpelah..yang penting dah ada perancangan..
Ntah-ntah...sibuk mendodoi baby jek..
 
 
Jika dilihat perancangan saya tidak ada spesifik utk baby...
Takut juga terlalu mengharap..nanti sedih pula..
Walau apa pun, kami masih lagi berusaha dan berdoa.
Harap2nya, life kami selepas ini akan 'include' baby sekali..
InsyaAllah..
Doakan kami ek....
 
Wallahua'alam
 



Tips Memilih Pakaian Ketika di Wad

 
Tajuk entry kali ini lebih sempoi..
Dapat idea setelah beberapa kali 'kecewa' apabila memakai baju hospital yg tidak selesa (bagi saya).
Bagi pesakit yang tinggal di wad untuk sehari dua, mungkin tidak menjadi hal bagi mereka kerana selepas 3 hari, mereka boleh memakai pakaian kesukaan mereka.
 
Bagi saya yang tinggal di wad hampir 4 bulan kini, pilihan baju penting untuk keselesaan sepanjang hari. Bukan saya cerewet. Tapi, oleh kerana saya tiada pilihan warna pakaian, jenis pakaian sambil match kan antara tudung, baju dan kain...saya rasa saya ada hak sendiri, bukan?
Sedangkan wanita mengandung di luar sana, boleh mempergayakan dgn jubah atau blouse dan seluar atau baju kurung labuh...pilihan saya hanyalah sepasang baju pink ini. Jika mahu juga bergaya, hanya menukarkan pilihan tudung dan sarung lengan je..
 
Ada yang bertanya, kenapa tidak pakai pakaian dari rumah sahaja?
PERTAMA.....suami tidak membawakan pakaian dari rumah. Pakaian yg saya pakai pada mula kemasukan wad dahulu (9 Feb 2013), penuh dengan darah dan suami bawa pulang untuk dibasuh.
KEDUA...saya tidak mahu menyusahkan suami...membawakan pakaian, kemudian membawa pulang utk dibasuh pula. Lagipun, dia di rumah membasuh baju hanya seminggu sekali.
KETIGA...saya sebagai pesakit paling senior (sbb paling lama) dan sbg kakitangan hospital, sudah semestinya harus menunjukkan contoh terbaik utk pesakit lain.
 
Maka, sekarang saya akan menyenaraikan kriteria pemilihan baju ketika saya di wad.


1. Bau
  • Inilah kriteria paling utama saya.
  • Saya akan angkat baju/kain tersebut dan bau dahulu...jika tiada bau yang tidak menyenangkan, barulah tengok kriteria lain.
  • Memang pelik la..bila org tengok kita cium baju hospital..kan
  • Maklumlah, semua baju ni dibasuh sekali banyak macam tu..kadang2 bau hamis susu masih melekat... Jika saya ambil juga, alamatnya, sepanjang hari saya tidak merasa selesa dgn bau itu (masa pregnant kan deria bau menjadi lebih tajam).
  • Tapi, janganlah berangan2 utk memilih baju/kain yg wangi softlan/dynamo..okay.. memang takde ek..


2. Nipis
  • Kemudian, saya akan mencari jenis fabrik nipis...yang ini baju sahaja (kalau kain taknak la nipis)
  • Biasanya baju2 yang lama, memang lebih nipis.
  • Biarlah terkoyak atau butang tercabut..saya tak kisah, asalkan koyakan tersebut boleh diselindung apabila memakai tudung nanti
  • Duduk wad 24 jam, bertudung dgn sarung lengan....lagi2 dgn cuaca sekarang ni...jika baju pula tebal...alamatnya terpaksalah saya mandi sejam sekali.


3. Takde kesan darah
  • Kriteria ini saya akan lihat secara rambang sahaja.
  • Maklumlah, wad yang saya duduk ni ada pesakit yang baru lepas bersalin dan ada juga datang dengan pendarahan semasa mengandung..kadang2 terbocor juga ke kain/baju.
  • Jangan pelik, kat baju pun kadang2 ada bekas darah ni.
  • Memanglah semua baju/kain telah dibasuh, tetapi bukankah banyak linen yg perlu dibasuh..kadang2 diorang tak perasan darah ni.
  • Jika ikut hukum fekah, pakaian yg terkena darah, mestilah diusahakan utk dihilangkan juga...jadi tak sah apabila dibawa solat. Ada juga hadis kata, jika tak boleh hilang juga, dimaafkan. Tapi masalahnya, dgn teknologi skrg ni dgn pelbagai jenis peluntur...mustahil tidak boleh dihilangkan darah kering tu kan..

Dari Muadzanah berkata, “Aku bertanya kpd Aishah ra , tentang wanita haid yang bajunya terkena darah. Ia menjawab, “Wanita itu harus mencucinya. Dan jika bekasnya belum hilang, maka hendaklah dia berusaha mengubahnya dengan pewarna kuning.”
[HR Abu Dawud]
 
Saya pernah terkena sekali. Bangun pagi, barulah terperasan kain saya ada kesan darah. Terpaksalah saya qada' semula solat Maghrib dan Isyak. Kalau tak tahu takpelah kan...ni terperasan akhirnya, kenalah ganti balik.
 


4. Kain tidak terlalu besar
  • Yang ni hanya kriteria tambahan, setelah ditegur oleh nurse yang katanya saya tak pandai pakai kain batik (sedih la juga bila org kata macam tu, ce pakai gak kain besar smpai leh lilit pinggang dua kali...macam lilit kain cadar buat kain)
  • Kain yang besar masalahnya apabila nak melipatnya. Bukannya ada disediakan tali pinggang ke.. Bukannya kain macam baju kurung tu..ada getah...
  • Jika labuh, boleh juga dilipat. Tetapi apabila terlalu lebar, nak membalas  tu memang susah.. Jika diikat ketat, rasa tak selesa apabila duduk nanti


5. Taknak baju baru
  • Pelik? Memang saya akan cuba mengelak baju baru.
  • Kalau mula2 dulu, memang suka sangat dgn baju baru...tapi lama-kelamaan barulah saya perasan yg baju baru ni sangatlah besar..jadi menggelebeh..
  • Lagi satu, baju baru ni fabriknya lebih tebal dan panas bila pakai..
  • Memanglah baju baru ni biasanya takde koyak dan jarang sekali ada kesan darah....jika baju lama ni, butang pun tercabut..kesan jahitan pun banyak.. Tapi baju lama jugak yg best..sbb lembut dan nipis.

 
Adakah saya cerewet?
Tak tahulah... Yang penting saya tak merungut.. Rasa tak best, saya tukar sendiri.
Lepas tu baju/kain yg saya reject, akan saya lipat balik elok2. Kesian lak kat staf kene kemaskan balik. Kalau baju yg ada kesan darah, saya masukkan dalam tong linen kotor.
 
Tengoklah...Hari Raya nanti saya pakai baju mengandung...InsyaAllah..(jika panjang umur)
Baju tu pernah dibeli masa mengandungkan Amirul..tapi tak ingat dah letak mana. Harap2 suami jumpalah nanti..


Alhamdulillah...Sudah 6 Bulan

Assalamualaikum w.b.t.
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.
 
Semalam, banyak benda best berlaku.
 
Pertamanya, sahabat baik saya, Kak Maziah dan Kak Faiz datang melawat. Seronok...Rasa jika sehari bersembang pun x jemu. Seronok dapat mengetahui perkembangan terbaru kawan lama...yelah, saya ni kurang berfacebook. Jika dibuka facebook, mula lah rasa homesick bila tgk org lain gi holiday, makan sedap2...apabila mereka update perihal mereka hari2.
 
Kemudian, sedang kami berbual, ada staf yg datang menghantar spageti, katanya kiriman Pn. Zuraida. Bertambahlah lagi seronok saya. Nak buat macam mana...tekak saya tekak mat saleh..dpt makan western hari2 pun takpe.
 
Petangnya, suami membawakan yong tau fu...sedapnya.. Minta carikan tau fu fah..tapi agaknya di Kemaman memang tiada yg jual. Tapi, tak dapat juga saya menghabiskan yong tau fu tu..perut cepat penuh...nanti bila terlalu se'eh jadi sush pula nak solat. Maka, suami bawa balik separuh.
 
Bila malam, semasa tengah berblogging...terpandang lah gambar air cendol di dalam mangkuk bersama ketulan ais batu dan siraman gula Melaka. Sedapnya.. Nikmatnye rasa..
Saya tahu air cendol yang paling sedap (yang kami pernah rasa), iaitu di Tanjung Malim. Setiap kali kami balik Perak, pasti akan berhenti utk merasakan kesejukan cendol di situ.
Takpe..saborlah wahai hati.. Tak lama dah ni.. Cendol bila2 masa boleh minum...kan..
 
 
 
 
Hari ini juga adalah hari yang menggembirakan buat kami kerana hari ini genap 24 minggu kehamilan saya..maknanya, sudah 6 bulan cukup.
Jika semalam, baby tidak bergerak mana...tetapi hari ini..cukup aktif.
Dan kami seperti berbual. Setiap tendangan halusnya, saya menjawab dan berkata2 dgnnya..
Akhir sekali saya menelefon suami, melaporkan keadaan anak yg aktif, ketika itulah, dia berhenti menendang..seolah2 terhibur mendengarkan suara ayahnya.
Alhamdulillah...
 
Perut saya kini sudah makin membesar. Ada satu ketika saya meminta suami melihatkan samada sudah ada 'straie gravidarum' (belang2 putih pada perut) - memandangkan di wad tiada cermin memanjang dan adalah sukar melihat perut sendiri - suami terkejut, "besarnya perut, macam orang pregnant dah", katanya. Saya cuma tersenyum, memahami. Kami tidak tinggal serumah..apabila datang melawat...dgn pakaian hospital yg besar ni jadi payah melihat perubahan fizikal.
Ingin saya meletakkan gambar 'baby bump'...tetapi suami tidak mengizinkan..
 
 
Beginilah ilustrasi kandungan saya ketika ini
credit to: calculator.pro
 
 
Katanya, tinggi rahim sudah melepasi 2 inci dari pusat.
Maknanya, perut yang mengisi makanan, semakin mengecil. Patutlah sekarang ini saya hanya mampu menghabiskan separuh nasi. Jika nasi dan lauk berjaya dihabiskan, alamatnya...terpaksa menunggu sekurang2nya sejam untuk minum air pula.
 
Pundi kencing juga tidak menahan air kencing dgn lama.
Setiap malam, sudah pasti saya terjaga utk ke tandas.
Bahaya menahan kencing ni...kerana boleh menyebabkan kontraksi pada rahim.
 
 
Bagaimana keadaan bayi?
 
Ketika ini, panjangnya sudah lebih kurang 30cm dengan berat 600gm.
 
Jika sebelum ini, deria pendengaran sudah berkembang, ketika 24 minggu, deria rasa ('taste buds') pula akan terus berkembang. Jika ibu makan/minum sesuatu yang pelik atau pahit, anak kecil ini dapat menunjukkan ketidakselesaannya.
 
Selain itu, paru-parunya mula membentuk dengan baik, termasuk sel yang menghasilkan surfaktan (surfaktan adalah bahan penting utk membolehkan bayi bernafas sendiri setelah dilahirkan). Bayi akan cuba berlatih bernafas dgn menghirup air ketuban ('amniotic fluid') memenuhi paru-parunya.
 
Kulitnya masih terlalu nipis ('translucent') dan seluruh tubuhnya dibaluti rambut halus ('lanugo hair') dan sejenis bahan yang melekit dan berminyak. Rambut di kepala pula sudah mula menumbuh.
 
Jika dilahirkan pada 24 minggu (pramatang), peluang untuk survive adalah 36%.
 
credit to: http://www.baby2see.com
 
Okay baby..kita sama2 berusaha ok..
Jangan berhenti berusaha, bersabar, berdoa dan bertawakal.
InsyaAllah...kejayaan itu milik kita
 
 


Aduh...Sakitnya Belakangku...

 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Hari ini adalah hari ke-108 saya berada di dalam wad dan InsyaAllah, esok kandungan saya genap 24 minggu...cukup 6 bulan. Dan lebih kurang 43 hari lagi kita akan menghadapi Ramadhan.

Hari ini saya terfikir, adakah selepas ini saya akan masih rajin menulis blog?
Maklumlah, ketika ini masa saya terlalu lapang..tiada apa yang boleh dilakukan dan agaknya saya sekarang ini dalam keadaan 'hypomanic', idea datang mencurah2. Banyak betul rasa perkara yang mahu diperkatakan. Selepas ini, apabila di rumah, dari 8pg - 5ptg sibuk bekerja...balik rumah pula sibuk mengemas, memasak dan merehatkan diri. Tak tahulah.. harap2nya saya akan terus istiqamah selepas ini.
 
Pagi-pagi lagi saya rasa kecewa dengan diri saya sangat clumsy...
Terperasan duit not RM10 tiada di dalam laci..hati mula mahu menuduh. Tiba-tiba teringat bahawa semalam saya memasukkan not RM10 tersebut di dalam kocek baju dan terlupa mengeluarkannya.
Suami kata..niat sedekah ajelah. Nak buat macam mana kan..
Nasib baik bukan not RM50..tu sebab saya tak berani nak simpan duit banyak2.
Tapi, saya cuba juga mengorek tong linen kotor..harap2 boleh terjumpa..
Hmm..takde harapan..macam yang suami nasihatkan..niat sedekah ajelah..
 
 
 
 
Orang mengandung biasa lah sakit belakang kan?
Itulah salah satu perkara yang saya sebut dalam entry bertajuk '15 Perkara Tak Best Semasa Hamil'.
 
Tapi, sakit belakang yang saya alami agak pelik. Bukan tipikal sakit di bahagian bawah tulang belakang dan bukannya ketika kandungan semakin membesar.
Sakit yang saya alami lebih kepada pinggul kiri dan bermula semenjak lebih kurang 16 minggu kehamilan.
 
Secara umunya, sakit belakang semasa hamil muncul apabila kandungan mencecah 4 bulan dan kebiasaannya ia menjadi lebih teruk apabila kandungan semakin membesar. Setelah melahirkan, sakit belakang ini akan beransur pulih. Walaubagaimanapun, sekiranya 6 - 8 minggu selepas melahirkan anak, sakit belakang yang dialami tidak berkurangan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.
 
credit to: welcomelittle.com
 
 
 
 
 
Terdapat 2 jenis sakit belakang ketika hamil:
 
 
 
A : Sakit bawah tulang belakang ('lower back pain')
B : Sakit bahagian belakang pinggul ('posterior pelvic pain') 
 
 
Sakit Bawah Tulang Belakang
  • Sakit bahagian belakang pinggang
  • Sama seperti sakit tulang belakang yang dialami oleh org yg tidak hamil
  • Biasanya menjadi lebih teruk dengan postur yang tidak baik
 
Sakit Bahagian Belakang Pinggul
  • 4 kali lebih lazim berbanding sakit bawah tulang belakang semasa kehamilan
  • Sakit di bahagian dalam otot yang dirasai di bawah pinggang sehingga ke punggung
  • Kadang-kala, ia boleh dirasai di bahagian peha dan kawasan ari-ari
  • Ada yang mengalaminya sebelah sahaja, ada yang kedua-dua belah
                          (Saya sakit belah kiri sahaja - terpaksa tidur mengiring ke kanan)
  • Ia boleh menjadi semakin teruk, apabila:
Cuba mengiring ketika baring
Memanjat tangga
Duduk dan cuba berdiri ketika duduk
Mengangkat barang
Tunduk
Berjalan dan berlari
 
  • Aktiviti yang terdedah kepada postur yg sama dalam tempoh masa yang panjang meningkatkan risiko sakit jenis ini (cth: duduk lama di hadapan computer)
  • Tidak seperti sakit belakang yg lain, seseorang yang aktif dan sihat tidak semestinya dapat elak sakit jenis ini dari berlaku
 
Sakit Bersalin
  • Adalah penting utk membezakan sakit bersalin daripada sakit jenis lain
  • Sakit bersalin adalah sama seperti senggugut ('menstrual cramp'):
Sakit yg berterusan
Peningkatan dari segi intensiti dan kekerapan dalam tempoh masa yg pendek
Tidak dipengaruhi oleh aktiviti yang dilakukan
 
 
 
 
Apakah Puncanya?
 
1. Pertambahan berat badan
  • Kehamilan menyebabkan berat badan bertambah sehingga 1/4 daripada berat badan asal
  • Ini menyebabkan tekanan pada tulang belakang dan struktur anggota lain yg menanggung berat (lutut dan kaki)
 


2. Perubahan pusat graviti
  • Berpunca daripada pertambahan berat badan
  • Yang mana berat badan wanita hamil lebih di bahagian hadapan (perut)
  • Ia menyebabkkan regangan (dan tekanan) pada otot
 
3. Perubahan hormon (Estrogen dan Relaksin)
  • Menyebabkan sendi menjadi longgar ('laxity') dan kurang sokongan bahagian sendi
 
 
Bagaimana Mengatasinya?
 
 
Sasaran:
Mengekalkan fungsi yang optimum sepanjang kehamilan
Mengurangakan ketidakselesaan ke tahap minima
 
 
Caranya:
 
1. Postur yang baik semasa hamil
 

 
 Cara berdiri yang betul
 
Tegakkan kepala - telinga selari dgn bahu
Tegakkan bahu dan 'keluarkan' dada
Luruskan lutut dan regangkan sedikit kaki
'Tarik' perut kedalam dan keatas & jgn gerakkan pinggul


credit to: brochures.mater.org.au 
 Cara duduk yang betul
 
Duduk dgn belakang ditegakkan - pinggul sepatutnya mencecah belakang kerusi
Letakkan sokongan (cth. tuala yg digulung) di belakang anda (bahagian yg membengkok ('lumbar')

 
 
2. Mempunyai mekanik badan yang baik ketika melakukan aktiviti
 
 
credit to: hne.kramesonline.com 
 Apabila berdiri lama (cth. membasuh pinggan), tinggikan salah satu kaki dgn menggunakan kerusi kecil.
 
 
Posisi tidur yg terbaik adalah mengiring ke kiri (elakkan baring telentang atau meniarap).
Letakkan bantal di bawah kepala (bukannya bahu) dan ketebalannya sekadar paras bahu shj.
Letakkan bantal di antara kaki dan di bawah perut, untuk menambahkan lagi keselesaan.
Jika tilam terlalu lembut, letakkan papan di bawah tilam.
 
Lagi bagus jika anda mempunyai bantal khusus utk wanita mengandung seperti gambar di bawah.
 
 
credit to: www.pregnancypregnant.org 
 
Untuk bangun dari tidur, mengiring ketepi dahulu, lipat lutut dan tolak/tarik badan anda menggunakan tangan. Elakkan daripada membengkokkan pinggang.


credit to: www.consultingmd.com
 
credit to: www.mayoclinic.com
 Gambar diatas menunjukkan cara yg betul mengangkat barang atau mengambil barang di lantai.
 
Jarakkan sedikit kaki
Duduk (berdekatan dgn barang trsbt) dan jgn sekali2 membengkokkan belakang
Ke hadapankan salah satu kaki
Angkat barang trsbt menggunakan kekuatan otot kaki
Luruskan lutut dan berdiri perlahan-lahan
Jika perlu, gunakan bantuan tangan ketika hendak berdiri (cth.kerusi, meja, yg berdekatan)
 
Minta pertolongan sekiranya barang yg perlu diangkat itu berat
Elakkan mengangkat barang lebih dari paras pinggang
Bawa objek berkenaan dekat dengan badan anda
Elakkan mengambil objek yg tinggi (gunakan kerusi atau tangga)
 
 
 
3. Senaman yang sesuai (bergantung pada tahap kehamilan)
 
credit to:www.summitmedicalgroup.com 
credit to: www.summitmedicalgroup.com
 

credit to: www.promdinurses.com 
 
 
 
 
Tips-tips Lain
  • Jangan berjalan atau berdiri terlalu lama. Lakukan regangan sejam sekali.
credit to: clairemockridge.wordpress.com 
 
  • Pakai kasut yang rata (elakkan bertumit tinggi)
credit to: www.aliexpress.com 
 
  • Gunakan 'belly sling' untuk memberi sokongan pada perut.
credit to: www.cheekymonkey.ca 
 
  • Berhati-hati dgn pertambahan berat badan (lebih berat anda, lebih banyak memberi tekanan kpd tulang belakang).
credit to: www.bestchance.gov.bc.ca 
 
  • Tuam dgn ais batu ('cold compression') 15 minit pada kawasan yg sakit, kemudian tuam dgn tungku suam ('warm compression').
credit to: www.healthline.com 
  • Tenangkan fikiran kerana apabila stress, ia juga memberi kesan kpd tulang belakang.
credit to: www.brightonyogaschool.com
  • Berendam dalam air suam.
credit to: healthypalm.com 
 
  • Berbincang dgn doktor utk medapatkan perkhidmatan terapi fizikal, perubatan komplementari (cth. akupunktur) atau pakar kiropraktik.
credit to: www.knoxvilleoptimalhealth.com