03 May 2013

Lagu Untuk Ibu


Sewaktu saya kebosanan dan keseorangan di sini, terlintas di hati untuk mendengar lagu-lagu nasyid lama dalam simpanan saya. Apabila mendengar sahaja lagu ini, entah mengapa hati saya tersentuh dan terus mengalir air mata. Dalam sungguh maknanya dan moga saya dan rakan2 diluar sana diberi peluang utk menjadi seorang 'ibu' suatu hari nanti..InsyaAllah
 
 
Disini saya abadikan lirik 'Lagu Untuk Ibu'..


Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah
 
Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini
 
Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa
 
Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya
 
 
 
Oleh : Brothers
 
 

No comments:

Post a Comment