03 May 2013

Sayang...Jangan Cerewet ok...Makan Je Apa Yang Ada


Entry sebelum ini saya ceritakan menu yang diberi setiap hari di hospital.
 
Semua orang tahu, wanita mengandung biasanya ada mengidam, bukan.. Jadi, bagaimana pula dengan saya yang tinggal di wad?
 
Memang agak susah. Lebih2 lagi baby ni asyik nak makan makanan yang saya masak. Contohnya, saya teringin nak makan spaghetti boloignese yang saya sendiri masak sejak 8wks+ lagi. Bahan2 semua dah ada..tup..tup..bleeding...masuk wad sehinggalah sekarang. Suami ada belikan spageti di Secret Recipe. Masalahnya, rasa tak sama dengan yang saya inginkan. Cuba beli di Restoran Parpadelle, sama juga. Akhirnya, saya mengalah sambil memujuk hati sendiri - takpelah..tak mati tak makan spageti ni. Bila boleh discaj nanti masaklah nanti.
 
Banyak lagi sebenarnya. Suami cuba gantikan dari restoran2 dan juga mak mertua....masalahnya memang tak sama. Bila tak sama, memang tak makan banyak mana lah...akhirnya suami yg tukang habiskan.
 
Sehinggakan pada satu masa, suami cadangkan nak bawak rice cooker atau dapur elektrik, masak di koridor (sbb kalau dalam wad takut berbunyi siren pula, sebab ada 'smoke detector' atas syiling). Macam tak logik pula la kan nak memasak. Kadang2 suami bagi cadangan tumpang dapur hospital, isk...saya memang tak suka susahkan orang lain. Akhirnya, saya pendam sahaja dan bersabar.
 
Lagipun, tak pasti makanan yang saya inginkan itu adalah makanan mengidam atau saje teringin sebab boring makan makanan yg sama setiap hari di hospital. Saya memang kurang makan nasi, lebih suka makanan western. Jadi, agak payah lah bila menu di hospital hari2 adalah nasi.
 
Bersyukur sebab saya mempunyai suami yang penyabar. Apa kemahuan saya biasanya diturutkan sahaja. Cuma makanan yang pelik2 susah sikitlah hendak ditunaikan, seperti sushi, murtabak megi, dsb.
 
Yang peliknya, sejak mengandung kali ini, sekali pun tidak ada keinginan mahu makan makanan ruji Terengganu, seperti budu, bubur lambuk, nasi dagang, dsb. Semasa mengandungkan Amirul dulu, hari2 makan bubur lambuk Terengganu pun takpe. Baby kali ini lebih suka makan makanan berasal dari Perak spt tempoyak, taucu, dsb dan juga western.
 
Sehinggakan selalu jugalah saya berkata, "anak kita mata biru kot bang..". Dan suami saya akan membalas, "hish..bukan mata biru, mata hijau" (nak buat macam mana suami saya adalah orang kuat PAS).
 
Semasa mula2 mengandung dulu pun, memang ligat di dapur, walaupun sebelum ini saya bukanlah seorang yang rajin memasak. Habis semua benda nak masak sendiri. Yang paling banyak adalah pavlova...rasanya lebih 10 biji pavlova yg saya sempat buat pada masa itu - siap bagi pada jiran dan kawan2 - dan ada juga kawan yg 'order' (saya jual RM15 sebiji). Sangat pelik kerana saya tidak pernah serajin ini di dapur.
 
"Takpe ke anak kita perempuan bang...Mar rasa macam perempuan lah kali ni sbb asyik nak masak je rasa," saya memberitahu suami pada suatu masa. Suami saya tak kisah anak kami perempuan atau lelaki. Yang penting sihat fizikal dan perkembangan.
 
 

Apa makanan yang saya idamkan sejak duduk di wad?
Berikut saya senaraikan semua mengikut turutan sehingga sekarang.
Mana yang telah di'strike' tu maknanya sudah tertunai.
 
Sushi
Samosa
Nasi lemak Perwaja
Terung berlada Restoran Nasi Padang
Bubur nasi Batu Enam
Murtabak megi (homemade)
Cencaru sumbat (homemade)
Pizza Parpadelle
Tortilla (homemade)
Salad (homemade)
Spagetti (homemade)
Bergedil Restoran Nasi Padang
Sate ketam/sosej
Grilled chicken chop Singamas
Steamboat korea
Sambal tempoyak masak
Cencaru masak taucu
Nasi lemak bilis (mak masak)
Nangka madu
Mashed potato + Coleslaw
Nasi kerabu original (nasi warna biru siap dgn solok lada, telur masin dan selayang celup tepung)
Popiah bercheese (homemade)
Char kuew tiow
Roti Auntie Anne
Paratha
 
 
Banyak lagi yang tak tertunai.
Takpe...sabar. InsyaAllah, panjang umur boleh makan selepas discaj.
 
Sekarang, saya siap bagitau pada suami yang saya akan masak setiap hari lepas discaj ni. Semua bende saya akan masak sendiri, termasuk pizza (roti nak uli sendiri), cheese cake dsb. Suami saya jawab dengan ringkas, "yelah tu." Terasa juga seperti sindiran, tapi rasa macam betul je sbb duduk dalam wad, bosan, memang macam2 nak buat. Tapi bila di rumah, lain pula cerita, lagi2 bila dan mula bekerja semula campur nak jaga baby.
 
Tapi, saya bertekad. Anak saya nanti, memang saya nak ajar makan masakan yang saya masak. Seminggu sekali sahaja makan di luar. Air tangan ibu kan lebih berkat. Setiap kali kita masak utk keluarga, dengan bismillah dan zikir semasa memasak, insyaAllah melembutkan hati anak dan anak akan lebih cepat dapat apa2 ilmu yang dipelajari. Ini semua saya belajar dari pemerhatian pada keluarga dan rakan2.
 
InsyaAllah, moga Allah terus beri kekuatan buat saya dan suami

 
credit to: thetased.wordpress.com


credit to: nurfauzibassar.blogspot.com
credit to: iedaimmi.blogspot.com

credit to: anissdairy.blogspot.com 

credit to: www.visitchapelhill.org  

credit to: myfoodathome.blogspot.com

credit to: aidahjune.blogspot.com  

credit to: impiana-iman.blogspot.com

credit to: nasilemaklover.blogspot.com 


Sedap kan? Bilalah agaknya saya dapat merasa semua ini...
 


No comments:

Post a Comment