Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ini. Syukur ke hadratNya.
Sejak semalam, baby saya tak henti2 menendang. Panik juga - risau sekiranya ia adalah contraction - apabila diteliti, baby rupanya. Rindukan ayah agaknya. "Ayah takde sayang, ayah sibuk sekarang ni... Sibuk pilihanraya," itulah yang saya bisikkan sambil mengusap lembut perut.
Dalam pukul 11 malam semalam, dapat juga bercakap dengan suami - beri laporan yang baby rindukan ayahnya - kemudian, saya dapat rasakan tendangan halus baby berkurangan. Dapat dengar suara ayah agaknya, barulah rasa selesa untuk tidur. Selepas membaca Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Insyirah sambil mengusap perut, kemudian membacakan surah 4 Qul, Tasbih, Tahmid dan Takbir - barulah saya bacakan doa masuk tidur serta Selawat Nabi. Alhamdulillah... Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Hari ni saya nak bercerita tentang menu hospital. Maklumlah, saya sudah 'menetap' disini hampir 3 bulan. Semua menu yang dihidangkan saya catatkan - untuk catatan peribadi. Lebih2 lagi setelah menu 'normal diet' saya ditukarkan kepada 'diabetic diet'.
Sedih la jugak, sbb makanan semua jadi tawar - bukan tawar biasa2 ni, kira kalau air teh tu, memang langsung takde gula. Tapi buah diberi seperti biasa (sangat penting sbb sejak masuk trimester kedua ni, memang mudah jadi sembelit) dan juga lauk-pauk dan nasi, cuma nasi yg diberi 'ciput' jek - iaitu 1 cawan. Saya tak kisah nasi sikit sbb memang tak berapa makan nasi. Perkara yg paling saya rasa tak best dgn diabetic diet ni adalah menu minum petang. Hari2 dapat biskut tawar! Saya tahu, memang tidak dibenarkan mengambil puding dan kek (memang tak berapa minat), tapi takkan sampai popiah kegemaran saya pun tak boleh makan!? Takpelah, diorang tak bagi, saya minta suami belikan..
Di Hospital Kemaman ni, menu hariannya bertukar setiap 2 minggu. Maknanya, bagi pesakit yang duduk wad sekejap2 tu, kalau nasib baik dapat nasi ayam, best lah. Seperti saya, 'pemastautin' tetap disini, putaran 2 minggu tu oklah.. Bila rasa boring, minta suami belikan. Tak lalu juga hari2 makan nasi, nak jugak makan 'grilled chicken chop' ke, 'pizza' ke, 'tortilla wrap' ke. Kalau di rumah pun begitu juga kan...
MAKANAN PAGI - 8.00 pagi
(Ini adalah waktu makan paling penting bagi saya. So, bila diorang bagi pau sebiji atau roti bun seketul, memang sedih sangat)
Minggu Pertama
Ahad - sebiji pau (pukul 10 pg akan lapar balik)
Isnin - kuew tiow sup (sedap bila masih panas)
Selasa - satu paket roti (yg ni pun jadi cepat lapar)
Rabu - nasi goring (sedap..! gembira sangat hari dapat nasi goreng)
Khamis - seketul roti bun (roti bun kosong, bila cicah air tawar memang tidak menyelerakan)
Jumaat - mihun goreng (sedap..)
Sabtu - soto ayam dgn nasi impit (sedap..terutamanya bila masih panas)
Minggu Kedua
Ahad - satu paket roti (cepat lapar)
Isnin - mihun goreng (suka...!)
Selasa - nasi goreng (sedap....!)
Rabu - sebiji pau (sedih...cepat lapor..)
Khamis - nasi kunyit (suka...sedap...lebih2 lagi bila banyak kuah)
Jumaat - mee goreng (mengenyangkan..)
Sabtu - satu paket roti (cepat lapar)
Begitulah menu makanan pagi di Hospital Kemaman. Yang saya perhatikan, menu makanan pagi, jarang bertukar. Suka masa dapat nasi/mihun/mee goreng sbb kenyang smpai tengahari. Pukul 10 - 11 pagi, tak perlu cari makanan. Suka juga bila air yang dapat tu masih panas. Kalau dah sejuk (sebab saya duduk belakang sekali di dalam wad), campur pulak air tawar tanpa gula - memang jadi santapan sinki la jawabnya - saya ganti minum air masak sahaja.
Sebiji pau tu tengoklah - kadang2 inti kacang, kari, kaya. Kalau di rumah agak2nya pesakit diabetic ni makan paua berapa biji agaknya..
Roti bun tu yg plain tau, takde inti. Saya tak faham gak nak makan mcm mana mula dulu. Biasanya kan kita beli yang ada inti coklat ke, kelapa ke. Masa mula2 dapat air diet normal, bolehlah mencicah (walaupun, manisnya Allah saje yang tahu). Tapi air tawar diet diabetic ni, rasa pelik lak nak mencicah lebih2 lagi bila air dah sejuk.
Satu paket roti tu tengok juga, kadang2 dapat roti jagung, roti bilis (saya suka..!), roti kaya. Bukan paket besar tu, yang mini tu. Macam pau dan roti bun, memang tidak mengenyangkan.
MAKAN TENGAHARI - 12.00 tengahari
Minggu Pertama
Ahad - nasi + ikan (ayam) masak kicap + sup bayam
Isnin - nasi + ikan masak merah + taugeh masak lemak
Selasa - nasi + kari ikan + sup sawi + oren
Rabu - nasi + ikan ?sardin + sup petola + epal
Khamis - nasi + sup ikan + sup kobis + honeydew
Jumaat - nasi + ikan masak merah + kobis goreng + sup lobak putih + epal
Sabtu - nasi + kari ikan + kacang panjang goreng + sup sawi + limau
Minggu Kedua
Ahad - nasi ayam
Isnin - nasi + ikan sardine + sup bunga kobis + sup labu air + betik
Selasa - nasi + ikan masak kicap + limau
Rabu - nasi + ikan masak asam + timun goreng + sup bayam + betik
Khamis - nasi + ikan masak ?asam + peria goreng + sup kobis + betik
Jumaat - nasi + ikan masak lemak + sup lobak air + lai
Sabtu - nasi + ikan masak ?kicap + sup sawi + tembikai + timun
Perasan tak semuanya ikan? Sebab masa mula2 dulu, memang tak boleh makan ayam. Walau suami kata, "sedap, cubalah rasa" (lauk kegemaran suami di hospital adalah kari ayam), memang saya rasa hanyir (alahan lah agaknya kot kan...) Jadinya, hari2 makan ikan. Masalah dengan ikan ni, lagilah hanyir (kadang2). Kadang2 kuahnya dah hanyir, ikannya malas lah nak rasa. Ada juga masa2 yang ikan tak masak isinya. Solutionnya....makan nasi dengan sayur sahaja (sedih kan..). Kalau suami ada dan tak sibuk, minta dia belikan lauk. Sekarang dah boleh makan ayam - legalah rasa, ada variety.
Lauk yang bertanda '?' tu, sebab saya tak pasti masak apa. Warna coklat, kadang2 hitam, kadang2 merah. Rasa pulak kadang2 masam, kadang2 tawar - oleh kerana tidak dapat dipastikan jenis masakan saya rekodkan '?' sahaja.
Perasan tak juga mula2 tu satu jenis sayur, kemudian jadi 2 jenis sayur. Masa tu lah perubahan dari normal diet ke diabetic diet. Tapi kadang2 saya tak habis pun sayur sbb macam lobak putih dan labu air memang saya tak minat.
Buah, hari2 memang ada. Mana yang tak tulis buah tu, tak ingat buah apa. Tapi, buah ni memang berubah2. Tengok atas stok diaorang kot. Macam sekarang ni, hari2 duk bagi nenas.
MINUM PETANG - 4.00 petang
(tak berapa penting bagi saya sbb biasanya masih kenyang dgn makanan tengahari, dan tak lama lepas tu nak dapat makanan malam > ayat sedih sejak dapat biskut tawar...)
Saya rasa tak perlulah ditulis apa menunya kan.. Sebab sekarang ni memang hari2 dapat 4 keping biskut tawar. Airnya kebanyakannya teh o, kadang2 ada jugak susu (sekali je - rasa macam buang tebiat pulak), ada jugak teh susu, kopi. Tapi semua tanpa gula (bukan tawar ye..).
Sebelum ni (masa normal diet), ada la dapat popiah goreng, kebab, roti sandwich, cucur - yang ni yang saya sukalah.. Kebanyakannya dapat agar2, puding, kuih sagu, kek - yang ni biasanya saya simpan untuk bagi ke suami.
MAKAN MALAM - 6.00 petang
(lauknya lebih kurang sama dengan makan tengahari)
Minggu Pertama
Ahad - nasi + sup sawi + ikan kukus halia
Isnin - nasi minyak
Selasa - nasi + ikan masak lemak + sup lobak putih + tembikai
Rabu - nasi + gulai ayam + oren
Khamis - nasi + ikan masak merah + sawi goreng + betik
Jumaat - nasi + cencaru goreng + sup ayam + kalian goreng
Sabtu - nasi + ikan masak merah + sup kobis + kangkung goreng + limau
*Masa dapat cencaru goreng tu suka sangat sebab masa tu memng tengah mengidam cencaru. Ikan cencaru tu pulak goreng garing..memang sedap. Alhamdulillah..
Minggu Kedua
Ahad - nasi + ikan goreng + sup sawi + kacang panjang goreng
Isnin - nasi + ikan masak lemak + kobis goreng + sawi goreng + honeydew
Selasa - nasi + sup ikan + kacang panjang masak lemak + betik
Rabu - nasi + ikan masak ? + kangkung goreng + oren
Khamis - nasi + ikan masak kicap + sup sawi + kangkung goreng + jambu batu
Jumaat - nasi + ikan masak kicap + sup sawi + kangkung goreng + jambu batu
Sabtu - nasi + ikan goreng + sup kubis + petola goreng + oren
Ada sekali tu saya dapat telur dadar. Mungkin masa tu menu asal adalah ayam. Tapi masalahnya, telur dadar tu dicelup didalam kuah kari. Pelik kan? Memang tak lalu nak makan sbb telur tu dah berminyak, dicampur dalam kuah kari. Kalau dicurah sikit kuah kari atas tu boleh tahan lagi, yang ini 1/2 mangkuk kuah kari..bila dikorek, ada telur dadar. Kalau dia bagi telur mata kerbau atau telur rebus, ok dah bagi saya.
Untuk makan tengahari, yang best sekali adalah nasi ayam. Bagi makan malam pula, yang best nya adalah nasi minyak. Apa pun saya bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi pada hari itu.
Mana makanan yang tidak dapat 'dihadam', saya tolak cara baik. Makan apa yang ada...sambil bagitau kat baby, 'baby, jangan memilih okay..kita makan je apa yg Allah bagi hari ini'. Elok juga ajar anak dari dalam perut jangan cerewet.
Setiap kali staf 'serve' makanan, saya tidak akan lupa senyum dan mengucapkan terima kasih, memandangkan itulah orang yang saya bualkan dalam satu hari. Lagipun, sejuk hati kita kan kalau kerja rutin harian, ada yang 'appreciate'. Termasuk apabila diorang ambik balik tray/dulang makanan yang telah siap dimakan. Kalau takde yang mengambilnya, saya sendiri yang akan menghantar ke pantry. Orang berbudi, kita berbahasa...
No comments:
Post a Comment