30 September 2013

Update Part 1 - Akhirnya...My Home Sweet Home

Assalamualaikum...

Apa khabar semua..
Malu rasanya bila mahu menulis semula..
Asalnya..tujuan saya membuka blogger.com ari ni adalah utk deactivate blog ini..tapi apabila melihat sambutan..dgn komen2 yg memberangsangkan..terputus hasrat hati

Terlalu banyak yg mahu saya ceritakan..
Entry yg terakhir...adlh isu ketika di dlm wad..ditegur oleh nurse krn mengambil mknn luar.
In fact, terlalu banyak kenangan yg tak mungkin dpt dilupakan. Sometimes it hurt, but i learn a lot from it. Malahan, pengalaman 5 bulan di dalam wad telah byk mengubah persepsi saya sbg pegawai perubatan. Tidak sama 'merawat' pesakit dgn 'dirawat' sebagai pesakit. Selepas ini, saya mungkin akan lebih memahami sikap pesakit...

Alhamdulillah... 12 Julai (hari puasa ke-3) saya dibenarkan keluar.
9 Feb - 12 Julai... 5 bulan lebih di dalam wad.. Tak sangka juga yg saya berjaya mengharungi tempoh 5 bulan ini. Jika ditanya...bagaimana jika mengandung semula...?
Jawapan saya mudah..."oh tidak..!!! Akan dtg, saya lebih rela duduk di rumah walau apapun terjadi"

Sebenarnya, doktor pakar merancang utk discaj semasa kandungan 34 minggu (akhir Ramadhan). Malahan, saya sendiri sudah merancang utk beraya di hospital. Tapi, apabila tiba sahaja ramadhan...suami saya demam selsema, tak ghok dah (tak larat) nak ulang-alik berbuka pose bersama. Katanya, "sebenarnya, kalau ikutkan hati...lama dah abg nak suruh mar balik".
Ayat seolah2 memberi pilihan antara dua. Dicampur pula saya yang semakin stress di dalam wad. Ketika itu, bukan sahaja suami...tapi saya sendiri tak sabar2 utk pulang. Tapi...kami masing2 risau sekiranya perkara buruk berlaku (we are still traumitized with our previous bad history).

2 orang doktor pakar ditanya pendapat...kedua2nya bersetuju..
Gembira betul rasa hati. Gembira dalam kerisauan. Not a 100% happiness. Pasrah dgn keputusan doktor pakar & tawakal kepada Allah. Kandungan yg baru mencecah 31 minggu terlalu premature dan sudah tentu kami mahu yg terbaik utk anak ini. Itulah keputusan terbaik yg kami rasakan ketika itu.

Pagi jumaat tu...saya berkemas dgn segera. Kusyuknya mengemas hingga tidak sedar barang yg terkumpul adalah sehingga mencecah 12 beg. Macam berpindah rumah pula lagaknya. Mana tidaknya, koleksi novel....cd...biskut...bekas minuman...pakaian.. 3 kali ulang-alik juga suami mengangkut kesemua barang.


 
Tu dia... Hampir kesemua barang2 saya sblm 'berpindah keluar'...
 
 
Selesai semua urusan discaj, kami bergerak perlahan2 ke kereta. Sebaik sahaja memijak lantai kereta, tiba2 terasa asing di dalam kereta sendiri. Sebak...

Rumah kami hanya 2 minit perjalanan. Belum apa2 pun, sudah berada di depan rumah. "Ala...cepatnya. Abang, pusing kampung sikit boleh tak?"
"Jangan Mar...bahaya," ringkas shj suami membalas.
Saya sekadar akur...taat...mengerti. Di dalam hati cuba memujuk diri sendiri, 'akmar...sikit je lagi...this is nothing compare to your previous sacrifice. Pejam celik je..lepas ni boleh jalan puas2'
 
 



 
Tengok ler macam mana suami mengangkut semua barang.. dua kali angkut tu..


Apabila masuk ke dalam rumah...'Ya Allah, rumahku! Siannye abang...patut lah beria suh balik'.
Nampak sangat kekusutan di hati suami melalui keadaan rumah ketika itu. Ibarat 'rumah org bujang'...begitulah lintasan hati saya. Terharu dgn pengorbanan suami selama ini. Selama ini, segalanya dilakukan sendiri. Memasak...membasuh...mengemas...yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yg bernama isteri. Saya merasakan sayalah manusia yg paling penyabar, rupa2nya suami juga tidak kurang hebatnya.

Begitulah... Semuanya demi seorang zuriat..penyambung generasi kami di masa hadapan..
Moga usaha kami tidak sia-sia & mendapat keredhaan Allah...
InsyaAllah...

09 July 2013

"Kita Tak Syorkan Makanan Luar, Sebab Kita Dah Sediakan Diet Diabetik"

Panjang kan tajuk entry kali ini.
 
Bagi Faiz dan Kak Maria..sudah tentu mereka faham..
Sebabnya sebaik sahaja peristiwa ini berlaku terus saya call mereka utk mendapatkan opinion.
(Opinion samada okay tak jika saya mahu balik hari ini)
 
Ia baru je berlaku semalam.
Terngiang-ngiang suara nurse yang mengungkapkan ayat di atas.
 
 
Spt yang kalian tahu saya didiagnos 'borderline gestational DM'.
(Borderline ye.. maknanya belum lagi Diabetik)
 
Keputusan Oral Glucose Tolerance Test saya adalah (ketika 16 minggu):
4.8 mmol/L - berpuasa
7.8 mmol/L - 2 jam selepas minum air yg dicampurkan dgn 75gm gula
(Dan....cara saya minum air gula tu salah! Sbb saya minum dekat sejam baru habis, sejam kemudian terus darah saya diambil. Tapi doktor pakar taknak repeat...dia terus diagnos saya sbg DM - sedehnya....sedih sangat2....)
 
Jika mengikut WHO dan Malaysia Clinical Practise Guideline:
Jika resultnya (dalam mmol/L):
 kurang 7.8  - normal
7.8 hingga 11.0 - impared glucose tolerance
lebih 11.0 - diabetes
(Nak senang ingat....ingat 7 Eleven - alah kedai serbaneka yg bukak 24 jam tu)
 
So nampak tak?
 
Sudahlah ujian yang saya buat ada error (saya tak puas hati sbb tidak dibenarkan repeat semula - lagipun nurse tak bagitau pun kene minum dlm tempoh 15 minit) - sbb dalam lingkungan sejam pertama tu baru habis minum...sejam kemudian terus ambil darah...maknanya yg dikesan bukan aktiviti insulin dlm badan saya, tapi gula yg saya minum tadi.
 
Kemudian, keputusan ujian saya memang sipi2 je.
7.8 mmol/L
Dan saya bukannya diabetes..
Hanya impared glucose tolerance....maknanya borderline ajelah...nak senang cite...baru nak jadi kencing manis...belum lagi kencing manis..
 
 
Lepas tu kene follow-up dengan BSP (blood sugar profile).
Darah diambil 4 kali sehari;
Fasting: 6.00 - 6.30 pagi
Pre-lunch: 12.00 - 12.30 tgh
Pre-dinner: 5.00 - 6.00 ptg
Before sleep: 9.30 - 10.00 mlm (tak rasa mcm sblm tidur pun - lebih kpd post-dinner je)
Bacaan normal adalah 4 - 6 mmol/L
 
So far, result saya (dalam mmol/L):
17 minggu: 4.7/5.8/4.3/6.8
19 minggu: 4.6/4.5/6.6/4.8
21 minggu: 4.6/5.3/4.6/5.9
25 minggu: 4.6/4.3/5.0/4.4
Semalam: 4.9/5.9/6.4/6.2
 
Perasan tak biasanya yang pre-dinner dan post-dinner tinggi sedikit.
 
Mana tidaknya...biasanya minum petang disediakan jam 3 - 4 ptg...jam 6 ptg dah nak cek darah (utk pre-dinner) - memanglah tinggi sikit kan. Yang nampak result rendah tu, masa tu saya ikat perut tak makan apa2 selepas lunch sampailah nak ke dinner.
 
Kemudian, yang malam tu pulak biasanya saya makan agak lewat sbb tunggu suami.. 7 mlm kadang2 tu. So, bila cek jam 9.30 mlm tu mmg lah tinggi sedikit. Yang nampak rendah tu, masa tu saya makan separuh je nasi...simpan lagi separuh...pastu sambung makan slps cek darah.
 
Yang pre-lunch takde masalah pun (walaupun kadang2 saya hentam nasi lemak pagi tu) sbb jaraknya memang lama...sekurang2nya 3 jam.
 

Alkisahnya semalam...
Semasa nurse datang malam tu utk cek darah...(saya tidak ke kaunter utk 'serah diri' sbb terlalu mengantuk). Dia bertanya, "berapa gula tadi?"
Saya jawab ringkas, "tinggi sikit, 6.4 sbb baru lepas minum petang"
 
Out of nowehere, nurse tersebut berkata, "kita tak syorkan makanan luar ye...sebab kita kat sini dah sediakan makanan khas diet diabetik."
Terkejut saya...."saya beli juga mknn luar bila tak boleh makan makanan hospital"
 
Masa tu...memang saya tak puas hati.
Terguris..... Ayatnya ibarat seribu tikaman..
Sehingga tidak terkeluar kata2 yang lain..
 
Terus call suami...dalam suara yang serak basah hampir menangis.
"Nak balik lah bang... Dah la laptop tak bagi tengok. Ni skrg takleh makan makanan luar pulak"
Terus saya ceritakan semuanya.
Menangis saya mahu balik malam itu juga..
Nak merajuk..
Bosan sudah rasanya menjadi penunggu di dalam wad.
Menjadi bahan teguran demi teguran..
 
Suami yang juga suara sedikit bengang,
"Bakpe meksi tu baru cakap hari ni? Bukan dah lama ke Mar ada kencing manis?
Bakpe tak cakap apa2 masa belikan kek 3 biji ari tu?"
 
Yelah...suamilah yang tolong membelikan makanan utk saya.
Memanglah dia terasa juga..
Takkan nak dibiarkan isteri kelaparan bila makanan hospital tidak boleh dihadap.
 
 
Yang menyebabkan saya marah...terasa...bengang adalah kerana:
 
1. Saya dah duduk 5 bulan dalam wad ni. Banyak kali bertemu dgn nurse yang sama. Mengapa malam  itu juga dia menasihati sebegitu? Seolah2 memerli shj..
 
2. Saya adalah pegawai perubatan yg telah berkhidmat selama 8 tahun dan berada di hospital ini selama 6 tahun. Saya tahu apa yang saya dapat adalah diet diabetik - tak perlu nak ingatkan (sape yg tak perasan bila org lain dapat nasi goreng, saya dapat roti 2 kpg dan bila org lain makan kuih kaswi, saya dapat biskut 4 keping.......biasa dah, pagi makan roti, petang makan biskut - macam mknn mat saleh). Cara nurse tu cakap...spt saya tidak tahu apa2..
 
3. Cara nurse tu cakap seolah2 ada bungkusan nasi goreng di atas meja di sebelah katil saya ketika itu. Sebelum membuat pernyataan, tanya dulu.."ada makan makanan luar ke?" (Sebab nak kaitkan dgn gula yg sedikit tinggi). Ni tidak..gayanya seolah2 menuduh saya
 
4. Jika dia (nurse tersebut) kene duduk wad 5 bulan spt saya semasa ngandung...boleh ke tahan makan makanan yg sama setiap masa, setiap hari? Adakalanya mahu juga makan mihun goreng, selain dari nasi... atau nasi kerabu..atau spageti. Bendanya sama sahaja. Asalkan sukatannya secawan. (Alah...kadang2 lebih sedikit dr itu sbb saya makan berkongsi dgn suami - sbb saya lebih suka meratah lauk).
 
5. Ke diet diabetik hospital menggunakan beras basmathi yang lebih rendah GI nya? Sampai saya harus tergila2kan makanan hospital (ikut strictly hingga takleh langsung mknn luar). Sama je nasi hospital atau nasi kerabu yg saya beli dari luar tu. Malah, spageti lebih rendah GI berbanding nasi biasa. (Nasib baik saya tak cerita tentang GI dengan nurse tu smlm.., kalau tak rasanya bukan saya yang menangis...)
 
6. Ada guna duit dia ke masa beli makanan luar tu? (Ayat melampau...tapi, well...this is what I'm thinking...)
 
7. Tinggi sangat ke gula saya sehingga berbelas2? Okay dah 6 lebih sikit tu... Tu pun sbb baru lepas makan... Cuba test sekali patient lain yg bukan diabetik....mesti lebih kurang punye..
 
8. Dia tahu tak apa kaunseling dietitian pada saya? Pernah dengar tak kaunseling dietitian pada pesakit kencing manis? (sebelum dia pandai2 mengeluarkan pernyataan sebegitu).
Dietitian kata... "kalau tak boleh makan makanan hospital, belilah lauk di kantin - yang penting pertukaran GI tu masih sama"
 
Maknanya,
 
- Utk makan utama (2 pertukaran):
Nasi/Mee/Kuew tiow/Mihun - 1 cawan
Roti - 4 keping
Biskut - 8 keping
 
- Utk snek (1 pertukaran):
Separuh daripada di atas
 
- Satu hari, 8 pertukaran sahaja; 3 kali utk hidangan utama (breakfast, lunch, dinner) dan 2 kali utk snek
 
- Wajib ada snek, iaitu dari jam:
10.30 - 11.00 pg
3.30 - 4.30 ptg
 
Masa tu saya bagitau lah kat dietitian tu, kalau wajib ada snek kenapa tak sediakan makanan masa jam 10.30 - 11.00 pg?
Dietitian tu jawab, "sediakanlah makanan sendiri, yang penting jangan tinggal snek sbb taknak makan berlebihan masa hidangan utama. Belilah biskut atau roti."
 
*Adalah penting bagi pesakit kencing manis utk memastikan gula dalam darah sentiasa stabil. Bukannya pagi terlalu rendah dan malam terlalu tinggi, terutamanya bagi pesakit yg sedang mengambil ubat kencing manis - takut hypo (kekurangan gula yg boleh menyebabkan pengsan).
 
So...dengar tak wahai nurse yang bijaksana?
Kene juga prepare makanan luar.
Ke nak tunggu patient hypo dan coma baru nak study betul2 (selepas menulis surat jawap kpd pengarah hospital).
 
 
Suami saya kata (pagi ni), "hai susahnya bila doktor jadi patient..."
Tergelak saya.
"Patutnya nasihatlah nurse tu. Sian kat dia tak faham."
Macam mana bang...masa tu tengah emo.....dah la homesick....baru kene tego takleh guna laptop....pastu ada pulak tego takleh beli makanan luar...rasa betul2 dalam penjara.
 
Ya...betul..
Itulah perasaan saya..
Seperti dalam penjara...
Sekatan demi sekatan..
Semua menjadi teguran..
Pakaian yang sama...
Makanan yang sama...
 
Syukur, ada suami yang memahami dan menyayangi...
Keluarga yang sanggup datang dari jauh..
Kawan2 karib yang menasihati..
Staf2 wad (ramai lagi yang baik2) yang sentiasa memberi sokongan..
Dan, yang paling penting..
"Baby di dalam perut yang sentiasa menendang kecil"
 
Jawapan saya kpd suami di subuh hari,
"Kita sabar ajelah ye bang...lagi 14 hari je lagi...kejap je lagi kan..."
 
Sabar...sabar...sabar..
Ibarat zikir yang tak lekang dari bibir saya..
Saya katakana pada diri, 'jika aku dapat bertahan 5 bulan, sudah tentu aku mampu bertahan lagi 2 minggu....sabar..'
 
Terfikir sejenak...
Kalau anak perempuan yang saya kandungkan....patutkah letakkan nama 'Sabariah' sbb ibu dan ayahnya banyak betul bersabar... (teringat pulak cerita P. Ramlee..)
 
 
Semuanya mematangkan kami..
Di hadapan nanti lagi banyak cubaan dan dugaan yang akan ditempuhi..
Kerana inilah yang dinamakan..
"Sekolah Kedewasaan"
 
Wallahua'lam
 

Family Perak Datang

Weekend yang lepas, keluarga saya datang dari Perak.
Semua datang kecuali Ayu dan keluarganya.

Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu.
Seronoknya hanya Allah yang tahu..
Walaupun kehadiran mereka hanya sebentar, tapi ia umpama cas bateri untuk saya.
 
Sememangnya kedatangan mereka sudah dirancang lebih lama dahulu.
"Bila Irfan balik, sebelum puasa kami datang," begitulah kata mak sebelum ini.
(Irfan belajar di Universiti Zagazig, course Farmasi dan dia pulang ke Malaysia selama 3 bulan dari 17 Jun hingga 17 September)
 
Oleh kerana sudah tiada weekend yang lain...maka weekend kali ini dipilih.
Mak, ayah dan Irfan bertolak dari Batu Gajah tengahari Jumaat.
Singgah di SBP Gopeng untuk mengambil Imran (Tingkatan 1).
Kemudian, terus ke KL untuk mengambil Mira yang bekerja disana (tiba dalam 5.30 ptg).
Dari KL mereka bertolak terus ke Kemaman.
Mira dan Irfan yang bergilir-gilir memandu.
Tiba di Kemaman dalam 12.30 pagi.
 
Tengahari sabtu itu barulah kami dapat berjumpa setelah mak ke pasar membelikan 1 kg lempung utk dibuat lempung berlada (tak tahu mengapa saya suka sangat dgn lempung semasa mengandung ni).
Jam 12.30 tgh kami bertemu di bawah pokok mentega.
Saya ceritakan keistimewaan tempat dating kami ini.
Dan mereka bersetuju betapa selesanya disitu...suasana yang damai sahaja, terdapat banyak pokok2 dan burung2....sungguh tenang dan nyaman.
Yang paling best adalah tmpt parking yg dekat tu lah...sbb mak mmg sakit lutut. Maka, tak perlulah jalan jauh2..
 
Sedapnya dapat makan masakan mak...
Simple sahaja menu tghari itu - lempung berlada, telur dadar, daging masak kicap, ikan goreng dan labu masak lemak.
Syoknya orang yang boleh balik jumpa mak sokmo2..
Nak buat macam mana kan...sudah takdir saya sebegini..
 
Oh ya...suami saya tiada..
Pagi2 sabtu tu dia ke Kuala Terengganu kerana mak mertua saya dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman di paru2. Semua adik beradik suami pulang untuk bergilir2 menjaga mak.
Suami pulang ke Kemaman pada ahad malam...kiranya 2 hari dia mengambil cuti.
 
Sesudah menjamu selera...mereka pulang semula ke rumah saya.
Saya yang spt ular kekenyangan, tidur dgn lena pada petang itu.
(Takpelah, lepas ni lah diet betul2...masa ni bolehlah buat perangai mcm ni)
 
Kami bertemu semula pada jam 6 petang.
Petang tu, kami menikmati sata dan otak2 beserta air teh o panas..
Nikmatnya...
Jika masa panjang, mahu saja saya meminta Mira membuatkan karipap besar kegemaran kami sekeluarga.
 
 
Banyak betul perkara yang kami bualkan...
 
Perancangan saya selepas bersalin....mahu pulang Perak 2 minggu slps bersalin, dengan keizinan suami. Jika suami tidak dapat menghantar, saya minta Irfan datang ambil.
Mak kata, "tanyalah Hisham dulu...dia bagi ke tak"
 
Kemudian, keinginan saya untuk memasak pelbagai menu selepas dibenarkan pulang nanti - nasi ayam, melty Hershey, upside down pizza, sushi, kek cheese...
"Boleh ke kak kamu masak macam2 tu, kang anak kamu nangis jek..semua tak jadi"
"InsyaAllah, baby baik...dah baca Fatihah, Ayat Kursi dan Al-insyirah hari2.."
(Sambil tu usap perut...pujuk baby...dengah penuh harapan)
 
Mak membawakan jubah yg dibelinya ketika melakukan umrah tempoh hari - cantik...warna merah. Harapnya muat utk dipakai semasa raya nanti..
 
Selain itu, mak juga membawakan set tilam utk baby yg dibeli tempoh hari beserta beberapa helai barut (turun-temurun daripada Imran ke Alia - masih elok lagi) dan beberapa pasang sarung tangan dan kaki.. (Alhamdulillah...murah rezeki baby kan...tak perlu ibu beli banyak2)
 
Banyak juga perkara yang diupdate...
Perasaan rindu untuk pulang ke Perak meluap-luap rasanya..
Sabar...sabar... Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan..
Rasa diri ini sebatang kara disini...
 
Malam itu kami bertemu lagi...menikmati megi goreng..
Tapi pertemuan di malam hari tidak lama kerana mak dan ayah kelihatan agak penat.
Keesokan paginya kami bertemu semula sblm mereka bertolak balik.
Panjang betul kami berbual sehinggalah nurse di wad call, bertanyakan kelibat saya dimana (ketika itu jam 9.30 pagi). Kebetulannya, keluarga saya pun sudah beransur2 pulang.
 
Jika dahulu, apabila melihat kereta mak dan ayah hilang dari pandangan mata, masa itu pasti saya akan mengalirkan air mata. Tapi, semakin dewasa...saya dapat mengawal perasaan. Lagipun, di Kemaman saya ditemani suami tersayang.
 
Jika diikutkan perasaan, mahu sahaja saya menumpang masuk ke dalam kereta dan mengikuti mereka pulang ke Perak. Tak puas rasanya berbual2 dgn adik2...dgn mak ayah... Sekejap sungguh..
 
Ada yang kata, 'sekejapnya family datang, buat penat je'.
Mudahlah mereka berkata...bagi yang selalu berpeluang berjumpa family masing2.
Saya....dalam setahun 3 - 4 kali sahaja berpeluang utk balik kampung...itupun hanya 3 - 4 hari sahaja.
Dan tahun ini, tidak sekalipun saya balik - mana tidaknya, sejak melakukan IUI, saya tidak langsung keluar dari Kemaman.
Kadang2 saya merasakan lebih banyak berjumpa adik-beradik suami berbanding adik2 sendiri.
 
Sabar...sabar...
Itu sahajalah kalimah yang saya dapat ungkapkan berkali2 tanpa jemu.
Apa yang penting...kedatangan mereka yang sebentar itu, sedikit sebanyak menguatkan emosi saya yg semakin hari semakin pudar.
 
Selepas ini, InsyaAllah....mereka akan datang semula semasa cuti Raya..
Sudah tentunya ketika itu saya sudah pun berada di rumah..
Bolehlah saya menyediakan pelbagai juadah..
Katanya, semua akan hadir termasuk Ayu dan anak saudara kesayangan kami, Alya Humaira..
(Alya seusia dengan Amirul - anak pertama kami - dan tarikh lahir mereka juga sama...)
 
 
'Baby duduk diam2 ek...
Jangan lahir lagi tau...
Bagi ibu jumpa opah, atuk, makngah, auntie lang, pak teh, paksu dulu tau...
Nanti, 2 minggu lepas raya baby lahir..okay..
Nanti baby boleh main dgn kak Huda dan kak Alya..
InsyaAllah..we can survive this..
Kita sama2 doa ya...'
 
-Amin-

08 July 2013

Berperang Dengan 25 Ekor Lipas

Amaran: Isu entry kali ini akan menggelikan anda!
 
 
Entry kali ini kesinambungan daripada entry berkenaang larangan penggunaan laptop.
Selain daripada dilarang menggunakan laptop, saya juga 'berperang' dgn lipas selama 3 hari 3 malam. Bukan sekor dua ye.... Jumlahnya mencecah ke 25 ekor.
Masa tu, nak tidur tak lena...
Nak makan tak berselera..
Nak bukak laptop pun takut..
 
 
Ceritanya bermula di hari khamis yang lalu.
 
Sebaik sahaja selepas solat Subuh, terlihat kelibat lipas berlari menuju ke arah saya.
Apalagi...saya menjerit ketakutan sbb sememangnya saya takutkan segala binatang yg merayap.
Saya tepis dengan bantal (yang menjadi alas sandar saya ke dinding) dan lipas tersebut terbalik dan tidak boleh bergerak.
(Lipas No. 1)
 
Cepat2 saya mengemaskan tikar sejadah.
Kemudian, mengemas katil dan barang2 yang lain seperti rutin di hari2 yang lain.
Ketika itu, kelihatan seekor lagi lipas merayap di botol kicap. (Lipas No. 2)
"Tak boleh jadi ni," saya mendengus seorang.
 
Lantas saya berlari keluar dan mencari Kak Yah (kerana hanya dia staf yg berani menangkap lipas).
2 ekor lipas itu sudah selamat dibuang dan dilupuskan
(termasuk botol kicap saya...sedihnya takde kicap).
 
Tapi, tak lama kemudian, ternampak seekor lagi di celah2 tin2 biskut (Lipas No. 3),
Kak Yah dipanggil sekali lagi..
Selamat...
 
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..
 
Ketika di dalam bilik air, terasa seperti ada sesuatu di kaki.
Saya tidak hiraukan kerana ingatkan ia adalah titisan air yg memercik dan mengalir.
Tapi, kelamaan rasa spt sesuatu yg merayap.
Bila dilihat..."Ah..." menjerit sekali lagi.. Seekor lipas sedang 'seronok' merayap2 di kaki saya.
Saya sembur dgn air dan dengan mudah lipas tersebut jatuh.
(Lipas No. 4)
 
Kemudian, ternampak 'pasangannya' di atas lantai bilik air. (Lipas No. 5)
Cepat2 saya keluar dan Kak Yah dipanggil.
 
Sehingga saat itu, saya menjadi trauma utk memijak lantai bilik air.
Mata saya akan melilau mencari kelibat serangga hitam itu sebelum melepaskan hajat.
 
Setelah sepanjang hari 'berperang' dgn lipas, petangnya saya keletihan.
Bangun sahaja dari tidur saya mengambil keputusan utk mandi sebelum solat Asar.
Dalam keadaan masih mamai, saya menyangkut tuala di dalam bilik air.
Sebaik sahaja air pancur dibuka, terasa benda merayap di kaki (again!).
Jeritan saya berkumandang utk kesekian kalinya...selepas terlihat kelibat lipas merayap2.
(Lipas No. 6)
 
Ketika itu saya terfikir, "bau orang ngandung ni sedap ke sampai semua lipas suka kat aku ni?"
Sambil menyembur lipas tadi dengan air sehingga ia masuk ke dalam lubang saliran air.
 
Dengan tergesa2 saya mencapai tuala (kerana tidak lama lagi suami akan datang).
Sesudahnya saya di luar bilik air, barulah saya sedari terdapat lipas di tuala mandi saya ketika itu, dan ia merayap ke tangan saya! (Lipas No. 7)
Saya menjerit sehingga terjatuh handphone kesayangan saya. Nasib baik hp saya itu tidak mengalami apa2 kecederaan serius - cuma serpih sahaja casingnya.
 
Petang itu, saya ceritakan pada suami. Katanya mudah, "lipas pun nak takut"
Memanglah cik abang....sbb benda tu merayap..
 
Malam itu, saya dapat tidur dgn aman.
Tetapi, bangun sahaja keesokan paginya, terdapat 3 ekor lipas sedang leka 'berehat' di lantai bilik air.
Oleh kerana tiada siapa yg boleh saya panggil di subuh hari...saya pijak dgn batang penyapu kesemuanya. (Lipas No. 8, 9 dan 10). Niat saya, tidak mahu menyeksanya dgn cara lemas. Lagipun risau jika ia terbang dan merayap pula.
 
Pagi itu, saya bincangkan perkara ini dgn Kak Yah.
Kami tidak tahu daripada mana punca lipas2 ini semua.
Kata Kak Yah di bilik operator pun sama juga, ada lipas.
 
Siang Jumaat itu, kami berperang dgn 4 ekor lagi lipas yg kebanyakannya landing di lantai bilik air. (Lipas No. 11, 12, 13 dan 14). Kata Kak Yah, lipas ni suka tempat yg sejuk....tu sbb dia suka lepak dlm bilik air.
 
Saya mula merancang utk membeli penyembur khusus utk mati/pengsankan lipas.
Saya tahu...masalah lipas ini harus disettle dgn segera.
 
Malam itu, saya ternampak seekor di dinding dalam bilik air, "wah...ko pandai terbang ye", sambil menyembur dgn air (Lipas No. 15). Tanpa saya sedari, berdekatan dgn kaki saya terdapat 2 ekor lagi sedang menyusup di bawah berus tandas. (Lipas No. 16 dan 17)
 
Lantas saya keluar dan memanggil Kak Ha (staf malam yg menggantikan Kak Yah).
Sedang sibuk Kak Ha mengejar 3 ekor lipas itu, rupa2nya terdapat 3 ekor lagi sedang menyorok di belakang tong sampah kuning di dalam bilik air (Lipas No. 18, 19 dan 20).
(Malam itu sahaja - 6 ekor lipas...okay..)
 
Saya menjerit2 di atas katil (memang siap2 duduk atas katil dah masa Kak Ha datang).
Ternampak seekor sempat lari di dalam lubang saliran utk air-cond, lubang itu kami tutup dgn tisu.
 
Hati saya lega...Sebab berjaya menewaskan 20 ekor lipas..
 
Tapi, malam itu, saya tidak dapat tidur lena.
Rasa seperti kepanasan..
Jam 4.30 pagi...saya ambil keputusan utk bangun dan mandi.
Sebaik sahaja air pancur dibuka, kelihatan 2 ekor lipas keluar dari lubang saliran.
"Oh..dari situ ko datang yer," pagi2 buta lagi saya sudah mengomel keseorangan.
Kedua2 ekor lipas itu sudah 'selamat' disembur ke dalam lubang saliran air (Lipas No. 21 dan 22).
Cepat2 saya menutup lubang saliran dgn jaringnya (sebelum itu Kak Yah dan Kak Ha buka supaya air lebih mudah mengalir terutamanya ketika mencuci bilik air).
 
Keluar sahaja dari bilik air, ternampak seekor sedang merayap di atas katil.
"Patutlah aku takleh tido semalam ye...ko ada atas katil ek"
Cepat2 saya panggil Kak Ha (slps mendengar kelibatnya sedang mencuci bilik air di luar).
Lipas di atas katil itu agak bijak menyorok...tapi akhirnya ia juga turut tumpas (Lipas No. 23).
 
Sedang sibuk mengejar lipas di atas katil, ada seekor lagi sedang menyorok di balik tong sampah berdekatan dgn katil. Dan nasibnya sama spt lipas2 yg lain (Lipas No. 24).
 
Pagi itu, saya meminta staf menukarkan cadar krn geli dgn lipas yg sedap melanding di atas katil.
Saya merasa sedikit lega kerana punca utama lipas itu telah berjaya diatasi.
 
Tiba2 selepas breakfast, perut saya memulas...
Cepat2 saya ke bilik air utk menunaikan hajat...
Setelah selesai, dan ketika menarik tombol flush, kelihatan seekor lipas sedang merayap di dalam mangkuk tandas. Terkejut saya...dan ketika itu saya beristighfar banyak2 di dalam hati, 'nasib baik tak naik merayap masa aku tengah buang air!'
Selepas confirm air flush berjaya 'menghilangkan' lipas tadi dari pandangan, barulah saya lega (Lipas No. 25).
 
Bermula dari hari itu, sehingga ke hari ini...sudah lebih 48 jam..tidak nampak kelibat walau seekor lipas pun.. Syukur Alhamdulillah..
 
Kali ini...saya betul2 lega..
So far...so good..
Ada adik saya belikan racun lipas..tapi saya bagi peluang kat diorang dulu utk membuat perhimpunan di tempat lain..
We will wait and see..
 
 
** Saya tak ingat nak ambik gambo lipas2 tu...
Sebab ingatkan pada asalnya sedikit sahaja...
Tak sangka pula boleh mencecah sehingga berpuluh ekor sebegitu..
 

Tak Boleh Guna Laptop

Selepas sekian harinya saya tidak menulis, banyak betul isu yang mahu saya ceritakan.
Entry sebelum ini saya kisahkan tentang balik semasa 32 minggu.
Kali ini saya mahu ceritakan sebab utama blog kesayangan saya ini ditinggalkan usang lebih seminggu.


Saya yang seperti hari2 yang sebelum ini, menaip di papan kekunci, sambil mendengar ayat Quran.
Hati saya ketika itu gembira dan emosi saya sangat stabil.

Tiba-tiba, masuklah doktor pakar bersama peg perubatan dan seorang lagi peg perubatan siswazah.
"Eh awak ni, asyik tengok laptop je," doktor pakar tersebut menegur.

Saya cepat2 menjawab, "saya ada keluar.....jalan2....."
Dalam hati saya terdetik, 'minggu lepas, bukankah Zulaika (salah seorang peg perubatan wad) dah bagitau yang aku memang ambulate'

"Bukanlah... Awak bacalah buku ke. Ni tengok laptop hari2. Bahaya tau. Sebab ada gelombang electromagnet, boleh beri kesan pada baby. Memang takde kajian sbb siapa yang nak bagi baby dia dibuat kajian, tu sbbnya kesannya kita tak tahu. Lebih baik baca buku," panjang lebar penerangan yang diberi.

"Saya bukan tengok sepanjang masa. Kadang2 petang saya tutup. Malam memang saya tutup pun sbb tidur," sambil tangan menggerakkan tetikus untuk pause kan ayat Quran yang dipasang melalui windows media player.

"Tak boleh juga macam tu. Awak selanglah sehari tengok laptop, sehari baca buku. Boleh kan.."

Mahu saja saya menjawab,
'Dah habis dah buku kat rumah, tak tau nak cari buku mana lagi'
'Sebelum ni lama dah saya guna laptop, kenapa tak tegur?'
'Kerani kat pejabat macam mana? Bukan diorang hari2 tengok komputer?'
Tapi, rasa malas mahu bertekak...
Jawapannya mesti sama...
Arahannya harus diikuti..

Samalah seperti ketika masalah 'ambulation' saya sebelum ini.
Sudah puas saya berjalan...
Tapi, teguran demi teguran dilontarkan...walaupun saya sudah aktif berjalan.
Kadang2, ada saya terfikir mahu mogok...pagi2 melepak di Pusat Sumber sehingga ke tengahari bagi menujukkan yang saya benar2 bergerak.


Sebaik sahaja saya ditinggalkan keseorangan, terus saya call suami dan saya ceritakan semuanya.
Suami menjawab dgn lebih panjang lebar, "komputer skrg mana ada gelombang electromagnet dah...kalau ada pun sikit je sbb kita guna LCD screen tak macam komputer dulu2. Lagipun, gelombang mcm tu bukan boleh dapat daripada komputer sahaja, dari handphone pun boleh...dari tablet pun boleh...lampu boleh. Kiranya semua orang boleh, lagi2 yang guna handphone dan tablet setiap saat setiap masa. Dah..kenapa takde pun yang anak cacat ke... Kalau tak habis semua org lahirkan anak cacat sbb semua guna handphone."

"Bukannya apa...semua tu dari Allah..betul...Memang kita nak anak sihat. Tapi, buat apa nak depend dengan fakta yg tidak berasas? Lagipun, Mar bukannya bukak laptop 24 jam," kata2 suami semasa meyakinkan saya...katanya dia lebih arif sbb dia mempunyai kelulusan kejuteraan elektrik.

(Penerangan di atas sudah saya ringkaskan mengikut pemahaman saya. Kalau ikut ayat sebenar suami, banyak terminology yg saya kurang fahami)

Saya akui...
Saya akur...
Hati merasa sangat lega...
Risau kerana sebelum ini sudah lama saya menggunakan laptop..

Tapi, sejak hari itu...saya berasa spt 'trauma' hendak membuka laptop.
Bukannya kerana takutkan kesannya pada kandungan....tapi, takut jika semasa menaip di papan kekunci laptop, ditegur sekali lagi, "awak ni Akmar, asyik guna laptop aje!"

Kadang2, panas juga telinga menahan teguran demi teguran.
Sehinggakan, saya merasakan tiada lagi kata2 positif utk saya.
Jadinya, saya semakin stress dan stress...
Dan akhirnya, semakin homesick dan homesick...
Rindukan rumah...
Sbb di rumah, tiada siapa yang akan menegur..
Boleh lakukan apa yg dikehendaki..


Mula terfikir..
'Aku dulu, masa tengok patient macam ni juga ke? Hanya memandang negatifnya sahaja...tidak memuji dan appreciate perkara yg positif.'
Kesian pada pesakit2...jika sebegini dilakukan..
Patutlah yang sakit semakin sakit..
Sebab, sakit di mental lebih teruk kesannya pada fizikal..

Muhasabah...
Saya bertekad untuk tidak melakukan perkara yg sama kepada pesakit saya.
Positive remarks sangat penting dalam memotivasikan pesakit.
Kemudian, barulah disisipkan perkara yg kurang elok dan ditegur sedikit2.
InsyaAllah..


Selepas seminggu, selepas dilihat kelibat doktor pakar yg sama tidak ada, barulah saya berani membuka laptop. Traumakah saya?
Tak tahulah...
Yang penting....sabarkan hati..
2 minggu sahaja lagi sebelum saya 'dibebaskan' dari 'penjara' ini..
Kemudian...
Bolehlah saya makan tidur sepuas hati..
Tiada siapa yang melarang..
Tak sabarnya..
 

Balik 32 Minggu


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...slps seminggu saya mendiamkan diri, hari ni saya berpeluang utk menulis lagi.
Syukur ke hadrat Ilahi krn dgn keizinanNya, esok kita akan bertemu dgn Ramadhan al-Mubarak..
 
Countdown hari ini:
Jika balik 32 minggu: 14 hari lagi
Jika balik 34 minggu: 32 hari lagi
Cerclage dibuang: 42 hari lagi (36 minggu)
Nak bersalin: 57 hari lagi (38 minggu)
Due: 71 hari lagi (40 minggu)
 
Sudah duduk di wad:
150 hari
22 minggu
5 bulan
 
 
Perasan tak saya  ada mention 'jika balik 32 minggu'?
 
Banyak betul perkara yg berlaku...tak tahu mana nak mula.
So, saya nak mulakan dgn kisah 'balik 32 minggu' dahulu.

Awal bulan ini, doktor pakar bertanya semula perihal saya yang mahu beraya di hospital.
Katanya, "kesian kat awak, beraya sorang2 di hospital. Takpe kalau awak nak balik sebelum raya tu. Kalau nak balik 'bercuti' 2 hari pun boleh, tapi selepas 32 minggu lah."

Pada mulanya, hati saya sedikit terguris, 'nampak sangat orang taknak dah kita duduk wad, cepatnya nak halau balik'. Lagipun, keputusan untuk beraya di hospital itu sudah lama dibuat...sebab jika saya balik pun, saya akan beraya sorang di rumah sbb suami sudah tentu mahu pulang ke rumah emaknya.

Saya sudah tentu tidak akan kemana2. Mahu ke Kuala Terengganu pun saya takut (kedua-dua Amirul dan Uwais 'dilahirkan' semasa berada di rumah mak mertua - kebetulan? - tapi saya lebih senang mengelak, risau pisang berbuah kali kedua). Mahu beraya ke Perak, lagilah...dibuatnya sakit bersalin di tengah2 Genting Sempah tu...siapa pula yang mahu menyambut.

Maka, keputusan untuk saya berada di Kemaman adalah muktamad.
Soalnya, di hospital atau di rumah?

Kemudian, datang seorang lagi doktor pakar.
Katanya, Dr. Ruziana (doktor yang merawat saya di HSNZ dan juga melakukan IUI beberapa kali utk saya), terkejut apabila mendengar yg saya masih di dalam wad. Katanya lagi, saya boleh dibenarkan pulang pada 32 minggu jika mahu.

Jadi, apabila sudah beberapa doktor pakar mencadangkan sebegitu,  keputusan saya mula tergugat.
Mula membayangkan keseronokan dapat pulang lebih awal dan kali pertama beraya di Kemaman (sebab sebelum ni kan beraya dgn family, ni kira kali pertama beraya dgn suami). Saya sendiri sudah merancang utk menyediakan nasi ayam di Hari Lebaran tersebut dan jika diizinkan nak buat pelbagai dessert dan kek (biskut raya rasa mcm terlalu remeh utk dibuat).

Mulalah saya berfikir....
Bertanya pendapat keluarga dan kawan2.
Keputusannya sama!
"Bincanglah dengan suami"

Pada petang itu, (dengan hati yang berdebar2) saya bertanyakan perihal beraya ini kpd suami.
"Abang, boleh tak kalau abang balik kampung selepas sembahyang raya? Dr pakar bagi balik 2 minggu sblm raya, maknanya sebelum 10 Ramadhan terakhir. Mesti abang letih punyer bila dah akhir2 Ramadhan kan...kalau Mar ada kat rumah senang sikit kan?"
(Bagus tak alasan saya? Ni..sambil cakap ni sambil urut bahu tu...bodek kan..)

Suami terdiam sekejap.
Dalam hati saya, 'ah, sudah....nampaknya takdelah harapan beraya dgn di rumah'.

"Okaylah. Abang temankan satu hari tu, malam tu atau esok baru abang balik kampung."

Alhamdulillah...
Seronoknya... Minta betis, diberikan peha..siapa yang tak seronok kan.

Bukan itu sahaja, suami turut merancang untuk berbuka puasa dan bermain mercun di rumah sahabat baiknya, Samsuri (ada 3 orang anak yang masih kecil) pada malam raya tersebut. Jika di Kemaman, Fadhlan lah (anak Samsuri yang paling bongsu) menjadi penghibur hati kami. Suka mendengar dan melihat keletahnya. Kami anggap Fadhlan ibarat anak saudara kami.

Balik sahaja ke bilik, saya mengusap perut, "baby jaga diri baik2 tau. Nanti kita beraya dengan ayah kat rumah. Jangan lahir lagi tau...lahir 2 minggu lepas raya ye..Kita doa sama-sama ye"
Tendangan kecil di rusuk kanan seolah-olah bersetuju dgn ibunya...mungkin anak kecil ini juga gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dgn ayahnya dgn lebih kerap.


Rancangannya sudah tentu bersalin pada 38 minggu, kemungkinan besar melalui pembedahan. Tetapi, jahitan cerclage di pangkal rahim akan dibuka pada 36 minggu. Maka, ada juga kemungkinan yang tanda2 bersalin akan muncul sebaik sahaja membuka jahitan cerclage (sebelum pangkal rahim dijahit ketika kandungan 3 bulan, ia sudah pun lembut dan panjangnya 2cm, spt wanita yang sudah cukup bulan - jadi, bayangkan ketika ini kandungan saya sudah lebih 7 bulan).

Apa2 pun, antara 32 hingga ke 36 minggu ni, perlu juga berjaga-jaga.
Risaukan contraction ataupun leaking.
Sudah tentu saya mahukan anak yang cukup bulan...sekurang2nya 36 minggu.
Maka, harus bersabar sedikit sahaja lagi.


Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku bermohon dan merayu kepadaMu..
Sesungguhnya, tiada lagi pengharapan yang lain selain daripada Engkau,
Peliharalah kandunganku dan lahirkan anakku dalam keadaan sihat dan selamat..
Panjangkanlah umur anakku, berikan padanya kesihatan yang baik dan jadikan anak ini seorang yang soleh dan bertaqwa.
Ya Allah...
Tiada lagi tempatku bermohon...Hanya padaMu Ya Allah..
Amin..
 

01 July 2013

Asal Usul Nasi Melayu Kita...Episod 3

 
Dalam Episod 1 hari tu, saya dah cerita tentang Nasi Lemak
Kemudian, dalam Episod 2, saya telah menceritakan tentang Nasi Kerabu..
 
Kali ni...
Saya nak cerita tentang Nasi Dagang.
 
Ha..
Ni lagi satu..
Mak mertua saya sangat confident yang Nasi Dagang ni asalnya Terengganu.
 
Meh sini nak cite..
 
 
Penulis blog ni kata...dia pernah jumpa orang 'lama' dan kata orang lama itu, nasi dagang ni asalanya adalah dari orang Bugis... Bukannya dari orang tempatan negeri Terenganu.
(Sian mak...sume makanan tengganu bukan dari tengganu upenye...)
 
Dan penciptaannya adalah secara tak sengaja..
(Ala..ala..cite macam Nasi Lemak tu lah..)
 
Cerita dia macam ni..
 
Dulu-dulu, masa nak sambut Hari Raya Aidilfitri,
setiap kampung akan mempersembahkan makanan istimewa masing2 kepada sultan di istana.
 
Pada masa itu, kiranya kali pertama bagi orang-orang Bugis
(yang ketika itu menumpang di negeri Terengganu) untuk menyediakan juadah untuk sultan.
Mereka bercadang untuk menyediakan Burasak, sejenis makanan istimewa orang Bugis yang rupanya seperti ketupat dalam daun pisang yang dimakan bersama gulai ikan parang.
 
Orang Bugis ini pun mempersiapkan bahan2nya; beras, kelapa, daun pisang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, oleh kerana ketika itu bukan musim ikan parang, mereka menggantikannya dgn ikan aya (ikan kayu/tongkol) kerana ada yang mengatakan rasanya seakan sama.
 
Dan sebab istimewa untuk Sultan, mestilah juadah ini hendak dihidang fresh pada hari Raya. Maka, mereka merancang untuk memasak juadah istimewa orang Bugis ini sehari sebelum Hari Raya, secara bergotong-royong.
 
Tapi, nak dijadikan cerita, pada malam itu, dengan kuasa Allah, anak bulan telah kelihatan dan Hari Raya jatuh pada keesokan harinya. Dalam hati mereka, sudah tentu tidak sempat sbb Burasak ni cara penyediaannya memakan masa.
 
Perbincangan tergempar dilakukan.
Dan, mereka bercadang untuk meneruskan sahaja rancangan mereka dgn menu Burasak pada malam itu juga. Pada pendapat mereka, jika tidak banyak, sedikit pun sudah mencukupi, untuk dipersembahkan pada Sultan sebelum solat Aidilfitri keesokan harinya.
 
Bagi memastikan Burasak yang disediakan masak dengan segera apabila direbus nanti, maka ada yang mencadangkan agar nasi dikukus terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan santan yang dimasak. Ikan kayu (bagi menggantikan ikan parang) pula dimasak dengan agak lama agar tulang-tulangnya menjadi lembut.
 
Tergesa-gesalah orang-orang Bugis ini mengukus nasi untuk dijadikan Burasak, sebaik sahaja solat Maghrib. Dalam keadaan kelam-kabut itu juga, sukatan santan yang dicampur ke dalam beras juga telah terlebih daripada biasa.
 
Cerita tentang orang-orang Bugis mahu menyediakan juadah istimewa ini telah sampai ke pengetahuan sultan di istana. Sultan pun amat teringin untuk melihat kerja orang Bugis itu dan mengajak beberapa pembesar untuk melawat kampung orang Bugis.
 
Orang-orang Bugis yang masih dalam keadaan kalut, tidak menyedari dengan kedatangan Sultan.
Sebaik sahaja sultan muncul bersama beberapa pembesar, ketika itu nasi telah diletakkan ke dalam bekas dan dicampur dgn santan serta telah digaul mesra dalam keadaan masih berasap. Rancangan mereka, mahu membungkus dalam daun pisang sebaik sahaja ia sejuk sedikit.
 
Bertanyalah salah seorang pembesar, "makanan apa yang sedang dibuat itu?"
Maka, dijawab, "buat burasak".
Pertanyaan itu terhenti di situ kerana pembesar itu menyangka orang Bugis itu berkata yang nasi itu masih 'berasap'. Tambahan pula, loghat percakapan orang Bugis dan tempatan agak banyak bezanya.
 
Bau harum santan dan daun daun pisang serta dari wap nasi yang dikukus itu telah membuka selera Sultan. Tiba-tiba, Sultan bertitah, "beta mahu merasa sedikit makanan ini."
 
Maka, nasi yang dicampur santan itu telah dipersembahkan kepada Sultan bersama gulai ikan aya. Keadaan menjadi sunyi seketika..
Semua mata memandang ke arah Sultan..
 
Sultan tersenyum lalu bertitah, "beta mahu 'nasi orang dagang' ini dipersembahkan kepada beta untuk santapan pagi esok." Orang Bugis tidak terkata dan terus mengangguk serta tidak pula mencelah. Rancangan mahu menyediakan Burasak tidak kesampaian.
 
Bermula dari hari itu, Burasak yang tidak siap sepenuhnya itu dipanggil 'nasi orang dagang'...
Dipendekkan lagi...'Nasi Dagang'..
Sultan Terengganu dikatakan amat menggemari nasi yang dibuat oleh orang Bugis itu.
 
Sehingga kini, rahsia orang Bugis mahu menyediakan Burasak menjadi rahsia.
Mereka takut Sultan murka kerana mempersembahkan santapan hidangan yang belum disiapkan sepenuhnya. Dengan itu, orang Bugis mengambil keputusan untuk tidak membuat Burasak lagi di Aidilfitri sepenuhnya untuk hidangan Sultan, risau jika rahsia mereka terbongkar.
 
Bagi menghilangkan kempunan orang Bugis untuk merasai Burasak, mereka yang teringin untuk makan burasak, telah membuat pilihan dengan makan ketupat atau nasi himpit bersama gulai ikan aya yang telah dimasak itu.
 
Kesedapan nasi buatan orang dagang itu telah tersebar begitu cepat, ramai yang ingin merasainya dan akhirnya nasi dagang telah menjadi makanan tradisional orang-orang Terengganu terutama ketika menjelang sambutan hari raya dengan penambahbaikan rasa mengikut peredaran masa.
 
Bagi mengelakkan percakapan yang mengandungi perkataan burasak heboh, ianya telah dialihkan kepada perkataan ‘berasap’, dengan digabungkan ‘pengayuh’(disebut; ‘pe-nga-nyuh’) iaitu pendayung bagi merujuk pekerjaan orang Bugis iaitu nelayan;  `pe-nga-nyuh basah dapur berasap’.  Yang membawa maksud ‘Bila bekerja barulah mendapat hasilnya’.

Sehingga hari ini, rahsia resepi burasak itu tersembunyi dalam nasi dagang dan tidak banyak diketahui orang. Bagi orang-orang Terengganu yang berketurunan Bugis, mereka masih lagi boleh dikenal apabila makan nasi himpit bersama gulai ikan aya.
 
 
Macam mana?
Percaya?
Tidak diketahui tahap kebenarannya...
Tapi...disitu boleh nampak logik cerita..
Mungkin juga benar..
 
Walau apapun...
Nasi Dagang bukanlah makanan kegemaran saya..
Kalau ada depan mata, saya makan...
Kalau ada nasi lemak...of course ambik nasi lemak..
Kiranya, nasi dagang ni macam last choice la...
Kalau takde, tak pernah mengidam..
Dah bukan makanan azali saya sejak kecik.
 
Tapi, kalau suami saya...
Dibuat datang ngidam....kene juga cari..
(sbb isteri dia tak pandai masak nasi dagang ni)
Lepas tu complain, kata tak ori lah..
Kat kampung suami, Nasi Dagang Meklah paling terkenal..
Masa Hari Raya...ramailah yang berkunjung ke rumah makcik tu untuk merasai air tangannya
Kata suami, "Nasi Dagang Meklah tak leh lawan yang mak punyer"
Sampai sanggup mengeluarkan pernyataan sebegitu..
 
Bagi saya...
Sama jek rasa..
Sorry lah ye...nasi dagang ni tidak lekat rasanya di lidah saya
(Uiiishh...ayat berlagak tu...nanti ko ngidam nasi dagang meklah, baru ko tahu)
 
 
 
Wallahua'lam

Asal Usul Nasi Melayu Kita...Episod 2

 
Dalam Episod 1 saya sudah ceritakan tentang asal-usul Nasi Lemak..
 
Kali ni, baru leh cerita tentang Nasi Kerabu..
Nasi ketiga kegemaran saya..
 
Pertama - Nasi Lemak (of course lah...)
Kedua - Nasi Ayam (sedap nyer...berbunyi perut bila sebut)
Ketiga - Nasi Kerabu
 
Tapi...
Nasi Kerabu kegemaran saya mestilah:
1. Nasi kaler biru
- Kalau kaler lain tak best
(bukan kaler politik tau...kalau ada nasi kerabu kaler hijau, suka je saya nak try)
2. Lauk mesti ikan selayang celup tepung
- Ikan lain tak sedap
- Kalau goreng biasa pun tak sedap
- Kalau ayam/daging bakar, jadi tak pure
3. Mesti ada telur masin
4. Wajib ada solok lada
(tapi banyak ikan la...ni makcik jual, solok makcik ni penuh nyor jek..ikan nya mana)
5. Ulam-ulaman; kacang panjang, kobis, daun kesum, taugeh (semua dihiris halus)
6. Lengkap dgn sambal ikan & sambal tumis
7. Sebelum makan, curah budu pulak..
(Peerrrgghhh....kecur air liur rasa)
 
"Eh, orang Perak pandai makan budu ke"
(ayat yang biasa didengari, especially masa mula2kawin dulu)
"Kene pandai ke makan budu ni? Buka mulut, suap ajelah..."
(ha ambik...ayat 'direct-to-the-point' dari saya)
Memanglah.... Macam la jugak belacan. Pandai la pulak korang makan belacan?
(Eh..eh..tak marah.. Cuma meluahkan sahaja..)
 
 
 
Satu hari tu, tiba2 mak mertua saya meluahkan
"oghe kelate duk kato nasi kerabu hok dio. nasi kerabu ni asalnyo tengganu"
Saya yang masa tu tidak tahu menahu (tak tahu fakta & tak tahu mengapa out of the blue gitu mak aku ni dok complain pasal nasi kerabu) - hanya mengangguk (tanda setuju) demi mengekalkan title menantu mithali.
 
Mungkin semasa di pasar, ada 'perbincangan' antara penjual2 & disitu ada yang tidak seberpendapat
(mak mertua menjual kuih di Pasar Maras setiap pagi; ketupat pulut, buah bom sambal & putu mayam cara Terengganu)
 
Jumpa je suami...saya ceritakan.
Suami pun setujukan saje.
Bagi kami tak penting berbalah hok sape...yang penting leh makan kenyang..syukur..
 
 
Tapi, oleh kerana saya yang bersifat ingin tahu..
Tengah duk saje..teringat kejadian ari tu..
Bukak laptop, taip 'sejarah nasi kerabu' dalam Internet Explorer.
 
HA....
'Ni kalau mak mertuaku tahu ni...sure terkejut ni'
Terus call suami...
 
Dengan suara excited....
"Abang! Mak abang salah lah... Nasi kerabu asal Kelantan lah, bukan Terengganu"
 
Dengan suara kebingungan, "ha..?"
 
Dalam hati saya, 'alahai....takkan la laki aku nak ingat kisah ari tu'
Maka, terpaksalah saya ceritakan semula.
(Orang laki kan tak ambik pusing bende2 kecik macam ni...)
 
Nak bukti?
Ni...ha...
Tengok mak..
 

 
Nampak tak?
'Nasi Kerabu - sejenis nasi berwarna biru, berasal dari Negeri Kelantan'
 
Bukti lain?
Ce korang buka laman web ni..
Terengganu Tourism
http://terengganu-tourism-portal.blogspot.com/search/label/Makanan
Takde pun disenaraikan Nasi Kerabu sebagai Makanan Terengganu..

So..Mak...macam mana...?
Puas hati?

Tapi mungkin juga Nasi Kerabu ini dipengaruhi oleh negara jirannya; Thailand.
Sebab di Thailand, ada nasi yang lebih kurang sama rupanya yang dinamakan 'Khao Jam'.
Tapi, kadang2 orang siam ni Nasi Kerabu dia warna hitam, sbb diorang guna daun herba na-dam.
Macam di Kelantan, guna bunga telang.

Asal-usul nama 'Kerabu' tu...
Saya tak tahu..
Nak rekacipta pun tak reti..

Yang penting...saya tak sabo2 nak Cuti-cuti Malaysia ke Kelantan
sebab
nak cari Nasi Kerabu ori macam ni...
dan..
Nasi Tumpang...
Bestnye...

Kalau tak jumpa gak..
Masak sendiri lah..
Solok lada leh letak gemuk2 penuh isi ikan
Leh goreng ikan selayang banyak2..
Baru puas makan kan?


....to be continued...
 

Asal Usul Nasi Melayu Kita...Episod 1

Alhamdulillah...
Hari ni..banyak betul idea menulis..
Mungkin saya dalam keadaan 'hypomanic' - mencurah2 idea
Kalau tengah sedeh tu, tengok laptop pun xde selera..
 
 
Kali ni saya nak cerita asal-usul;
Nasi Lemak
Nasi Kerabu
Nasi Dagang
 
Ekoran dari entry 'Sudu Garpu' ari tu.
Sebab masih terngiang-ngiang ayat mak mertua saya yang mengatakan orang Kelantan curi idea nasi kerabu orang Terengganu. Katanya, orang Terengganu buat dulu..orang Kelantan tiru..
Ok mak...jangan gaduh2...
(Dlm Terengganu - 'gaduh' maknanya nak cepat-cepat)
Ni..biar menantu mithali mak ni cerita sikit nih...
 
 
Tapi sebelum tu nak cerita tentang nasi kegemaran saya iaitu Nasi Lemak..
 
'Pengetahuan' ni saya perolehi daripada majalah Gila-gila
(bebudak sekarang kenal tak lagi dgn majalah ni?)
Jangan tak tahu...ilmu dari mana2 pun kita boleh perolehi..
Majalah lawak boleh..
Kanak-kanak kecik boleh..
Tak semestinya kene pergi U baru leh dapat ilmu..
 
 
Ceritanya begini..
 
Di suatu hari, tinggalah si dara dgn emaknya di suatu kampung.
Pagi tu, emak si dara ni nak keluar rumah, "dara, mak nak keluar ni. jangan lupa masak nasi"
"Yelah mak," dara membalas.
 
Masa nak dekat tengahari, dara pun bersiap2 ke dapur.
Selepas diteliti, di dapur hanya ada buah nyor (kelapa), beras, dan ikan bilis.
'Nak masak apa ni..' dara mengeluh seorang..
 
Selepas beras dibasuh, datanglah satu idea, 'apa kata aku letak santan (dari nyor) ni ganti air beras masa nak masak nasi? Lagipun, nak masak ikan bilis dgn santan..jadi apa pulak nanti. Takdenya mak aku perasan sbb santan kan kaler putih sama dgn nasi'
 
Ikan bilis pula dara gorengkan jadi sambal tumis.
Kebetulannya, pokok timun di belakang rumah sudah membuahkan hasil,
 Dan ayam peliharaan mereka pada hari itu menghasilkan 2 biji telur.
Apalagi, si dara menghiris kasar timun dan merebus telur.
 
Balik sahaja emaknya, dara pun menghidang nasi siap dgn lauk-pauknya.
"Eh dara, nasi apa yang ko masak ni?"
Si emak bertanya, kerana bau nasi yang berbeza.
 
Dara menjadi panik, "nasi le mak", dengan perlahan dara menjawab.
 
"Apa?"
Si emak minta diulang kerana tidak mendengar dgn jelas.
 
"Nasi le mak.."
Dara menguatkan sedikit suara, tapi masih sukar didengari.
 
"APA?"
 
"NASI LE MAK!"
 
Terkejut si emak.
 
"Oh..nasi lemak. Tak pernah la pulak mak dengar sebelum ni. Sedap la dara.. Esok masak lagi ye"
 
Barulah si dara boleh menghembus nafas yg ditahannya sejak tadi akibat ketakutan.
Risau jika emaknya tidak berkenan.
 
Maka, mulai hari itu...wujudlah Nasi Lemak, kegemaran ramai masa kini
Akibat daripada sifat mahu bereksperimen si dara..
 
 
Ha...percaya tak?
 
Mitos ke....lagenda ke...
Yang penting..
Sape yang mula2 cipta nasi lemak ni memang layak menerima tabik spring 3 kali.
Sedap wo...
 
Sape yang baru nak mula Atkin diet..mintak maaf la ye..
Awak makan telur, timun dan sambal tumis ikan bilis ajelah ye..
Saya nak makan sekali dgn nasi..
 
Errrkkk...
(bunyi sedawa)
Alhamdulillah...
 
 
.....to be continued.....