08 July 2013

Tak Boleh Guna Laptop

Selepas sekian harinya saya tidak menulis, banyak betul isu yang mahu saya ceritakan.
Entry sebelum ini saya kisahkan tentang balik semasa 32 minggu.
Kali ini saya mahu ceritakan sebab utama blog kesayangan saya ini ditinggalkan usang lebih seminggu.


Saya yang seperti hari2 yang sebelum ini, menaip di papan kekunci, sambil mendengar ayat Quran.
Hati saya ketika itu gembira dan emosi saya sangat stabil.

Tiba-tiba, masuklah doktor pakar bersama peg perubatan dan seorang lagi peg perubatan siswazah.
"Eh awak ni, asyik tengok laptop je," doktor pakar tersebut menegur.

Saya cepat2 menjawab, "saya ada keluar.....jalan2....."
Dalam hati saya terdetik, 'minggu lepas, bukankah Zulaika (salah seorang peg perubatan wad) dah bagitau yang aku memang ambulate'

"Bukanlah... Awak bacalah buku ke. Ni tengok laptop hari2. Bahaya tau. Sebab ada gelombang electromagnet, boleh beri kesan pada baby. Memang takde kajian sbb siapa yang nak bagi baby dia dibuat kajian, tu sbbnya kesannya kita tak tahu. Lebih baik baca buku," panjang lebar penerangan yang diberi.

"Saya bukan tengok sepanjang masa. Kadang2 petang saya tutup. Malam memang saya tutup pun sbb tidur," sambil tangan menggerakkan tetikus untuk pause kan ayat Quran yang dipasang melalui windows media player.

"Tak boleh juga macam tu. Awak selanglah sehari tengok laptop, sehari baca buku. Boleh kan.."

Mahu saja saya menjawab,
'Dah habis dah buku kat rumah, tak tau nak cari buku mana lagi'
'Sebelum ni lama dah saya guna laptop, kenapa tak tegur?'
'Kerani kat pejabat macam mana? Bukan diorang hari2 tengok komputer?'
Tapi, rasa malas mahu bertekak...
Jawapannya mesti sama...
Arahannya harus diikuti..

Samalah seperti ketika masalah 'ambulation' saya sebelum ini.
Sudah puas saya berjalan...
Tapi, teguran demi teguran dilontarkan...walaupun saya sudah aktif berjalan.
Kadang2, ada saya terfikir mahu mogok...pagi2 melepak di Pusat Sumber sehingga ke tengahari bagi menujukkan yang saya benar2 bergerak.


Sebaik sahaja saya ditinggalkan keseorangan, terus saya call suami dan saya ceritakan semuanya.
Suami menjawab dgn lebih panjang lebar, "komputer skrg mana ada gelombang electromagnet dah...kalau ada pun sikit je sbb kita guna LCD screen tak macam komputer dulu2. Lagipun, gelombang mcm tu bukan boleh dapat daripada komputer sahaja, dari handphone pun boleh...dari tablet pun boleh...lampu boleh. Kiranya semua orang boleh, lagi2 yang guna handphone dan tablet setiap saat setiap masa. Dah..kenapa takde pun yang anak cacat ke... Kalau tak habis semua org lahirkan anak cacat sbb semua guna handphone."

"Bukannya apa...semua tu dari Allah..betul...Memang kita nak anak sihat. Tapi, buat apa nak depend dengan fakta yg tidak berasas? Lagipun, Mar bukannya bukak laptop 24 jam," kata2 suami semasa meyakinkan saya...katanya dia lebih arif sbb dia mempunyai kelulusan kejuteraan elektrik.

(Penerangan di atas sudah saya ringkaskan mengikut pemahaman saya. Kalau ikut ayat sebenar suami, banyak terminology yg saya kurang fahami)

Saya akui...
Saya akur...
Hati merasa sangat lega...
Risau kerana sebelum ini sudah lama saya menggunakan laptop..

Tapi, sejak hari itu...saya berasa spt 'trauma' hendak membuka laptop.
Bukannya kerana takutkan kesannya pada kandungan....tapi, takut jika semasa menaip di papan kekunci laptop, ditegur sekali lagi, "awak ni Akmar, asyik guna laptop aje!"

Kadang2, panas juga telinga menahan teguran demi teguran.
Sehinggakan, saya merasakan tiada lagi kata2 positif utk saya.
Jadinya, saya semakin stress dan stress...
Dan akhirnya, semakin homesick dan homesick...
Rindukan rumah...
Sbb di rumah, tiada siapa yang akan menegur..
Boleh lakukan apa yg dikehendaki..


Mula terfikir..
'Aku dulu, masa tengok patient macam ni juga ke? Hanya memandang negatifnya sahaja...tidak memuji dan appreciate perkara yg positif.'
Kesian pada pesakit2...jika sebegini dilakukan..
Patutlah yang sakit semakin sakit..
Sebab, sakit di mental lebih teruk kesannya pada fizikal..

Muhasabah...
Saya bertekad untuk tidak melakukan perkara yg sama kepada pesakit saya.
Positive remarks sangat penting dalam memotivasikan pesakit.
Kemudian, barulah disisipkan perkara yg kurang elok dan ditegur sedikit2.
InsyaAllah..


Selepas seminggu, selepas dilihat kelibat doktor pakar yg sama tidak ada, barulah saya berani membuka laptop. Traumakah saya?
Tak tahulah...
Yang penting....sabarkan hati..
2 minggu sahaja lagi sebelum saya 'dibebaskan' dari 'penjara' ini..
Kemudian...
Bolehlah saya makan tidur sepuas hati..
Tiada siapa yang melarang..
Tak sabarnya..
 

No comments:

Post a Comment