08 July 2013

Berperang Dengan 25 Ekor Lipas

Amaran: Isu entry kali ini akan menggelikan anda!
 
 
Entry kali ini kesinambungan daripada entry berkenaang larangan penggunaan laptop.
Selain daripada dilarang menggunakan laptop, saya juga 'berperang' dgn lipas selama 3 hari 3 malam. Bukan sekor dua ye.... Jumlahnya mencecah ke 25 ekor.
Masa tu, nak tidur tak lena...
Nak makan tak berselera..
Nak bukak laptop pun takut..
 
 
Ceritanya bermula di hari khamis yang lalu.
 
Sebaik sahaja selepas solat Subuh, terlihat kelibat lipas berlari menuju ke arah saya.
Apalagi...saya menjerit ketakutan sbb sememangnya saya takutkan segala binatang yg merayap.
Saya tepis dengan bantal (yang menjadi alas sandar saya ke dinding) dan lipas tersebut terbalik dan tidak boleh bergerak.
(Lipas No. 1)
 
Cepat2 saya mengemaskan tikar sejadah.
Kemudian, mengemas katil dan barang2 yang lain seperti rutin di hari2 yang lain.
Ketika itu, kelihatan seekor lagi lipas merayap di botol kicap. (Lipas No. 2)
"Tak boleh jadi ni," saya mendengus seorang.
 
Lantas saya berlari keluar dan mencari Kak Yah (kerana hanya dia staf yg berani menangkap lipas).
2 ekor lipas itu sudah selamat dibuang dan dilupuskan
(termasuk botol kicap saya...sedihnya takde kicap).
 
Tapi, tak lama kemudian, ternampak seekor lagi di celah2 tin2 biskut (Lipas No. 3),
Kak Yah dipanggil sekali lagi..
Selamat...
 
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..
 
Ketika di dalam bilik air, terasa seperti ada sesuatu di kaki.
Saya tidak hiraukan kerana ingatkan ia adalah titisan air yg memercik dan mengalir.
Tapi, kelamaan rasa spt sesuatu yg merayap.
Bila dilihat..."Ah..." menjerit sekali lagi.. Seekor lipas sedang 'seronok' merayap2 di kaki saya.
Saya sembur dgn air dan dengan mudah lipas tersebut jatuh.
(Lipas No. 4)
 
Kemudian, ternampak 'pasangannya' di atas lantai bilik air. (Lipas No. 5)
Cepat2 saya keluar dan Kak Yah dipanggil.
 
Sehingga saat itu, saya menjadi trauma utk memijak lantai bilik air.
Mata saya akan melilau mencari kelibat serangga hitam itu sebelum melepaskan hajat.
 
Setelah sepanjang hari 'berperang' dgn lipas, petangnya saya keletihan.
Bangun sahaja dari tidur saya mengambil keputusan utk mandi sebelum solat Asar.
Dalam keadaan masih mamai, saya menyangkut tuala di dalam bilik air.
Sebaik sahaja air pancur dibuka, terasa benda merayap di kaki (again!).
Jeritan saya berkumandang utk kesekian kalinya...selepas terlihat kelibat lipas merayap2.
(Lipas No. 6)
 
Ketika itu saya terfikir, "bau orang ngandung ni sedap ke sampai semua lipas suka kat aku ni?"
Sambil menyembur lipas tadi dengan air sehingga ia masuk ke dalam lubang saliran air.
 
Dengan tergesa2 saya mencapai tuala (kerana tidak lama lagi suami akan datang).
Sesudahnya saya di luar bilik air, barulah saya sedari terdapat lipas di tuala mandi saya ketika itu, dan ia merayap ke tangan saya! (Lipas No. 7)
Saya menjerit sehingga terjatuh handphone kesayangan saya. Nasib baik hp saya itu tidak mengalami apa2 kecederaan serius - cuma serpih sahaja casingnya.
 
Petang itu, saya ceritakan pada suami. Katanya mudah, "lipas pun nak takut"
Memanglah cik abang....sbb benda tu merayap..
 
Malam itu, saya dapat tidur dgn aman.
Tetapi, bangun sahaja keesokan paginya, terdapat 3 ekor lipas sedang leka 'berehat' di lantai bilik air.
Oleh kerana tiada siapa yg boleh saya panggil di subuh hari...saya pijak dgn batang penyapu kesemuanya. (Lipas No. 8, 9 dan 10). Niat saya, tidak mahu menyeksanya dgn cara lemas. Lagipun risau jika ia terbang dan merayap pula.
 
Pagi itu, saya bincangkan perkara ini dgn Kak Yah.
Kami tidak tahu daripada mana punca lipas2 ini semua.
Kata Kak Yah di bilik operator pun sama juga, ada lipas.
 
Siang Jumaat itu, kami berperang dgn 4 ekor lagi lipas yg kebanyakannya landing di lantai bilik air. (Lipas No. 11, 12, 13 dan 14). Kata Kak Yah, lipas ni suka tempat yg sejuk....tu sbb dia suka lepak dlm bilik air.
 
Saya mula merancang utk membeli penyembur khusus utk mati/pengsankan lipas.
Saya tahu...masalah lipas ini harus disettle dgn segera.
 
Malam itu, saya ternampak seekor di dinding dalam bilik air, "wah...ko pandai terbang ye", sambil menyembur dgn air (Lipas No. 15). Tanpa saya sedari, berdekatan dgn kaki saya terdapat 2 ekor lagi sedang menyusup di bawah berus tandas. (Lipas No. 16 dan 17)
 
Lantas saya keluar dan memanggil Kak Ha (staf malam yg menggantikan Kak Yah).
Sedang sibuk Kak Ha mengejar 3 ekor lipas itu, rupa2nya terdapat 3 ekor lagi sedang menyorok di belakang tong sampah kuning di dalam bilik air (Lipas No. 18, 19 dan 20).
(Malam itu sahaja - 6 ekor lipas...okay..)
 
Saya menjerit2 di atas katil (memang siap2 duduk atas katil dah masa Kak Ha datang).
Ternampak seekor sempat lari di dalam lubang saliran utk air-cond, lubang itu kami tutup dgn tisu.
 
Hati saya lega...Sebab berjaya menewaskan 20 ekor lipas..
 
Tapi, malam itu, saya tidak dapat tidur lena.
Rasa seperti kepanasan..
Jam 4.30 pagi...saya ambil keputusan utk bangun dan mandi.
Sebaik sahaja air pancur dibuka, kelihatan 2 ekor lipas keluar dari lubang saliran.
"Oh..dari situ ko datang yer," pagi2 buta lagi saya sudah mengomel keseorangan.
Kedua2 ekor lipas itu sudah 'selamat' disembur ke dalam lubang saliran air (Lipas No. 21 dan 22).
Cepat2 saya menutup lubang saliran dgn jaringnya (sebelum itu Kak Yah dan Kak Ha buka supaya air lebih mudah mengalir terutamanya ketika mencuci bilik air).
 
Keluar sahaja dari bilik air, ternampak seekor sedang merayap di atas katil.
"Patutlah aku takleh tido semalam ye...ko ada atas katil ek"
Cepat2 saya panggil Kak Ha (slps mendengar kelibatnya sedang mencuci bilik air di luar).
Lipas di atas katil itu agak bijak menyorok...tapi akhirnya ia juga turut tumpas (Lipas No. 23).
 
Sedang sibuk mengejar lipas di atas katil, ada seekor lagi sedang menyorok di balik tong sampah berdekatan dgn katil. Dan nasibnya sama spt lipas2 yg lain (Lipas No. 24).
 
Pagi itu, saya meminta staf menukarkan cadar krn geli dgn lipas yg sedap melanding di atas katil.
Saya merasa sedikit lega kerana punca utama lipas itu telah berjaya diatasi.
 
Tiba2 selepas breakfast, perut saya memulas...
Cepat2 saya ke bilik air utk menunaikan hajat...
Setelah selesai, dan ketika menarik tombol flush, kelihatan seekor lipas sedang merayap di dalam mangkuk tandas. Terkejut saya...dan ketika itu saya beristighfar banyak2 di dalam hati, 'nasib baik tak naik merayap masa aku tengah buang air!'
Selepas confirm air flush berjaya 'menghilangkan' lipas tadi dari pandangan, barulah saya lega (Lipas No. 25).
 
Bermula dari hari itu, sehingga ke hari ini...sudah lebih 48 jam..tidak nampak kelibat walau seekor lipas pun.. Syukur Alhamdulillah..
 
Kali ini...saya betul2 lega..
So far...so good..
Ada adik saya belikan racun lipas..tapi saya bagi peluang kat diorang dulu utk membuat perhimpunan di tempat lain..
We will wait and see..
 
 
** Saya tak ingat nak ambik gambo lipas2 tu...
Sebab ingatkan pada asalnya sedikit sahaja...
Tak sangka pula boleh mencecah sehingga berpuluh ekor sebegitu..
 

No comments:

Post a Comment