01 July 2013

Asal Usul Nasi Melayu Kita...Episod 3

 
Dalam Episod 1 hari tu, saya dah cerita tentang Nasi Lemak
Kemudian, dalam Episod 2, saya telah menceritakan tentang Nasi Kerabu..
 
Kali ni...
Saya nak cerita tentang Nasi Dagang.
 
Ha..
Ni lagi satu..
Mak mertua saya sangat confident yang Nasi Dagang ni asalnya Terengganu.
 
Meh sini nak cite..
 
 
Penulis blog ni kata...dia pernah jumpa orang 'lama' dan kata orang lama itu, nasi dagang ni asalanya adalah dari orang Bugis... Bukannya dari orang tempatan negeri Terenganu.
(Sian mak...sume makanan tengganu bukan dari tengganu upenye...)
 
Dan penciptaannya adalah secara tak sengaja..
(Ala..ala..cite macam Nasi Lemak tu lah..)
 
Cerita dia macam ni..
 
Dulu-dulu, masa nak sambut Hari Raya Aidilfitri,
setiap kampung akan mempersembahkan makanan istimewa masing2 kepada sultan di istana.
 
Pada masa itu, kiranya kali pertama bagi orang-orang Bugis
(yang ketika itu menumpang di negeri Terengganu) untuk menyediakan juadah untuk sultan.
Mereka bercadang untuk menyediakan Burasak, sejenis makanan istimewa orang Bugis yang rupanya seperti ketupat dalam daun pisang yang dimakan bersama gulai ikan parang.
 
Orang Bugis ini pun mempersiapkan bahan2nya; beras, kelapa, daun pisang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, oleh kerana ketika itu bukan musim ikan parang, mereka menggantikannya dgn ikan aya (ikan kayu/tongkol) kerana ada yang mengatakan rasanya seakan sama.
 
Dan sebab istimewa untuk Sultan, mestilah juadah ini hendak dihidang fresh pada hari Raya. Maka, mereka merancang untuk memasak juadah istimewa orang Bugis ini sehari sebelum Hari Raya, secara bergotong-royong.
 
Tapi, nak dijadikan cerita, pada malam itu, dengan kuasa Allah, anak bulan telah kelihatan dan Hari Raya jatuh pada keesokan harinya. Dalam hati mereka, sudah tentu tidak sempat sbb Burasak ni cara penyediaannya memakan masa.
 
Perbincangan tergempar dilakukan.
Dan, mereka bercadang untuk meneruskan sahaja rancangan mereka dgn menu Burasak pada malam itu juga. Pada pendapat mereka, jika tidak banyak, sedikit pun sudah mencukupi, untuk dipersembahkan pada Sultan sebelum solat Aidilfitri keesokan harinya.
 
Bagi memastikan Burasak yang disediakan masak dengan segera apabila direbus nanti, maka ada yang mencadangkan agar nasi dikukus terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan santan yang dimasak. Ikan kayu (bagi menggantikan ikan parang) pula dimasak dengan agak lama agar tulang-tulangnya menjadi lembut.
 
Tergesa-gesalah orang-orang Bugis ini mengukus nasi untuk dijadikan Burasak, sebaik sahaja solat Maghrib. Dalam keadaan kelam-kabut itu juga, sukatan santan yang dicampur ke dalam beras juga telah terlebih daripada biasa.
 
Cerita tentang orang-orang Bugis mahu menyediakan juadah istimewa ini telah sampai ke pengetahuan sultan di istana. Sultan pun amat teringin untuk melihat kerja orang Bugis itu dan mengajak beberapa pembesar untuk melawat kampung orang Bugis.
 
Orang-orang Bugis yang masih dalam keadaan kalut, tidak menyedari dengan kedatangan Sultan.
Sebaik sahaja sultan muncul bersama beberapa pembesar, ketika itu nasi telah diletakkan ke dalam bekas dan dicampur dgn santan serta telah digaul mesra dalam keadaan masih berasap. Rancangan mereka, mahu membungkus dalam daun pisang sebaik sahaja ia sejuk sedikit.
 
Bertanyalah salah seorang pembesar, "makanan apa yang sedang dibuat itu?"
Maka, dijawab, "buat burasak".
Pertanyaan itu terhenti di situ kerana pembesar itu menyangka orang Bugis itu berkata yang nasi itu masih 'berasap'. Tambahan pula, loghat percakapan orang Bugis dan tempatan agak banyak bezanya.
 
Bau harum santan dan daun daun pisang serta dari wap nasi yang dikukus itu telah membuka selera Sultan. Tiba-tiba, Sultan bertitah, "beta mahu merasa sedikit makanan ini."
 
Maka, nasi yang dicampur santan itu telah dipersembahkan kepada Sultan bersama gulai ikan aya. Keadaan menjadi sunyi seketika..
Semua mata memandang ke arah Sultan..
 
Sultan tersenyum lalu bertitah, "beta mahu 'nasi orang dagang' ini dipersembahkan kepada beta untuk santapan pagi esok." Orang Bugis tidak terkata dan terus mengangguk serta tidak pula mencelah. Rancangan mahu menyediakan Burasak tidak kesampaian.
 
Bermula dari hari itu, Burasak yang tidak siap sepenuhnya itu dipanggil 'nasi orang dagang'...
Dipendekkan lagi...'Nasi Dagang'..
Sultan Terengganu dikatakan amat menggemari nasi yang dibuat oleh orang Bugis itu.
 
Sehingga kini, rahsia orang Bugis mahu menyediakan Burasak menjadi rahsia.
Mereka takut Sultan murka kerana mempersembahkan santapan hidangan yang belum disiapkan sepenuhnya. Dengan itu, orang Bugis mengambil keputusan untuk tidak membuat Burasak lagi di Aidilfitri sepenuhnya untuk hidangan Sultan, risau jika rahsia mereka terbongkar.
 
Bagi menghilangkan kempunan orang Bugis untuk merasai Burasak, mereka yang teringin untuk makan burasak, telah membuat pilihan dengan makan ketupat atau nasi himpit bersama gulai ikan aya yang telah dimasak itu.
 
Kesedapan nasi buatan orang dagang itu telah tersebar begitu cepat, ramai yang ingin merasainya dan akhirnya nasi dagang telah menjadi makanan tradisional orang-orang Terengganu terutama ketika menjelang sambutan hari raya dengan penambahbaikan rasa mengikut peredaran masa.
 
Bagi mengelakkan percakapan yang mengandungi perkataan burasak heboh, ianya telah dialihkan kepada perkataan ‘berasap’, dengan digabungkan ‘pengayuh’(disebut; ‘pe-nga-nyuh’) iaitu pendayung bagi merujuk pekerjaan orang Bugis iaitu nelayan;  `pe-nga-nyuh basah dapur berasap’.  Yang membawa maksud ‘Bila bekerja barulah mendapat hasilnya’.

Sehingga hari ini, rahsia resepi burasak itu tersembunyi dalam nasi dagang dan tidak banyak diketahui orang. Bagi orang-orang Terengganu yang berketurunan Bugis, mereka masih lagi boleh dikenal apabila makan nasi himpit bersama gulai ikan aya.
 
 
Macam mana?
Percaya?
Tidak diketahui tahap kebenarannya...
Tapi...disitu boleh nampak logik cerita..
Mungkin juga benar..
 
Walau apapun...
Nasi Dagang bukanlah makanan kegemaran saya..
Kalau ada depan mata, saya makan...
Kalau ada nasi lemak...of course ambik nasi lemak..
Kiranya, nasi dagang ni macam last choice la...
Kalau takde, tak pernah mengidam..
Dah bukan makanan azali saya sejak kecik.
 
Tapi, kalau suami saya...
Dibuat datang ngidam....kene juga cari..
(sbb isteri dia tak pandai masak nasi dagang ni)
Lepas tu complain, kata tak ori lah..
Kat kampung suami, Nasi Dagang Meklah paling terkenal..
Masa Hari Raya...ramailah yang berkunjung ke rumah makcik tu untuk merasai air tangannya
Kata suami, "Nasi Dagang Meklah tak leh lawan yang mak punyer"
Sampai sanggup mengeluarkan pernyataan sebegitu..
 
Bagi saya...
Sama jek rasa..
Sorry lah ye...nasi dagang ni tidak lekat rasanya di lidah saya
(Uiiishh...ayat berlagak tu...nanti ko ngidam nasi dagang meklah, baru ko tahu)
 
 
 
Wallahua'lam

Asal Usul Nasi Melayu Kita...Episod 2

 
Dalam Episod 1 saya sudah ceritakan tentang asal-usul Nasi Lemak..
 
Kali ni, baru leh cerita tentang Nasi Kerabu..
Nasi ketiga kegemaran saya..
 
Pertama - Nasi Lemak (of course lah...)
Kedua - Nasi Ayam (sedap nyer...berbunyi perut bila sebut)
Ketiga - Nasi Kerabu
 
Tapi...
Nasi Kerabu kegemaran saya mestilah:
1. Nasi kaler biru
- Kalau kaler lain tak best
(bukan kaler politik tau...kalau ada nasi kerabu kaler hijau, suka je saya nak try)
2. Lauk mesti ikan selayang celup tepung
- Ikan lain tak sedap
- Kalau goreng biasa pun tak sedap
- Kalau ayam/daging bakar, jadi tak pure
3. Mesti ada telur masin
4. Wajib ada solok lada
(tapi banyak ikan la...ni makcik jual, solok makcik ni penuh nyor jek..ikan nya mana)
5. Ulam-ulaman; kacang panjang, kobis, daun kesum, taugeh (semua dihiris halus)
6. Lengkap dgn sambal ikan & sambal tumis
7. Sebelum makan, curah budu pulak..
(Peerrrgghhh....kecur air liur rasa)
 
"Eh, orang Perak pandai makan budu ke"
(ayat yang biasa didengari, especially masa mula2kawin dulu)
"Kene pandai ke makan budu ni? Buka mulut, suap ajelah..."
(ha ambik...ayat 'direct-to-the-point' dari saya)
Memanglah.... Macam la jugak belacan. Pandai la pulak korang makan belacan?
(Eh..eh..tak marah.. Cuma meluahkan sahaja..)
 
 
 
Satu hari tu, tiba2 mak mertua saya meluahkan
"oghe kelate duk kato nasi kerabu hok dio. nasi kerabu ni asalnyo tengganu"
Saya yang masa tu tidak tahu menahu (tak tahu fakta & tak tahu mengapa out of the blue gitu mak aku ni dok complain pasal nasi kerabu) - hanya mengangguk (tanda setuju) demi mengekalkan title menantu mithali.
 
Mungkin semasa di pasar, ada 'perbincangan' antara penjual2 & disitu ada yang tidak seberpendapat
(mak mertua menjual kuih di Pasar Maras setiap pagi; ketupat pulut, buah bom sambal & putu mayam cara Terengganu)
 
Jumpa je suami...saya ceritakan.
Suami pun setujukan saje.
Bagi kami tak penting berbalah hok sape...yang penting leh makan kenyang..syukur..
 
 
Tapi, oleh kerana saya yang bersifat ingin tahu..
Tengah duk saje..teringat kejadian ari tu..
Bukak laptop, taip 'sejarah nasi kerabu' dalam Internet Explorer.
 
HA....
'Ni kalau mak mertuaku tahu ni...sure terkejut ni'
Terus call suami...
 
Dengan suara excited....
"Abang! Mak abang salah lah... Nasi kerabu asal Kelantan lah, bukan Terengganu"
 
Dengan suara kebingungan, "ha..?"
 
Dalam hati saya, 'alahai....takkan la laki aku nak ingat kisah ari tu'
Maka, terpaksalah saya ceritakan semula.
(Orang laki kan tak ambik pusing bende2 kecik macam ni...)
 
Nak bukti?
Ni...ha...
Tengok mak..
 

 
Nampak tak?
'Nasi Kerabu - sejenis nasi berwarna biru, berasal dari Negeri Kelantan'
 
Bukti lain?
Ce korang buka laman web ni..
Terengganu Tourism
http://terengganu-tourism-portal.blogspot.com/search/label/Makanan
Takde pun disenaraikan Nasi Kerabu sebagai Makanan Terengganu..

So..Mak...macam mana...?
Puas hati?

Tapi mungkin juga Nasi Kerabu ini dipengaruhi oleh negara jirannya; Thailand.
Sebab di Thailand, ada nasi yang lebih kurang sama rupanya yang dinamakan 'Khao Jam'.
Tapi, kadang2 orang siam ni Nasi Kerabu dia warna hitam, sbb diorang guna daun herba na-dam.
Macam di Kelantan, guna bunga telang.

Asal-usul nama 'Kerabu' tu...
Saya tak tahu..
Nak rekacipta pun tak reti..

Yang penting...saya tak sabo2 nak Cuti-cuti Malaysia ke Kelantan
sebab
nak cari Nasi Kerabu ori macam ni...
dan..
Nasi Tumpang...
Bestnye...

Kalau tak jumpa gak..
Masak sendiri lah..
Solok lada leh letak gemuk2 penuh isi ikan
Leh goreng ikan selayang banyak2..
Baru puas makan kan?


....to be continued...
 

Asal Usul Nasi Melayu Kita...Episod 1

Alhamdulillah...
Hari ni..banyak betul idea menulis..
Mungkin saya dalam keadaan 'hypomanic' - mencurah2 idea
Kalau tengah sedeh tu, tengok laptop pun xde selera..
 
 
Kali ni saya nak cerita asal-usul;
Nasi Lemak
Nasi Kerabu
Nasi Dagang
 
Ekoran dari entry 'Sudu Garpu' ari tu.
Sebab masih terngiang-ngiang ayat mak mertua saya yang mengatakan orang Kelantan curi idea nasi kerabu orang Terengganu. Katanya, orang Terengganu buat dulu..orang Kelantan tiru..
Ok mak...jangan gaduh2...
(Dlm Terengganu - 'gaduh' maknanya nak cepat-cepat)
Ni..biar menantu mithali mak ni cerita sikit nih...
 
 
Tapi sebelum tu nak cerita tentang nasi kegemaran saya iaitu Nasi Lemak..
 
'Pengetahuan' ni saya perolehi daripada majalah Gila-gila
(bebudak sekarang kenal tak lagi dgn majalah ni?)
Jangan tak tahu...ilmu dari mana2 pun kita boleh perolehi..
Majalah lawak boleh..
Kanak-kanak kecik boleh..
Tak semestinya kene pergi U baru leh dapat ilmu..
 
 
Ceritanya begini..
 
Di suatu hari, tinggalah si dara dgn emaknya di suatu kampung.
Pagi tu, emak si dara ni nak keluar rumah, "dara, mak nak keluar ni. jangan lupa masak nasi"
"Yelah mak," dara membalas.
 
Masa nak dekat tengahari, dara pun bersiap2 ke dapur.
Selepas diteliti, di dapur hanya ada buah nyor (kelapa), beras, dan ikan bilis.
'Nak masak apa ni..' dara mengeluh seorang..
 
Selepas beras dibasuh, datanglah satu idea, 'apa kata aku letak santan (dari nyor) ni ganti air beras masa nak masak nasi? Lagipun, nak masak ikan bilis dgn santan..jadi apa pulak nanti. Takdenya mak aku perasan sbb santan kan kaler putih sama dgn nasi'
 
Ikan bilis pula dara gorengkan jadi sambal tumis.
Kebetulannya, pokok timun di belakang rumah sudah membuahkan hasil,
 Dan ayam peliharaan mereka pada hari itu menghasilkan 2 biji telur.
Apalagi, si dara menghiris kasar timun dan merebus telur.
 
Balik sahaja emaknya, dara pun menghidang nasi siap dgn lauk-pauknya.
"Eh dara, nasi apa yang ko masak ni?"
Si emak bertanya, kerana bau nasi yang berbeza.
 
Dara menjadi panik, "nasi le mak", dengan perlahan dara menjawab.
 
"Apa?"
Si emak minta diulang kerana tidak mendengar dgn jelas.
 
"Nasi le mak.."
Dara menguatkan sedikit suara, tapi masih sukar didengari.
 
"APA?"
 
"NASI LE MAK!"
 
Terkejut si emak.
 
"Oh..nasi lemak. Tak pernah la pulak mak dengar sebelum ni. Sedap la dara.. Esok masak lagi ye"
 
Barulah si dara boleh menghembus nafas yg ditahannya sejak tadi akibat ketakutan.
Risau jika emaknya tidak berkenan.
 
Maka, mulai hari itu...wujudlah Nasi Lemak, kegemaran ramai masa kini
Akibat daripada sifat mahu bereksperimen si dara..
 
 
Ha...percaya tak?
 
Mitos ke....lagenda ke...
Yang penting..
Sape yang mula2 cipta nasi lemak ni memang layak menerima tabik spring 3 kali.
Sedap wo...
 
Sape yang baru nak mula Atkin diet..mintak maaf la ye..
Awak makan telur, timun dan sambal tumis ikan bilis ajelah ye..
Saya nak makan sekali dgn nasi..
 
Errrkkk...
(bunyi sedawa)
Alhamdulillah...
 
 
.....to be continued.....
 

Pengumuman Penting!

Tengok tajuk macm penting aje kan?
Memang penting....
Bagi pesakit macam saya yang duduk wad lama...
 
Apa yang penting sangat nye?
 
 
Menu makanan di Hospital Kemaman sudah bertukar..!!!
 
 
Ada la jugak sedihnya menu kali ni (nasib baik tak lama dah boleh balik)
Macam hari ahad hari tu, saya diberi roti bun.
Keluar jek bilik....bau semerbak harum nasi lemak.
Dalam hati, 'patient mana makan nasi lemak ni? Sedapnye bau'.
Tak tengok pun kiri kanan...menonong je lalu..
 
Takpelah...saborkan saje hati... - ayat sedih, walaupun sbnrnya pagi yg sama suami belikan nasi lemak siap dgn ayam goreng & telur mata kerbau.
(Tengok ler nanti gula mcm mana - nak cek 8hb nanti...harapnya jangan lah tinggi...)
 
Dekat tengahari....saje keluar bilik - kepuasan..
Masih terbau nasi lemak..!
Tak boleh jadi ni..
Saya pun ke pantry staf...
Selak tudung bekas makanan..
"La...patient lain makan nasi lemak ke..."
Baunya usah ckp la...harum.... Sambal ikan bilis pun nampak sedap..
Tertelan air liur banyak kali, walaupun perut sudah kenyang dgn nasi lemak yg suami belikan
"Makan la doktor...banyak lebih tu," staf yg ada di dlm pantry mempelawa
"Takpelah...kenyang lagi sebenarnya. Tapi, selama saya duduk dekat 5 bulan tak pernah sekali pun nasi lemak."
"Kadang2 je doktor, atas nasib."
(Nasib baik Kak Yah kata tak sedap mana....takdelah saya dengki sangat)
 
 
Saya yg tak puas hati dgn jawapan....mula membuat senarai baru menu...
 
 
Hari ahad...
 
...
 
Hari isnin....
 
...
 
 
Sah...! Memang lain dari sebelum ni..
 
 
Bagi saya, susah la sikit sbb takleh nak plan dgn suami bila menu jadi lain.
Sebab makanan hospital ni tak semuanya saya boleh makan..
Contohnya, roti di waktu pagi.. Saya biasanya akan hentam nasi lemak/nasi goreng/mihun goreng, terutamanya bila perut lapar sangat (sbb last sekali mkn hari sebelum tu adalah dinner jam 6 ptg)
 
 
Menu sekarang ni rasa macam tak logik lak..
 
Ok.. contoh tak logik..
 
Macam menu minum petang, semalam saya diberi roti bun
(lagi sekali - tak tau mengapa Hospital Kemaman kaya dgn roti bun).
Pesakit lain dapat roti tuna..
Orang kencing manis takleh makan tuna ke?
Bukan tuna bagus ke...ada omega, DHA...
Lagi satu..tak sama ke roti keping dgn roti bun tu?
Bukan orang kencing manis kene makan roti gandum penuh (wholemeal) ke?
So...takleh ke buat roti wholemeal tuna?
 
Satu lagi...makan tengahari hari ahad hari tu..
Saya dapat ikan goreng garam kunyit..
Orang lain dapat ikan percik..
Nape? Orang kencing manis takleh makan percik ke?
Letak la gula sikit ke..takde gula ke..
Ada la rasa sikit kan...daripada ikan goreng kering macam tu..
Kalau ada sambal belacan sedap jugak.
Kalau diet utk org darah tinggi, tau lak dia tak letak garam...lauk yg sama..
 
Bukan tak puas hati...
Saya tak kisah...
Sbb... bila diorng bagi roti (mcm pagi ni),
saya hentam burger (smlm suami bagi tapi tak makan lagi sbb kenyang)...
Diorang bagi ikan goreng kering macam tu...
Saya simbah kicap banyak2..
 
Cuma..
Kesian dgn pokcik dan mokcik kat wad atas...
Agak2 mcm mana lah diorang nak menelan?
Dah la roti kosong..
Air pulak teh O takde gula
(kalau air panas leh tahan lagi, ni kadang2 sejuk bedi dah)
Tak ke kesian namanye?
 
 
Moral of the story...
Kalau anda ada kencing manis....JANGAN MASUK WAD!
 
Harap maklum..
 
 
 
**Kes saya kencing manis ni sebenarnya ada error..
Masa jam 6 pagi..nurse bagi air gula (siap bancuh dah) utk diminum
Lepas ambik darah, nurse pun suh minum air gula tu sampai habis..
Saya pulak tak ingat yg air gula tu kene minum dlm tempoh paling lama 15 minit..
Saya berjaya habiskan dalam masa 45 minit - minum sikit2 - jam 6 pagi tu... kene minum air gula...mana ler perut saya boleh terima.
 
Kalau air gula yg berperisa tu leh tahan gak..ni air gula pure - bayangkan u all kene minum air gula orang kedai taruk sblm tuang air masa beli kat pasar malam tu - mcm tu lah - pekatnya...manisnya...
 
Jam 8 pagi, tengah bergayut dgn ayah...
Masuklah doktor pelatih nak ambik darah..
Tengah gayut kan..tak pikir dah jam kul berapa..
Hulur ajelah tangan..
 
 
Keesokan harinya, tengok result..
6 pagi: 4.3 - Alhamdulillah
8 pagi: 7.8 - Alamak..!!
Doktor pakar kata 7.8 ni borderline, kiranya sape yang darah 2 jam lepas minum air gula 7.8 ke atas dikira diabetik. Saya yang tak puas hati, bagitaulah yg saya minum air gula tu sikit2, 45 minit baru habis. Minta direpeat sekali lagi ujian tu..
Kata doktor pakar, "kita treat ajelah, lagipun u ada banyak risiko"
Masa tu saya hanya menjawab 'okay', tanpa mengetahui komplikasi yg terpaksa saya hadapi sehingga kini (yakni, makanan tak sedap dan nasi sikit giler..!)
 
Gula saya lepas itu...Alhamdulillah...sume okey..
Ingat nak mogok lapar, biar darah yg diambil jadi 'hypo' (kurang gula)...baru diorang tahu yang saya terseksa jiwa dan batin..
Takpelah...sabo ajelah..
 
Setiap kali dapat roti bun, saya akan call suami, "cik abang tu (ayah mertua), pagi2 mana leh makan nasi lemak pastu karipap lagi. Patiutnya, makan roti dua keping jek. Air pun takleh letak gula langsung. Macam Mar ni. Tak taulah kalau cik abang masuk wad nanti mcm mana"
(Ayah mertua saya baru didiagnos kencing manis, dan memang tidak menjaga pemakanan. Pada masa yang sama, dek sayang, mak mertua takkan lupa membelikan kuih manis sbb cik suka katanya)
 
 
Jagalah kesihatan anda...
Jangan 'dah terhantuk, baru nak terngadah'
 
 
Ingatlah roti bun...seksanya...bila orang lain sume dapat makan nasi lemak
Tengok ler...stok roti bun saya....tak makan pun...jadi khazanah ajelah nanti.
(Sebenarnya, saya lebih sukakan roti keping tu..sapu marjerin..sedap)
 
 
Eh..tak masuk lagi tau dgn perlian ho..
Bila tengok pelbagai makanan di atas meja saya
(Sekarang ni saya sudah bijak - semua makanan akan disorok dlm almari yg kecik tu atau di belakang katil dlm beg kertas - takde sape yg nampak - yu...hu...)
 
 
Ingat lagi tak coklat ni?
Hadiah ulangtahun suami...
"Tu coklat tu" sambil ho (doktor pelatih) menuding ke arah coklat kesayangan saya selepas bertanyakan perihal pemakanan saya.
"Tu suami bagi"
Saya menjawab dgn selamba (dalam hati membengkak) - nape... nak ke?
 
Sampai sekarang tak buka lagi tau..
Siap beriben lagi..
Sayang woo..
Tapi expired Oktober 2013...kene makan jugaklah nanti..
Sayangnya..
 
 
Oklah...setakat ni ajelah...
Nanti cukup 2 minggu saya senaraikan menu baru,..
InsyaAllah...

Sudu Garpu



Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari ni umur kita dipanjangkan sehari lagi..
Umur kandungan saya juga kini memasuki 29 minggu pada hari ini..
Syukur ke hadrat Ilahi..
 
Countdown hari ini:
Sudah admit 143 hari
Nak balik lagi 39 hari
Nak bersalin lagi 64 hari
Ramadhan lagi 8 hari
 
Tak lama dah Ramadhan yer..
Syok bila tiba Ramadhan..bulan penuh keberkatan...keampunan..
Nikmat ketika berbuka..
Harapnya, Ramadhan kali ini, Allah bagi kekuatan pada saya utk beribadat seperti biasa..
Tak tahu samada boleh berterawih atau tidak..
Yang penting, harapnya dapat berpuasa penuh.
 
Mencabar sebenarnya bila sedang sarat
Lepas je makan, terus rasa mengah, nak bernafas kadang2 susah...solat 2 rakaat pun jadi mencabar
Tu lah sebabnya, Allah bagi pahala berganda2 pada wanita mengandung..
Susahnya...
 
Tetapi, ketika ini...melihat countdown yg semakin hari semakin sedikit harinya
Gembira..kerana tak lama lagi dapat balik rumah..
Cuma, perlu bersabar sedikit je lagi..
Taknak la balik lebih awal kan..biarlah bersalin pada masanya
Walaupun balik rumah nanti takleh kemana juga..
Yang penting...dapat spend masa dgn suami lebih lama..
Tiada sukatan sehingga jam 7 ptg..
Nak masak makanan yg digemari - dgn pertolongan suami - sbb masa berpantang banyak makanan takleh makan dah nanti..
Boleh la kot singgah satu kedai baby...beli apa yg patut..basic saje..tak berani nak naik turun tangga supermarket
Tak sabarnya rasa...
 
 
 
 
Hari ni saya nak cerita tentang kisah 'sudu garpu'.
Sebenarnya, kisah ni banyak kali berlaku.
Kelakar pun ada...
Nak buat macam mana....dah kawin berlainan negeri...pemahaman bahasa sudah tentu lain
(nasib baik tak kawin orang Uganda ke...agaknya lagilah..)
 
Di suatu malam, seorang lelaki muda menghantar makanan yg dipesan..
Lelaki muda : Mee sup meja ni kan?
Suami           : Ye, terima kasih
Saya             : Dik, nak mintak sudu garpu
                       (sebab nak 'cukai' sikit suami punya mee sup...mcm sedap jek - kononnya diet la tu)
 
Agak lama menanti..
Saya             : Bang, sikitlah
Suami           : Abang memang pantang orang kacau tengah makan ni..
Saya             : Ala...sikit jek. Nak rasa kuah jek... (masih memujuk dgn suara manja)
Suami          : Nah ambik lah..
(Dalam hati, 'bakpe la lambat sangat sudu garpu ni...kalau ada kan senang aku nak 'celok' mee sup laki aku nih..')
 
Tak lama kemudian..
Lelaki muda : Kak..
                      (sambil tersenyum..menghulur)
Saya             : Terima kasih
            
Kemudian, barulah perasan yang dihulur hanyalah garpu..
Jadi bengong sebentar...
 
Dengan nada tak puas hati
Saya             : Eh, adik tu tak dengar ke kita nak sudu dan garpu?
                       Nak makan mee sup macam mana dengan garpu jek
                       (Complain belakang2 jek..tak berani depan2)
Suami           : Dah Mar mintak sudu garpu...dia bagilah sudu garpu..
Saya             : Ha..??!!
Suami           : La...Mar tak tau ke. Kat sini (Terengganu), 'sudu garpu' tu garpu...
                       Kalau nak sudu sekali, kene bagitau sudu sekali

Saya yang masih tak puas hati..
Saya              : Bakpe lak macam tu..
                        Pelik la orang Terengganu
                        (walaupun masa tu dah kawin orang Terengganu lebih 6 thn)
                        Sudu tu 'spoon'....garpu tu 'fork'... Nape nak panggil garpu tu 'spoon fork' pulak

Suami...malas melayan...sibuk menikmati mee sup kegemarannya..
 
 
Sebenarnya...sehingga kini saya masih tak puas hati..
Kadang2, saya sengaja test di kedai yang lain..
Result?
 
.....
 
Hmm...Sama gak..
Memang sume orang Terengganu macam tu..
Sedih la jugak..
Nasib baik saya tak jadik cikgu Bahasa Melayu kat Terengganu..
Mesti sakit kepala tengok karangan budak2
 
Eh...kejadian di atas bukan lama dah..
Baru jek lagi
Tak tau mengapa sebelum ni tak pernah tahu
(Yelah...bukannya ada jual kamus Melayu-Terengganu kat pasaran)
 
Macam tu lah..
Sehingga loghat percakapan saya kini dah takde dah Perak
Nak buat macam mana...duduk pantai timur sudah terlalu lama
Sedih la jugak
Harapnya anak saya nanti pandai ler cakap loghat Perak
 
Takut gak jadik macam membe saya tu
Suami isteri orang KL-Johor
Hantar anak ke pengasuh
Balik je rumah....
"Mak...cicok!" sambil menunjuk cicak di syiling
Takde dah KL Nye...Terengganu terus percakapan..
Bila tunjuk towel (sahabat saya ajar 'towel'...omputih terus)...jawapannya "walla"
Sedih la kan..
 
Yang contoh anak2 sahabat saya tu boleh tahan lagi..
Masalahnya bila loghat yg berbeza, yg menyebabkan lari fakta
Spt 'sudu garpu'
Ada banyak lagi..
 
Contohnya...
Orang Terengganu, 'semalam' merujuk kepada malam tadi (hanya malam)
Kalau kita 'semalam' tu semalam lah...24 jam semalam
Kalau diorang, 24 jam semalam adalah 'kelmarin'
(Susah juga bila kita nak ambil sejarah riwayat pesakit...salah pemahaman akan menyebabkan larinya fakta)
 
Diorang, jika telekung sembahyang orang perempuan tu panggil 'kain sembahyang'
'Telekung' bagi diorang adalah tudung pakai (nak ke pasar ke..ke keje ke..)
Dah kalau cakap dgn suami, mintak diambilkan telekung dlm bilik...tudunglah yg diambilnya
(tapi sekarang takde dah macam tu..dia paham dah..)
Tak masuk lagi bila saya panggil anak tudung dengan perkataan 'cekup'.. (ni loghat Perak - pening terus ibu mertuaku..)
 
Kalau dari segi masakan...
'Gulai' tu adalah masak lemak
'Tumis' tu adalah masak merah
'Tumis air' tu adalah rebus
(Saya tak puas hati sebab gulai tu adalah kari...Nak kata masak lemak..masak lemak ajelah)
 
Kalau mak mertua saya...
'Dadar' tu adalah masak telur hancur
'Telur goreng' barulah dikatakan dadar
Nak kata telur goreng sebiji tu 'telur mata'
(Pernah dah sekali..kabo dgn mak...kita buat dadar ajelah.. Tup tup...telur hancur yg disiapkan)
 
Dari segi perbuatan...
'Menyimpan' maknanya mengemas
'Buang selipar' maknanya tanggal selipar
(masa ni saya selalu ajuk nak buang selipar dlm tong sampah)
'Selalu' maknanya terus (bukan kerap) - cth, "gi buang sampah selalu"
Kalau selalu (kerap) adalah 'sokmo'
 
Dari segi panggilan ahli keluarga...
'Cik' merujuk pada ayah
(kawan saya org Tganu 'cik' tu adalah mak - tak tahu mana yg betul)
'Tuk' adalah nenek
'Tuk ki' adalah datuk
(Agak2 nanti anak saya keliru tak ek? Nenek - opah vs tuk, Datuk - tuk vs tuk ki)
 
Banyak lagi..
Selalu juga saya 'mengacah-acah'...mengatakan orang Terengganu merosakkan Bahasa Melayu
Lagi-lagi, keluarga suami tinggal di Batu Rakit yang mana percakapannya bercampur dgn loghat Kelantan...(fuh..nasib baik saya belajo kat Kelantan 5 tahun)
Kalau Kelantan...bahasanya akan lari terus..
 
Saya tak lah expert bahasa Kelantan..
Sebabnya...kalau dulu2 nak cakap Kelantan...kawan2 Kelantan akan cakap, "apa yang mu dok kecek ni...mace ore sie" (apa yang kamu cakap ni...macam orang siam)
Terus berhenti hasrat practice cakap Kelantan slps 'dihina' menjadi orang siam..
 
Paling best bagi saya (selain loghat Perak), adalah loghat Sabah..
"Ya bah..." Semuanya dalam Bahasa Melayu baku..kan bagus..
Bahasa utara pun best jugak, "hangpa nak pegi mana"
(sebab keluarga suami tak pandai cakap utara - ayat dengki sbb selalu dikutuk)
 
So..kesimpulannya..
Jika anda berkahwin dengan orang dari negeri lain...
Kalau ada kamus...beli dulu...study dulu (rasanya ada kamus loghat Kelantan)
Lepas tu...kene banyak2 sabor..
Kita akan jadik minoriti (saya seorang...lawan 9 beradik suami, tak masuk mak, ayah, tuk, ipar, anak sedara)... Pedulikan saje..
Ikut kita lah nak kata apa pun...
 
Saya...kalau tengah marah...
Saya akan speaking terus tau...
(Merungut sorang jek biasanya...takkan nak marah mak mertua pulak - nak jadi si tenggang?)
Sebab tahu diorang tak berapa faham (kecuali adik2 ipar ler)
 
Yang penting...
Sabo...
Sonok juge berlainan bahasa...
Bertukar2 pandangan..
Nasib baik suami saya bercakap KL di rumah
Harapnya...anak kami nanti...hebat dlm sume bahasa..
Suami saya kata, nanti Ayub balik Perak, "opah, sampah ni nk tohok mane?"
Ha...ambik opahnye...nak jawab apa? (tapi mungkin mak saya tahu kot tohok tu apa...lagi2 bila disesuaikan dgn ayat dan perbuatan yg sedang memegang sampah...kan?)
 
 
PS: Harap maklum, perkataan 'teh beng' bukan berasal dari mana2 loghat...okay.. (ni kes penah 'gaduh', org Tganu kata 'beng' tu dari Terengganu). Perkataan 'beng' tu asal dari perkataan cina ek...maksudnya 'ais'.
Sahabat saya, Lee Yen yg cakap.."eh, pandai la u cakap Chinese (slps saya mengorder 'teh beng' pada pakcik kantin). Masa tu barulah tau, 'beng' tu ais dalam bahasa cina.
 
 
***Lepas ni nak cite asal usul nasi kerabu pulak...
(sbb mak mertua saya penah complain, "oghe kelate kato nasi kerabu ni hok dio..nasi kerabu ni asal Terengganu.." - masa tu saya mengiakan sahaja, sbb tak tahu fakta + nak jadik menantu mithali)
Korang pun mesti tak tahu asal-usul nasi dagang kan?
Kalau nasi lemak?
Ha....tunggu ek..next entry..
(nak breakfast jap..)
 
Wassalam...
 


30 June 2013

Edisi Ekslusif: Dating Di Bawah Pokok Mentega

 
Assalamualaikum...
 
Untuk hari ini, saya nak bercerita tentang lokasi dating saya dan suami setiap petang dan kadang-kala di waktu pagi. Masa mula2 dulu, kebiasaannya suami akan menghulur keperluan saya pada security guard (bila bukan waktu melawat). Kemudian, bila saya rasa sihat sikit...kami akan berdating samada di sebelah Farmasi Pesakit Dalam atau di kawasan Klinik Pakar. Tapi, di situ bila nak berdating jadi tak tenang sbb ramai sgt orang dan staf yg lalu-lalang.
 
Tu, sbbnya suami akan masuk saja ke dlm wad. Tapi...katanya, ramai pesakit yg breastfeeding tidak menjaga aurat (sblm bersalin tutup litup...lepas jek bersalin, berjalan sekeliling katil butang baju terbukak macam tu jek - tak tahulah apa perasaan diorang).
Suami saya jadi malu bila tengok keadaan macam tu.
Lagi satu, bila suami masuk ke bilik..ramai mata-mata yg memandang...macam artis lak rasa..
(yelah..hanya saya pesakit yg duduk dlm bilik - nak buat mcm mana, patient paling kronik di Hospital Kemaman).
 
Sehinggalah di suatu petang, hujan renyai2.. Saya ni sudah bersiap2 utk berdating... Kecewa kerana hari mula hujan renyai2 & semua kerusi batu sudah penuh. Tiba2 Kak Yah beri cadangan, "doktor dating sinilah..." sambil menunjuk kerusi batu antara bangunan wad dan bangunan lama (yg dulu asalnya asrama jururawat).
 
Perfect! Seronok la sbb dah jumpa spot baru..
Lagipun tempat ni ramai yg tak tahu dan kebiasaannya memang kosong..
Tersorok.. Tenang.. Dikelilingi dgn pokok2 herba..
 
Nak dijadikan cerita...mulai pada hari itu.. disitulah kami berdating.
Suami pula..bila dah tahu tempat tu..takde dah masuk bilik (kecuali hujan lebat).
Best kat situ.... Sebab setakat ni memang takde orang duduk...
Lagipun, suami boleh parking motor dekat2..tidak perlu berjalan jauh..
Ada singki dan tandas berdekatan..
Bak kata orang..memang spot yg sempurna..
 
Rutin saya...
Lepas solat Asar & mengaji sikit...
Jam 5.30 ptg saya kan bersiap2 utk ke tempat dating kami.. (risau juga kalau ada org duduk dulu)..
Jika kami tidak merancang beli makanan dr luar, saya akan bungkus mknn malam hospital & kami makan bersama2 - kongsi sama2 - romantic you..
Biasanya suami akan sampai dalam jam 6 petang.
So, antara 5.30 - 6.00 ptg tu, saya akan bawa majalah...main game...ngaji...bawak laptop, tengok atas mood..
 
Kenapa pokok mentega?
 
Sbb berdekatan dgn spot kegemaran kami tu ada sepohon pokok yg dilabel 'Mentega'.
Maknanya, memang pokok tu nama Pokok Mentega lah kan.
Jakun la jugak..sbb sblm ni tak pernah kenal pun pokok mentega.
Bila dah tahu tentang pokok mentega..keyword antara saya dan suami, "bawah pokok mentega tau.."
(Walaupun sbnrnya pokok mentega tu agak jauh dr kerusi batu)
 
Ni lah dia Pokok Mentega

Kan saya dah kata..Pokok Mentega tu mmg agak jauh dari tempat duduk kami

 
Pokok Mentega dari tempat duduk saya
Bangunan yang memanjang tu asalnya asrama jururawat
Sekarang dah jadi, Pusat Sumber, Klinik O&G, Dewan Seminar, Jab. Rekod dan Jab. IT
Dekat Dewan Seminar (hujung sekali) ada singki dan tandas..
 
Pokok Mentega lagi..
 
Tak caya nama dia Pokok Mentega?

Tengah sibuk tangkap gambo...
Suami pun dah datang..
Tu dia...dengan motor merah
 
Suami parking dulu motor - kat sebelah tu je
Kan saya kata dah.. tmpt parking mmg dekat
 
Dia datang..dengan lenggang-lenggoknya..
Tengok ler banyak makanan tu..
 
"Abang nak balik mandi salin baju jap"
(Nasib baik rumah dekat jek..)
"Gi lah bang...nak tangkap gambo lagi ni"
Penat ke..?
Pas ni kita makan yer..
 
Okey...sambung balik..

Sebenarnya, pokok yg betul sebelah tmpt duduk kami adalah pokok ni
Nama pokok ni adalah Nada Pahit
Pernah dengar? Saya pun tak pernah...
Ni lah dia pokok Nada Pahit
Nampak tak ada dua org budak kat situ?
 
Pokok ni pulak sebelah kiri..
Tak tahu nama pokok ni
Dalam pokok ni ada sarang burung merbuk...siap satu family ada tu.
So...kicauan mereka menjadi halwa telinga kami setiap petang
(kan saya dah kata tmpt ni perfect!)
Pokok rumah burung merbuk
 
Tengah sibuk tangkap gambo, ada bebudak datang main
Biasa dah....biasa diorang akan main sorok2 sbb banyak pokok2 utk jadi tmpt sorok
Nyorok dik..jangan tak nyorok...
Makcik nak tangkap gambo ni..

Tak pun diorang jalan atas jalan batu2 tu..
Macam terapi tapak kaki la jugak..
 
Panjang la jugak tempat jalan kaki berbatu tu..
Kadang2 ada jugak org tua jalan2 atas batu ni tanpa selipar..
Saya tak cuba lagi..

 
Depan tempat dating kami..ada pokok ni..
Macam daun limau purut jek..tak tahu lah..Saya memang tak kenal pokok
 
Sayup depan tu ada pokok mempelam
Tengah banyak buah tu
 
Tak caye..
Close up sikit..
Saya tak berani makan..takut contraction makan masam2..
 
 Masa dating...saya akan sentiasa bawak gadget saya...
Penting tau... Sebab malas nak ulang-alik ambik kat bilik..
Ni dia...
Botol air masak (utk minum & basuh tangan)
Tupperware isi sos cili, kicap dan mayonis (sbb berat angkut botol semua)
Sepasang sudu dan garpu
Pisau - takut tetiba ada nak kerat apa2 ke
Kipas tangan - sbb kadang2 kawasan ni tidak berangin
Tisu - ambik tisu toilet dlm bilik jek - jimat..
 
Semuanya simpan dlm beg ni - dapat free masa suami beli broadband ari tu
Dah kerenyuk dah.. Nampak sgt sudah banyak berjasa
 
 
 Ni pula beg yg paling lama pernah disimpan...beg masa suami konvo dulu2..
Masa dia habis diploma - maknanya dalam 13 tahun dulu
Tahan ooo beg ni..
Simpan baju kotor jek..
Untuk suami bawa balik & basuh..

 
 Best kan tempat dating kami?
Jangan la u all ambik pulak..
Kami dah chop utk berbuka bersama sepanjang bulan Ramadhan nanti..
 Sonok..sbb hari2 kami berkelah..
Lagipun kat situ boleh cakap dgn bebas..sebab takde orang kan..
 
Petang ni nak mintak suami beli apa pulak ek?