08 July 2013

Balik 32 Minggu


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...slps seminggu saya mendiamkan diri, hari ni saya berpeluang utk menulis lagi.
Syukur ke hadrat Ilahi krn dgn keizinanNya, esok kita akan bertemu dgn Ramadhan al-Mubarak..
 
Countdown hari ini:
Jika balik 32 minggu: 14 hari lagi
Jika balik 34 minggu: 32 hari lagi
Cerclage dibuang: 42 hari lagi (36 minggu)
Nak bersalin: 57 hari lagi (38 minggu)
Due: 71 hari lagi (40 minggu)
 
Sudah duduk di wad:
150 hari
22 minggu
5 bulan
 
 
Perasan tak saya  ada mention 'jika balik 32 minggu'?
 
Banyak betul perkara yg berlaku...tak tahu mana nak mula.
So, saya nak mulakan dgn kisah 'balik 32 minggu' dahulu.

Awal bulan ini, doktor pakar bertanya semula perihal saya yang mahu beraya di hospital.
Katanya, "kesian kat awak, beraya sorang2 di hospital. Takpe kalau awak nak balik sebelum raya tu. Kalau nak balik 'bercuti' 2 hari pun boleh, tapi selepas 32 minggu lah."

Pada mulanya, hati saya sedikit terguris, 'nampak sangat orang taknak dah kita duduk wad, cepatnya nak halau balik'. Lagipun, keputusan untuk beraya di hospital itu sudah lama dibuat...sebab jika saya balik pun, saya akan beraya sorang di rumah sbb suami sudah tentu mahu pulang ke rumah emaknya.

Saya sudah tentu tidak akan kemana2. Mahu ke Kuala Terengganu pun saya takut (kedua-dua Amirul dan Uwais 'dilahirkan' semasa berada di rumah mak mertua - kebetulan? - tapi saya lebih senang mengelak, risau pisang berbuah kali kedua). Mahu beraya ke Perak, lagilah...dibuatnya sakit bersalin di tengah2 Genting Sempah tu...siapa pula yang mahu menyambut.

Maka, keputusan untuk saya berada di Kemaman adalah muktamad.
Soalnya, di hospital atau di rumah?

Kemudian, datang seorang lagi doktor pakar.
Katanya, Dr. Ruziana (doktor yang merawat saya di HSNZ dan juga melakukan IUI beberapa kali utk saya), terkejut apabila mendengar yg saya masih di dalam wad. Katanya lagi, saya boleh dibenarkan pulang pada 32 minggu jika mahu.

Jadi, apabila sudah beberapa doktor pakar mencadangkan sebegitu,  keputusan saya mula tergugat.
Mula membayangkan keseronokan dapat pulang lebih awal dan kali pertama beraya di Kemaman (sebab sebelum ni kan beraya dgn family, ni kira kali pertama beraya dgn suami). Saya sendiri sudah merancang utk menyediakan nasi ayam di Hari Lebaran tersebut dan jika diizinkan nak buat pelbagai dessert dan kek (biskut raya rasa mcm terlalu remeh utk dibuat).

Mulalah saya berfikir....
Bertanya pendapat keluarga dan kawan2.
Keputusannya sama!
"Bincanglah dengan suami"

Pada petang itu, (dengan hati yang berdebar2) saya bertanyakan perihal beraya ini kpd suami.
"Abang, boleh tak kalau abang balik kampung selepas sembahyang raya? Dr pakar bagi balik 2 minggu sblm raya, maknanya sebelum 10 Ramadhan terakhir. Mesti abang letih punyer bila dah akhir2 Ramadhan kan...kalau Mar ada kat rumah senang sikit kan?"
(Bagus tak alasan saya? Ni..sambil cakap ni sambil urut bahu tu...bodek kan..)

Suami terdiam sekejap.
Dalam hati saya, 'ah, sudah....nampaknya takdelah harapan beraya dgn di rumah'.

"Okaylah. Abang temankan satu hari tu, malam tu atau esok baru abang balik kampung."

Alhamdulillah...
Seronoknya... Minta betis, diberikan peha..siapa yang tak seronok kan.

Bukan itu sahaja, suami turut merancang untuk berbuka puasa dan bermain mercun di rumah sahabat baiknya, Samsuri (ada 3 orang anak yang masih kecil) pada malam raya tersebut. Jika di Kemaman, Fadhlan lah (anak Samsuri yang paling bongsu) menjadi penghibur hati kami. Suka mendengar dan melihat keletahnya. Kami anggap Fadhlan ibarat anak saudara kami.

Balik sahaja ke bilik, saya mengusap perut, "baby jaga diri baik2 tau. Nanti kita beraya dengan ayah kat rumah. Jangan lahir lagi tau...lahir 2 minggu lepas raya ye..Kita doa sama-sama ye"
Tendangan kecil di rusuk kanan seolah-olah bersetuju dgn ibunya...mungkin anak kecil ini juga gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dgn ayahnya dgn lebih kerap.


Rancangannya sudah tentu bersalin pada 38 minggu, kemungkinan besar melalui pembedahan. Tetapi, jahitan cerclage di pangkal rahim akan dibuka pada 36 minggu. Maka, ada juga kemungkinan yang tanda2 bersalin akan muncul sebaik sahaja membuka jahitan cerclage (sebelum pangkal rahim dijahit ketika kandungan 3 bulan, ia sudah pun lembut dan panjangnya 2cm, spt wanita yang sudah cukup bulan - jadi, bayangkan ketika ini kandungan saya sudah lebih 7 bulan).

Apa2 pun, antara 32 hingga ke 36 minggu ni, perlu juga berjaga-jaga.
Risaukan contraction ataupun leaking.
Sudah tentu saya mahukan anak yang cukup bulan...sekurang2nya 36 minggu.
Maka, harus bersabar sedikit sahaja lagi.


Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku bermohon dan merayu kepadaMu..
Sesungguhnya, tiada lagi pengharapan yang lain selain daripada Engkau,
Peliharalah kandunganku dan lahirkan anakku dalam keadaan sihat dan selamat..
Panjangkanlah umur anakku, berikan padanya kesihatan yang baik dan jadikan anak ini seorang yang soleh dan bertaqwa.
Ya Allah...
Tiada lagi tempatku bermohon...Hanya padaMu Ya Allah..
Amin..
 

1 comment: