Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...hari ni cukup 7 bulan kandungan saya.
Syukur ke hadratNya.. Dengan nikmatNya
Dengan keizinanNya...utk saya merasai menjadi seorang ibu sehingga kini.
Semakin anak kecil ini membesar...semakin saya dan suami excited..
Pelbagai perancangan mula dirangka..
InsyaAllah...cita2 dan harapan kami utk mempunyai zuriat sudah semakin hampir.
Hanya sedikit masa sahaja lagi..
Mengikut kajian, jika anak saya dilahirkan ketika ini..peluang untuknya survive adalah 90% tetapi beberapa komplikasi mungkin akan berlaku. Tapi 90 peratus itu lebih baik daripada 18 minggu (Amirul & Uwais dilahirkan), bukan? Sekurang2nya..sekarang ini peluang bagi kami lebih cerah. Tapi, sudah semestinya lebih baik bersalin cukup bulan....sekurang2nya biarlah 36 minggu.
Impian saya, cukuplah saya sahaja yang perlu duduk di dalam wad 6 bulan. Biarlah, anak saya nanti dapat dibawa pulang ke rumah tanpa apa2 komplikasi. InsyaAllah...
Dah sekarang ni masuk tak lagi trimester ketiga?
Kalau kat Malaysia...29 minggu baru dikatakan trimester ketiga. Kalau ter'bersalin' slps 29 minggu, barulah layak untuk dapat cuti bersalin 60 atau 90 hari tu. Sebelum 29 minggu...dikatakan 'spontaneous miscarriage' (keguguran) - maka hanya dapat mc 1 minggu je (kalau doktor pakar kesian, dapatlah 2 minggu) - macam saya dulu...sedihnyer.
Tapi, banyak pendapat lain jika di Negara barat. Sesetengahnya kata 27 minggu dan ada yg kata 28 minggu dah masuk trimester ketiga. Tapi kalau dibuat perkiraan...
Mengandung 40 minggu
Bahagi kpd 3 trimester - maknanya setiap trimester ada 13.333 minggu
2 trimester 26.6666 minggu
Maka..sepatutnya 26.6666 minggu dah masuk trimester ketiga la kan?
Bukannya apa..
Bukan sahaja masalah cuti.
Bila masuk trimester ketiga, 'survival rate' lebih tinggi..
Komplikasi utk ibu juga lebih tinggi - lebih mudah mendapat darah tinggi, kencing manis, masalah pada uri, dsb - sbb tubuh badan bekerja lebih kuat
Berat anak juga akan naik mendadak ketika ini.
Apa yg berlaku pada anak di dalam rahim ibu ketika ini?
- Mempunyai masa yg tetap (regular interval) antara tidur dan jaga
- Berat naik kpd 1000gm (anak saya semasa 26 minggu sudah 966gm! Agaknye brp la berat skrg ni?)
- Panjang dari kepala ke kaki adalah 37.5cm
- Saiz tapak kaki hanya 2 inci (5.5cm)
- Paru-paru semakin berkembang dgn baik - tu sbbnya survival rate lebih tinggi jika dilahir secara pramtang
- Rambut di kepala semakin jelas kelihatan
- Sudah tumbuh gigi di dalam gusi
- Boleh menggerakkan mata (di dalam soket) - terutamanya ketika bermimpi
- Boleh membuka kelopak mata
- Boleh respon kpd cahaya - kalau kita suluh perut dgn lampu, dia akan cepat2 tutup mata
- Bersenam dgn cara menendang dan meregangkan badan
- Boleh menggenggam dan menghisap ibu jari
- Pendengaran semakin baik - suami saya kata, "dia duduk dalam air, macam mana nak dengar kita cakap?" - tu lah kuasa Allah kan..
Credit to: http://www.baby2see.com/development/month7.html |
Jangan lupa utk banyak bercakap2 dgn anak ketika ini. Anak ini bukan sahaja boleh mengenali suara ibunya, tetapi juga suara ayahnya sekali (pastikan ketika berbual, bercakap perkara2 yg baik).
Selain berbual, boleh juga membacakan cerita dan menyanyi kerana anak ini adalah pendengar yg terbaik dan yang paling setia (baginya, suara ibunya adalah yang tersedap dan terbaik).
Jangan lupa mengaji banyak2 (lebih baik mengaji sendiri berbanding kaset yg mengaji) atau mengalunkan zikir2. Kerana dikatakan alunan suara/muzik yang berintonasi rendah, yg didapati ketika mengaji dan berzikir dapat menenangkan anak di dalam kandungan.
(Kalau mat saleh diorang akan dengar lagu klasik atau Mozart dsb)
Buktinya, jika degupan jantung anak saya laju (150 - 160/minit), apabila saya mengaji atau memperdengarkan alunan quran - bila diperiksa semula, degupan jantung anak akan jadi lebih rendah (130 - 140/minit) - bila duduk wad, degupan jantung anak akan diperiksa setiap 4 jam.
So, sekarang memang saya tak dengar dah lagu ngarut (lagipun nak dengar kat mana kan..) atau lagu nasyid (kecuali nasyid yg berbentuk zikir) - lebih suka dengar alunan quran bila letih/semput nak mengaji, Alhamdulillah...sesetengah surah tu dah boleh baca di mulut (mungkin sbb dah terbiasa baca dan sesetengahnya sudah dihafal sblm ini sejak sekolah dulu).
Ingat ek....
Bukannya pi pasang earphone kat perut tau...
Banyak ustaz dan ustazah kata..
Lebih baik kita yang baca - ibu dapat pahala, anak dpt dengar suara ibu
Kalau tak larat - pasang kuat2 - supaya ibu dan anak sama2 leh dengar
So, jangan duk ikut sangat omputih...pi pasang lagu kat perut - anak dlm perut tu meronta2 nak dengar suara ibunya. Lagipun, skrg ni omputih pun beli kaset/cd player yang ada dua earphone - satu letak kat perut (yang mmg ada strap khas- takyah susah2 nak gam ke apa) dan satu lagi utk pasang kat telinga ibu sendiri.
InsyaAllah...
Tak lama dah..
Sikit je lagi..
Sabor...
Teruskan usaha...berdoa..dan bertawakal..
No comments:
Post a Comment