23 June 2013

Tilam Baru Baby

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t.
 
Alhamdulillah, bermula sejak azan Maghrib semalam, bermulalah buku amalan yang baru buat kita.
Ambillah peluang ini utk kita sentiasa memperbaiki diri.
Bercita2 agar buku lembaran kita kali ini akan dihantar kpd Allah dgn markah 100% cemerlang.
InsyaAllah..
 
 
 
 
Sejak baru2 ini banyak perkara yg berlaku...
Antaranya, suami saya dapat menunaikan sebahagian daripada makanan yg saya ingin makan bermula dr awal kandungan lagi. Terima kasih saying..
 
Masa balik kampung minggu lepas, suami membawa pulang 1/4 biji nangka. Banyak la juga. Oleh kerana tak tahan dengan rengekan saya yg mahukan nangka madu...habis seluruh Kemaman dipusingnya Tapi...katanya, "orang Kemaman tak tanam nangka madu la abang rasa, nanti abg carikan kat Kuala Terengganu...abang beli sekali dgn pokok2nya". Tapi 1/4 biji nangka dgn lebih kurang 20 ulas nangka tu sudah cukup. Nantilah...bila dah ada rumah sendiri nanti, saya akan tanam pokok nangka madu...mana tahu kandungan akan dating mengidam lagi.
 
Sabtu yang lepas, suami mengikuti perhimpunan Black 505 di KL. Semasa di LowYat, dia menelefon.."nak beli apa2 ke?". Jangan tak tahu, kami jika ke KL...Low Yat adlh destinasi wajib. Suka melihat pelbagai gadjet terkini. Slps 1 jam tiba2 teringat bahawa di Low Yat juga ada sushi kegemaran saya! Tapi, saya sudah terlambat...sbb apabila saya call semula suami, dia sudah berada di dlm LRT. Alahai..meleleh air liur teringatkan sushi... 'Takpelah baby, nanti balik ibu beli seguni beras sumo dgn seaweed..ibu buat banyak2..kita makan puas2 ye..'
 
Keesokan harinya, suami minta saya keluar sekejap dlm keadaan tergesa2 (ketika itu jam sudah pukul 8.15pg...dah terlambat nak gi kerja lah tu). Terus dihulurkan sebungkus plastik melalui celah gril yang memisahkan wad dan dunia luar. Bila dibuka sahaja plastik tu...guess what..? Roti Auntie Anne kegemaran saya! Walaupun tak dapat merasa sushi..syukur krn dapat juga makan roti Auntie Anne. Saya panaskan dgn microwave di pantry staf...rasanya spt baru beli dr kedai. Saya bertekad...balik nanti, nak beli bread maker..nak buat roti yg sedap banyak2... Tak perlu bergantung dgn Auntie Anne lagi. InsyaAllah..
 
 
 
 
Perkembangan terbaru baby... sama sahaja.
Cuma skrg ini anak kecil ini tidak seaktif sebelum ni..mungkin kerana ruang utknya berpusing sudah semakin sempit. Tapi setakat ni, apabila dibuat kiraan pergerakan anak..Alhamdulillah.. Terlupa dan terleka juga kadang2.. Dan kadang2 baby tak gerak langsung....bila cakap2 dgn nada risau dan hampir menangis..tiba2 terasa tendangan kecil...seolah2 memberitahu 'ibu saya oklah'.
 
Syukur juga saya duduk di wad. Nurse akan mengambil bacaan jantung anak 4 jam sekali dgn portable Doppler. Jika saya merasa tak sedap hati, saya terus meminta nurse atau meminjam alat tersebut utk mendengar bunyi degupan jantung - kemudian, barulah lega rasanya. Saya ada cuba mendengar dgn menggunakan stetoskop...jangan haraplah. Yang dengarnya bunyi perut sahaja. Rasa mcm nak beli je satu portable Doppler tu...dlm RM100-200 harganya. Jika wanita di Negara Barat mmg lama dah beli...sbb kat sana murah. Sampai je Malaysia, terus mahal kerana pertukaran matawang dan cukai.
 
Yang bawakan stetoskop saya dr rumah adalah suami saya. Beria2 dia cuba mendengar. Katanya, "tiba2 dengar baby mengaji...". Dengan excitednya dia memasang stetoskop ke telinganya... Tapi, mcm yang saya ceritakan sblm ni.....hampeh... mmg tak dengar. Mungkin kene tunggu baby besar lagi. Dgn hampanya, "takpelah, baby keluar nanti boleh ler dengar..". Mcm tu ajelah.. Excited..tapi sbb banyak kekangan akibat duduk dlm wad..tak banyak yg kami dpt lakukan.
 
 
Kang..saya beli bende alah ni kang..
Namanya 'pinnard' - nak dengar perut sendiri susah la sikit kan..
(credit to: pregnancy.about.com)
 
Kadang2, suami nak bawa saya lari sekejap ke Klinik Zainab..satu2nya klinik swasta di Kemaman yg mempunyai mesin ultrasound 3D. Saya bagitau padanya..takkan nak abscond. Lagipun takut naik kereta. Kesian juga saya pada suami...nak tengok...tapi tidak berkesempatan. Sewaktu sesi scan sebelum2 ni..semuanya dilakukan dlm keadaan tergesa2..saya sendiri tak sempat hendak menikmati saat2 scan tu sendiri. Nak print out gambar pun tak berapa cantik sbb baby aktif bergerak...dicampur dgn keadaan tergesa2.
 
Takpe...sabo.. Yang penting semuanya selamat..
 
 
 
 
Malam sabtu baru ni, ayah ada menelefon bertanya kabar. Selepas lama berbual dgn ayah..tukar pula cakap dgn mak. Mak bertanya, "tilam dah beli ke" (dalam hati terdetik juga..tilam baby ker? mestilah kan...takkan tilam aku pulak). Saya beritahu ajelah.."semua takde lagi mak". Jangan baby lahir sekarang sudahlah...berbajukan kain batik ajelah jawabnya.
 
Petang semalam, tiba2 saya mendapat sms dr adik, "kak..tilam ko kak".
 
 
Lawa kan... Terang mcm kaler pas..hehehe Kalau bunga tu kaler putih..jadi sungguh dah..
Memang saya ada beritahu yg saya nak semua kelengkapan bewarna hijau.
Ingatkan mak belikan tilam yg macam hijau pokok pisang ke..sekali terus warna hijau pas.
Okey je.. Alhamdulillah..
Besar tapak tangan..nyiru saya tadahkan..
Sekurang2nya kalau baby lahir skrg..dah ada tilam yg empuk utk dia tidur..walaupun berbajukan kain batik.. hehehe
 
Jangan salah faham ok..
Bukan saya nak semua warna hijau krn fanatik dgn parti politik (walaupun ayahnya mmg seorang yg pantang dicabar jika berbicara ttg politik ni).
Pertamanya...sebab saya tak tahu anak dlm perut ni laki ke pompuan..so kene beli kaler selain pink dan biru (tapi sya mmg tak suka kaler biru - again..bukan sbb politik ok..!)
Tapi tak suka kaler kuning atau coklat - mcm warna najis dan tanah.
Tak suka kaler ungu - sbb mcm ladylike sikit - dah kalau yang keluar anak laki, mcm mana?
Dan yang paling penting...saya mmg suka kaler hijau.
 
Warna hijau ni warna syurga.
Nabi Muhammad pun suka warna hijau.
Sehingga saya pernah mendengar sunat melihat warna hijau - sunat maksudnya tgk jek...dpt pahala.
Kan..bagus mcm tu..
 
Bagi suami saya pula..
Baguslah expose kan dgn warna hijau awal2 lagi..
Biar dia tahu warna hijau tu warna pas.
 
Saya sebenarnya tak kisah hijau tu hijau pas ke..hijau pucuk pisang ke..
Yang penting kaler hijau.
Tak tahulah mcm mana kan...
Tapi kene variety kan warna juga. Sbb nanti nak ajar anak bermacam2 warna. Dah kalau sume barang dia warna hijau...mcm mana nak ajar warna lain.
Hmm...kene adjust sikit ni..
 
Saya buat dah list keperluan baby...tapi setakat list ajelah..
Satu ajelah yang dah ada tick - tilam dan bantal.
InsyaAllah..smpat kot balik lepas raya nanti beli sikit2 yg basic.
InsyaAllah..
 
Baby jangan keluar skrg tau..
Tunggulah 36 minggu ke sekurang2nya...
Bagi ibu balik 34 minggu nanti..smpat beli baju dan seluar baby dulu..
Pastu ibu nak makan sushi dan telur separuh masak banyak2 (lama woo..nak makan half boiled egg ni) - nanti lepas baby lahir, takleh makan dah..kene pantang 44 hari.
 
InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment