Sejak dua menjak ni saya mengalami dilema
Kak Maria kata, "bakpe mung ni asyik stress jek". "Bukan aku dok stress, aku call mung masa stress...ada je, hari yg aku hepi," ayat cover saya, membalas lontarannya.
Nak buat mcm mana...
saya yang mempunyai personaliti type A,
campur pulak hormon2 yang naik turun,
campur lagi 'sedang dlm proses penerimaan roh' (ujar Ustaz Azhar)....
Hasilnya...perkara yg kecil jadi suatu yg besar utk saya.
(tahu pun..tapi kdg2 emosi sgt payah dikawal)
Isu yg terbaru yg saya maksudkan adalah tentang 'beraya dimana...'
Nak dijadikan cerita...
34 minggu (kiraan saya secara manual) jatuh pada 6 Ogos
34 minggu, mengikut kiraan orang dlm wad (sbb ikut obstetrik kalendar yg bulat tu) jatuh pd 9 Ogos
Dan...
Hari Raya jatuh pada 8 Ogos
Okey...kalian tahu kan yang saya dibenarkan pulang pada 34 minggu. Tapi, setengah pakar di wad ni berpendapat saya boleh shj discaj sebelum itu lagi. Masalahnya, pakar yg fix dgn keputusan saya discaj 34 minggu tu skrg ni sedang cuti bersalin.
Makanya, saya sendiri tak faham yang sebenarnya macam mana..
Makanya, saya sendiri tak faham yang sebenarnya macam mana..
Masalah kepada masalahnya...
Jika dibenarkan pulang lebih awal, bermakna saya akan beraya seorang di rumah.
Kenapa?
Saya sebenarnya sudah bertekad utk beraya di hospital. Raya ke-3 atau
ke-4 baru pulang ke rumah, iaitu selepas suami pulang beraya dari Kuala Terengganu (takkan nak halang suami
beraya dan minta dia menemankan saya di hospital - lagipun saya nak 'rebut' Raya Haji utk balik Perak - inilah masalahnya jika Terengganu bertemu Perak!). Maknanya, saya nak balik dlm 10 atau 11 Ogos.
Sebelum ini, saya sudah berbincang dgn mak
ayah di Perak - kata mak "raya tiap tahun boleh...nak pregnant bukan senang".
Lagipun, baru je semalam berbincang dgn suami dan dia izinkan (pada awalnya, suami meminta saya pulang lebih awal supaya dpt menemankannya beraya di kampung - lagipun mungkin dia risau jika saya minta dia menemankan saya beraya di Kemaman). Alasan saya padanya yang saya mahu celebration 3 dlm 1 semasa pulang nanti; 'welcome home' slps 6 bulan di wad + 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' + 'Happy Birthday'.
Lagipun, tuntutan kerja menyebabkan saya sudah terbiasa berhari raya di hospital. Saya sudah siap merancang utk mengenakan baju mengandung yg saya beli semasa mengandungkan Amirul dulu (tak tahulah suami jumpa cari ke tidak).
Tetapi, hari ini doktor pakar seolah2 meminta saya pulang
sebelum raya...katanya 'tiada halangan utk saya travel asalkan tidak berjalan2
teruk sgt sbb katanya risau DVT dan PE (komplikasi kehamilan apabila tidak
banyak bergerak)'. Dalam fikiran saya, 'nak halau la tu' dgn emosi yg bercampur baur dan mula memikirkan mendengar takbir raya berseorangan di rumah. Suami saya yg optimis menjawab, "dia concern la tu, sian kene beraya sorang2 kat hospital" (tak tahu kenapa saya tidak boleh berfikir spt itu tadi).
Ketika itu juga, perasaan takut dan sebak tiba2
menyerbu apabila 'diminta' utk pulang ke KT mengikut suami (perasaan saya describe dgn perkataan 'diminta' tp mngkn yg sbnrnya maksud doktor trsbt adalah 'dinasihat' atau 'dicadang'). Untuk pengetahuan semua, sejak disahkan hamil kali ini (4 minggu kehamilan), tidak
pernah sekali pun saya pulang bersama suami. Perjalanan saya yang paling jauh pun adalah Geliga (lebih kurang 15 minit perjalanan dr rumah), tak berani nak pergi smpai ke Mesra Mall. Saya sanggup tinggal seorang
dikala suami berjalan bersama keluarga atau pulang ke kampung. Takut jika
kejadian yg menimpa sewaktu mengandungkan Amirul & Uwais berulang semula.
Amirul dilahirkan slps travel bersama keluarga mertua ke JB,
merasa contraction apabila sampai di KT....cepat2 saya mengajak suami pulang
Kemaman. Manakala, Uwais dilahirkan slps travel bersama keluarga mertua ke
Kenyir, masa tu mmg tak sempat apa dah...terus ke hosp di KT, tapi slps itu
cepat2 mengajak suami pulang Kemaman utk kebumikan Uwais sebelah kubur Amirul.
Dan..setiap kali travel itu, asalnya mmg saya tidak bersetuju (cuba memujuk suami dan keluarga utk rehat di rumah), ttp krn
membayangkan tinggal berseorangan di rumah (bercampur seronok nak berjalan - memang saya dan suami kaki jalan - bukannya senang nak dpt cuti panjang)...saya turut sekali ikut (takkan duduk sorang2 kat rumah sendiri atau mertua...habis semua satu family suami pergi sekali dari mak, ayah, nenek, kakak ipar, anak saudara dan adik2 ipar).
Tapi itu semua ketentuan Ilahi...saya redha. Apa yg berlaku hanyalah 'asbab' semata. Allah dah tetapkan panjang itu sahaja hayat anak2 saya...maka jika saya duduk berehat di rumah pun, ia masih boleh berlaku. Tapi, kesedihan tidak dapat dibendung....mungkin krn Iman yg tidak sekuat mana...tapi yelah semasa Ibrahim anak Nabi Muhammad bersama isterinya Mariya, meninggal dunia, Nabi turut bersedih...lagikan insan seperti saya ini
Pada masa yang sama, tidak mampu menahan pertanyaan orang...'mengapa' dan 'bagaimana'...yang pengakhirannya 'itulah...kan dah kata'. Semua ini mendewasakan kami...mematangkan lagi...mengukuhkan Iman demi mencari keredhaan Ilahi.
Maka utk kehamilan kali ini, saya bertekad utk tidak
melakukan perkara yg sama. Itulah fikiran saya sebelum meneruskan prosedur IUI utk kesekian kalinya. Saya sanggup dan redha utk tinggal di Kemaman walau
keseorangan. Sebaik sahaja membuat keputusan sedemikian, puas saya berjalan dan setiap kaki melangkah ke satu destinasi saya berfikir 'inilah kali terakhir aku memijak disini krn slps ini aku akan mengasingkan diri'. Faham dan akur kerana inilah perkara yg saya perlu hadapi...
Memang sedih dan sunyi. Rindu utk bergurau bersama suami tatkala dia memandu ke destinasi impian. Tapi kesedihan tatkala Amirul & Uwais
dilahirkan lebih dashyat dan rasanya saya tidak sanggup utk menghadapinya lagi....sehingga kadang2 akal tidak mampu menampung emosi yang berkocak dan yang paling dirisaukan saya hilang kewarasan.
Sewaktu doktor mengesyorkan saya pulang ke kampung
bersama suami...
Jantung saya berdegup kencang...
Tangan saya menggigil..
Terus
tidak berselera utk makan ataupun minum (kebetulannya mknn tghari baru dihidang)...
Air mata mula bertakung...
Mula terbayang semula memori Amirul & Uwais...
Rasa bersalah dan berdosa pada anak2 kecil kami, krn saya rasakan semuanya berlaku kerana saya tidak peduli..tidak ambil kisah.. Seolahnya saya tidak menghargai pemberian Allah
Rasa seluruh dunia mengatakan 'itulah..kan dah kata'...
Adakah ini yang dinamakan 'post-traumatic stress disorder'?
Mula memberi diagnosis kepada diri sendiri. Yang nyatanya, masih belum mencapai 'disorder' (mungkin) sbb saya masih boleh berfungsi di tempat kerja dan dalam masyarakat (walaupun, tanpa disedari saya mula menjauhkan diri, elak untuk berjumpa dgn sahabat/keluarga).
Katanya lagi, 34
minggu sudah sesuai utk bersalin (favourable). Memang benar, 34 miggu lebih baik dari 28 minggu, tetapi ia masih dikategorikan pramatang. Bila namanya kelahiran pramatang, komplikasi pernafasan, jantung, otak, mata dan usus boleh berlaku. Suntikan Dexa boleh diberi...tetapi dgn saya yang mempunyai masalah servik dan juga rahim, tak masuk lagi darah beku lama yang masih menyusup di bawah placenta ('old subchorionic haemorrhage') setebal 2cm...dgn mudahnya contraction berlaku...mungkin tak sempat Dexa diberi (suntikan Dexa effektif selepas 24 jam suntikan).
Apa salahnya saya berkorban, menahan diri dan bersabar...agar anak saya selamat dilahirkan cukup bulan. Ini pengorbanan saya untuk suami. Memang betul..semuanya kuasa Allah...tapi kita kan perlu berusaha. Jika dah tahu itu risikonya, kenapa nak hadapi? Jika tiada apa yg berlaku...nasiblah, Alhamdulillah. Sekiranya ada perkara buruk berlaku...apa nak dikata? Menangis keluar darah pun masa yang telah berlalu tidak boleh diulang semula.
Harapan saya, biarlah saya melahirkan selepas 36 minggu....InsyaAllah. Pada 36 minggu nanti, jahitan pd pangkal rahim akan dibuka dan suntikan Proluton akan dihentikan. Jika tidak sempat 38 minggu (rancangan bersalin melalui pembedahan), cuba bersalin normal.
Saya sentiasa berdoa agar Allah mengizinkan saya dan suami mempunyai zuriat yang sihat, selamat dan soleh. Agar Allah beri kekuatan pada saya dan suami, utk terus istiqamah. Supaya Allah menguatkan rahim dan servik saya utk menampung kandungan hingga cukup bulan, serta memelihara anak kecil ini daripada perkara buruk.
Kata Faiz, "ko buat apa je yang ko rasa betul...yang penting bukan sahaja baby selamat, ibunya selamat juga"
Kata Kak Maria, "kalau mung taknak balik lagi, takkan diorang nak hambat mung balik. Lagipun, aku risau juge bila dengar perkataan DVT tu"
Saya tahu apa keputusan saya..
Tak tahu mengapa bila mendengar kata2 doktor...hati menjadi rapuh.
Takut utk discaj kah?
Trauma untuk travel kah?
DVT & Pulmonary Embolism vs Incompetence Cervix & Abnormal Uterus
Yang satu kene bergerak banyak...yang satu lagi tak boleh bergerak banyak.
Surviving bed rest without clot in the leg.
(Mcm manalah pesakit tak keliru...pelbagai rawatan pencegahan yg mempunyai pertembungan)
Keliru...
Sedih...
Takut....
Hati saya menjerit dan meronta...
'Kenapa aku tak boleh jadi spt perempuan lain?'
'Tak payah pikir raya mana..'
'Tak yah susah2 duduk wad lama2....boleh kerja...kumpul duit oncal banyak2..beli keperluan baby yg canggih2 dan comel2'
'Jalan mana nak pegi...'
'Boleh lakukan apa sahaja'
'Tak perlu pikir dan risau'
Seperti saya...
Wahai sekeping hati...bersabarlah..
Jika susah, lihat pada yang lebih susah..
Kini, dirimu sudah tiba setakat ini...
Perjalanan yg cukup jauh...selepas pelbagai dugaan dan rintangan
Jangan mengalah kini...
Di depanmu nanti...InsyaAllah...kemanisan buah kesabaran menjadi milikmu..
Wallahua'alam
Terima kasih...Kerana sy sggh down sekrg ini...Terima kasih...semoga akak sentiasa di rahmati Allah dan dipermudahkan urusan....
ReplyDelete