21 June 2013

Penjagaan Selepas Bersalin Secara Pembedahan

 
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...
Syukur kpd Allah dgn segala nikmatNya
 
Entry kali ini adalah kesinambungan daripada entry sblm ini berkenaan berpantang.
Rasa rugi jika ilmu disimpan sorang2. Maka saya kongsikan sekali dlm blog ini dan diharap memberi manfaat kpd sahabat di luar sana.
 
Nota berkenaan berpantang dan penjagaan slps bersalin ini saya buat pada asalnya sbg persediaan selepas bersalin nanti. Walau apapun outcome nya, berpantang still kene buat. Lagipun, saya dan suami mengambil keputusan untuk berpantang di Kemaman sahaja. Maka, kene ada ilmu...nanti senang...
 
Seperti wanita lain, saya juga mengharapkan utk bersalin secara normal. Tapi, oleh kerana nak 'lekat' susah...nak bagi sampai cukup bulan pun susah..maka, kami bersetuju sahaja dgn syor pakar utk melakukan caesarean section utk kandungan ini. Lagipun, saya ada masalah di rahim...risau juga jika stuck atau ada masalah, dan emergency caesarean di hospital daerah adalah suatu perkara yg kurang best terutamanya jika di tengah malam...dgn peg. perubatan yang junior - bukan tak percaya dgn adik2 saya disini....saya sendiri pernah menjadi junior, tapi jika ada pilihan yg terbaik...baik diteruskan dgn yg terbaik, kan?
 
Perancangannya, kehamilan seterusnya barulah dicuba bersalin secara normal.
Actually, saya tidak pernah memikirkan utk hamil semula...yang sekarang ini sudah cukup memenatkan...dikuarantin sejak mula2 UPT positif (4 minggu),  dimasukkan ke wad selama 6 bulan....pikir balik, tak sanggup dah rasanya. Tapi, tak tahulah kan...kot kot nanti bersemangat pula. Lagipun suami sudah membuat perancangan..katanya, "sekarang umur 32, nanti masa 34 boleh sorang lagi, 36 sorang lagi, 38 sorang lagi....4 orang cukuplah" - terkedu saya mendengarnya...
 
Saya rasa tidak perlu utk saya terangkan bagaimana dilakukan pembedahan caesarean ini.
InsyaAllah, nanti saya ceritakan pengalaman saya sendiri di masa akan datang.
 
Pada awalnya, saya senaraikan sekali tujuan/indikasi bersalin melalui pembedahan.
Tetapi, kerana panjang berjela2, maka saya asingkan ke entry seterusnya.
 
Maka, saya terus kpd penjagaan.
Informasi yg dinyatakan dibawah ini adalah sebahagian drp pengalaman sebagai pegawai perubatan. Ada juga daripada pengalaman2 org lain. Diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja pada diri saya, tapi pada sahabat2 di luar sana...InsyaAllah

 
 
Selepas pembedahan di hospital
  • 6 jam slps pembedahan, tidak dibenarkan mengangkat kepala krn ubat bius (jika diberi bius separuh) masih ada dlm tubuh kita - kalau angkat juga, jadi sakit kepala (dan sesetengahnya berkekalan) - paling tinggi pun setinggi bantal sahaja. Nak pusing kepala boleh...
  • Boleh minum air masak sikit2 guna straw (sbb tak boleh angkat kepala), kecuali jika bius penuh. Jika tak muntah slps minum air masak, boleh minum air soya/milo (prepare siap2 sbb air milo/susu hospital tak sedap). Kalau rasa mudah, boleh nak ngunyah mknn apa2 (pengalaman saya slps pembedahan ikat pangkal rahim, siap makan samosa tu (suami suap) - lapo walaupun samosa yg suami goreng tu sdkt hangus - dah sehari semalam puasa, dah nak kene gastrik rasanya). Ingat...! Jangan sekali2 angkat kepala dlm tempoh 6 jam pertama.
  • Slps 6 jam tu, paksakan diri utk bangun dari katil (dlm tempoh 24 jam slps pembedahan). Lagi cepat bangun dan bergerak, lagi cepat boleh balik. Dan lagi cepat boleh tanggal tiub kencing.
  • Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi dan gunakan lengan utk menolak badan ke posisi duduk. Sokong perut dgn memegang perut dgn tangan.
  • Jalan perlahan2 dgn badan ditegakkan - memang sakit terutamanya apabila nak tegakkan badan. Lakukan dgn perlahan2 sambil menyokong perut. Boleh je kalau nak guna kerusi roda terutamanya jika jarak ke tandas jauh, tapi lebih baik berjalan kaki - gerakkan kaki (elak komplikasi lain) dan darah nifas lebih lancar.
  • Bila rasa confident nak ke tandas, boleh minta cabut tiub kencing. Semasa memakai tiub kencing, tak rasa apa...cuma rasa mcm nak buang air (walaupun hakikatnya air kencing sudah mengalir dlm tiub). Tapi....slps tanggal tu yg problem. Bila nak buang air sendiri...hanya Allah yg tahu pedihnya (akan hilang slps beberapa hari). Basuh dgn air suam bagi membantu semasa buang air. Bila dah buang air sendiri, barulah dibenarkan pulang.
  • Menyusukan anak seperti biasa - kalau sakit, menyusukan secara berbaring. Lagi cepat beri susu lagi bagus - rangsangan awal pada puting dan pengeluaran kolostrum yg baik utk anak kita. Jangan risau, nurse akan beri susu secara cup feeding jika masih tak mampu menyusukan.

 
 Amalan berpantang
  • Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim, keadaan rahim tetap bengkak. Malah lebih serius akibat luka2 pembedahan pada rahim dan setiap lapisan kulit.
  • Penjagaan lebih lama & tempoh berpantang juga lebih panjang berbanding ibu yg bersalin normal; iaitu pantang pemakanan 100 hari dan pantang berjimak 50 hari (tempoh penyembuhan luka sepenuhnya adalah 6 minggu).

 
Masalah
  • Lebih mudah mengalami masalah pengumpulan angin yg menyebabkan tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap.
  • Mungkin secara fizikal kelihatan cantik dan langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mudah terkena penyakit arthritis,  kebas2 dan reumatisme.
  • Saluran sulit pula menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan.
  • Lambat mendapat bentuk badan yg asal, terutamanya bahagian perut & pinggang.

 
Amalan
  • Cucian bahagian sulit - walaupun tiada luka jahitan, tetap mengalami darah nifas. Penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu faraj.

  • Bertungku - boleh lakukan spt biasa. Tetapi di bahagian perut dan luka jahitan, hanya letakkan batu tungku dgn lembut tanpa menekan atau mencungkil urat (kalau tak pasti macam mana, elak sahaja tungku bahagian perut). Dinasihatkan slps seminggu bersalin.

  • Berurut - seperti biasa tapi elak bahagian perut. Digalakkan slps seminggu bersalin.

  • Mandian/lulur - seperti biasa

  • Berbengkung - praktikkan ikatan bengkung/barut yg ringan ikatannya atau mengenakan 'strap on binder'. Tetap lakukannya selepas bersalin walau masih terasa jahitan pembedahan. Selepas 2 minggu, boleh perketatkan ikatan dan slps 4 minggu, boleh lakukan spt ibu bersalin normal. Ia dapat mengelakkan sengal dan pedih pada luka jahitan, ketegangan pd bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak nanti. Tanpa bebengkung/berbarut, mudah mengalami perut buncit dan berasa sakit/lenguh di bahagian pinggang dan pinggul sehingga melarat pd betis dan tumit.



 Tips lain
  • Pastikan luka sentiasa kering. Selepas mandi, lap kawasan luka hingga kering (pedap dgn tuala bersih, jangan gosok!) atau anginkan depan kipas/hair dryer (jika basah - mudah bernanah, terutamanya jika kulit terlipat)
  • Jangan sapu minyak krn takut jadi lembap - mudah terkena jangkitan, luka lambat bercantum dan parut jadi buruk.
  • Pemakanan seperti biasa. Minum byk air dan makanan yg berkhasiat. Elak makanan gatal; telur dan seafood.
  • Elak makan jamu sbb panas - boleh menyebabkan jahitan dalaman terbuka.
  • Ada yang kata elak makan pati haruan sbb mudah berlaku adhesion (tapi luka cepat sembuh). Ambil selepas 2 minggu, supaya luka luar dan dalam sembuh dgn sendiri.
  • Jangan angkat sesuatu yg lebih berat dr bayi anda.
  • Jika berjalan2, gunakan kereta sorong drp mendokong bayi.
  • Senaman - 4 hingga 6 minggu slps bersalin.
  • Urutan lembut pd parut pembedahan dpt mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.
  • Jika terbatuk/terbersin, letakkan bantal merentangi perut dan tekan perlahan2 utk memberi sokongan pd parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.
  • Kurangkan aktiviti di rumah. Dekatkan barang keperluan bayi dan elakkan menaiki/menurun tangga. Tetapi jangan tidak bergerak.
  • Darah nifas boleh berubah mengikut aktiviti yg dilakukan - gunakan situasi ini utk menentukan samada sudah terlalu banyak melakukan kerja.



Dapatkan rawatan sekiranya
  • Demam
  • Sakit kepala yg kuat dan tidak berkurangan
  • Sakit tiba2 pd bahagian perut atau luka pembedahan (termasuk, jika lebam atau keluar darah/nanah)
  • Discaj vagina yg berbau busuk
  • Rasa pedih semasa buang air kecil dan darah dlm air kencing
  • Ruam atau gatal2
  • Pendarahan yg terlalu banyak
  • Sakit, kemerahan dan pedih pada payudara
  • Bimbang, panik atau sedih
 
 

23 comments:

  1. Nice blog. Jemput singgah blog saya http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/01/set-bersalin-shaklee.html

    Boleh exchange blog juga tak?

    ReplyDelete
  2. very good info! thx.tp takut lak nk kne caesar nxt week. byk nk kena jage.

    ReplyDelete
  3. Sy bsalin scra pmbdhn..nk tnya sy da 55hri bpntg blh x sapu minyak angin kt prt..

    ReplyDelete
  4. emang klo melahirkan secara sesar itu gak sakit kah?
    dan untuk kaos kaki muslimah seperti apa yang cocok buat ibu hamil?
    mohon bantuannya dan moga makin banyak penunjung blognya

    ReplyDelete
  5. Ada pandangan mengatakan dlm tempoh 2 ke 3 bln slps bsalin blm boleh ambil daging dlm diet harian.takut luka akan bernanah.minta pandangan

    ReplyDelete
  6. pengalaman dari hati ke hati, saya suka baca, terbaik

    SUSU BEBAS GST ?

    ReplyDelete
  7. Beberapa hari lagi nak czer. Info ni sgt berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Beberapa hari lagi nak czer. Info ni sgt berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Sy msh DLM pntang dn bersalin secara czer..tp 2-3 hr ni sy kerap mnangis dn fkir bkn2 terhadap suami..emosi dn stress sgt

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Nice entry.. ..kini ibu2 yg bersalin bedah dh boleh pakai bengkung.. tapi bukan suka hati bengkung tau.. selalu bersalin bedah org ckp perut buncit sbb tak leh pakai bengkung dan berurut jemput singgah sini ye.. .. so nak elak masalah tu kenalah pakai bengkung..
    http://mama-batrisyia.blogspot.my/search/label/Bengkung%20Moden

    ReplyDelete
  12. Nice entry.. ..kini ibu2 yg bersalin bedah dh boleh pakai bengkung.. tapi bukan suka hati bengkung tau.. selalu bersalin bedah org ckp perut buncit sbb tak leh pakai bengkung dan berurut jemput singgah sini ye.. .. so nak elak masalah tu kenalah pakai bengkung..
    http://mama-batrisyia.blogspot.my/search/label/Bengkung%20Moden

    ReplyDelete
  13. normal kah dh sebulan pembedahan terus dtang kain? tp haid lg dtang selama 11 hari

    ReplyDelete
  14. normal kah dh sebulan pembedahan terus dtang kain? tp haid lg dtang selama 11 hari

    ReplyDelete
  15. Thx admin for sharing. Menarik post kali ni. Bnyk jgk i belajar. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.

    >>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
  16. baru 3 minggu bersalin czer, boleh makan jamu tak? tempat jahit dah cantum

    ReplyDelete
  17. baru 3 minggu bersalin czer, boleh makan jamu tak? tempat jahit dah cantum

    ReplyDelete
  18. Salam.. sy bersalin czer.. sy dh abes pantang bleh ke tak kalo sy minom air ais nleh bg pendapat..?

    ReplyDelete
  19. Salam..sy bersalin czer 12/8/16..pertama kali..2x bersalin normal..sgla pergerakan terbatas akbt czer ni..kesan luka czer dh x rase sakit..cme di bhgn perut ats rase berdenyut2..ibu sy org kesihatan,die ckp perut sy bgkak (demam)..jd sy sapu minyak ttp elakkan dr terkena bhgn szer..soalan sy..APAKAH NORMAL BAGU IBU BERSALIN CZER RASE NGILU2 DI BAHAGIAN ABDOMEN PERUT (PERUT SY BUNCIT SIKIT)..??

    ReplyDelete