29 June 2013

Tensennya Saya...Quran Relaksasi Terbaik



Weekend baru ni, suami balik ke kampung...saya katakan pada staf lain, "nak buat mcm mana, giliran bini nombor dua." Begitulah yg saya rasa. Walaubagaimanapun keadaannya, suami mesti akan balik juga 2 minggu sekali (paling lama). Macam ni lah agaknya perasaan isteri yang bermadu. Ni baru bermadu dengan ibu mertua pun kadang2 rasa susah. Kalau campur pulak dgn isteri nombor dua...alamatnya, giliran utk saya setiap 3 minggu la jadinya.. Itupun kadang2 giliran weekend utk saya, suami pergi Kuantan utk menyelesaikan bermacam perkara (sbb Jumaat Kemaman cuti, tapi Kuantan kerja).
 
Takpe...saya redha.
Harapnya, anak saya nanti pun begitu juga. Tak lupa kan ibu...
Melebihkan ibu dari segala2nya. InsyaAllah...dgn didikan yang betul...kita boleh mengolah anak kita dgn cara yg kita mahu. Kerana lahirnya anak ke bumi ni adalah seperti kain putih...ibu dan bapa lah yang mencorakkannya.
 
Cumanya....bermula dari hari Khamis...saya mmg dah down sikit.
Sedang saya menimbang berat di kaunter nurse (nurse semua takde, sedang passing over di cubicle pesakit), terdengar seorang nurse bercakap dgn nada yg kuat, "naik ke doktor?"
Sungguh kurang asam...tengah sibuk passing over boleh lagi duk perati ke saya dan siap menegur dgn kuat dari jauh...habis satu wad dengar. Dalam hati, 'memang lah naik...pregnant kan...baby makin berat kan...'
 
Sepanjang hari, saya seperti makan jantung berulamkan hati.
Sangat terasa dgn kata-kata nurse itu tadi. Berat tak naik pun...0.5kg dlm masa 2 minggu. Oklah kan..
Tapi, mmg saya sangat tak puas hati.
Mula teringat ketika ada yang menegur yang muka dan hidung saya semakin kembang.
 
Petang tu, ketika berdating dgn suami di bawah pokok mentega (memang nama pokok tu pokok mentega - nanti, InsyaAllah saya letak gambo pokok tu). Saya luahkan pada suami...
"Alah..itu pun nak terasa." Begitulah jawapan orang lelaki kan...kaum yang tidak suka bermain dgn emosi. "Nak buat macam mana...orang pompuan kan mmg emosional...lagi2 tgh pregnant, lagilah..sbb hormon tak stabil," saya menjawab, bermain psikologi dgn suami....agar dia lebih memahami.
 
"Takpelah...pregnant memang la makin naik berat..makin kembang. Kalau makin kempis....bukan pregnant namanya. Lepas bersalin nanti...kuruslah.." suami menjawab.
Petang itu, suami menemani saya hingga hampir 7.30 ptg...sebelum bertolak balik kampung.
 
Semasa suami balik, saya menghantarnya hingga ke kereta dan tidak bergerak sehingga kereta hilang dari pandangan mata. Hati jadi tiba2 rapuh dan kesunyian.
 
Sabar...itulah kalimah yg sentiasa saya bisikkan.
Anak di dalam perut turut menendang...seakan2 memberitahu agar ibunya bersabar.
 
Keesokannya...satu penyeksaan buat saya.
Tak tahulah mengapa rasa terlalu down.
Bila suami call dlm jam 10.30 pagi...gembira sebentar. Tapi, tak dapat bercakap lama juga.
Bila malam...saya menghantar bbrp sms kpd suami...tiada satu pun dibalas. Saya tahu...bila di kampung mmg suami akan sibuk. Kadang2 handphone letak di bilik....tuan badan di bawah rumah. Kadang2 handphone tertinggal di rumah...tuan badan di dalam kereta.
 
Walau tahu ttg hakikat....tapi perasaan saya sangat rapuh. Mudah benar air mata mengalir..
"Ibu bukan tak sayang baby....ibu sunyi..nak jalan2....nak balik. Kita sabar ajelah ye...sekejap je lagi kita boleh balik." Jawapan saya ketika anak hebat menendang, sambil mengusap perut.
 
Kebisingan di dalam wad....keriuhan orang bercakap di luar...masih tidak dapat menandingi kesunyian dan kebosanan ketika itu. Ketika itu, apa yg saya mahu adalah utk bercakap2 dgn suami. Hanya dgn suami.. Tapi, saya tidak mahu suami tahu yang saya sedang dlm kesedihan...dapat bercakap sebentar sebelum handphone habis bateri...suara saya agak bergetar. Jika suami tahu yang saya sedang menangis...nanti dia akan susah hati dan mood jadi tak baik.
 
Saya sabarkan hati...
Jumaat malam sabtu tu..saya hanya boleh melelapkan mata pada pukul 2.30 pagi.
Bangun pula terlalu awal... 'mengapa lah mata aku tak ngantuk ni'...saya merungut seorang.
Bangun awal membolehkan saya beribadat lebih lama.. Mengaji lebih banyak..
Hati semakin tenang apabila mengaji.. Alhamdulillah
 
Tapi...benteng air mata tak dapat ditahan apabila suami call jam 6.30 pagi (beginilah rutin kami....walau dimana shj suami berada, jam 6.30 pg pasti akan call...sbb biasanya pagi2 tak kemana2 lagi). Jadi sebak sebaik sahaja mendengar suara suami. "Saborlah..." itulah sahaja ungkapan yang suami boleh katakan. Ketika itu saya tahu yang saya tak mampu bercakap lebih lama dgn suami. Tidak mahu dia susah hati sekiranya mendengar saya menangis melalui telefon.
"Takpelah bang...jaga diri baik2 tau. Kim salam ke mak. Assalamualaikum," saya menamatkan perbualan.
 
Hari sabtu itu dirasakan hari paling lama dalam hidup saya.
Kebanyakan masa akan termenung dan mendengar jarum saat jam di dinding.
Buka komputer...bosan..
Baca majalah...bosan..
Tengok hp...bosan..
Badan rasa letih...mata rasa mengantuk...tapi tak tahu mengapa, masih tidak boleh tidur.
 
Selepas solat zohor....saya membuka application Quran di dlm hp...dan membaca tanpa henti..
Sehingga saya letih dan kepenatan. Habis dua surah..Surah Yusuf dan Surah al-Anfal.
Kemudian, berzikir...Lailahaillah...cukupkan 1000kali..
Selesai sahaja...sudah melipat telekung... Saya melabuhkan diri di atas katil.
 
Tanpa saya sedari..saya tertidur..
Sedar je semasa staf mengetuk pintu bilik sambil membawakan dulang makanan, "makan malam doktor". "Terima kasih," dlm keadaan mamai saya mengucapkan terima kasih dan bila merenung jam di dinding, 'ha...dah pukul 5.30 ptg, Asar tak solat lagi ni.'
 
Bangun sahaja...rasa sangat fresh...
Alhamdulillah....
Jiwa rasa tenang...
Sesudah solat dan makan....idea utk blog dan next projek datang mencurah2..
 
Malam itu ketika suami call memberitahu yang dia sudah on the way balik Kemaman....saya menjawab dgn hepi.. (Tak tahulah hepi sbb suami nak balik atau hepi sbb dah fresh...cukup tidur).
 
Moralnya....ngaji banyak2 bila jiwa tak tenang.
Itulah yang saya praktikkan sejak sekolah lagi...slps diberitahu oleh seorang kakak senior ketika lepak di masjid sblm solat Asar (tak ingat dah nama akak tu...tapi masih ingat lagi rupanya..)
Al-Quran adalah terapi terbaik..
InsyaAllah...dengan izin Allah...hati dan jiwa akan semakin tenang..

Dari sudut pandangan mata saya ketika bersandar di dinding selepas solat di tikar sembahyang

 


No comments:

Post a Comment