13 June 2013

Sensitifnya...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t.
 
Alhamdulillah...hari ini kita bertemu kembali dgn Jumaat, penghulu segala hari. Setiap amalan kita pada hari ini akan dibalas dgn berlipat ganda - maka, manfaatkan sebaik-baiknya. Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam.
 
Sejak ptg semalam, suami pulang ke kampung - giliran mak mertua (selang seminggu) pula weekend kali ini. Oleh kerana, suami bekerja pada hari sabtu (hanya dapat off sabtu sekali sebulan - weekend dgn off sabtu diberi hak milik kpd mak mertua), maka kami berpisah hanya sehari. InsyaAllah, esok dapat bertemu lagi (amboi...8 tahun kawin, rindu-rinduan lagi - of course lah kan..).
 
Dah menjadi rutin, apabila berjauhan, suami akan menelefon setiap pagi kejutkan isteri kesayangan bangun subuh. Lagipun, masa tu je yang biasanya suami akan free sbb aktiviti di kampung agak padat - ada sahaja perkara yg perlu dilakukan (dari 9 beradik, suamilah yg kerap balik kampung yg mempunyai kenderaan, mudah utk kemana2) - beli barangan dapur, hantar mak/ayah/tuk ke klinik, berjalan2 di bandar dan pelbagai urusan lain. 
 
Pagi tadi, sebaik sahaja suami memberi salam, saya terus menjawab, "waalaikumsalam....abang, nak makan nasi impit dgn sambal ikan." Tak tahulah mengapa tetiba sahaja teringin nak makan...mimpi ker..rasanya tak. "Nantilah, esok abang belikan.." suami membalas ringkas. Dgn manja saya menjawab, "alah..rasa nak makan la ni jugak". 
 
Beginilah hakikatnya, jika berjauhan....lagi2 bila saya tak mampu nak kemana2. Lagipun, hari Jumaat begini jarang sekali ada kedai makan yg buka...nak pergi pasar, erm..alahai...takkan nak lari dari wad. Maka, pujuk hati... Nasib baik pagi ni menu hospital adalah mee goreng. Bubuh kicap sikit...tambah sos cili...rasanya lazat sekali. Alhamdulillah dgn rezeki yang Allah bagi hari ini.
 
 
 
 
Semalam, saya dikejutkan dgn berita yg menyedihkan. Salah seorang staf Bilik Bersalin disahkan IUD (intrauterine death); anak mati dalam perut. Sedihnya.... Dah la anak pertama, cukup bulan bulan pula tu (bukan premature), mesti keperluan bayi sudah dipersiapkan semuanya. Katanya, memang malam sebelum itu sudah dirasakan anak kurang gerak tapi memikirkan esoknya akan dimasukkan ke wad utk induce, ditangguhkan sahaja. Sampai di screening room, semasa scan dilihat tiada degupan jantung dan disahkan sekali lagi oleh pakar. Ralat rasanya krn dia adalah staf di bilik bersalin - banyak alat boleh digunakan utk memeriksa anak.
 
Bila dengar cerita sebegini, hati saya menjadi rapuh. Air mata sudah tidak tertahan2. Sedih...kesian... Mula rasa risau yang teramat sangat. Setiap kali terjaga di waktu malam, saya pastikan merasa dulu tendangan barulah tidur semula. Bangun sahaja di waktu pagi, mula rasa risau kerana tidak merasa tendangan anak.
 
 
Ada pula staf di wad yg menceritakan perihal sahabatnya (yang juga kakitangan di Klinik Kesihatan). Sudahlah semasa bersalin berlaku komplikasi yg menyebabkan 3rd degree tear (koyakan yang agak teruk semasa bersalin). Apabila anak berumur 12 hari, tiba2 wajah menjadi biru di malam hari...segera dibawa ke hospital - malangnya tidak dapat diselamatkan. Kata doktor 'tersedak susu' krn didapati banyak susu mengalir dari saluran paru2 semasa bantuan pernafasan diberi. Terkilan...kerana katanya dia hanya memberi susu ibu sahaja.
 
 
Teringat kisah Kak Yah (kakitangan di wad). Ketika anaknya berumur 12 tahun, pulang dari sekolah...didapati penuh orang di tengah jalan. Apabila didekati, rupanya seorang anak kecil dilanggar lori. Apabila diamati...rupa2nya anak kecil itu adalah anaknya sendiri.
Katanya, malam sebelum itu, pelik..anaknya memeluk setiap ahli keluarga.
 
 
Susahnya nak membesarkan anak.
Mula terfikir bagaimana ada yang sanggup membuang bayi di tandas? 
Bagaimana ada pula yang sanggup membunuh anak kecil?
Hati menjadi sayu...
 
Nak hamil susah...
Semasa 9 bulan mengandung susah..
Bersalin susah...
Nak menjaga anak susah..
 
Patutlah Allah bagi pahala berlipat ganda pada ibu yg sedang hamil dan membesarkan anak.
Risau pula jika saya tidak boleh menjadi ibu yang baik.
 
 
 
 
Seminggu yg lalu, semasa lepak di taman hospital...bercerita dgn suami yg saya terdengar seorang ibu memarahi anaknya yang berumur 2 tahun dgn suara yg tinggi dan ugutan. Sayu...kerana boleh merasakan reaksi anak kecil itu. Yang pastinya, tindakan anak itu hanya utk menarik perhatian ibunya. Tidak salah jika menasihati anak dgn baik dan lembut.
 
Sambil bercerita, suara mula serak basah...petanda air mata boleh mengalir bila2 masa. "Tak tahulah mengapa sensitif sangat ni...kalau masa tak pregnant dulu, tak nangis pun. Anak kita nanti, taknaklah buat macam tu" sambil mengesat air mata agar tidak gugur (malulah di tengah2 org ramai). Suami membalas, "jangan kata gitu...patutnya kata 'nauzubillah'. Kita tak tahu nanti mcm mana keadaan kita. Takut Allah uji".
 
Memang benar, ini semua adalah ujian dari Allah.
Apabila lupa, perlu ingat bahawa semua yg dilakukan hanya demi keredhaan Allah.
Sabar...
Sentiasa mohon petunjuk dari-Nya..
Berdoa dan bertawakal..
 
InsyaAllah...Allah memberi kebaikan berlipat ganda bagi hambaNya yang bersabar dan beriman
 
Wallahua'alam
 
 

No comments:

Post a Comment