Pernah dengar gulai ikan yu?
Kat Perak...lauk ni tak glamer. Tapi di Terengganu terutamanya di kampung mak mertua...uisshh...kalau dapat ikan yu...dibuat gulai...meleleh air liur masing2 (kecuali saya).
Saya tak pernah dengar ada org melayu makan ikan yu sebelum ni. Bukan ikan yu ni golongan haiwan yang pupus ke? Tak tahulah...nak bantah banyak2 kang...sbb mek mertua kan. Orang Terengganu ni bukan makan ikan yu je...telur penyu pun sama.
Bila saya tgk keluarga suami semua makan dgn lahapnya gulai ni...saya akan menengok je la.
Takde rupa ikan yu pun sbb dah kene kerat2 kecik sbb susah nak dapat dan ikannya agak besar...so bila masak jadi ketul2 dah (bukan tak tolong masak - gulai ikan yu ni sesetengah org je pandai masak, kalau tak kene gaya akan ada berbau).
Lepas tu diorang tanya, "Mar tak makan ke? Yelah...orang luar memang tak makan."
Saya memang pantang jika orang panggil saya 'orang luar' - saya tinggal di pantai timur sejak tahun 2000 lagi tau (USM Kubang Kerian kan kat Kelantan), lepas tu kawin lak orang Terengganu - maknanya saya ni bukan kategori 'orang luar' dah ni. Sampaikan tempoyak dan belacan pun lama dah tak makan, asyik makan budu hari2 (tempoyak bukan kesukaan keluarga suami dan belacan semua orang alergik! Sian kan kat saya...)
Bila orang kata saya 'orang luar' apalagi, kene la try rasa kan.
Makan la sikit gulai ikan yu tu.
Rasanya....sama macam gulai ikan biasa....tak tahulah kat mana sedapnya.
"Eh, sikit je makan?"
"Takpelah...makanlah, lauk ni bukan makanan lidah saya," macam tu lah selalunya jawapan saya. "Kalau masak tempoyak ke, taucu ke, karipap ke....memang ler."
Memang lah kan...
Sebab kita ni dari lahir mak kita masak bende lain...pastu mana leh ubah terus selera ke makanan lain.
Macam nasi dagang ke...laksa kuah masak ke...ketupat palas ke... Kalau tak makan pun takpe..tak memberi kesan kepada jiwa dan batin saya sbb ia bukan makanan ruji saya. Tapi, kalau ada orang habiskan karipap atau samosa kentang...mahu meleleh air liur lepas tu.
Tapi, nasib baiklah gulai ikan yu ni bukan favourite saya.
Baru terbaca dlm laman web babycenter.com tentang senarai ikan2 yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi (disahkan oleh Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) di Amerika).
Mungkin orang lain semua dah tahu...yelah..saya kan mcm katak bawah tempurung kat sini.
Takpelah..nak kabo jugaklah..
Senarai ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi:
SANGAT TINGGI (0,5 ppm) - ELAK MAKAN
Shark
(ikan jerung, ikan yu, ikan 'jaws')
Versi ikan yu di Malaysia - sebelum dimasak jadi gulai (credit to: 22.com.my) |
King Mackerel
(setengah tmpt panggil 'Narrow-barred Spanish Mackerel', kalau kat Malaysia 'Ikan Tenggiri' - ada yg kata jenis ikan Tenggiri Papan, ada kata Tenggiri Batang)
Lakaran rupa ikan tenggiri papan |
Rupa paras ikan tenggiri batang |
Swordfish
(Ikan Todak - glamer sbb pernah serang singapura)
Monumen ikan todak di Singapura (Credit to: gadisku27.wordpress.com) |
Tilefish
(takde kat Malaysia rasanya...ada yg panggil 'Golden Bass' atau 'Golden Snapper')
Credit to: www.fooduniversity.com |
TINGGI (0,3 - 0,49 ppm) - MAKSIMUM 3 KALI SEBULAN
Ikan kerapu
Sodap ni masak 3 rasa (Credit to: anugrahsamudrabiru.com) |
Ikan Tuna Kuning
('Yellowfin Tuna' - sejenis ikan tuna yg besar)
Takde kat Malaysia, tapi berhati2 masa memilih tuna dlm tin (kadang2 tidak dilabel tuna jenis apa)
Sekali tengok macam rupa ikan kayu/tonggol kan? Credit to: www.kauaiinfosource.com |
Ikan Sea Bass
(ada yang kata Ikan Siakap, ada yang kata Ikan Kakap)
Credit to: www.mediahex.com |
Bluefish
(ada yang kata Ikan Kembung - tapi setahu saya, ikan kembung ni omputih panggil Indian Mackerel)
Takde rupa ikan kembung pun..kan? (Credit to: bluefish.usegrid.net) |
SEDERHANA (0,09 - 0,29 ppm) - MAKSIMUM 6 KALI SEBULAN
Ikan Cod
(ada kat Alaska jek)
Credit to: www.gofishing.co.uk |
Ikan Halibut
(dari atlantik dan pasifik)
Orang Melayu panggil 'Ikan Sebelah' atau 'Sisa Nabi'
Credit to: seacreatures.net76.net |
Lobster
Credit to: www.bbc.co.uk |
Ikan cakalang
Rupa macam ikan kayu/tongkol kan? (Credit to: dgukenvis.nic.in) |
Ikan Trout Laut (weakfish)
(Macam takde kat Malaysia je)
Credit to: fineartamerica.com |
PALING RENDAH (kurang 0,09 ppm) - MAKAN BILA-BILA MASA
Ikan Bilis
Credit to: hanieliza.blogspot.com |
Ikan Keli
Credit to: manlaksam.blogspot.com |
Udang
Credit to: kisahhusna.blogspot.com |
Ikan Salmon
Credit to: sayang-syariza09.blogspot.com |
Ikan Tilapia
Credit to: ikan-fishblog.blogspot.com |
Ikan Putih/Tebal Sisek
Credit to: portal.ppj.gov.my |
Ikan
Trout
Credit to: www.pakistanfishing.com |
Ikan Whiting (mcm ikan bilis tapi besar)
Credit to: commons.wikimedia.org |
Kenapa merkuri ni bahaya?
Sebab, merkuri boleh menyebabkan gangguan perkembangan saraf pada janin, bayi dan kanak2.
Maknanya, bahaya utk wanita yg nak mengandung/boleh mengandung (umur reproduktif), bayi dan kanak2.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan gangguan pada:
Fungsi kognitif
Memori
Perhatian (concentration)
Bahasa
Motor halus (fine motor)
Fungsi visual spasial
Deria rasa (tangan, kaki dan sekitar mulut)
Koordinasi gerakan
Kemampuan untuk bertutur
Mendengar
Berjalan
Kesan2 diatas akan lebih jelas pada kanak2, berbanding orang dewasa.
Jika di Jepun, penyakit keracunan merkuri ini dikenali sebagai Penyakit Minamata.
Berikut adalah antara gejala tanda penyakit Minamata:
Credit to: http://en.wikipedia.org |
Credit to: www.tumblr.com |
Credit to: www.soshisha.org |
Kesimpulannya, nak makan tak?
Eh..eh... jangan tak makan ikan lak..
Ikan penting sebagai sumber Omega 3 dan 6 yang baik utk anak. Tapi, Omega tu boleh didapati dalam sumber yang lain spt susu, mentega, dsb.
Tapi, bila nak makan ikan...kene lah pandai memilih. Jika tidak mendatangkan mudarat pada anak dlm kandungan dan juga anak kita yg sedang membesar.
Ikan yang eksotik mcm ikan yu tu..elakkan ajelah... Ikan bawal pun sedap apa buat gulai..
Ikan yang mahal2 dan besar2 mcm ikan siakap, kerapu, tenggiri, lobster..makan jarang2..
Ikan dlm tin pun kene tengok juger - mcm tuna jenis yellowfin tinggi kandungan merkuri - lagipun makanan dlm tin tak bagus..senang dpt kanser.
Senangnya, makanlah ikan yang senang dan mudah mcm kembung, selayang, selar...
Ataupun ikan bilis...kering ada..yg basah pun ada (buat celup tepung)
Ikan air tawar pun bagus juga.. Tapi, yelah..bukan sume orang leh makan ikan air tawar ni...
Kalau makan udang banyak2 kang...takut kolesterol naik dan jadi gout pulak.
Kalau tengok senarai atas tu takde pun ikan yang biasa2 kan?
Yelah..sbb kat Amerika takde kot ikan cencaru, ikan selar, dsb mcm ikan Malaysia.
Wallahua'lam
Rujukan:
No comments:
Post a Comment