13 June 2013

Saya Mudah Cemas....Suami Optimis

 
Saya mudah cemas dan suami saya optimis.
Itulah perbezaan yang paling ketara antara kami berdua. Sukar...tapi dengan perbezaan ini, kami saling melengkapi.
 
 
Semuanya berbeza antara kami...dari fizikal hinggalah..
jenis darah..saya O dan suami AB
bulan kelahiran...saya Ogos dan suami April
termasuklah jenis personaliti - saya lebih menjurus kpd jenis A, manakala suami pula lebih menjurus kpd jenis B
 
 
Bila di Psikiatri...barulah saya tahu mengenai personaliti jenis A dan B ini.
Bila dah tahu, lebih mudah untuk memahami..
 
Jenis personaliti A dan B ini diceritakan oleh Pakar Jantung di Amerika; Meyer Friedman dan Ray Rosenman dalam tahun 1950-an. Melalui permerhatian mereka, kumpulan yg mudah diserang penyakit jantung mempunyai karakter yang sama yang mereka golongkan dalam personaliti jenis A. Melalui kajian yg dijalankan, orang yang mempunyai personaliti jenis A dua kali ganda lebih (70%)  mudah diserang penyakit jantung berbanding jenis B.
 
Kenapa ya...?
 
Jum...lihat ciri2 karakter setiap jenis personaliti.
 


 
Personaliti Jenis A
 
Bercita-cita tinggi (ambitious)
Sangat tersusun (rigidly organized)
Suka status yang tinggi (highly status conscious)
Boleh jadi sensitif (can be sensitive)
Cakna dgn orang lain (care for other people)
Selalu cuba untuk membantu orang lain (always try to help others)
Pentingkan kebenaran (truthful)
Kurang penyabar (impatient)
Melakukan sesuatu yg melebihi keupayaan sendiri (take on more than they can handle)
Lebih suka jika berterus-terang (want other people to get to the point)
Bersikap suka merangka dan melakukan sesuatu tindakan (proactive)
Pentingkan pengurusan masa yang baik (obsessed with time management)
Bercakap dgn cepat
Selalu dlm keadaa tergesa2 dan stress
 
 
Dikatakan orang yang mempunyai personaliti jenis A adalah seorang yg:
Gilakan kerja dan pencapaian yang tinggi (high-achieving workholic)
Mampu melakukan pelbagai tugasan pd satu masa (who multi-task)
Memaksa diri utk mengikut tarikh tamat (push themselves with deadlines)
Bencikan kelewatan dan pertentangan (hate both delays and ambivalence)


Individu yang mempunyai personaliti jenis A adlh seorang tidak suka membazir masa, kurang sabar jika masa dihabiskan begitu sahaja, melakukan dua-tiga kerja satu masa (membaca sambil menonton tv) dan akan merancang aktiviti/tugasan dgn ketat.

 
 
 
 
Personaliti Jenis B
 
Individu yang mempunyai personaliti jenis B pula adalah bertentangan dgn jenis A.
Mereka dikatakan seorang yang:
 
 Hidup dlm keadaan tiada tekanan (tenang dan rileks)
Biasanya, mampu bekerja pd tahap yg sama
Sukakan pencapaian tetapi tidak tertekan jika tidak berjaya  
Apabila menghadapi suatu pertandingan, tidak kisah untuk kalah
Seorang yg kreatif
 Suka meneroka setiap idea dan konsep
Seorang yg reflektif, memikirkan tentang dunia ini; dalam dan luar
Penyabar
Tidak suka terburu-buru
Suka tersenyum
Jarang komplen/kutuk
Pendengar yg baik


Seorang yg mempunyai personaliti jenis B adlh seorang yg tenang dan suka melakukan satu tugasan pada satu masa. Mereka juga dikatakan sebagai 'natural sedative' yang mana orang lain merasa tenang apabila pergi kepadanya dan selalunya menjadi tempat rujukan jika mempunyai masalah.





Secara umunya, lebih kurang beginilah bezanya personaliti jenis A dan B
Credit to: www.buzzle.com 
Credit to:authorjenniferchase.com 
 
 
 
 
Pada sesiapa yang ingin mengetahui jenis personaliti masing2, boleh dapatkan Soal Selidik Jenis Personaliti di Klinik Kesihatan atau Jabatan Psikitiari yg terdekat. Borang nya macam di bawah ni...
Kalau sesape nak tahu mcm mana nak interpret ujian ni, sila maklumkan ek...
 
Ia sebenarnya adalah pakej Saringan Minda Sihat yang mana soal selidik pertama yang perlu dijawab adalah Ujian DASS, iaitu satu ujian untuk menguji samada anda  stress, anxieti (mudah cemas) atau murung (depression). Jika normal, takpelah... Tetapi jika anda ada ciri2 spt diatas, anda perlu jawab Soal Selidik Jenis Personaliti pula dan seterusnya Soal Selidik Gaya Tindak.
 
Modul untuk ketiga2 ujian tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dalam integrasi Kempen Cara Hidup Sihat (KCHS) tahun 2000 yang bertemakan 'Promosi Kesihatan Mental; Amalkan Kesihatan Mental Yang Baik' (lain tahun lain temanya - cthnya tahun 1992 'Makanan Bersih Keluarga Sihat' (alah yang gambo keluarga tudung saji tu - byk poster ditampal di kantin sekolah...ingat tak?)
Logo KCHS tahun 2000
 
Di bawah ni adalah modul utk ketiga-tiga ujian/soal selidik.



 
 

Okey...kalau rasa susah nak cari modul dan borang soal-selidik ni, boleh buka laman web di bawah. Ia menyediakan soalan mudah utk menentukan samada kita menjurus kpd personaliti jenis A atau B.
Rujukan:

No comments:

Post a Comment