10 June 2013

Alhamdulillah...Khatam Sudah

 
Assalamualaikum...
Alamak...lamanya tidak mengupdate blog. Sebelum ni setiap hari pasti ada artikel yg ditulis...tapi sejak memasuki bulan Jun ni, selagi projek saya yg satu ini tidak siap selagi itulah rasa susah mahu membuka blog.
 
Projek yg saya maksudkan adalah projek 'Nak Masak Apa',
Saya suka memasak...tapi krn kekangan masa dgn kerja, oncal dan aktiviti di hujung minggu....
apa yg dirancang mmg tak jadi. Kalau nak buat juga, terpaksalah berkejaran atau tidur lewat malam.

Sebelum memasak (terutamanya masakan yg jarang sekali dimasak),
pastilah perlu study resepi dulu - yang biasanya mmg tak sempat...
bahan2 memasak pun kadang2 tiada...
Bila tiba masa free pula, rasa takde mood & rasa perlu rehat serehat2nya..
Banyak betul alasan kan..
 
Oleh kerana, ketika ini saya lapang-selapangnya (campur kebosanan tahap melampau),
saya belek resepi2 yg ada di dalam internet
(jika nak membelek buku resepi yg ada di rumah, jenuh la suami nak bawa semua buku ke wad ni).
Banyak blog masakan/resepi di luar sana yg menulis atas pengalaman & tips2..semuanya saya catatkan. Saya compile semuanya dan susun mengikut jenis masakan. Saya taip melalui Microsoft word, landscape view dgn 2 column (sbb nak jimat ruang) - sehingga skrg dah hampir 100 muka surat. Semua resepi yg saya catat adlh masakan yg saya dan suami suka.
 
Saya tunjukkan pada suami dan beritahu padanya yg saya berazam utk menghabiskan semua resepi ini dlm tempoh setahun. Jawapan suami, "yelah tu.." Sedih le juga sebab suami tak percaya...tapi sebenarnya saya juga tidak percaya pada diri sendiri.
 Selepas bekerja semula, nak masak lauk harian pun selalunya kelam-kabut, ini nak buat dessert, kek atau biskut... tak tahulah.. Yang penting, cita2 biar tinggi di langit, jika jatuh pun, atas bulan je..so, harap2 at least 50% drp resepi yg saya kumpul ini akan terlaksana.
 
Masa ni mulalah terfikir, bestnye jadi cikgu...cuti banyak...setiap 3 bulan ada cuti seminggu, pertengahan tahun ada cuti 2 minggu dan di penghujung tahun ada cuti 2 bulan!
  Ataupun orang yg kerja di pejabat...masa tetap dah 8-5.
Slps tiba di rumah, tidak perlu pikir orang lain call utk dtg semula ke hospital.
Ketika inilah, rasa seronok betul menjadi surirumah tangga....
Walau apapun
Syukur... Sentiasa bersyukur dgn apa yg berlaku pd kita...segalanya ada hikmahnya..

Lagi hebat bukan...dgn kerjaya...kekangan masa..masih dapat menyediakan makanan yg lazat2 utk suami dan anak2..
 


 
Hari ini genap 120 hari atau 4 bulan saya berada di dalam wad (artikel ini ditulis pada 9 Jun 2013). Dan semalam, Alhamdulillah, saya berjaya khatam Quran utk kali ke-2.

Saya pernah terbaca sebelum ini, petua nak peroleh anak pintar, baca satu juzuk Quran setiap hari (maknanya sebulan sekali khatam)....
tetapi krn kelemahan diri, saya hanya mampu khatam 2 bulan sekali sahaja.
Yelah...dlm satu hari, saya pastikan diri saya utk baca 4 surah penting bagi wanita hamil;
Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Yasin dan Surah Luqman
(sebagai tambahan bacaan Quran juzuk setiap juzuk),
dan setiap Jumaat saya akan cuba baca Surah al-kahfi.

Gembira krn setakat ni mencapai target.
Sasaran saya adalah 3 kali khatam sepanjang mengandung ni.
InsyaAllah...harap Allah terus bagi kekuatan.

Masa ni nak kumpul saham akhirat sebanyak2nya.
Jika mula bekerja nanti, nak khatam setahun sekali pun...jenuh..
Tapi itu semua alasan, bukan...
Tekad saya selepas ni, mahu menjadi mentor yg baik utk anak saya nanti, InsyaAllah...

Lagipun, jabatan saya kini sudah mempunyai 3 orang peg. perubatan (termasuk saya)...
tidak spt sebelum ini, saya seorang sahaja...
bertungkus-lumus...oncall setiap hari..
hendak keluar shopping pun terpaksa inform semua orang di hospital agar inform any case dgn lebih segera agar sempat utk saya pulang dan ke hospital.

InsyaAllah...dimasa akan datang, mungkin keadaan jadi lebih baik.
Ada masa bersama keluarga...akhirat...dan kerja.
 
 
 
 
 
Sehari dua ni saya sedikit 'blues'...mengenangkan kata2 seorang sister yg mencadangkan saya tinggal di wad hingga bersalin. Penantian lagi 2 bulan utk pulang ke rumah, menjadi 3 bulan...oh tidak!
Bukannya mereka tidak tahu yang saya sudah terkurung disini 4 bulan..

Ya..memang benar...keinginan menimang cahayamata itu memang kuat.
Tetapi, jika dibolehkan..apa salahnya saya pulang..
Jika tidak, sudah lama saya absconded & lari pulang ke rumah...
Berpeluang utk berbual dgn suami sepanjang hari, solat berimamkan suami, menonton tv bersama suami, makan di rumah...walau sehari, rasanya sudah mencukupi...
Tapi...kerana keinginan itulah, saya sabarkan hati..
Risau jika ada perkara buruk berlaku..masa itu pasti menyesal tak sudah
(juga tidak sanggup mendengar org berkata 'itulah..kan dah kata...)
 
Setiap hari saya berdoa agar Allah memberi kekuatan pd saya dan suami.
Agar kami terus bersabar...masih boleh tersenyum...mengharap...
 
Walau apapun....
Saya sentiasa bersyukur krn kehamilan ini dpt bertahan sehingga 26 minggu.
Diberi peluang oleh Allah utk hamil sekali lagi.
Dan dikurniakan oleh Allah, suami yg cukup memahami.
 
Sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memberi kekuatan..terus bertahan..terus positif & optimistic..
Sentiasa kuat utk berdoa...mengaji..berpuasa..solat..
Ya Allah...

Wallahua'lam



 

No comments:

Post a Comment