12 June 2013

Countdown...54 Hari Lagi..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t.
 
Syukur...kerana, hari ini kita masih lagi Islam & beriman kpdNya
Syukur...kerana kita masih lagi boleh bernafas untuk hari ini
Syukur..kerana Allah masih izinkan anak kecil di dalam perut ini menendang2..
Syukur... Syukur... Syukur...
 
 
Bermula dari hari ini...
 
54 hari lagi nak balik
68 hari lagi nak smpai 36 minggu.
82 hari lagi nak bersalin

yuu huu....
Alhamdulillah...
 
Semalam, semasa menelefon Kak Maziah..katanya, "lambat lagi tu".
Bagi saya tak lama dah. Bagi saya yang sudah tinggal disini selama 124 hari...54 hari lagi itu adalah sekejap sahaja. Jika student yg nak hadapi SPM, 54 hari itu sudah sangat dekat & sudah pasti berpeluh2 tak pasti buku mana yang hendak diulangkaji dahulu..
 
Tak sabar utk bersalin dan melihat 'hasil gabungan' antara saya dan suami...
Tak sabar utk merasa 'ringan semula'..
Tak sabar utk tidak perlu risau sepanjang masa..
Tak sabar utk melakukan apa sahaja....
Tak sabar utk bercuti, bershoping, meloncat, berguling...
 
 
Perancangan selepas ini?
Nak hamil semula ke? (Sudah tentu selepas 2 tahun)
Nak ambil master? (Tidak terlalu tua ke saya ni)
Nak buat rumah? (Tak sabarnya..)
Biarlah masa menentukan...
Yang penting, biar semuanya selamat dulu..anak pun sihat & membesar dgn baik.
 
 
Yang penting...sudah sahaja bersalin..saya mahu buat cermin mata baru!
Tengok ler mcm mana rupa paras cermin mata saya ketika ini..
 

 
Nampak tak dah serpih tepi tu...
Huduhnya..
Tak masuk lagi kulat2 di tepi bingkai..(malu nak tunjuk)...

 
Yang ni mungkin kurang jelas...nak tunjuk tahap 'kecalaran' pada cermin..Teruk sgt dah.. Berapa kali jatuh masa dalam wad ni (termasuk ler handphone kesayangan saya). Yelah..kat rumah ada karpet, bila jatuh daya momentum tak kuat mana..
 
 
Aaalllaaaah..cermin mata pun nak tunjuk..
 
Bukan apa..mata saya sekarang ni makin teruk rabunnya.. Cermin mata pula dah 2 tahun lebih tak bertukar. Sakit mata rasa... Bila sakit mata, jadi sakit kepala.. Bila sakit kepala, satu kerja pun tak jadi..rasa nak tidur aje.
 
Dalam minda saya sekarang ni, jika saya di luar...sudah lama saya ke kedai mata utk dapatkan cermin mata baru. Kalau boleh beli online...sudah lama saya beli secara online., tapi tu lah...power spec kene tahu dulu.
 
Bila mata semakin rabun....
 
Mula lah rasa mahu operate je mata...sbb saya ada 'Entropion'...bulu mata bahagian bawah mata belah kiri melentik ke dalam mata. Pernah dah sekali sampai tercalar kornea. Susah jadi...jenuh mencabut bulu mata yang menusuk kornea...tapi lambat jugalah pulihnya.
 
Credit to: pugetsoundeyecare.com 
Bila kornea tercalar, ibarat melihat ke luar melalui tingkap yang kotor/calar...dekat pun tak nampak...jauh pun tak nampak..
 
 
Kadang2, risau pula sbb salah satu tanda2 Pre-Eclampsia (PE) adalah mata kabur. PE ni adalah salah satu komplikasi kehamilan, apabila sudah hampir ke trimester ke-3. Berpunca drp tekanan darah yg tinggi dan memberi kesan kepada organ dalaman yg lain. Semasa hamil, jantung seorang ibu bekerja lebih kuat daripada orang biasa....maknanya, sesiapa yg tiada darah tinggi, masih boleh menghidap darah tinggi semasa kehamilan.
 
Tanda2 PE adalah;
Pedih hulu hati
Kabur mata
Sakit kepala
Mual/muntah
Kurang kencing
2 daripada tanda2 awal PE di atas memang saya alami ketika ini...tetapi, Alhamdulillah...tekanan darah masih normal (bakpelah jadi hypochondriac gini...)
 
 Nak buat macam mana. Saya tergolong dlm kumpulan yang berisiko.
Risiko PE adalah:
Pertama kali hamil
Sejarah keluarga PE
Kehamilan kembar
Terlalu muda (hamil ketika masih remaja) atau terlalu tua (hamil pd umur 40thn keatas)
Sejarah penyakit darah tinggi atau buah pinggang

Yang penting skrg ni, perlu minum air banyak2 dan kurangkan kicap (oh..tidak! adalah saya mampu memberhentikan kicap?!)

Bukannya apa, PE ni tanpa rawatan dan pencegahan boleh memberi kesan kepada kandungan. Uri/placenta akan kurang mendapat aliran darah....jadinya bayi akan kurang mendapat nutrisi (jadi kecik & tidak berkembang dgn baik) dan juga kurang oksigen (boleh meninggal di dalam kandungan). Nauzubillah minzalik..
 

Yang penting..jaga kesihatan baik2..
Teruskan berdoa..
Tawakal kepada Allah..
Sentiasa berfikiran positif.

Bak kata suami saya, "hari ni dah hari khamis, kejap jek....tak lama nanti jumpa khamis satu lagi"
Ya..tak lama dah..
Sabo...dan terus bersabo..

Wallahua'lam

 

No comments:

Post a Comment