29 June 2013

Dari Hanya Seekor Sperma


 
Hari ini, pegawai perubatan yang datang melawat bertanyakan tentang ubat injection Proluton.
Lalu saya keluarkan dari laci dan tunjukkan kepadanya..
"Hmmm...oil-based. Mesti sakit kan... Ngerinya rasa, " Dr. Munirah berkata sambil membelek ubat Proluton. "Biasa dah...sampai Dexa yg orang kata sakit saya rasa biasa jek," saya menjawab, bukan berlagak..hanya memberitahu fakta sebenar.
 
Dari kisah Proluton....tak tahu bagaimana perbualan kami bertukar ke prosedur IUI dan IVF.
Banyak2 pengalaman saya sebelum ni, saya suka menceritakan kisah sepasang suami isteri yang menjalani prosedur IVF di Unit Perubatan Reproduktif di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
 
Kisah ini diceritakan oleh staf disana...Kak Maznah, Kak K, Kak Z dan Kak Lini.
Kebetulan saya menjalani Latihan Siswazah disana, maka mmg kebanyakan staf saya kenal dan cukup rapat. Tambahan pula, saya merupakan pesakit di situ semenjak tahun 2008 dan melalui pelbagai prosedur sejak itu disana.
 
Nak cerita sbb....kisah ini menyebabkan kita fahami bahawa rezeki anak ni adalah hanya dari Allah.
Bukan keje kita....okey..
 
Pada yang kata 'tak usaha ke'...'tak berubat cara kampung ke'...'apa doa2....usaha kene buat juga, tengok anak makcik tu dah masuk anak tiga dah' (kejadian yg tidak mungkin dpt saya lupakan...sakitnye hati)....Semuanya kene ingat...walau bagaimana hebat usaha kita..jika Allah kata belum lagi...belum lah lagi. Ada yang bertahun2 buat IUI da IVF...gagal..berenti dan lepas 5 tahun pregnant sendiri.
 
Semua ni hanyalah asbab sahaja....ingat tu...
 
 
Sebelum itu, sahabat semua kene faham ttg IVF.
Ada tiga proses utama semasa IVF iaitu:
(1) Proses penyedutan telur isteri yg dinamakan 'Oocyte Retrieval'
(2) Proses persenyawaan, yang ada 2 cara, iaitu:
 
Telur isteri dan sperma suami disatukan secara semulajadi (diletakkan kedua2nya didlm tabung uji dan dibiarkan persenyawaan berlaku) yg dinamakan 'In-Vitro Fertilization' (IVF)
atau
Sperma suami disuntik ke dalam telur isteri, seakan 'memaksa' persenyawaan berlaku, yg dinamakan 'Inracytoplasmic Sperma Injection' (ICSI)
 
*ICSI akan dilakukan sekiranya:
- Sperma sangat lemah & kurang motiliti (tak berenang mana)
- Telur isteri terlalu banyak
- Sperma sangat sedikit
 
(3) Proses memasukkan embrio (hasil persenyawaan) ke dalam rahim isteri, yg dinamakan 'Embryo Transfer'
 
Dan....semua orang kene ingat...
Peratusan kejayaan IVF hanyalah 30 - 40% sahaja (bukan 100%).
Sebab:
- Tak semestinya persenyawaan akan berlaku, walau sperma disuntik ke dalam telur isteri
- Jika persenyawaan terjadi, tak semestinya membesar menjadi embrio
(kdg2 ia tidak membesar dan pecah begitu sahaja)
- Bila berjaya menjadi embrio, tidak semestinya berlaku implantasi di dinding rahim
(kdg2 ia hanya luluh dan keluar begitu shj)
- Bila berjaya melekat di dinding rahim, tak semestinya ia akan membesar
(kdg2 ia akan gugur akibat faktor genetik)
 
Begitulah..suspen sebenarnya bila buat IVF ni.
Penuh pengharapan, lagi2 mendengar mereka yg berjaya....lagi2 yg berjaya pregnant twin.
Tapi...bila fail...Allah sahaja yang tahu betapa kecewanya ketika itu..
 
 
Bagi kes pasangan yang saya mahu ceritakan ini....masalah infertiliti adalah berpunca dari suami. Isterinya normal...tetapi suami mempunyai masalah azoospermia (jumlah sperma sangat sedikit).
Maka IVF terus dicadangkan, setelah pelbagai rawatan ubatan diberi kepada suami yang tidak menunjukkan tanda kejayaan.
 
Maka....slps prosedur penyedutan telur...dalam 8 biji telur diperolehi. Banyaklah juga kan..
Utk suami...perlu menjalani prosedur penyedutan sperma yang dinamakan 'Percutaneous Epipidymal Sperm Aspiration' (PESA). Bukannya suami takleh nak produce air mani....cuma nak pastikan dpt juga sperma sbb suami ada masalah kurang jumlah sperma kan...
 
Nak tahu....
Setelah pelbagai cara dan kaedah....doktor pakar yg melakukan prosedur tak dapat jugak sperma..
Setelah berhempas-pulas, akhirnya...!
Dapat lah seekor sperma...
Diulang sekali lagi...
HANYA SEEKOR SPERMA..
 
Normalnya....sperma akan ada berjuta2 ekor. Orang normal ada at least 20 juta.
Jika sperma yg ini tak larat nak tembusi telur isteri...ada sperma yg lain boleh tembus...
Jika sperma yg ini slow dan lemah jek...ada sperma yg lain yg laju dan kuat..
Jika sperma yg ini ada dua kepala (bentuk tak normal)...ada sperma lain yang normal.
So, bayangkanlah...utk pasangan ni hanya ada SEEKOR SPERMA!
 
Sayanglah jugak kan....sbb telur isteri ada 8 biji...
Maka, lagi 7 tu buang ajelah...
 
Sebab ada seekor je sperma...terpaksalah disuntik sperma yg seekor itu dlm salah satu telur isteri.
Mesti embryologist yg buat ni berdebor giler kan...
Suami dan isteri dah bayar hampir RM5000...
Tak masuk lagi pengharapan (walaupun ketika itu dgn seekor sperma, semua org tidak menaruh harapan terlalu tinggi).
 
Tapi, makmal di HSNZ tenang jek tau....sbb embryologist dia pasang ayat Quran..
Rasa best jek...
Rasa mcm anak yg terhasil...akan jadi hafiz sbb dari peringkat telur sudah mendengar ayat Quran secara berterusan, siang dan malam.
 
Lepas 3 hari...dengan berdebornya..tabung uji dibuka..


...


....


....


 
Alhamdulillah...
SPERMA YG SEEKOR ITU BERJAYA MEMPERSENYAWAKAN TELUR ISTERI...!!!!
 
Dengan berdebornya (saya assume lah)..
Embrio yg terhasil dimasukkan ke dalam rahim isteri...dgn lafaz Bismillah
 
Selepas 2 minggu...semasa follow-up...buat ujian kehamilan..


...


...


...


 
Alhamdulillah...
ISTERI POSITIF MENGANDUNG..

 
Amazing kan?
Ni semua kerja Allah...
Hanya dgn seekor sperma..
Bila org dengar cite ni...sume akan menggelengkan kepala..tanda kagum..
Itulah kekuasaan Allah..
Hanya dgn 'kun fa ya kun'...
 
Tapi...
Jika Allah tak izinkan (lagi)...
Belum lagi..
Kene sabo...
Kene terus berdoa...berusaha...bertawakal...

Macam saya dulu...dapat 16 biji telur
8 buat IVF (senyawa semulajadi)
8 buat ICSI (sperma disuntik direct dlm telur)
Hanya dapat 6 embrio.. (yang lain tak menjadi..tidak bersenyawa atau membesar)
2 kali transfer embrio (maksimum 3 embrio akan dimasukkan sekaligus)
Pertama kali...UPT positif...tapi gugur 6 minggu
Kali kedua...fail...UPT negatif..

Tengoklah...susahnya..
Kebanyakan kes pun begini...sbb rate kejayaan paling tinggi pun 40%
Maknanya, jika  ada 10 pasangan....hanya 3 atau 4 pasangan yg berjaya..
Saya termasuk dlm golongan majoriti iaitu 60% yg tidak berjaya...
 
 
Sekarang ni...
Isteri yang saya ceritakan tadi sudah melahirkan...
Dan jika tidak silap saya....anaknya sudah hampir 2 tahun umurnya
 
So...
Jangan ingat...
"eh, dia buat IUI kat situ dpt twin...bayar RM1500...bestnya, nak buat kat situlah"..
atau..
"Bestnye dapat buat IVF bawah program Tengku Ampuan....tu yg jadi tu"
atau...
"Nak jumpa Doktor ni lah....orang kata mmg jadik"
 
Letakkan akidah anda..
Tetapkan iman anda...
Jika Allah kata jadi...buat dlm semak pun jadik jugak..
(mcm kebanyakan remaja yg dtg ke hospital tanpa suami)
 
Allah sedang menguji kita..
Semak balik mana salah silap....bertaubat bersungguh..
Jangan berhenti berdoa..
 
"Senanglah cakap...awak dah pregnant"
(saya tau ada yg cakap mcm tu pada saya)
Eh...saya ni dah melalui mcm2 tau...
IVF 2 kali
IUI 8 kali
Tak masuk lagi pelbagai operation
Dah berjaya lekat...gugur pulak masa hampir 5 bulan
Bukan sekali tau...
2 kali...
Amirul & Uwais..
Dan sekarang....saya stay dlm wad selama 6 bulan demi menjaga kandungan saya kali ini
Sekejap ke 6 bulan tu?
(really miss the outside world)
 
Saya sentiasa bersyukur..
Bersyukur sbb Allah bagi peluang utk saya 'menyimpan' dua org anak lelaki utk saya ketemu di akhirat nanti...
Bersyukur sbb dgn dugaan Allah ini...banyak menduga bahtera perkahwinan kami...dan kami semakin erat...semakin sayang dan memahami...
Bersyukur sbb semua yg berlaku adaah kafarah dosa2 kami yang telah lalu...
 
Pahit...
Tetapi kepahitan inilah membuahkan kemanisan..
 
Sekarang ni pun...saya sentiasa suspen..
Kadang2 berdebor bila pikir takut terberanakkan anak premature..
Risau bila dalam satu jam tak rasa anak menendang atau bergerak..
Takut..jika Allah uji lagi...tak tahu samada boleh hadapi lagi atau tidak..
 
Suspen dgn pengakhiran 'novel kehidupan' saya...
InsyaAllah...dgn doa kami...mak ayah...sahabat semua..
Harapnya, kami berjaya mendengar tangisan anak hasil dari kesabaran kami..
InsyaAllah...
 


6 comments:

  1. Nice sharing.. Terbaik! TQ Nur Qamar :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. terima kasih atas sharing yang diberikan. kalau nak tahu suami saya juga mempunyai masalah azoospermia. masalah ini sebenarnya adalah tiada sperma di dalam air mani mungkin akibat saluran tersumbat atau masalah genetik.

    ReplyDelete
  3. salam akak,, ya Allah.... mengalir air mata saya baca kisah akak ni... semoga Allah merahmati akak sekeluarga, amiinnn... you inspired me.. thank you...

    buat pengetahuan akak, saya pun sedang buat ivf, doakan saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan farah..
      Maaf nk tye
      ..buat ivf skrg bpe yer...
      If kakitngan awm pn still kn byr sm ke .

      Delete
  4. salam...alhamdulilah k sdg mgandung skrg.smoga sgalanya dpermudahkn & kedua2 nya selamat dln pjlnan kali ini.sy sdr sdg mngisi hati dgn cuba mmahami qada dan qadar yg Allah tentukan.baru shj mgalami plasenta abruption+IUD+Uterus rupture ktk kdgn 34w ..baby girl 2.31kg.ini adalah anak yg dtunggu2 & malangnya sy sdr BTL tanpa pstjuan sy...btapa trasa kerdilnya diri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr.bedah bpdpt sy sgt brisiko tggi skiranya mgandung lagi.skrg sy berangan nak buat ivf krn itu satu2nya cara slps BTL. Sy juga bdoa dan brserah kpdNya.smoga Tuhan mgizinkan dan mredai usaha ini.saya berusaha ttp sy msih pcaya Tuhanlah yg pling bkuasa mnentukan segalanya.

      Delete