20 June 2013

Berpantang dimana?

 
 Di dalam entry sebelum ini...saya ada menceritakan tentang sibuk dgn 'projek'.
Kali ini saya nak kongsikan salah satu projek yg saya telah jalankan dan siapkan, InsyaAllah.
 
Sebelum ini, saya sudah berpengalaman berpantang 2 kali..iaitu selepas kelahiran Amirul dan Uwais.
Walaupun dlm kesedihan..perlu juga melalui proses berpantang.
Bak kata suami, "lepas ni nak 'pakai' lagi" (nak pregnant semula).
 
Masa tu memang 'zero knowledge'. Jadinya, duk sibuk call mak di Perak..tanyakan bermacam2 perkara. Taknak ikut mak balik sbb ketika itu rasa perlukan suami (dan mungkin suami juga perlukan saya) - sbb kami melalui perkara yg sama. Lagipun, rasanya macam jadi lebih stress sbb sama2 berpantang dgn adik yang melahirkan anak sulungnya (kami deliver pd malam yg sama - jadinya, jika Amirul selamat dilahirkan...mak dan ayah di Perak akan menimang sorang cucu perepuan dan sorang cucu lelaki dlm tahun 2010). Mestilah sayu kan...bila lihat adik dodoikan anaknya dan kita tercongok sorang. Masa tu, susu pun kene perah dgn breastpump..banyak keluar...so, memang sedih la.
 
Tapi, taknak dah sedih2...
Life goes on... Perkara lalu tu InsyaAllah menjadikan kita lebih matang dan lebih kuat.
 
Sebelum ini, suamilah menjadi 'mak bidan'. Nak panggil mak bidan sebenar, saya taknak...taknak berjumpa dgn sesape pun. Takut menangis bila orang tanya. Nasib baiklah suami sudah biasa menungku. Jadi, dialah yang menungku saya setiap pagi dan petang...memakaikan bengkung...memasak.. Suami jugalah motivator dan penghibur saya ketika itu.
Alhamdulillah..kerana diketemukan dgnnya..sbb rasanya payah nak jumpa suami yg komited 100% dari pelbagai proses nak hamil tu hinggalah ketika berpantang.
Rasanya, jika lelaki lain (rasanya lah..) semuanya akan diserahkan bulat2 pada mak.
 
So, untuk kehamilan kali ini...walau apa pun yang terjadi..akhirnya kene berpantang juga kan.
Saya merancang utk berpantang di rumah bersama suami.
Ramai yg kata...boleh ke..anak pertama kan.
InsyaAllah...tentang diri saya rasanya tiada masalah sbb sblm sudah berpengalaman.
Urusan baby pula, suami cukup confident...siap yakin boleh memandikan baby nanti.
Tengoklah nanti macam mana.
 
InsyaAllah, mak saya akan datang Kemaman....bercuti sehari dua utk membantu.
Dan, saya mempunyai ramai rakan2 di sini. Lagipun hospital 2 minit je dari rumah saya.
 
 
Pilihan kedua...berpantang di Perak.
Ada la jugak terfikir...sebab dah dekat setahun rasanya tak balik Perak.
Masa tu bolehlah 'bermesra2' dgn family sendiri..bukannya senang nak balik Perak sblm2 ni.
Tapi, tu lah masalahnya...suami jauh sungguh.. Dah la semasa hamil duk jauh dgn suami...masa pantang pun takkan nak jauh dgn suami?
 
Berpantang di Kuala Terengganu?
Rasanya tidak kot. Mak mertua saya kurang sihat...lagipun tuk (yang dijaga oleh mak mertua) juga tidak sihat. Dah...mcm mana mak mertua saya nak jaga saya dan baby pula? Walaupun, seisi Kampung Maras tu saya kenali, tapi tidaklah serapat kawan2 di Kemaman.
 
 
Maka, utk persediaan berpantang...saya buat sikit2 'kertas kerja' (tak tahu nak namakan apa) bertajuk 'Berpantang Self Guide' - adalah dalam 50 muka surat. Complete dgn cara berpantang...pantang-larang...makanan/minuman yg boleh dan tidak...siap dgn contoh menu2 masakan (senang nanti suami nak masak apa - idak ler asyik2 ikan bako dgn sup sawi jek). Semuanya hasil kajian saya di internet - yelah nak cari buku macam mana...duk terperup disini.
 
Seminggu dua sebelum ni terfikir la pulak..jenuh ler nanti nak print. Dah la booklet 'Nak Masak Apa' hari tu dah hampir 100 muka surat. Dan sekarang saya sibuk siapkan booklet 'Newborn Checklist' yg hampir 25 muka surat. Maka, saya simplifiedkan 50 muka surat tu kpd 2 bahagian -'Amalan Berpantang' dan 'Berpantang dan Masakan'. Yang sekarang ni 'Amalan Berpantang' sudah dipendekkan kpd 13 muka surat. Bukan utk orang lain, utk diri sendiri juga (memang saya suka buat kertas kerja spt ini..tak tahulah kenapa..). Ada la juga terpikir nak jual...boleh laku ke tidak?
 
 
Kali ini, nak kongsikan sebahagian 13 muka surat 'Amalan Berpantang' yang saya 'kutip' hasil pengalaman saya dan org lain. Ingat ek...walaupun keguguran (hate this word - perasan tak jarang saya gunakan perkataan ini), perlu juga berpantang seperti org yg bersalin cukup bulan. Sebab, berpantang itu dapat mengembalikan kesegaran tubuh mental dan fizikal. InsyaAllah..
 
Saya siapkan dlm bentuk gambarajah.
Balik nanti, nak print dan tampal di dinding bagi suami baca...
Senang tuk bidan tu nak uruskan saya nanti...
 
Yang saya senaraikan tu mmg dan ikut step by step tu.. Kiranya apa yang perlu dibuat sejak bangun tidur lagi...dari hari pertama slps bersalin. Produk yang dinyatakan adalah mengikut pilihan masing2...yang saya senaraikan tu adalah mengikut pengalaman org lain. Jika saya dulu takde melulur, mandi herba, berparam/berpilis ni. Produk pun guna Set Bersalin HPA sahaja.
Tak complete...tu sbb kali ini saya nak berpantang betul2.



Amalan Berpantang

Faedah

Kaedah

Waktu

Produk/Bahan digunakan

Lulur
Buang daki & kulit kehitaman (perut & ketiak)  
Haluskan kulit
Lumur seluruh badan (spt guna scrub)
Setiap pagi sebelum mandi
Paste: Mustika Ratu, Sumber Ayu, Puteri Binari

Serbuk (perlu dibancuh hingga pekat): Bunga Tanjung, Yusmira

Sabun: Sari Ayu, Sendayu Tinggi

 

Mandian herba
Mengembalikan kecergasan/kesegaran
Buang angin
Hilang bau hanyir
Merawat urat
  Mandi spt biasa
  Setiap pagi, seeloknya bermula hari ke-3, selama 7 hari berturut2
Buatan sendiri: daun pandan & serai wangi (direbus)  

Produk: Nona Roguy Herbanika, gel mandian serai wangi Affiat
 

Tungku
Kecutkan rahim & urat
Keluarkan darah beku
Pecah lemak
 
Elak rahim jatuh atau prolapse uterus bila tua - dgn cara 'sengkak'
  Menuam bahagian tertentu menggunakan batu/besi (sekurang2nya 1 kg) yg dipanaskan
 
  Pagi (sblm terbit matahari) & petang (slps asar)
 
*Ingat tu, sblm terbit matahari..!!

Batu/besi tungku (1 kg) yg licin

Daun mengkudu

Dapur - panaskan batu/besi
 
*Saya dulu suami guna besi angkat berat 1kg - takde daun mengkudu - balut dgn kain terus

Berbengkung
Kempis perut dan pecah lemak & selulit
 
Lindungi organ dalaman
 
Cepat kecut rahim & urat
 
 Ketatkan perut & otot2 yg longgar  
 
Cegah makan berlebihan
  Lapik dgn kain lain supaya tidak kotor
Alaskan dgn:
- Daun pandan atau lengkuas, atau
- Sapu minyak dengan ramuan rempah dan herba (perut, pinggang dan pinggul), atau
- Ubat krim bengkung
 
Ikat dgn kemas, bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian bawah payudara) (jk tidak akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah)
 
Sepanjang masa (pastikan ketat & tak mudah terurai)
 
 
Jenis Bengkung:
- Bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak.
- Bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas.
- Bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan
 

Menjadi pilihan;
- HPA Barut Berherba (slps bersalin hingga luka sembuh)

- HPA Az-Zahraa Corset Bengkung 7 meter (sehingga 44 - 100 hari)
 
*Lemas rasa pakai bengkung ni.. Nak jalan jadi terkepit2

Param & pilis
  Haluskan kulit
Hindar angin
Elak pening & rabun
  Param = seluruh badan
Pilis = dahi sahaja (rasa berangin) 
  Sepanjang masa

Ready-made di kedai

Jamu
  Mengembalikan tenaga
Panaskan badan
 
Keluarkan toksin dan lemak
Lawaskan penghadaman
Buang angin
Kempis perut
Bantu kecut rahim
Lancar pengaliran darah
Ketat alat sulit
 
  Ramuan yg dibuat drp akar kayu & daun herba
 
Berhati2 jika breasfeeding - takut jaundice
  Setiap hari selama 44 hari
Set bersalin HPA:
- Minyak barut
- Teh herba
- Ubat periuk
- Kapsul wanita A
- Kapsul wanita B  
- Spirulina
- Ubat basuh

Berurut
  Hilang sengal badan
Lancar perjalanan darah
 
Keluarkan darah yg terperangkap
 
Naikkan Rahim
 
Betulkan urat tegang, terputus atau terkeluar dr tempatnya
 
Pecah lemak
Ketat & bentuk tubuh
 
Cepatkan proses pemulihan secara keseluruhhan  
 
Lancarkan susu (urutan di bahagian payudara)
 
  Urut bahagian perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala
  Bermula hari ke-3 slps bersalin

 
*Ada dah nombor contact, InsyaAllah settle

Bertangas
Buang angin meroyan
 
Kecut vagina
Sihatkan peranakan
 
Betulkan salur kedudukan peranakan
 
Kecutkan rahim
Hilangkan keputihan
Harumkan kewanitaan
  Ada pelbagai kaedah - kering dan basah
 
 
 
 
 
 
 
 
*Perancangan:
Sauna/mandi wap dan letakkan bahan tangas dlm periuk sauna
(mudah dan ringkas)
  Hari ke-30 hingga ke-37
Jenis tangas:

Bertangas Kering
- Selepas pantang, terbaik hari ke30 hingga hari ke3  
 - 25 hingga 40 thn (masih reproduktif); hari haid ke-6, 7 dan 8
- Sakit puan: Fibroid, cyst, endo,dan segala ketumbuhan di dalam rahim; setiap hari sehingga ketumbuhan hilang atau kecut

Bertangas Basah
- Wanita pra-menapous atau yang telah menopous
 

Peralatan perlu ada:
- Alat mandi wap/sauna
- Uncang Cuci Nona Roguy

 
 
InsyaAllah..jika berpeluang.. saya akan kongsikan sekali info tentang bertungku dan bertangas di entry seterusnya. Sebab memang panjang lagi ceritanya.
Bagaimana nak prepare batu/besi tungku - dari panaskan, lapis dan ikat.
Kawasan mana nak tungku dan berapa lama.
Macam mana nak sengkak rahim.
Bagaimana cara proper nak bertangas.
Apa yg dilakukan semasa bertangas.
Banyak... Semua ni kene tahu jika merancang utk berpantang sendiri macam saya.
 
Lagipun, saya rasa informasi spt ini jika tidak direkod..alamatnya generasi akan datang slps bersalin, terus pakai seluar jean dan berlari. Bila dah tua nanti, mulalah sakit2 badan..sakit sendi. Walaupun kurus, tapi mcm2 penyakit menyerang. Memang betul saya ni pengamal perubatan moden, tapi saya masih percaya pantang2 sebegini. Tak salah pun ikut...sebab tak menyalahi hukum agama pun. Lagipun, aim utama amalan berpantang sebegini adalah utk mengembalikan tubuh badan ke bentuk asal atau lebih kurus dan ramping (luar dan dalam).
InsyaAllah..
 
 
Dah...masa berpantang, apa lagi yang boleh dan tak boleh?
 
Jgn byk bergerak/berjalan, tp jgn baring shj (darah lambat keluar & boleh menyebabkan DVT)
Sentiasa rapatkan peha; jalan kepit, duduk bersimpuh - jaga luka jahitan
Lumur minyak panas pd kaki & pakai stoking - elak sejuk & masuk angin
Jgn angkat barang
Tak boleh keluar rumah
Tak boleh mandi air sejuk - takut kembang urat & masuk angin
Mandi pagi shj, mandi ptg tidak digalakkan
Elak mknn/minuman 'sejuk'
Elak mknn gatal
 
Banyak lagilah kot.. Nantilah, lepas ni tanya mak dan opah. Opah saya memang kene ikut semua bende ni. Macam saya kawin dulu, opah tak bagi keluar rumah sbb katanya takut hilang seri (alamatnya sebulan lebih tak keluar langsung - sedih la jugak....semua bende adik2 yg tolong belikan, sbb baju kawin, pelamin dan hantaran semua buat sendiri).
 
 
Oleh kerana saya dirancang utk bersalin melalui pembedahan...nanti di entry akan datang saya kongsikan maklumat berpantang cara org caesarean ni. Ada lain sikit, tapi keseluruhannya sama. Kutip pengalaman orang lain dan kumpulkan. Nanti senang...takdelah tercangak2 kan..
InsyaAllah.
 
Harap maklumat ini juga dapat membantu sahabat2 di luar sana.
 
Wallahua'alam


No comments:

Post a Comment