23 June 2013

Cucuk Dexa Tak Sakit Pun...Proluton Lagi Sakit

 
Hmm... Tajuk entry kali ni macam berlagak aje kan?
Bukan...
 
Saya nak ceritakan sedikit perihal Dexa ni.
Hari Sabtu baru ni (macam2 bende berlaku hari sabtu..nak buat mcm mana..) dalam jam 11.30pagi, masuklah seorang nurse, "nak cucuk Dexa ni...tadi Dr. Faridah singgah sekejap..dia suh bagi terus hari ni". Oleh kerana ubat Dexa tu dah siap syringe out, kene la teruskan ajekan.
 
Tak sempat le nak berdebar sbb tak tahu pun sblm tu nak kene cucuk Dexa. Dari pelbagai cerita yg saya dengar, cucuk Dexa ni sakit. Bila inject je...mesti terangkat punggung patient sbb menahan sakit. Sampai ada seorang Pegawai Farmasi ni bagitau.."saya tak pernah rasa injection sesakit Dexa". Ada juga cerita yg saya dgr, patient tak nak cucuk Dexa sbb sakit. Sehinggakan seorang lagi doctor pakar bagitau, "awak nak ke cucuk dexa..sakit tau Dexa ni".
 
Bila jarum masuk je ke dalam daging... "Kak Nazihah cucuk dah ke? Tak rasa apa2 pun".
"Jap doktor..tengah cucuk lagi ni". Memang lama sikit injection Dexa ni sbb sekali cucuk tu ada 3ml.
Tengah cucuk tu sya boleh cakap yang Dexa ni tak sakit langsung. Tak rasa pun. Ubat pun masuk smooth jek. Lepas tu takde bengkak ke..lebam ke.. Pelik la pulak saya, mcm mana org lain kata sakit.
 
11.30 mlm, suntikan Dexa diulang sekali lagi (kene bagi 2 separate doses 12 hours interval). Kali ini, kene bagi suntikan  Proluton sekali (alah...ubat injection yg saya cerita dlm entry sblm ni - utk kuatkan rahim dan elak contraction). Mula, nurse inject Dexa belah kiri... lepas tu Proluton pulak belah kanan.
 
Hasilnya..?
Saya tidur mengiring ke kiri sbb takleh nak sentuh tempat suntikan Proluton... Sakit woo... Rasa nak kuar air mata. Tempat cucuk dexa tu...tak sakit dan takde kesan. Tempat cucuk Proluton, hari ni (slps 2 hari)..masih lagi terasa sakit..bengkak dan Lebam.
Okay bayangkan....suntikan Proluton ni saya ambil 2 kali seminggu semenjak 4 minggu hamil!!!???
Dah ler mahal - kene beli sendiri - RM50 sebotol (seminggu RM100 - sebulan RM400 - up to now dah habis RM2500 dah..).
 
Bila cucuk...mashaAllah... Sakitnya..kadang2 takleh nak tidur malam. Kalau kat umah, masa suami inject..boleh ler manja2...minta tuam dgn ais batu dulu (kasi kebas) lepas tu masa inject..mmg tutup mulut dgn bantal sbb menjerit kesakitan.
 
Kalau kat wad..kene macho la kan.. So tahan ajelah.. Sambil cucuk tu, pegang perut....dlm hati terdetik, 'takpe baby..ibu buat semuanya utk baby..sakit sikit je ni', sambil tersenyum. Lepas je nurse keluar, gosok2 sikit..kalau sakit lagi...ambik air dan tuam sikit. Malam tu nak tidur mmg takleh tindih la..mmg sakit berhari2..
 
Tapi, Allah jadikan...setiap kali selepas suntik Proluton mmg sakit. Tapi, sebelum suntikan seterusnya, hilang rasa sakit tu. Alhamdulillah..
Suami saya cakap, "kalaulah sesape yg kata Dexa tu sakit 'giler', pastu kene inject Proluton pulak....tak tahulah mcm mana". "Lagipun, mungkin Mar dah biasa cucuk Proluton, jadi Dexa ni mcm 'hingusan' jek.."
 
Mungkin ada kebenarannya dari kata2 suami tu.
Ada sorang nurse ni kata..."daging doktor dah kebal dah".
Nak buat mcm mana...Alhamdulillah sahajalah..kerana Allah bagi kemudahan..pertolongan..
 
 
Apa bende suntikan Dexa ni?
 
Dexa atau nama penuh dia Dexamethasone ni adalah sejenis steroid yang diberi secara suntikan dgn dos yang tinggi utk mematangkan paru2 anak dalam kandungan.
 
Dexa ni tak bagi kat semua orang..
Cuma kepada yg berisiko utk beranak awal...mcm contraction masa 32 minggu ke..
Atau mcm kes saya yang selalu beranak awal ni mmg patut sangat diberi.
 
Dah kenapa tak bagi masa nak beranak tu je?
Sebab...Dexa ni hanya sampai kesan selepas 24 jam suntikan terakhir.
Macam saya...suntikan pertama jam 11.30pg...kedua 11.30mlm. Maknanya, 11.30mlm keesokan harinya barulah ada kesan kpd anak...maknanya dlm 36 jam barulah ada kesan.
Kalau orang datang nak beranak sangat2 dah..rasa2nya boleh tak tunggu 36 jam?
 
Lagi satu, Dexa ni efektif sehingga 7 hari selepas suntikan terakhir. Maknanya, kalau untuk saya...sehingga Sabtu depanlah..
 
Dah tu...kene suntik lagi lah?
Kalau setengah tempat memang dia akan inject setiap minggu sehinggalah sampai waktu beranak.
Tapi utk kes saya..suntikan Dexa ni akan diulang sekali lagi masa 32 - 34 minggu nanti atau apabila saya ada tanda2 hendak bersalin (contraction atau pecah air ketuban).
 
Kebaikan suntikan Dexa ni adalah...paru2 anak akan matang dgn cepat. InsyaAllah, bila lahir nanti, anak trsbt boleh bernafas sendiri tanpa bantuan ventilator. Baguslah kan.. Sebab masalah dgn ventilator ni bukan setakat masalah pernafasan...mudah juga mendapat jangkitan silang.
 
Keburukan?
Ramai yg kata Dexa ni bagus dan tiada kesan jangka masa panjang. Tapi, saya ada terbaca beberpa journal yg memberitahu kesan Dexa ni, antaranya..mudah mendapat jangkitan kuman (sbb steroid ni ibarat makanan utk bakteria) dan ada sesetengahnya mengatakan anak jadi lembap sikit.
Tapi...
Kene seimbangkan dgn kebaikannya pula.
Dah nak elak sangat jangkitan kuman...akhirnya anak tak boleh survive sbb paru2 tak matang.
 
Takpe... Berdoa sahaja.
Lakukan sahaja yang terbaik..
 
Saya percaya...anak lembap ke tak ke...bermula dr didikan dr dalam perut. Tu sbb saya tak pernah putus bacaan surah Yusuf, Maryam, Yasin dan Luqman setiap hari. Dan setiap kali lepas solat atau sblm tidur saya akan memegang perut dan membacakan Al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Insyirah. Dan sekarang saya cuba khatam utk kali ke-3...insyaAllah...
 
Lepas anak lahir nanti..didikan anak perlu diteruskan.
Early intervention haruslah dilakukan seawal umur sehari.
Kene sentiasa bercakap2 dengannya..dgn suara yg lembut..
Jangan putus asa utk mengulangi setiap benda yg kita beritahu..
Yang penting...kene sabar..
Sentiasa wujudkan 2-way communication..
 
(Halamak...mcm pakar motivasi la pulak...)
Semuanya berdasarkan pengalaman sbg pegawai perubatan dan melalui pembacaan.
 
Nak anak yang hebat..perlu bermula dari ibubapa yg hebat juga..
InsyaAllah...
Maka...sentiasalah perbaiki diri.
Menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam.
 

1 comment:

  1. boleh saya tanya dimana boleh saya dapatkan suntikan proluton.. terima kasih

    ReplyDelete