20 June 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum w.b.t.
 
Erm...lamanya tak menulis. Bukannya apa..
bila sibuk dgn projek lain...mulalah tak dapat fokus dgn blog ni.
 
Ketika ini kandungan saya sudah memasuki 27 minggu 4 hari dan lebih kurang 50 hari lagi nak balik!
Atau lebih kurang 2 bulan lagi nak bersalin. Tak sabar rasa nak bersalin...sekarang ni pun dah rasa macam 'stuffed chicken'...tak tahulah nanti bila masuk 8 - 9 bulan.
Apabila perut dah semakin memboyot dan berat...mulalah risau jika servik tak dapat menampung muatan. Bila baring lama pulak sakit belakang dan rasa tak puas bernafas.
 
Bukan complain ni.. Risau.. Takut..
Ketika inilah rasa nak mengepit dgn suami..ada la tukang urut bila sakit belakang..
Kasut pun dah ketat sbb kaki bengkak - siap ada seorang nurse ni, jika bertembung mesti dia menegur, "hai kene tukar kasut dah ni". Mula2 terasa dgn kata2nya...yelah, nak tukar macam mana, hampir 5 bulan duduk wad....macam la ada kedai kasut dalam hospital ni. Tapi, sekarang rasa malas nak layan. Sebab ada perkara lain yang menyerabutkan kepala saya sekarang ni.
 
Walaubagaimanapun, saya gembira krn kehamilan kali ini hampir memasuki trimester ketiga - rekod paling lama buat saya. Bagi orang lain, nak hamil bukannya susah..kebanyakannya bunting pelamin sahaja. Bila dah hamil, bukannya susah...sebab takde apa2 masalah, adalah alahan di awal kehamilan lepas tu ok je...siap beli barang baby dari 4-5 bulan ngandung lagi (excited..anak pertama) - yelah..diorang confident yg baby akan lahir sihat. Tiada banyak perkara yg perlu difikirkan...proses kehamilan ini hanyalah sebahagian kecil dari kehidupan harian.
 
Saya?
Nak bagi hamil - pening kepala..
Dah hamil...nak bagi mantain pulak...
Jadinya proses kehamilan untuk saya adalah perkara paling utama dalam kehidupan.
Tak kisah dah..anak sedara kawin ke...pilihanraya ke..himpunan bersih ke..
Raya akan datang ni...lagilah...tak pikir dah tentang duit raya atau baju raya.
Yang penting, kehamilan saya dapat selamat mencecah angka 36 minggu..masa tu rasa confident sikit kalau terbersalin pun.
 
Memang betul, doktor merancang kelahiran melalui pembedahan semasa 38 minggu...tapi, jahitan pd pangkal rahim akan dibuka pada 36 minggu dan rancangan saya jika slps itu jadi in labour...beranak ajelah..try bersalin biasa dulu tapi with high probability of caesarean. Yang penting...baby selamat..masa tu boleh la nengok Ayub ke Husna..
 
 
Khamis yang lepas (ketika 26 minggu+) ada dibuat ultrasound.
Bagi saya, yang paling excited adalah melihat gender (walaupun tujuan utama untuk melihat perkembangan baby)...siap berdebar duduk kat luar bilik tu.
Memang nak bagi surprise agaknya...
Baby siap lipat kaki ke dada dan silang kaki. Confirm taknak bagi tengok.
 Sedih la jugak...tapi takpe...'yang penting anak ibu ni sihat,' begitulah bisikan kecil saya.
 
Gembira krn anak memang membesar dgn baik, siap estimated weight 966gm..
'Anakku obese ke,' begitulah detikan pertama di dalam hati. Bukannya apa....melalui pembacaan di internet, berat baby semasa 26 minggu kebiasaannya dlm 750gm shj.
Mak saya kata, "memanglah...dah kamu kuat makan, beso le anak". Nak buat mcm mana baka keluarga kami memang beso2...anak sedara saya berat lahir adalah 4kg lebih.
Saya mengharapkan anak kami ada juga mengambil baka suami yang kebanyakannya tinggi2. Barulah kene dgn nama Ayub Iskandar...tinggi, gagah, putih dan hensem...begitulah angan2 suami selalunya..
 
 
Jangan tak tahu...suami saya memang panjang angan2nya..
Dia siap berimaginasi orang duk panggil 'Ustaz Ayub Iskandar'...
(Harapnya lelaki...jika "Ustazah Husna Insyirah' pun sedap juga)
Siap hari tu ketika berbual dia bertanya "kat mana sini ada kelas berenang ye?." Saya yang sudah spt katak di bawah tempurung hanya menggeleng tanda tak tahu dan kemudian bertanya, "abang kan dah pandai berenang...nak suh saya ke berenang? Bukan hari tu abg nak ambil lesen scuba diving ke?".
Nak tahu apa jawapan suami?
"Bukan utk kita lah... untuk anak ler"
 
Uiisshhh....baby tak lahir lagi, perancangan masa depan utknya sudah diletak awal2.
Nak hantar belajar berenang sejak umur setahun lebih lagi. 
Utk sekolah nak hantar sekolah tahfiz (kalau boleh kat Rusila..menuntut dgn Tuan Guru Haji Hadi) sejak dari darjah satu (biar belajar independent).
Nak suh jadi al-Hafiz sejak kecil lagi.
Kalau nak jadi doktor (mcm ibunya) atau engineer (mcm ayahnya)..boleh..tapi dahulukan agama.
 
Bila pikir2 balik..anak dalam perut ni baru nak masuk 7 bulan.
Tapi masa depan utknya sudah dipikirkan sehinggalah kawin.
Kelakar pun ada..
Seronok sebenarnya menyulam angan2..
Yang penting doa dan tawakal pada Allah tak pernah putus.
 
Sebenarnya..
Perasaan tak selamat dan risau tu masih ada..
Tak confident kadang2..
Takut jika ada perkara buruk yang berlaku.
Nauzubillah..
 
Maka...
InsyaAllah...Ramadhan yang mendatang ini..nak ambil berkat banyak2 - berdoa bersungguh2.
Tak lama dah nak Ramadhan ni..dalam 3 jumaat lagi (termasuk hari ini).
Diharap penantian kami sampai ke penghujungnya..
Novel kehidupan kami berakhir dgn 'happy ending'..
InsyaAllah...
 

No comments:

Post a Comment