23 June 2013

Pernah Dengar Tentang 'Chinese Gender Prediction'?

 
Pernah dengar?
 
Saya dulu tahu perkara ni sebelum mengandungkan Amirul lagi.
Tapi tak cakna sangat.
Untuk main2 bolehlah...
Tapi utk percaya tak boleh yer...
Khurafat pulak..
 
Lagipun...bila saya test, masa mengandungkam Amirul betullah dah baby boy...
Tapi masa Uwais...kalau ikut cara dia tu saya mengandungkan baby girl...tubik jek tengok2 anak lelaki..
So...tak tepat..
 
Dan...JANGAN PERCAYA..
HANYA UTK SUKA-SUKA SAHAJA..okey!
 
Cara pengiraannya berbeza sedikit sbb orang cina kira umur sejak dalam perut lagi. Maknanya, macam saya ni umur 31 tahun 10 bulan 14 hari (hari ni)...tapi, bukan orang cina sebenarnya umur saya adalah 32 tahun 7 bulan 24 hari pada hari ini (lebih kuranglah..) sbb diorang kira 9 bulan 10 hari yang dalam perut tu.
 
Satu lagi perkara yg kene tahu adalah bulan anak kita di'wujudkan'...maknannya guna sahaja tarikh akhir period tu ajelah. Macam saya yang tahu bila prosedur IUI atau IVF..takpelah.. Tapi, macam orang lain yang hamil secara hubungan kelamin biasa.....manalah nak tahu kan..
 
Okey...kita tengok gambarajahnya..
 
Credit to: babygenderresource.com
 
Contohnya...
Tarikh akhir period saya adalah 12 Disember 2012 dan pada masa itu umur saya adalah 31 tahun.
Kalau tengok line 31 dan sejajar dgn bulan disember - Baby Boy!
 
Saya ambik contoh masa mengandungkan Amirul - umur saya 27 dan tarikh akhir period adalah pada bulan Februari - Baby Boy! ---- betul...
 
Masa mengandungkan Uwais...umur saya 30 tahun bulan Oktober - Baby Girl! ----- salah...
 
So, moral of the story...jangan percaya wokeh...!!!
 
 
 
Kalau nak senang lagi..
Boleh pergi terus ke laman web ni...
Senang dah...dia calculate terus...
 
 
 
 
 
Dikatakan 'Chinese Gender Chart' ini sudah berusia 700 tahun dan diperolehi daripada makan diraja.
Macam yg saya katakan sebelum ini, ia berdasarkan umur kita mengikut kalendar lunar masyarakat cina dan bulan mula2 mengandung tu juga berdasarkan bulan lunar cina.
 
Tapi, ada kajian yang mengatakan lebih tepat (75%) apabila menggunakan kalendar biasa - tak perlu tukar kpd kalendar lunar cina. Tak tahulah kan..mana yang betul.
(Kita nak main2 je..so biarlah guna ikut mana pun...)
 
Tiada kajian santifik yang membuktikan kebenaran carta ini.
Tapi, oleh kerana terdapat hanya dua jantina - maka 50% daripada prediction adalah betul (sebab hanya ada dua jantina sahaja - lelaki dan perempuan).
 
Oleh kerana masyarakat cina sangat menyukai anak lelaki...bagi mereka anak lelaki membawa tuah tersendiri berbanding anak perempuan. Kalau zaman dulu, anak perempuan akan dijadikan hamba dan dibunuh.
 
Lagipun, di Negara China sendiri, menetapkan polisi 'one family one child' kerana Negara mereka terlalu padat - maknanya hanya seorang anak utk setiap pasangan. Jika dah ada anak, lepas tu ter'mengandung' kene gugurkan anak tu. Jika mengandungkan anak kembar, pasangan perlu pilih salah seorang sahaja - selebihnya akan dibunuh atau diambil anak angkat oleh pasangan lain (samada dr Negara China atau Negara lain). Dah tu...diorang akan gunakan carta diatas sebagai 'guidance' utk memperoleh anak lelaki.
 
Nak guide mcm mana?
Katakan umur 32 tahun...nak anak lelaki. So, kene perbanyakkan hubungan kelamin di bulan Januari, Mac dan Disember. Atau buat prosedur IUI atau IVF di bulan tersebut.
Lebih kurang la..
 
 
Tapi, ingat!!!
Jangan percaya lak...
Khurafat..
Takut jatuh kafir...okey...
Kene ngucap balik...
 
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment