05 June 2013

Sabarlah Hati...Lagi 9 Minggu Jek Lagi...

 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum..
 
Lamanya saya tak mengupdate blog. Sehingga sahabat baik saya mula bertanya...
Penyakit 'M' datang menyerang.... Campur, sejak seminggu yg lalu, saya sedang buat satu 'projek'.. Nanti InsyaAllah, saya akan ceritakan..
 
Banyak betul perkara yg berlaku seminggu dua ni.
Keluarga saya pergi mengerjakan Umrah - Mak, Ayah, Imran & Mira, sejak 29 Mei & dijangka pulang 12 Jun. Bertolak  dari Perak jam 7pg. Di KLIA, Ayu & keluarganya menanti disana. Sedih la juga sebab tidak berpeluang menghantar. Dari jauh saya doakan supaya perjalanan mereka dipermudahkan.
 
Belakang: Ayu, Alia & Mira
Depan: Mak, Ayah & Imran
 
Sebenarnya, sudah lama keluarga saya merancang utk mengerjakan Umrah. Jika saya tidak mengandung, saya juga akan turut serta - nak berdoa banyak2 agar dikurniakan Allah zuriat yg soleh.
Dgn keadaan saya skrg ni, mmg tak boleh kemana. Takpelah, InsyaAllah ada rezeki di masa akan datang, saya dan suami (dan baby) akan kesana pula.
 
Sampai sahaja mereka di Madinah, Mira mula menghantar gambar2 keadaan mereka disana termasuk keadaan semasa di dalam kapal terbang. Yang membuatkan saya cemburu adalah makanan yg dihidang semasa di atas udara. Sedapnya...
 
 
 
 
 
 
 
Kebetulannya, pada hari yg sama makanan yg saya terima utk makan malam menyebabkan saya menitiskan air mata. Ketika itu, suami saya balik kampung...maka, terpaksalah saya menerima apa sahaja yg dihidang.
 
Dalam fikiran saya ketika itu, terlintas dlm hati saya, 'ni kalau mak tengok aku makan apa ni, sure dia sedih punya', begitulah... Kemudian, saya pujuk hati, sambil mengusap lembut perut, 'takpe baby, kita makan ajelah ek... Nanti perut lapar pulak'. Air mata usah dikatalah...memang deras mengalir, pergi kejap ke bilik air...lap dulu dgn tisu..risau juga jika ada staf yg masuk bilik.
 
 
 
Inilah menu makan malam yg saya maksudkan. Nasi secawan (sukatan diabetik), telur dadar yg telah dipotong 8, sayur sup petola dan buah oren. (Pesakit lain makan ikan masak lemak - 'kenapa saya sorang makan telur dadar!?)
 
Sesudah kakitangan meletakkan dulang di atas meja, saya merenung sekejap...Ambil kicap & sudu...termenung lagi. Air mata mula mengalir. 'Ni kalau kat rumah, telur dadar ni lauk sampingan aje ni....ada ikan, ayam...sotong...udang'...mula terkenang makanan di rumah. Saya tuang kicap sebanyaknya (tidak mampu makan dgn petola...tidak menyelerakan)...makanlah nasi dan telur dadar berulamkan kicap.
 
Telan juga walau hati sebak. Cepat2 makan krn perut sudah lama lapar. Minum petang tadi hanya air teh o tanpa gula dan biskut kering tawar 4 kpg...yg sudah tak mampu saya telan... Dalam hati saya menjerit, 'saya mahukan variety'. Terkenangkan nasi goreng, sotong goreng kunyit, udang masak petai, ikan masak taucu..alamak...terus berkeroncong perut. Terfikir, kenapa di hospital tidak dihidangkan lamb chop atau mihun goreng sebagai makan malam? (Hati, emosi dan fikiran semakin bercelaru...tertekan...walaupun jawapan utk persoalan itu sudah terlalu jelas)
 
Tak tahu mengapa..
Saya menjadi terlalu sensitif...
Perut mula kerap benar lapar...
 
Biskut dan roti sudah tidak mampu ditelan.
Buah tidak boleh dimakan kerap (dietitian bagi makan 2 bj shj sehari, dicampur takut stok cpt habis).
Nak makan megi kerap2, risau juga..
Kek..manis..
Coklat...manis...
 
Terfikir mahu dibawa rice cooker...masak apa yg disukai.
Air mata mengalir lagi.. Tertekan...Mahu sahaja berlari pulang ke rumah ketika itu.
Mula berfikir bagaimana saya sanggup mengandung lagi walaupun tahu beginilah hakikat yg saya perlu hadapi...tidak boleh kemana2 dan tersekat segalanya..tidak boleh menjadi spt wanita lain.
Tendangan kecil anak menyentak hati saya...'maafkan ibu ye sayang...we will go through together'
Pandai anak ini mengambil hati ibunya...
 
 
Keesokan paginya, sekali lagi makan berulamkan air mata.
Perut yg semalamnya masih lapar..mengharapkan makanan pagi yg menyelerakan dan mengenyangkan.. Tapi sesudah piring kecil diletakkan...air mata menitis sekali lagi. Berlari ke bilik air, kerana tidak mahu dilihat oleh orang lain.
 
 
Kuew tiow sup!
Ni bukan pinggan besar ni...pinggan kecil sahaja,
sama saiz pinggan yg mengisi telur dadar tempoh hari.
 
Sudah makan, terdetik di hati saya 'lekat celah gigi je kuew tiow ni'. Sikit sungguh.. Jika tidak silap saya, sukatan sepatutnya adalah secawan...yang ni bukan secawan, spt 1/4 cwn sahaja. Walaupun sedikit, kuahnya sungguh sedap..jika dirumah, sudah pasti berulang kali saya menambah.
 
Air mata usah dikata... Orang tua kata tak elok menangis depan rezeki, lalu saya ke bilik air, lap dulu air mata, dan mula makan dgn ucapan Bismillah (dgn harapan, perut segera kenyang). Lalu teringat fakta bahawa wanita mengandung perlukan 300 kalori lebih dari orang biasa, teringat pula gambar makanan yg dihantar oleh adik....aduh... Sabarlah wahai hati..
 
Sesudah makan, perut saya berbunyi lagi, 'kenapelah baby kuat makan ni..' saya menghantar sms kpd suami (padahal mmg diri sendiri yg tak puas makan). Sebolehnya, saya tidak mahu mengusahkan suami.
 
Suami cuma dapat menasihatkan sahaja...minta saya mengenangkan rakyat di Syria...dalam keadaan perang, tak pasti makanan apa yg boleh dimakan. Mengingatkan saya utk sentiasa bersyukur dgn rezeki Allah. Ada orang yang dihadapkan dgn makanan yg banyak dan mewah, tapi Allah tidak izinkan utk makan. Kita yang Allah beri izin boleh menelan, syukur sahaja dgn nikmat Allah.
 
Saya akur...
Kita perlu sentiasa mentarbiahkan diri..
Jika susah, jangan dilihat pada yg senang...lihat pd yg lebih susah.
Sesusahnya kita....di luar sana pasti ada yg lebih susah dari kita.
 
Saya pujuk hati,....
Sabar...sabar...sabar...
Tak lama dah...lagi 9 minggu, boleh balik dah...
 
 
Ada yg bertanya, mengapa tidak pesan sahaja makanan pada kakitangan atau kawan?
 
Pertamanya, saya tidak suka menyusahkan orang lain. Jika tiada yg bertanya, mengapa saya mahu meminta...begitulah pemikiran saya. Malu utk menyusahkan. Lagipun, saya bukan pesakit kronik. Dulu2, ramai yg datang melawat...tapi kini, suami ajelah pengunjung setia. Tu sebabnya tidak mahu menyusahkan sesiapa.
 
Keduanya, semenjak didiagnos borderline gestational diabetik (yg saya rasakan keputusan ujian tidak tepat), saya malu mahu memesan. Yelah, makanan yg dihidang pun 'ciput' sahaja...takkan saya mahu berlebihan memesan. Kemudian, ada pula kakitangan yg memerli (mgkn mereka menasihati, tp dgn hati yg sensitif, kata2 mereka ibarat panah yg menusuk)... katanya 'jaga makan, nanti anak besar pulak nanti'.... ada yang kata, 'dah lama tak timbang berat kan, sepatutnya naik 5kg je nih..'. Tak masuk lagi yg mengatakan saiz saya semakin besar, hidung dan muka semakin kembang.
 
Suami menenangkan saya, 'memanglah orang mengandung jadi kembang, kalau makin kempis bukan ngandung namanya. Lagipun, kembang air aje ni. Lepas bersalin nanti, kurus lah...lagi2 kalau pantang betul2'... begitulah suami memujuk.
 
Saya terfikir, 'hai aku ni dalam wad duduk 6 bulan, memang mcm dlm penjara dah. Makanan yg diidam tak dapat2. Nanti lepas bersalin, pantang pulak. Lepas tu menyusukan anak, kene pantang lagi. Mahu kurus kering lepas ni' (dlm hati mula menyasarkan slps 34 minggu - masa yg dibenarkan pulang nanti - saya akan makan sepuasnya. Berpantang nanti, pantang makanan yg patut ajelah.'
 
Kadang2 suami mencadangkan saya meminta makanan lebih drp staf wad, memandangkan saya adalah kakitangan hospital ni. Malulah...jika mereka mahu bagi lebih, sepatutnya boleh je bagi lebih. Takkan saya pula nak meminta. Mereka pun terikat dgn peraturan.
 
So...sabar ajelah.
Lagipun mak dan ayah akan datang dalam akhir bulan ni, apabila Irfan pulang bercuti dari Mesir nanti. Bolehlah saya minta bawakan makanan yg sedap2.
 
Nanti suami balik kampung, saya akan paksa carikan juga nangka madu (nak buat macam mana, tuk tengah sakit...maka keperluan saya jatuh nombor dua...dah ingatkan banyak kali, tapi hingga kini meleleh air liur teringatkan nangka madu)
 
Saya ingatkan diri....berkat kesabaran ini, insyaAllah saya akan dapat memangku anak kecil yg diidamkan selama ini. Ayub...Husna... Kita sama2 'struggle' ye.. (mcm nak ngadap peksa pula).
 
InsyaAllah...
 
 


Nur Qamar : Aku tak tahu macam mana kat sekolah dulu2....
                     Mcm mana aku boleh makan kat dewan makan sekolah hari2
                     5 tahun pulak tu...

Faizah Nur: Aku pun heran macam mana..
                    Bila kenang balik...tak sanggup dah rasa

(Perbualan antara saya dan sahabat baik..kami sama2 sekolah di SMKA Slim River dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kami kini sama2 sedang sarat... Faiz kini mengandungkan anak yang ke-4)

 

6 comments:

  1. salam akak...akak mungkin xkenal sy, tapi sy igt muka akak...akak senior sy di sekolah dl...sy smka sr juga...sy sggh terkesan ngan penulisan akak...byk yg sy belajar...sy juga sudah berkahwin tp masih belum ada rezeki...sudah 2 tahun...tp sy percaya...Allah sedang menguji sy agar sy lebih bersabar...sy doakan akak selamat melahirkan...u isnpired me a lot akak....thank you...doakan saya juga akak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yana...akak doakan Yana tidak perlu melalui apa yg akak lalui.. Moganya, rezeki anak mudah bagi Yana..
      Jika ada apa2 yang Yana nak tanya, terutamanya berkenaan prosedur hospital, boleh emel ke akak. Nanti akak bagi nombor telefon..
      Suka nak membantu dgn harapan, tiada wanita di luar sana perlu lalui apa yg akak lalui..
      InsyaAllah...

      Delete
  2. ok akak....tq...tru emel bleh lg kite kenal2...emel akak ape ye?

    ReplyDelete
  3. Salam..akmar, ingat lg tak aku class mate kat sekolah..shimi..smg akmar tabah ok..wife selalu bc blog akmar..dia kagum dgn akmar..dia bc setiap kali nak susu kan anak aku yg kecik..alhamdulillah sekarang aku dah ada 3 org anak..aku pun kahwin 3 tahun br ada anak..mcm2 kita org buat..buat check up kat lppkn tp tak de masaalah..lps tu br ada rezeki..aku tahu kwn aku nie kuat n tabah..mcm aku kenal ms kat sekolah dulu..kdg2 aku bc pun sedih n sayu..tak pe..semua tu dah ketentuan NYA..sbr ye wahai sahabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..ingat ler. Bukannya ramai kawan sekolah yg ambik medic. Semuanya ketentuan Ilahi...aku tahu ramai kat luar sana yg bermasalah, tapi mgkn tak ramai doktor yg bermasalah. So, harapnya pengalaman + pengetahuan (yg sedikit) ini dpt memberi manfaat pd org lain. Lagipun, dpt release tension & isi masa lapang. Thanks shimi & kim salam ke org rumah. Doakan aku ek..

      Delete