24 June 2013

Rindu Kereta

 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum w.b.t.
 
Countdown hari ini:
14 hari lagi nak Ramadhan
138 hari dah duduk dalam wad
46 hari lagi nak balik
70 hari lagi nak bersalin
 
Alhamdulillah...tak lama dah...
Sabor... Sikit aje lagi...
 
 
Semalam, suami dtg melawat dgn kereta (selalunya dgn motor shj).
Buat kali pertama slps 4 bulan setengah, barulah kali pertama melihat kereta kesayangan kami.
Dari jauh...tgk nombor plat WWC 3454 - hati merasa sayu..
Bila sampai je ke kereta...bergenang terus air mata.
 
Suami kata, "naiklah...lepas kempunan"
"Tak boleh..kang nangis kang...susah lak nak cover bila balik wad," suara saya bergetar.
Masa tu rasa mcm first time tengok kereta tu...merasakan inilah kereta yg tercantik..terwangi...tiba2 rasa kagum dgn kereta sendiri (sbb lama tak tengok/jumpa kan).
 
 
Kami sebenarnya baru saja tukar kereta...dlm Disember 2011. Sebelum tu pakai Waja sahaja - itupun second hand punyer. Sekarang, Alhamdulillah...Allah bagi rezeki lebih sikit - Mitsubishi Grandis.
Memang setiap bulan rasa 'sedikit botak' membayar hutang kereta....tak masuk lagi dgn servis, road tax dan spare part yg hanya boleh diimport - setiap kali mengeluarkan duit utk kereta ni, rasa mahu sahaja menjual dan tukar kpd kereta yg lebih murah.
 
Tapi, semalam...saat bertemu semula...rindunya..
"Jangan jual la bang...sayang. Sekarang nak beli kereta mcm ni, jenuh ler.."
Bila diingat semula...kelibat saya seolah seorang kanak2 yg kali pertama menjejakkan kaki ke taman permainan - "eh, kenapa screen warna merah?" - "bila masa kita ada tempat letak ni?"
Macam kali pertama melihat..
 
 
Rindukan kereta...
Lebih2 lagi rindu utk duduk di sebelah suami ketika memandu.
Kemana sahaja kami pergi, pasti berdua...saya pasti menemankan...walau kemana sahaja.
Bayangkan...sudah lebih 5 bulan..saya tidak kemana2 bersama suami...tidak berjalan kemana2...
 
Di saat melihat seat penumpang yg kosong di sblh suami, hati saya menjadi sayu...sian kat suami memandu keseorangan. Sebelum ini, sayalah co-pilot setia...menyiapkan kesemuanya. Melayan suami ketika memandu. Katanya, "tak sama jalan dgn mak berbanding Mar". Yelah, takkan mak nak suapkan rambutan ketika tgh drive, kan.. Lagipun, bukan semua bende boleh dibualkan bersama keluarga lain kerana saya dan suami telah menempuh pelbagai perkara berdua selama 8 tahun.
 
 
Tapi..entahlah...
Hati masih merasa gembira (dalam kesedihan)...sbb saya tahu, pengorbanan ini tidak sia2, InsyaAllah.. Tendangan kecil anak di dalam perut mengingatkan..
Selepas ni, kami bertiga akan berjalan sepuas2nya... kemana2 sahaja...
Sudah tentu, new adventure bagi kami kerana penambahan 'ahli' - sudah pasti suasananya berbeza dgn sebelum ini.
 
Itulah yang saya selalu katakan pada diri sendiri..
Sabar... Sabar... Sabar...
Saatnya sudah semakin hampir.
 
 

 

No comments:

Post a Comment