21 June 2013

Tujuan Bersalin Melalui Pembedahan

 
Seperti yang dijanjikan...dalam entry kali ini saya akan senaraikan dan terangkan serba sedikit mengapa sesetengah wanita perlu melalui bersalin melalui pembedahan (caesarean).
Kebanyakan literature di luar sana di dalam bahasa perubatan. Maka, disini saya akan cuba tafsirkan dlm bahasa melayu kita.
 
Saya pernah melihat persoalan ini, dan saya rasa terpanggil utk menjawab.
Mungkin senarai dibawah ini tidak lengkap...maafkan saya dgn kekurangan ini.
Disini saya senaraikan indikasi atau tujuan dilakukan pembedahan mengikut tahap kecemasan.

  • Bayi lemas di dalam rahim; jantung lemah (fetal distress) atau terdapat meconium/najis  dlm air ketuban (meconium-stained liquor)
                       *Kadar denyutan jantung bayi yg normal adlh 120 - 160/min
                       *Bila bayi dlm keadaan stress, dia akan mengeluarkan najis
                       *Maka, air ketuban akan bewarna kekuningan atau kehijauan (lebih teruk)
  • Dijangka rahim pecah/terkoyak (uterine rupture)
          *Tanda2nya: sakit contraction yg keterlaluan & pendarahan yg terlalu banyak
          *Jika berlaku, jarang sekali bayi dapat survive
          *Ibu boleh meninggal akibat pendarahan
  • Tali pusat anak terkeluar (cord presentation) selepas air ketuban mengalir keluar, samada terjadi sendiri (spontaneous rupture) atau melalui prosedur 'artificial rupture of membrane' (selaput dipecahkan bagi membantu kelahiran)
          *Tali pusat ibarat 'wayar ventilator' bagi bayi dlm rahim
          *Apabila berlaku 'cord prolapse', tali pusat akan tersekat antara kepala dan servik
          *Maka, bayi tidak mendapat supply oksigen secukupnya
 
  • Bukaan pangkal rahim tidak terbuka dgn baik (poor progress)
          *Cth: bukaan hanya 5 cm (tidak berganjak), walaupun dgn contraction yg baik
          *Sepatutnya, 1cm bukaan setiap 1 jam (biasanya lebih cepat bg multigravida)
          *Contraction yg baik: 3 atau 4 kali contraction dlm masa 10 minit
  • Semasa meneran (selepas bukaan pangkal rahim 10 cm), bayi tak turun2/keluar (secondary arrest) 
     *Bagi kelahiran pertama (primigravida) diberi masa 1 jam
      *Masa lebih pendek bagi kelahiran seterusnya (multigravida)
  • Uri di bahagian bawah (placenta previa) atau uri sudah mula tertanggal dari rahim (abruptio placenta)  - utk menyelamatkan bayi

Credit to: www.babycenter.com.my 
 
  • Kedudukan bayi yang tidak normal (yang normal kepala dibawah), samada songsang (breech atau kaki dibawah) - yang ini optional, atau melintang (oblique atau transverse)
  • Presentasi (bahagian bayi di bukaan pangkal rahim) yang tidak normal (sepatutnya kepala atau kaki bagi kedudukan songsang); cthnya dahi, dagu, perut, tali pusat, bahu, dsb
  • Kehamilan kembar (multiple pregnancy) - jika kembar dua yang kedudukan kedua2 bayi normal/songsang - optional
  • Anak dijangka besar (big baby atau macrosomia)
  • Ibu yang bermasalah - preeclampsia (darah tinggi semasa hamil yg sudah berkomplikasi), sakit jantung, fibroid di dalam rahim yg menyekat laluan bukaan pangkal rahim, dsb
  • Bayi yang bermasalah - hydrocephalus
  • Sejarah bersalin melalui pembedahan sebelum ini - biasanya 2 kali caesarean section sblm ini (2 previous scar)
  • Kehamilan yg 'berharga' (precious pregnancy) - macam saya!
  • Ibu dan ayah yang memohon utk dilakukan caesarean
Saya pernah mendengar kes yg seorang ayah ini mahukan tarikh lahir special utk anaknya.
Nak tahu apa dia buat?
Si ayah ni berjumpa dgn pakar dan berkata,
"doktor, saya nak doktor bedah isteri saya pada tarikh 10.10.10,
 jika tidak saya ceraikan isteri saya."
Nak kata apa kan...!?
 
 
 

No comments:

Post a Comment