12 June 2013

Tips Selepas Prosedur IUI dan IVF

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum..
 
Syukur kita pada hari ini kerana diberi oleh Allah untuk terus bernafas, beribadat dan melakukan aktiviti harian. Dan tak lupa juga nikmat terbesar yg Allah berikan pada kita iaitu Islam.
Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam supaya kita tidak tergolong dalam kumpulan yg dilaknat, yang tidak menggunakan masa sebaik2nya.
 
Alhamdulillah, hari ini genap 26 minggu kandungan saya ketika ini, lebih kurang 6 bulan setengah. Syukur, kerana Allah beri peluang utk hamil sekali lagi dan kali ini sejauh ini.
Dan hari ini juga adalah hari ke 122 saya berada di dalam wad.
InsyaAllah, lagi 8 minggu saya akan dibenarkan pulang ke rumah.
 
Perkembangan anak kecil di dalam perut saya sungguh memberangsangkan. Pergerakannya aktif sungguh...dan seolah2 memberi respon setiap perkataan saya. Jika saya dan suami mengatakan sesuatu yg kurang enak, kadang2 rasa sedikit tendangan dgn tiba2. Setiap kali saya solat & mengaji, saya dapat merasakan pergerakannya, seolah2 turut solat dan mengaji bersama.
 
Kata suami, "anak sukalah tu". Sememangnya setiap anak kecil yg baru dilahirkan hatinya bersih seperti kain putih, ibubapa lah yang mencorakkan anak itu di kemudian hari.
Setiap kali berdoa, saya tidak pernah putus memberi pengharapan kpd Allah agar anak ini dilahirkan dlm keadaan sihat dan selamat. Jika dikurniakan Allah anak yg cantik & bijak, ia merupakan bonus bagi saya - sudah menjadi impian setiap ibu mahukan anak yg putih gebu, montel, bijak, sentiasa ketawa dan tersenyum.
 
 
 
 
Tetapi, kadang2 perasaan risau tidak putus menghantui diri, terutamanya apabila duduk berseorangan. Mula teringatkan nasib Amirul dan Uwais....bagi saya, anak yg paling saya sayangi adalah Amirul, walaupun lahirnya dlm keadaan yg memilukan.
 
Tidak pernah saya lupa apabila kali pertama UPT positif (slps 5 tahun bertungkus-lumus), saya meloncat2 kegembiraan di bilik tidur. Hajat hati mahu mengejutkan suami dgn meletakkan strip UPT di dlm bilik air, ttp kerana sukanya ketika itu, saya terus menghantar mms kpd suami. Suami terus call dan suaranya seolah2 sedang tersenyum lebar.
 
Selepas itu, kami menganyam pelbagai angan2...mula memilih nama anak yg sesuai....memikirkan bagaimana rupa anak kami nanti...dsb. Suami tidak putus mengusap perut dan berdoa dan bercakap2 dgn anak yg masih terlalu kecil di dalam perut saya ketika itu.
 
Tetapi, kegembiraan itu hanya sementara, apabila saya mula mengalami pendarahan bermula 4 minggu kandungan dan dimasukkan ke wad selama 2 bulan. Selepas 16 minggu, saya dibenarkan pulang dan hanya 2 minggu selepas itu, Allah menjemput Amirul kembali. Itulah kali pertama kami mengebumikan anak kami dan semuanya kami hadapi berdua bersama.
 
Selepas dari itu, saat positifnya UPT sewaktu Uwais dan kandungan kali ini, tidak seperti ketika Amirul. Kami terlalu berhati2. Takut untuk mengharap. Walau sehingga kini pun, saya sendiri takut utk terlalu mengharap..takut utk berangan terlalu tinggi, risau effect di kemudian hari lebih teruk. Kadang2 takut utk bercakap2 dgn anak ini kerana takut menjadi terlalu 'attached'.
Walaubagaimanapun, kami tidak putus berdoa dan mengharap..
 
 
 
 
Baru-baru ini, banyak yang saya dengar sahabat2 di luar sana gagal untuk hamil selepas prosedur IUI.
Saya akan katakan kpd mereka yg saya juga berusaha sudah berapa kali sebelum ini... Bayangkan 8 tahun! Rasanya sudah berpuluh2 kali saya melalui TVS (transvaginal scan), berbelas kali IUI tidak dapat dilakukan krn telur tidak membesar dgn baik, berapa kali IUI/IVF yg dilakukan gagal!
 
Jangan putus asa!
Itulah ayat yang saya boleh lontarkan. Terus lagi berusaha...kerana kita tidak tahu bila Allah akan mengabulkan doa kita. Jangan lupa utk berdoa dan bertawakal kerana setiap apa usaha kita HANYA akan berjaya dgn kuasa Allah.
 
 
Bagi saya, untuk membolehkan telur membesar dgn baik:
 
1. Saya diberi suntikan ubat kesuburan dgn dos yg semakin meningkat, bukannya dos yg sama dari hari pertama hingga ke-14 (saya biasanya melakukan IUI pd hari ke-16)
Maknanya, hari pertama dos saya adalah 150IU. Kemudian slps scan hari ke-6, jika telur tidak membesar dgn baik, dos akan dinaikkan kpd 160IU. Begitulah seterusnya. Hasilnya, respon yg sgt memberangsangkan. Tapi akibatnya, saya juga mengalami Ovarian Hyperstimulation setiap kali slps prosedur.
 
2. Beri suntikan pada waktu yang tetap setiap hari dan seboleh2nya pilihlah waktu pagi.
Kemudian, selepas suntikan, rehat dulu (jangan melakukan apa2 aktiviti) 15-30 minit.
Sebabnya...kita 'bermain' dgn hormon. Tahap hormon lebih banyak di waktu pagi dan lebih mudah utk dirangsang. Dan kita mahu supaya ubat kesuburan yg diambil, menyerap dgn baik.
 
3. Saya rasa cara alternatif yg lain juga banyak membantu, iaitu:
Buah delima (setiap hari makan sebiji - cari yg warna merah menyala)
Serbuk debunga kurma, diambil bersama madu
Air rebusan buah hawa
Evening Primrose Oil
*Saya tidak mengamalkan herba2 atau perubatan tradisional terutamanya yg tiada bukti saintifik (hanya testimoni) - takut mengganggu sistem atau tidak sesuai dgn diri (sbb tak tahu kesan sebenarnya). Saya pernah megamalkan Biodex, Perawan, dsb...tapi tidak pernah berjaya - tak berani nak amalkan bersama ubat kesuburan yg disuntik setiap hari.
 
4. Zikir; Ya Khaliq, Ya Barii, Ya Musawwir
Tidak putus2 saya zikirkan..ketika berjalan ke tempat kerja/rumah...ketika sedang berehat...sebelum tidur. Sambil berzikir, dgn penuh pengharapan, bermunajat kpd Allah.
 
5. Solat Hajat dan Surah Yasin/Maryam - setiap hari
 
6. Doa Nabi Zakaria - setiap kali slps solat
 
7. Jangan stress!
Stress menyebabkan hormon dalam badan tidak stabil.
 
 
 
 
Apabila doktor beritahu IUI/IVF boleh dilakukan, perjuangan masih belum tamat!
Sebab slps ini, kita mahukan supaya persenyawaan berlaku dgn baik dan berjaya menempal/'lekat' (embryo implantation).
Sekali lagi diingatkan, bukan kerja kita....semuanya HANYA kuasa Allah.
Walau sehebat mana doktor yang melakukan prosedur, secanggih mana klinik/hospital, tersohor mana nama tempat tersebut, secantik mana telur yg terhasil, sebilion mana jumlah sperma suami....jika Allah kata belum lagi, maka belum lagilah kita hamil.
Ingat tu!
 
 
Bagi saya, ada beberapa perkara yg saya amalkan selepas setiap kali prosedur:
 
1. Pakai pakaian yang longgar (luar dan dalam)
Saya tak suka pakai yang ketat sebab pernah beberapa kali (slps IUI dan IVF) rasa cecair mengalir. Nurse kata biasalah macam tu, tapi hati memang tak sedap dah, dan selepas tu memang UPT negatif.
Kadang2 ternampak pesakit pakai baju kebaya, nampak seksa nak menyarung kain balik slps prosedur.
 
 
2. Kurangkan pergerakan seboleh yang mungkin
Turun katil perlahan2 - jgn terus terjun, minta bantuan suami.
 
Jangan bongkok terlalu sgt, terutamanya ketika menyarung seluar/kain (tu lah kata pakai pakaian longgar...senang).
 
Jalan perlahan2, setiap satu langkah boleh memberi gegaran kpd rahim (mcm tu lah yang saya bayangkan).
 
Solat duduk (jgn tak solat ye..).
 
Baring sepanjang hari, kecuali utk solat dan makan (buang air pun masa nak ambil air sembahyang).
 
Buang air pun sebolehnya sambil berlunjur (jgn mencangkung!!!).
 
Jangan angkat benda berat!!!
 
 
3. Jaga makanan/minuman
Sehari dua sblm prosedur, saya kurangkan makan tapi bykkan minum - taknak sembelit atau cirit-birit sbb taknak buang air besar (sbb taknak mencangkung/meneran).
 
Jangan makan makanan pedas dan berempah, termasuklah lada hitam (boleh berlaku contraction).
 
Jangan makan nenas, cuka, strawberi, air kelapa, dan juga sayur2 kampung (walapun yg dicampur dlm makanan lain, cth pizza yg ada nenas, sos cili yg ada cuka, dsb), sbb makanan diatas boleh menyebabkan contraction.
 
Jangan minum kopi/nescafe - bermula dari sehari dua sblm prosedur, sbb caffein boleh menyebabkan contraction.
 
 
4. Jangan travel
Masa dlm kereta utk pulang ke rumah slps prosedur, jatuhkan seat (baringkan) dan letak bantal bawah punggung (tinggikan rahim) dan biasanya saya akan letakkan kaki pada dashboard (kalau malu, selimutlah...sbb memang org dlm lori/bas akan memandang...pedulikan).
 
Suami bawa kereta sehemah yg boleh - saya limitkan 60km/jam sahaja, jgn langgar lubang atau bumper, nak pusing kanan/kiri pun sehemah yg boleh - suami siap pasang lampu emergency sbb ramai yg angkat lampu dan hon (biarkan saja sbb bini dia tak buat IUI/IVF la tu).
 
Dah balik rumah, janganlah gatal2 utk keluar shopping ke, bercuti ke, rumah jiran ke, terutamanya sehari dua selepas prosedur - duduk rumah diam2 dan kalau boleh, baring sahaja.
 
 
5. Doa, zikir, solat, tawakal
Inilah yang paling penting.
Masa tengah baring slps prosedur (sedang mengiring ke tepi tu), saya habiskan 1000kali zikir Ya Khaliq, Ya Barii, Ya Musawwir (semasa mengiring ke kanan dan kiri - maknanya 2000x).
Semasa dlm kereta on the way balik rumah, semasa baring dlm rumah....tak putus2 berzikir dan berdoa. Tawakal dan bermunajat pada Allah..dengan penuh kehambaan dan pengharapan.
Biar sampai menangis sbb terlalu mengharapnya kita.
 
Suami saya buat solat hajat dan Dhuha semasa prosedur dilakukan (dia tidak pernah menemani saya semasa prosedur - malu katanya), sementara tunggu baca surah Yasin - jangan duk borak2 kosong.
 
Selepas tu, perlu sama2 berdoa dan solat hajat..hari2.
 
 
6. Banyakkan bersedekah
Jumpa masjid/surau, jgn lupa masukkan sedikit duit.
Kalau lalu tong/bekas derma di restoran/masjid/surau, masukkan lagi.
Jika ada yg perlu bantuan kewangan, berilah lagi.
Jangan putus2 bersedekah - ingat, harta itu bukan hak kita...bila bersedekah, niatkan dalam hati agar Allah murahkan rezeki zuriat kpd kita.
 
 
7. Berhentikan semua pengambilan herba/ubatan tradisional/alternatif
Takut menyebabkan contraction pd rahim.
Termasuklah kopi kacip fatimah ke...kopi tongkat ali ke...pantang tu...
 
 
8. Benci perokok
Jika ada yg merokok dekat2 tu, saya lari jauh2..risau...sbb asap rokok ada nikotin yg boleh menyebabkan contraction dan juga bahan2 lain yg menyebabkan anak boleh menjadi cacat.
 
 
9. Berjimak/bersama dgn suami
Jika slps IUI, memang digalakkan utk bersama - tapi jgn buat hari2. Maknanya, slps 3-4 hari, stop sbb taknak kacau rahim (sbb telur wanita/ovum hanya dpt bertahan 24 jam shj, sedangkan sperma dpt bertahan 72 jam - maknanya slps 3 hari tidak akan ada persenyawaan).
 
IVF - tidak boleh berjimak.
(Tu sbbnya kaunseling/temujanji di klinik pastikan suami ada sekali - kalau tak jenuh pula nak terangkan kpd suami kenapa tidak boleh bersama)
 
 
10. Kerjasama suami dan kawan2 (dan juga boss)
Kerja rumah tak boleh buat...maka perlukan suami.
Kerja pun kalau boleh jangan banyak bergerak. Saya minta kerjasama pengarah hospital dan ketua jabatan utk menjaga klinik sahaja dan tidak melakukan oncall.
 
11. Jangan stress
 Bila stress, rahim akan mudah contraction.
 
*Jika dilihat, langkah2 yg saya ambil spt diatas adalah elak dari rahim bergegar atau contraction. Bukan apa...jika rahim gegar/contraction, alamatnya terkeluarlah embryo yg terhasil (nak lekat mcm mana - ibarat mcm gempa bumi lah).
 
 
 
 
Ada juga yg dah buat macam2...semua perkara dia buat tak berjaya lagi...
Jangan putus asa...
Sebenarnya kalau di negara barat, selepas IUI mereka siap dibenarkan jogging dan berenang lagi.. Tapi, yelah...sbb kita ni payah...maka ambillah langkah berjaga2 yg lebih sikit. Tak rugi pun..
 
 
Melalui pengamatan saya, ada beberapa faktor yg memudahkan utk seseorang itu hamil (pengalaman sendiri dan pesakit lain):
 
1. Jika pernah mengandung, lebih senang mengandung untuk kali seterusnya.
Mungkin sbb rahim dah biasa mengandung dan masih ada hormon2 yg bagus utk wanita hamil. Ataupun, yg belum berjaya hamil, ada masalah lain yg perlukan siasatan lanjutan.
 
2. Jika jarak kehamilan terdahulu tidak terlalu jauh, lebih mudah utk hamil.
Macam saya, jarak antara Amirul dan Uwais adlh hampir 2 tahun, manakala antara Uwais dan kandungan kali ini, hampir 6 bulan. Kandungan kali ini lebih mudah 'lekat', hanya dgn sekali prosedur sahaja.
 
3. Faktor umur
Yang saya lihat, jika umur sudah memasuki 35, sedikit payah utk hamil...tapi jgn kecewa sbb ramai juga yg berjaya hamil dan biasanya wanita hamil yg berumur 35 tahun ke atas ni biasanya berjaya hamil anak kembar!
 
4. Jumlah sperma suami
Ada kajian mengatakan, jika sperma melebihi 20juta/ml, kebarangkalian utk hamil adalah hampir 20%...maknanya lagi banyak sperma, lagi mudah berlaku persenyawaan, maka lagi mudah utk hamil. Tapi semuanya kuasa Allah...ada je kes yg suami ada seekor sahaja sperma - berjaya mempersenyawakan ovum isteri (prosedur IVF) dan isteri berjaya hamil!
 
5. Jumlah folikel dalam ovari
Selepas diberi ubat kesuburan, folikel dlm ovari akan membesar (di dalamnya terdapat ovum). Folikel yang matang adalah berukuran 20mm, lagi banyak folikel yg matang, lebih tinggi kebarangkalian utk hamil.
Tapi, again...semuanya kuasa Allah, ada yg mempunyai 20 biji folikel matang - tapi tak berjaya hamil, dan ada yang mempunyai satu sahaja - akhirnya hamil.
 
6. Kualiti embryo (IVF sahaja)
Semasa prosedur IVF, embryo yg terhasil akan dikategorikan kepada gred 1, 2 dan 3.
Lebih banyak embryo gred 1, lebih tinggi kebarangkalian utk hamil.
 
 
 
 
Apa yang penting...
Pada wanita yg mudah hamil....bersyukurlah kerana itu antara nikmat terbesar yg Allah kurniakan.
Pada yg masih belum mempunyai rezeki, berdoa & usaha bersungguh2 dan kemudian bertawakal...ingat, setiap yg berlaku ada hikmahnya.
 
Jangan kita lupa mengapa kita dilahirkan di dunia ini..bukan mengejar harta, mencari pasangan, menimang cahayamata...tetapi menjadi khalifah Allah yg mengabdikan diri kpdNya..dan semuanya bertujuan mencari keredhaan Allah..
 
Wallahua'alam

25 comments:

  1. pekongsian yang sgt bermanfaat..
    sy juga bercadang untuk buat perkara yang sama
    doakan kami

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini. Sgt membantu kami suami isteri.

    ReplyDelete
  3. terima kasih.. sangat terkesan di hati..

    ReplyDelete
  4. terima kasih puan.saya dijadualkan utk proses et pada 23Dec ni.perkongsiaan yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. tq puan....ilmu mnfaat sgt brguna...skrg hri ke 2 iui.....tkut n berdebar.....nk tnya...slps iui ni mmg slalu nk trkncing or cmne

    ReplyDelete
  6. Ya Allah....ilmu yg sgt manfaat...rs smkin kuat lps baca...

    ReplyDelete
  7. thx for info, saya pn sedang dlm treatment untuk buat IUI. Tp saya masih dperingkat awal. Moga sihat selalu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf bertanya..mcm mane prosedur iui hari tu..ok ker?

      Delete
  8. Salam...thanks for sharing....Insya Allah sy akan buat iui kali kedua next mnth....first time in 2007...memang x jaga lansung....siap prg shopping....kali ni...sy akan ikut nasihat kat sini...

    ReplyDelete
  9. Salam, thanks atas perkongsian.. lebih banyak perkongsian lebih pengetahuan yang kita dapat.. saya baru lps buat IUI kali ke3 (30/04/2014)... Insyaallah moga2 kali ini berjaya... diharap rakan2 dapat mendoakan untuk saya sama...

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang bermanfaat..saya masih dalam rawatan suntikan dan hari ini merupakan hari ke 10 tp telur masih belum matang..next week jumpa semula doc..harap2 ada rezeki untuk saya. takut untuk mengharap..Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk hambanya.

    ReplyDelete
  11. Salam..perkongsian yg sgt bermanfaat.. sye juga tlh lalui iui bbrpa kali, dr telur kecil hingga folikel terlalu byk..7 tahun berusaha hanya Allah yg tau..setelah gagal ivf buat pertama kali sye rasa down sgt.. tp Alhamdulillah.. sedg sye mnggu utk proses ivf kali ke2, mnunggu period berikutnye..sye hamil semulajadi. Ya, tanpa iui, tanpa ivf. Kuasa Allah.. jadi nasihat, selagi kita ikhlas berusaha, Allah akan tunaikan bila Dia rasa kita telah bersedia..

    ReplyDelete
  12. Salam..perkongsian yg sgt bermanfaat.. sye juga tlh lalui iui bbrpa kali, dr telur kecil hingga folikel terlalu byk..7 tahun berusaha hanya Allah yg tau..setelah gagal ivf buat pertama kali sye rasa down sgt.. tp Alhamdulillah.. sedg sye mnggu utk proses ivf kali ke2, mnunggu period berikutnye..sye hamil semulajadi. Ya, tanpa iui, tanpa ivf. Kuasa Allah.. jadi nasihat, selagi kita ikhlas berusaha, Allah akan tunaikan bila Dia rasa kita telah bersedia..

    ReplyDelete
  13. Assalam paun. terima kasih di atas perkongsian ilmu dan pengalaman. byk yg saya belajar dan smg boleh jd panduan utk sy dan suami. in shaa Allah nx week sy akan jalani IUI, doakan berjaya ye? smg Allah berkati paun dan keluarga.

    ReplyDelete
  14. Salam... nk tanya... sebelum nk bt iui saya demam... teruk gak la.. tp nasib baik hari yg nk buat iui tu demam dh kebah skit... tp sehari selepas iui bdn rasa cm nk demam.. boleh x sya mkn ubat demam? takut gak....

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah hr ni kali kedua saya buat iui..insyallah kali ni berjaya

    ReplyDelete
  16. Salam.. Perkongsian dan info yang menarik buat saya yang sedang TTC (Try to convince)..Pernah gagal dalam proses iui.. InsyaAllah akan cuba proses ivf untuk next period pula.. doakan saya ye..

    ReplyDelete
  17. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    ReplyDelete
  18. Bersahaja tapi mantopppp pengisiannya.

    ReplyDelete
  19. Assalam puan
    Catatan yg amat membantu. Berulang kali membacanya pun x jemu. Sy menjalani prosedur iui buat kali ke4 pada Nov 2014. Alhamdulillah dgn segala nasihat yg diberikan (dipraktikkan) Dan dgn izin Maha Pencipta sy berjaya hamil. Skrg baby menginjak usia 6 bulan. Sesiapa yg ingin berkongsi pendapat boleh hubungi sy di sarra1385@gmail.com
    Sekali lg terima kasih atas nasihat yg amat berguna.

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah...byk info yg saya perolehi..esok sy kan buat iui utk kali pertama..perancangan awal ialah untuk buat ivf..tetapi kuasa Allah...5 hari lepas tekanan darah naik ke tahap yg sgt tinggi..180/107..tak tahu la knapa..tak stress pun..akhirnya doktor decide utk buat iui shj kerana ivf kan memberi risiko kepada sy..folikel juga hanya satu yg size 18..yg lain masih x cukup besar...tak tahu la kerana tekanan darah x stabil telah mengganggu tumbesaran folikel..sgt down bila doktor ckp tak boleh buat ivf kerana penantian 9 tahun hampir berhasil..memujuk hati sendiri dan suami...mudah2an iui akan berjaya..walaupun peratus kehamilan melalui iui rendah namun keyakinan dan semangat yg ada ini menyemarakkan lagi keiinginan menimang cahaya mata.

    ReplyDelete
  21. Allah huakbar...t kasih atas perkongsian..saya dalm proses ivf sekarang ni...ambryo baru di masukkan semalam...ini kali ke dua saya lalui proses ni...kali pertama saya GAGAl...memang down sangat rasanye...saya ambil masa 1 thn utk proses kali ke dua....semalam 30.5.16 adalh proses kali kedua...harapn saya sangat tinggi ...semoga Allah beri saya peluang utk rasa dan lalui pengalaman menjadi ibu������....doakan saya berjaya ye sahabt semua...saya juga doakan yg terbaik utk kalian..amiin Ya Allah...

    ReplyDelete
  22. Penerangan yg sangat lengkap.. tq utk information ni sis yer..

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum,alhamdulillah...tahniah sis...t.kasih atas prkongsian yg brmanfaat ni...sy doakan smua isteri yg ingin mnjadi ibu dimakbulkan doa oleh Allah....in shaa Allah...

    ReplyDelete