24 June 2013

Makanan Berpantang

 
Tengah saya sedap2 mengupdate dan mereview semula semua 'projek' terdahulu saya sebelum ini. Terpandanglah 'kertas kerja' yang saya siapkan yang bertajuk 'Menu Berpantang', sebahagian drp 'Berpantang Self-Guide'.
 
Rasa rugi pulak rasanya jika tidak berkongsi bersama2 sahabat di luar sana.
Kebanyakannya saya perolehi dari alam maya ni.
Jadi, izinkan saya untuk kongsikan bersama sahabat saya disini pula ya..
Memang ada adjust sikitlah...
Berdasarkan pengalaman sendiri dan tanya mak dan opah.
 
Tujuan asal 'kertas kerja' ni adalah sebagai rujukan saya dan suami. Senang..balik rumah nanti, boleh print dan tampal kat dapur. Takdelah setiap kali nak ke pasar..masa tu call mak.."mak, ikan tenggiri boleh makan ke?" (Macam tu lah selalunya....) Kalau takde mak...macam mana? Nanti anak saya pulak macam mana? Dah...ibu dia pun tanya mak sendiri..
 
Tu yang rasa...takleh jadi nih..
Masa tu kumpullah maklumat sebanyak boleh..
 
Diharap, ilmu yang sedikit ini membawa manfaat kepada semua di luar sana...
 
 
 

PENTING...
 
1. Minum air banyak2 (walau org tua kata takleh minum air banyak) sebab:
- Perlu rehydrate balik (kerana darah nifas selalunya banyak)
- Menggalakkan pengeluaran susu
- Senang pecah lemak
- Mengurangkan masalah sembelit
2. Makan makanan seimbang
3. Jika teringin sangat nak makan makanan yang dipantang tu, makan sikit...bagi rasa je..sbb kalau berpantang banyak sangat nanti anak (yang kita susukan tu) ada masalah nak adapt dgn makanan
4. Banyakkan fiber utk elak sembelit (terbaik adalah oren sbb ada vitamin C juga)
 
 
 
KEBAIKAN ULAM-ULAMAN KITA...
 
Peria - bersih darah, anti-radang, meningkatkan selera makan menurunkan panas
Pegaga - cuci darah
Lada hitam - cuci darah
Cuka  -  mengecut perut dan rahim
Halia muda - bantu penghadaman, melembutkan perut, membuang angin, menguatkan batin, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah
Kunyit hidup - mengecutkan rahim (menyembuhkan luka dalam)
Manjakani - mengering dan mengetatkan pangkal rahim (tidak sesuai diminum oleh gadis/anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul)
Asam jawa - segar badan, lawas air besar
Madu - memanaskan badan
 
 
 
KENE PANTANG...!
Pantang: (utk benefit ibu dan anak yang menyusu badan)
- Makanan berminyak dan bersantan (esp santan yang separuh masak atau tak masak mcm cendol)
- Minuman sejuk - mudah kembang urat dan susah nak kurus
- Makanan sejuk (senang kembang urat dan sakit2 badan esp bila tua)
- Makanan berangin (minuman kafein dan berkarbonat) dan pedas - takut effect pada anak
- Makanan yang menyebabkan gatal (telur, keropok ikan-kembung, tamban, tongkol, seafood)
 
Contoh makanan 'sejuk' - pantang 100 hari
- Air berkarbonat, air tebu, air buah kundur, cincau
- Pulut
- Jeruk
- Buah: tembikai, betik, mata kucing, pisang (nangka, embun, udang), durian, mangga, ciku, langsat, sengkuang, maggis, macang, kuinin, binjai
- Sayur: kangkung, bayam, timun, bendi, terung, nangka, keladi, pucuk paku, pucuk ubi, petola, ubi kayu
- Kacang2, jagung, soya
Contoh makanan 'sejuk' - pantang satu tahun
- Rebung
- Nenas
- Labu
- Air kelapa
- Laksa (termasuk bunga kantan dan daun kesum)
- Mee kuning
- Buah: jambu batu dan honeydew
 

 

 

Boleh
Tak Boleh
Ayam & daging
Burung puyuh
Burung merpati
Ayam hitam
Ayam didik
Ayam selasih
Ayam kampung
Daging btg pinang
 
  Ayam biasa - *takut gatal
Ikan
  Haruan
  Yu
  Selar
  Gelama
  Jenahak
  Merah
  Tenggiri
  Kurau
  Bawal putih
  Senangin
  Ikan bilis
  Ikan kering
  Ikan masin
*Ikan kering/masin - darah nifas berbau
  Keli
  Bawal hitam
  Terubuk
  Duri
  Pari
  SembilangParang
*Ikan bawal hitam/terubuk/duri/pari/sembilang/parang - menyebabkan bisa dan bentan
  Kembung
  Tamban
  Cencaru
  Tongkol
  Seafood
Ulam-ulaman
(mengandungi zat besi, mineral, vitamin dan anti-oksidan)
 
  Halia
  Serai
  Lengkuas
  Pegaga
  Mengkudu
  Ulam raja
  Lempuyang
  Jantung pisang
  Daun atau ubi cekur
  Bunga kantan
  Kunyit hidup
  Lemuni hitam
  Kaduk
  Sekentut
  Kesum
  Cemumar
  Pudina
  Daun kari
  Bebuas
  Ruku
 
Sayur-sayuran
  Ubi kentang
  Sawi
  Lobak merah
  Lobak putih
Peria
Jantung pisang
*Lobak putih/peria/jantung pisang - banyakkan susu
  Ubi kayu
  Kangkung
  Petola
Terung
  Cili
  Timun
  Tomato
  Brokoli
  Kubis
  Saderi
  Timun
  Sayur keladi
  Pucuk ubi/kayu
  Bayam
  Sayur atau daun keti
  Kacang panjang/botol
  Labu
  Rebung
  Jeruk maman
  Petai
  Jering
Buah-buahan
(boleh menyebabkan athritis dan penyakit rheumatism - kajian dibuat di Barat)
  Anggur
  Kurma
  Oren
  Epal merah
  Strawberi
  Peach
  Prune
  Kismis
  Longan cina
  Nenas
  Limau
  Buah lai
  Tembikai susu/merah
  Epal hijau
  Kiwi
  Pear
  Pisang
  Jambu
  Belimbing
  Durian belanda
  Mangga
  Betik
  Ciku
  Langsat
  Nangka
  Cempedak
  Pisang masak hijau
  Pisang nangka/embun/udang
  Ubi kayu/keladi
  Sengkuang
  Manggis
  Macang
  Kuinin
  Binjai
Lain-lain
  Nasi
  Biskut
  Roti
  Nestum
  Quaker oat
  Cornflakes
  Masakan panggang
  Masakan rebus
  Masakan kukus
  Masakan bakar
Masakan salai
  Asam jawa
  Asam keping
Keju (asal dari susu)
  Tempe
  Burger
  Nugget
  Sosej
  Bihun
  Mee
  Kuey tiow
  Pulut
  Laksa
  Telur
  Semua jenis ubi
  Semua jenis makanan laut
  Masakan minyak (kalau nak jugak, kene makan jarang2)
Air
  Air suam
  Air pati kunyit
  Jus pegaga
  Air halia
  Air kopi
  Manjakani
  Jus halia kurma
  Madu
Susu
 
  Air ais
  Air sejuk
  Air berkarbonat
  Air tebu
  Air cincau
  Air kelapa muda
  Air jus buah-buahan yang dilarang

 

17 comments:

  1. terima kasih atas pkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum sis nak tnye klau ibu yg masih menyusu kan baby boleh ke mkn ikan bawal hitam?ank sya ade eczema

    ReplyDelete
  3. Tolong ye sis nk tau secept mungkin

    ReplyDelete
  4. Alaa.. baru ingat nak minum air cincau ��

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing food for thought.
    Have a wonderful life.

    ReplyDelete
  6. Cecair minum air suam n air susu ja byk2. Amalkan minyak kelapa dara bagus utk elakkan sembelit. Susu ibu beekualiti. Anak pun cerdik. Cepat bercakap kan. Wasap
    019-203. 5395

    ReplyDelete
  7. Boleh tak makan makanan bersantan selepas 44 hari berpantang kalau bersalin Ceaser

    ReplyDelete
  8. jgn mkn binjai msa pantang bersalin!!!..sy dh termakan walaupn ckittt je..seram2 sejuk bdn kaki sume����

    ReplyDelete
  9. Sayur bendi bole tak tuk ibu pantang makn

    ReplyDelete
  10. boleh tak makan sayur kundur untuk iby berpantang?

    ReplyDelete
  11. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete