23 May 2013

10 Langkah Sebelum Rawatan Infertiliti

 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 
Untuk hari ini, inilah entry pertama saya.
Biasanya, saya akan menulis di awal pagi,
tetapi pemikiran saya hari ini 'preoccupied' dengan 'things I want to do when I'm home'.
Fuh..percayalah, terdapat senarai yang panjang yang ingin saya lakukan apabila saya dibenarkan pulang (walaupun saya mempunyai banyak idea untuk blog kesayangan ini - InsyaAllah, saya akan berkongsi 'my plan' di entry akan datang).
 
Untuk segmen Infertiliti kali ini, saya mendapat idea apabila salah seorang sahabat bertanya.
Bagi saya yang bekerja sebagai Pegawai Perubatan, untuk mendapatkan rawatan infertiliti agak mudah. Saya minta Pakar O&G di Hospital Kemaman menulis surat rujukan (semua penyiasatan saya lakukan sendiri di Hospital Kemaman, selepas mendapat nasihat doktor pakar). Kemudian, saya telefon sendiri Klinik O&G, HSNZ (ketika itu tiada lagi Unit Perubatan Reproduktif) untuk mendapatkan tarikh temujanji.
 
Agak mudah juga kerana saya menjalani latihan siswazah di HSNZ, maka saya mengenali semua pakar di sana dan kakitangan. Ada juga rasa malu dan segan...tetapi saya tepis semuanya. Sudah 3 tahun saya berusaha sendiri, pada tahun 2008 saya ambil keputusan untuk mendapatkan rawatan moden yang 'proper'.
 
Even semasa saya bertugas di Klinik Pesakit Luar, ramai juga pasangan yang ingin mendapatkan rawatan infertiliti, tetapi tidak tahu bagaimana dan tidak tahu apa yang akan dihadapi.
Gementar... Risau... Takut...
Begitulah biasanya...
Pada masa yang sama, mengharap untuk menimang cahayamata walaupun sekali.
 
Disini saya mahu berkongsi maklumat,
apa yang anda akan 'anticipate' dan perlu lakukan.
 
InsyaAllah...harap dapat membantu.



1. Berbincanglah dengan pasangan anda
 
Peringatan! Ini adalah langkah yang paling penting.
Pada pengalaman saya, kebiasanyaan si isteri yang bersungguh-sungguh. Si suami biasanya tidak mahu bekerjasama - malu mungkin, atau risau sekiranya ia berpunca daripadanya.
So, make sure suami/isteri anda mahukan rawatan infertiliti krn ia perlu dilakukan bersama-sama.
Satu lagi perkara, perlu diingati, apabila anda mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan, anda haruslah sentiasa komited.

 
2. Berjumpa dengan Pegawai Perubatan

Apabila anda telah membuat keputusan, berjumpa dengan Pegawai Perubatan, samada di Klinik Pesakit Luar (dimana2 hospital), Klinik Kesihatan atau di Klinik Swasta.
Tetapi ingat, tujuan anda berjumpa Pegawai Perubatan adalah untuk mendapatkan rujukan dan perlu diingati surat rujukan anda nanti akan di'charge' dengan bayaran berbeza semasa temujanji di Klinik Pakar, bergantung pada klinik yang membuat rujukan:
Klinik kerajaan : RM5
Klinik swasta : RM30
3. Minta rujukan ke Klinik Pakar

Apabila anda berjumpa Peg. Perubatan, anda akan ditanya dengan pelbagai soalan yang kebanyakannya 'basic', seperti:
"Berapa tahun anda sudah berkahwin?"
"Adakah anda mengamalkan apa-apa perancang keluarga?"
"Adakah kitaran haid anda normal?"
 
Selepas itu, anda akan diberi surat rujukan & pastikan anda menerima surat rujukan tersebut.
Berbincang dgn Peg. Perubatan anda ketika itu dimana anda akan mendapatkan rawatan susulan.
Kebiasaannya anda akan dirujuk ke Klinik O&G yang terdekat (Klinik Pakar Sakit Puan).
Sekiranya terdapat Unit/Klinik Perubatan Reproduktif (biasnya di hospital2 utama) yang mana menawarkan rawatan infertiliti khusus (dimana IUI dan IVF dilakukan), minta supaya anda dirujuk disitu (dengan peralatan/kepakaran yang terbaik, peluang anda lebih baik).
Ingat, anda mempunyai hak sebagai pesakit!

Pintu utama Bangunan Klinik Pakar HSNZ
credit to: hsnzkt.moh.gov.my 
 
 
4. Kenalpasti tarikh temujanji

Selepas anda memperolehi surat rujukan, pastikan anda mempunyai tarikh temujanji.
Ada dua cara:
(a) Pihak klinik akan menelefon Klinik Pakar untuk mendapatkan tarikh temujanji
(b) Anda perlu mengambil tarikh temujanji sendiri, dgn pergi ke Klinik Pakar sendiri
Walauapapun, pastikan tarikh tersebut sesuai dgn anda; lapang ketika itu dan tiada masalah untuk menghadiri temujanji.

Kemudian, pastikan anda mengikut tarikh temujanji yang diberi. Ini adalah kerana, sekiranya anda tertinggal/terlupa, amat sukar untuk mendapatkan tarikh temujanji yang terdekat ('re-appointment'), anda mungkin akan diberi tarikh baru yang lebih lama.
5. Bawa pasangan anda semasa temujanji

Semasa temujanji, pastikan suami/isteri hadir sekali, terutamanya bagi temujanji yang pertama. Ini adalah kerana banyak perkara yang akan ditanya dan soalannya akan lebih mendalam - jangan malu - semua soalan adalah untuk mengenalpasti punca masalah anda.
Anda suami/isteri juga akan melalui pemeriksaan dan pelbagai penyiasatan.
Barulah penjelasana yang menyeluruh dan lebih spesifik dapat diberitahu kemudiannya.
Jika boleh, datang bersama pasangan setiap kali temujanji.
credit to: coupons.answers.com

 
6. Byk penyiasatan akan dilakukan selepas itu

Selepas mendapatkan riwayat sejarah pesakit, penyiasatan akan dilakukan. Kebiasaanya, pelbagai ujian darah akan diarahkan untuk isteri - jangan takut untuk ambil darah.
Dan kemudiannya, isteri juga akan menjalani pemeriksaan ultrasound - jangan malu - dan ingat, anda mempunyai hak untuk diiringi oleh waris semasa pemeriksaan atau meminta doktor perempuan untuk melakukannya.
Bagi suami, jangan malu untuk menjalani ujian analisis air mani ('Seminal Fluid Analysis'). Dengar penjelasan doktor dengan betul supaya ujian tersebut dapat dilakukan dengan baik dan tidak perlu diulangi.
7. Fahami penerangan doktor

Selepas semuanya selesai, doktor yang merawat anda akan memberi penerangan dan cuba fahami dengan jelas. Doktor mungkin akan menggunakan terminologi perubatan, maka jangan malu untuk bertanya jika tidak memahami.
Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya, jangan 'denial'. Terimalah diagnosis yang dimaklumkan dengan hati terbuka dan fahami pilihan2 rawatan yang ditawarkan. Anda berhak untuk bertanya lagi pada temujanji seterusnya dan anda juga berhak untuk mendapatkan pendapat dari doktor di Klinik Pakar yang lain.
credit to: medical.kencare.com.sg 

 
8. Pastikan anda menerima ubat yang betul

Selepas anda diberi penerangan berkenaan masalah dan punca yang anda hadapi, anda akan dimaklumkan rawatan ubatan yang diberi (sekiranya ada). Fahami dengan jelas ubatan yang diberi kerana kebanyakan ubatan bergantung pada kitaran haid, contohnya:
Tablet Duphaston 10mg hari ke-11 hingga ke-21
Semasa mengambil ubat di Kaunter Farmasi, anda akan diberi penerangan semula oleh Pegawai Farmasi yang bertugas. Sekiranya masih tidak memahami arahan yang diberi, anda boleh berjumpa dengan doktor yang merawat anda semula untuk mendapatkan penjelasan sekali lagi (lebih mudah memberi penjelasan setelah ubat diperolehi).
9. Bersabar

Rawatan infertiliti bukan seperti merawat pesakit demam.
Ini adalah kerana rawatan yang diberi kebiasaannya 2 - 4 bulan sekali, kerana ia bergantung dengan kitaran haid.
Sekiranya, pembedahan dirancang, tarikh pembedahan juga mengambil masa beberapa minggu - bulan, bergantung pada kekosongan pada tarikh tersebut.

 
10. Tawakal

Akhir sekali, bertawakallah kepada Allah.
Anda telah berusaha dan berdoa, bersungguh-sungguh. Kemudian, tiada lagi apa yang perlu dilakukan selain tawakal...pengharapan sepenuhnya kepada Allah.
Sentiasa beringat, bukan ubatan dan rawatan yang diterima yang membantu anda...hanya Allah.
Betulkan akidah anda dari mula lagi.
Anda bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk bermuhasabah kerana perkara yang mudah bagi orang lain (memperoleh zuriat), adalah sukar bagi kita yang TTC. Dan disinilah Allah mahu membentuk kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
 



Wallahua'alam
 

No comments:

Post a Comment