03 May 2013

Suntikan Pregnyl®

InsyaAllah, di entry kali ini saya mahu bercerita sedikit tentang ubat Pregnyl ini.
 
Sebelum ini sudah banyak kali saya mendapat suntikan Pregnyl, tetapi sebelum kehamilan kali ini, tergerak pula pintu hati untuk menangkap gambar ubat, cara 'dilute' dan cara suntikan. Maafkan saya dengan kualiti gambar, krn semuanya ditangkap menggunakan telefon sahaja.
Pregnyl® merupakan ubat suntikan Chorionic Gonadotropin.
 
Apakah itu Chorionic Gonadotropin?
Chorionic Gonadotropin adalah hormon yg terdapat didalam badan manusia yg dikenali sbg hormon HCG (human chorionic gonadotropin). HCG dihasilkan melalui placenta atau uri - ini bermakna hanya wanita mengandung yg boleh menghasilkan hormon ini.
 
Apakah fungsi HCG?
Fungsi utamanya adalah untuk memastikan kehamilan berlaku dengan lancer, terutamanya di peringkat awal kehamilan.
 
Apakah fungsi Pregnyl®?
  1. Prepubertal cryptorchidism ('angin pasang' atau testis tidak turun lagi ke dalam skrotum apabila bayi dilahirkan) - suntikan dengan dos yang lebih rendah diberi kpd kanak-kanak lelaki berumur 4 - 9 tahun (sebelum baligh).
  2. Hypogonadotropic hypogonadism (lelaki sahaja) - organ reproduktif lelaki tidak boleh menghasilkan hormon akibat masalah di kalenjar pituitary yang menyebabkan jumlah sperma berkurangan ('low sperm count' atau oligospermia)
  3. Induksi ovulasi bagi wanita yang mempunyai masalah 'anovulatory' (ovum gagal keluar/dirembes keluar daripada ovari)
Maka, untuk kes pesakit yg menjalani IUI dan IVF, Pregnyl® diberi untuk mematangkan dan merangsang pengeluaran ovum daripada folikel dalam ovari. Lagi banyak ovum yg berjaya dirembes keluar, lagi besar kemungkinan untuk mengandung (dalam kes IUI) dan lebih banyak embryo boleh dihasilkan (dalam kes IVF).
 
Berapa banyak dos yang diberikan?
Biasanya utk IUI - 5000 unit, mankala utk prosedur IVF 10,000 unit (bergantung atas setiap pesakit) 
 
Disini saya nak ceritakan sedikit tentang cara penyediaan Pregnyl® ini.
 
1. Sediakan semua alat yang diperlukan:
  • Ubat Pregnyl®
  • Syringe (saya suka gunakan 5mL)
  • Needle hijau dan biru
  • Alcohol swab
  • Cotton (yg kering) 
Inilah kesemua alat yang diperlukan
 
2. Pastikan ubat yang yg kita dapat adalah betul
 
 
Saya diberi dos 10,000 IU, maka saya perlukan 2 kotal Pregnyl

3. Tengok tarikh luput ('expired date') pada kotak dan ubat di dalam ubat

Expired bulan 2, 2015

4. Tengok di dalam kotak, kita ada dapat 2 ampoule. Satu yg ada line kuning adalah ubat Pregnyl itu sendiri (dalam bentuk serbuk putih), satu lagi yg berline hijau adalah solvent (pelarut). Pastikan ada kedua-dua ampoule.

 
Solvent (line hijau) & Pregnyl (line kuning)
 
 5. Sediakan syringe dan sambungkan dgn needle hijau (lebih senang utk syringe out ubat)

Syringe dgn needle hijau serta dua pasang Pregnyl/solvent
 
 6. Jentik sedikit ampoule sebelum mematahkan 'kepala' ampoule (bagi memastikan semua solvent berada di bawah, bukan di 'kepala'). Di bawah line hijau/kuning, terdapat satu titik hitam. Di titik hitam itulah ampoule akan dipatahkan. Saya lebih suka membalut kepala ampoule dgn gauze/kain, kemudian patahkan dgn titik hitam trsbt membelakangi kita.

Nampak tak titik hitam di ampoule solvent ini?

Titik hitam di ampoule Pregnyl®.

Balut kepala ampoule dgn gauze (saya gunakan plastic syringe) dan patahkan mengikut arah titik hitam.
 

Tengok...dah patah dah kan.
Ampoule Pregnyl®,  dan solvent yang telah dipatahkan 'kepala'nya
 
7. Bolehlah syringe out ubat. Mula2, sedut dari solvent dulu menggunakan syringe kita tadi
 
Proses penyedutan solvent. Syringe out sampai habis satu ampoule.
 
8. Kemudian, masukkan solvent ke dalam botol Pregnyl® yg terdiri dari serbuk putih. Serbuk putih tadi akan terus 'dilute' dalam solvent, tidak perlu digoncang.
 
Oleh kerana dos saya adalah 10,000 IU dan menggunakan 2 ampoule Pregnyl®, maka kita masukkan solvent yang sudah bercampur dgn ampoule Pregnyl® pertama ke dalam ampoule Pregnyl® kedua. Boleh je kalau nak syringe out solvent di ampoule kedua, tapi nanti ubat kita jadi terlalu banyak dan lebih sakit apabila disuntik
 
Solvent + Pregnyl® + Pregnyl®
(satu lagi ampoule solvent boleh dibuang)
 
Proses memasukkan solvent ke dalam ampoule Pregnyl®. Serbuk putih itu akan terus larut nanti
 
Masukkan solvent yang bercampur dgn Pregnyl® ke dalam ampoule Pregnyl® kedua. Masukkan sehingga habis.

Setelah selesai, syringe out kesemuanya semula

9. Apabila ubat sudah siap syringe out, bolehlah bersedia untuk memberi suntikan. Saya biasanya akan tukar ke needle biru (lebih kecil) kerana kurang sakit apabila suntikan diberi.


Sebelum itu, pastikan semua ubat di hujung needle (push sikit) sehingga boleh lihat sedikit ubat terkeluar. Ini adalah kerana, kita tidak mahu udara disuntik sekali (apabila ubat sahaja yang memenuhi ruang, maka tiada udara)
 
Solvent + Pregnyl® 5000 IU + Pregnyl® 5000 IU
 
Sekarang dah tukar needle biru dan semua ubat telah ditolak hingga ke hujung needle (lebih kurang 1mL)

 
 
Apabila semua ubat telah disediakan, bolehlah pesakit bersedia untuk diberi suntikan. Tatacara pemberian suntikan Pregnyl® akan saya ceritakan di entry akan datang.
Saya nak sentuh sedikit tentang kesan sampingan Pregnyl® ini.
Boleh terbahagi kepada tiga:
  • Setempat ('localized') - iaitu kesan sampingan di kawasan kulit tempat disuntik. Ia berpunca daripada teknik suntikan yang tidak betul atau tidak menggunakan antisetik semasa diberi suntikan
            - Jangkitan kuman; jarang berlaku, sekiranya ada perlu mendapatkan rawatan segera
            - Sakit dan bengkak; kerap - akan hilang dalam sehari dua
            - Kulit kemerahan; boleh jadi kesan sementara atau reaksi alahan
 
Biasanya saya akan meletakkan ais batu di kulit yang akan disuntik sebelum disuntik, untuk memberi rasa kebas. Jika merasa sakit selepas suntikan, saya akan terus meletakkan ais batu untuk memberi rasa kebas. Kebiasaanya, sakit dan bengkak ini akan hilang keesokan harinya.
 

  • Sistemik - secara umumnya, pesakit boleh mengalami 'non-specific symptom' seperti sakit kepala, letih dan kegelisahan (saya tidak pernah mengalami simptom ini). Ada juga pesakit yang mengalami:
            - 'Gynaecomastia'; payudara membesar - pesakit lelaki atau kanak-kanak
            - 'Thromboembolism'; pembentukan darah beku, biasanya di betis dan kaki
            - 'Ovarian Hyperstimulation Syndrome'; rangsangan yg terlebih pada ovari
 
Setiap kali prosedur yang positif (berjaya mengandung), saya akan mengalami 'Ovarian Hyperstimulation Syndrome' (OHSS). Maknanya, sekiranya saya tidak mengalami apa-apa simptom selepas prosedur, saya dah dapat agak yang prosedur itu tidak berjaya.
 
Mengikut kajian, pesakit yang menerima suntikan ini yang mengalami OHSS di awal fasa (dalam tempoh seminggu), hampir 50% pesakit berjaya hamil dan pesakit yang mengalami OHSS di akhir fasa (selepas 2 minggu), hampir 90% pesakit berjaya hamil. Di entry akan datang saya akan ceritakan lebih lanjut tentang OHSS.
 

  • Reaksi alahan ('allergic reaction') - samada setempat atau sistemik. Walau apapun, pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.
Sekian, sahaja untuk entry kali ini. Boleh bertanya jika tak faham. InsyaAllah, saya cuba bantu. Yang penting jangan putus berharap dan berusaha.

12 comments:

  1. as salam,berapa kos untuk sebotol ampoule? dan untk hamil mmg perlu 2btol ke?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah saya berjaya hamil dgn pregnyl..tp doc yg buatkan..mmg xphm klau nk buat sndiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamualaikm kak.. saya baru nk jalani proses ni.. nk tnya kak dh berjaya kan? Tahniah kak.. sya nk tnya berapa kali kak cuba unyk berjaya? Or sekali dh berjaya??

      Delete
  3. Terima kasih.

    "Toko Online Grosir Busana Baju Muslim Maxi Gamis Dress Busui Pashmina Jilbab Murah"
    www.iyesh.com

    ReplyDelete
  4. saya baru suntik semalam 09/10/2017 .. doa kan saya berjaya .. ameen, seronok baca teks diatas .. tak sabar nak tahu kesan kat diri saya!!

    ReplyDelete
  5. Esok saya Akan pergi hospital untuk dapatkan ubat pregny 4/12/17... Insya Allah..

    ReplyDelete
  6. Ada pantang tak selepas progress IUI ini ka?

    ReplyDelete
  7. Hi kak,

    Boleh tanya di mana kak beli ini Pregnyl?

    ReplyDelete
  8. Malam ni saya baru nak Cucuk.. doakan saya ya

    ReplyDelete
  9. Malam ni saya baru nak Cucuk.. doakan saya ya

    ReplyDelete
  10. Malam ni saya baru nak Cucuk.. doakan saya ya

    ReplyDelete