12 May 2013

Memori di Kota Kinabalu 2009 - Hari Kedua

Hari pertama kami di Kota Kinabalu adalah sekadar menanti transit di KLIA dan menghilangkan mabuk. Tapi pada malamnya, pengalaman di Filipino Market, tidak dapat dilupakan!

 
Keesokan paginya, kami bercadang untuk terus ke Kundasang dan Ranau, kerana perjalanan agak jauh (lebih kurang 2 jam perjalanan). Pada jam 6 pagi semuanya telah celik mata dan segar-bugar. Mana tidaknya, subuh di KK pada jam 4pg dan pd jam 6pg disana suasana sudah terang benderang (spt jam 7pg disini).
 
Kami breakfast di restoran yang berdekatan. Agak susah mencari kedai makan krn risau tahap ke'halal'annya. Di Sabah, warga Islam dan bukan Islam sukar dibezakan. Setelah memilih restoran yg dilihat mempunyai pekerja bertudung, kami berhenti dan menjamu selera disitu.
Imran pula muntah selepas makan - agak risau juga saya ketika itu.
 
Dalam perjalanan ke Kundasang, kami perhatikan, terlalu banyak gereja2 dan tiada satu pun surau. Suatu perkara yang berbeza berbanding di semenanjung.


Sebelum sampai di Kundasang, kami berhenti dahulu di lereng bukit (ada kawasan yg agak luas utk park kereta). Apa lagi, bergambar dengan membelakangi Gunung Kinabalu. Sangat cantik dan suasananya pun sejuk dan nyaman.
 
Gambar pemandangan boleh dilihat dalam entry The View...Episod 1
Dua jejaka tampan sedang berposing


Kami terus menuju ke Kinabalu Park Complex - melihat botanical garden - flora dan fauna ciptaan Allah.
 
Gambar flora boleh dilihat dalam entry The View...Episod 2
 
 

Gambar kenangan bersama
 
Setelah puas berjalan, kami membeli beberapa souvenir sbg kenangan
 
Pekan Kundasang - hanya lalu sahaja

Setelah itu kami menuju ke Ranau, melihat hot spring dan menaiki canopy walk.
 
"Take nothing but photograph, leave nothing but footprints"
 
Hot spring disini sungguh istimewa. Terdapatnya rumah2 kecil utk disewa oleh keluarga yg mahukan privacy dan ada juga kolam2 terbuka.
 
Kami berehat sambil makan tengahari disini. Harganya boleh tahan, terpaksa...jika tidak berlapar pula
 
Muka boring? Takpe, tunggu lepas ni...
 
Kemudian kami terus ke canopy walk yang orang sibuk perkatakan. Di kaunter tiket, sudah siap tertulis bahawa sesiapa yang mempunyai sakit jantung atau asma, dilarang menaiki. Lagi bersemangat saya bila membacanya. Imran pula, mula sedikit ketakutan.
 

Sesudah membayar tiket, perlu memanjat bukit...agak tinggi dan memenatkan
Dari bawah, kami boleh lihat canopy walk...sayupnya.. Hati mula terasa gusar

Close up sikit
Di tangga sebelum menaiki canopy walk

Masih bersemangat

Juga bersemangat
 
Apabila menjejakkan kaki atas canopy walk, mula merasa ketakutan. Saya yang sememangnya penggayat, berzikir sehingga dapat didengari oleh adik2. Hanya Allah yg tahu betapa takutnya saya ketika itu. Tempat memijaknya hanya sekadar cukup utk 2 kaki, dibentengi hanya dgn jarring dan apabila angina bertiup, boleh rasakan ia terhayun. Suami pula acapkali mengacah kami dengan menghayunkan lagi jambatan tersebut.
 
Imran pula hampir menangis dan saya pula tak henti2 berzikir. Irfan kelihatan 'tough' dan sentiasa berada berdekatan kami.
 
Memulakan langkah
 
Muka tough tapi dalam hati hanya Allah yang tahu
 
Beginilah sempitnya tempat memijak yang dipagari hanya jaring
Perjalanan masih jauh
 
Pemandangan dari atas canopy walk, sayup memandang

Pandangan ke bawah dari jambatan, tebalnya hutan sehingga tidak kelihatan laluan
Di bangunan inilah (ada surau) kami menunaikan jamak takhir, hanya kami berempat sahaja yg ada
 

 

Setelah solat dan hilang sedikit kegayatan, kami turun semula (pulang ke KK). Dalam perjalanan, kami singgah di bahu jalan berdekatan dengan Kinabalu Park. Pemandangan seperti di Cameron Highland shj. Ada satu jenis keropok, nampak sedikit pelik, tapi rasanya sedap (rupa2nya bayam goreng tepung). Kami borong agak banyak dgn harapan utk memberi keluarga lain merasanya. Tetapi setibanya di Aiport Kuantan, semua keropok itu hancur (silap kami meletakkan beg terisi keropok bersama luggage lain - patutnya hand carry shj).



 
Penuh dgn kabus. Ketika ini kami sangat keletihan
 
 Sampainya di rumah, kami terus mandi dan solat. Hajat dihati hendak terus melelapkan mata krn badan rasa terlalu keletihan. Tapi perut memanggil2.
 
Kami keluar sekejap, makan malam di Pantai Tanjung Lipat (tiada gambar).
Peringatan! Apabila order lauk disana, kene bagitau mahukan seorang makan. Kalau tidak, jika minta 4 jenis lauk, dilihatnya ada 4 orang (2 dewasa 2 kanak2), dibuatnya semua lauk utk 4 org makan (kenapalah diaorang takleh piker?). Sudahlah begitu, bukan semua lauk sama seperti di semenanjung. Kami pesan kangkung goreng belacan (kangkungnya keras dan terlalu pedas), lala masak pedas (sedap), ikan bakar (sedap) dan telur dadar.

 

  
....to be continued...

No comments:

Post a Comment