18 May 2013

Edisi Ekslusif: Anniversary Hari Ke-100....

 
Alhamdulillah, dengan izin dariNya kita masih menghirup udara milik Allah untuk kesekian harinya. Dan hari ini juga saya amat bersyukur krn diberi nikmat dan rezeki menjadi ibu utk anak yg keempat. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam.
 
Suami saya pernah berkata, "mungkin roh abang-abang kepada adiknya yang sedang saya kandungkan ini, turut 'membantu'...minta bertahan".
Semuanya dengan izin Allah s.w.t. belaka.
 
 
Hari ini dalam sejarah!
Hari ini genap 100 hari saya berada di dalam wad.
Alhamdulillah..
Untuk kehamilan kali ini, berjaya hingga ke minggu 23.
Tak boleh putus asa...harus terus berusaha, berdoa dan bertawakal.
 
Petang semalam, suami datang lewat iaitu. Hairan juga saya kerana biasanya jam 6 ptg akan muncullah kelibat suami di depan pintu. Tiba-tiba, dalam jam 6.30 ptg, suami memasuki bilik bersama satu plastik yang besar. Suspennye...
 
Rupa2nya, dia membelikan 3 biji kek untuk saya dan kakitangan wad. Jika ada lebih, katanya bolehlah diagihkan kepada pesakit2 di dalam wad. Semuanya sempena ulangtahun hari ke-100 saya berada di dalam wad. Sebagai tanda syukur dan appreciation.


Kek dari Secret Recipe - coklat indulgence - khas utk saya
 
Kek pertama yang saya buka adalah kek dari Secret Recipe - Chocolate Indulgence. Katanya khusus utk saya....(mampu ke saya menghabiska sebiji kek beso ni...?)
Happy sangat... Sampai tak jadi makan nasi yang hospital bagi. Kira makan kek ajelah petang semalam. Memang dalam hati saya ada terdetik mahu minta suami belikan kek sbb teringin nak makan...tup...tup...suami bawakan.. Thanks sayang..
 
Atas kek itu tertulis,
 
"Happy 100th Birthday
Semoga Lebih Tabah
Love U"
 
Kelakar betullah pekerja SR ni. Ada ke 'birthday' - tak rasa pelik ke? Suami bagitau dah, minta tuliskan 'day'... salah dnegar agaknya.
Takpelah..yang penting sedap..
 
 
Lepas tu ada dua biji kek lagi..
 
Dua biji kek yang masih dalam plastic
 
Lagi 2 biji kek tu, saya bawakan ke pantry wad. Panggil nurse dan bagitau..jangan terkejut dgn kek-kek ni. Diorang kata, "eh doktor dah duduk 100 hari ke, tak perasan pun". Memang suka lah diorang. Saya bagitau terima kasih sbb jaga saya selama ini. Dan lepas ni kene jaga saya lagi 100 hari.
Suka melihat orang lain gembira.
 

Kek blueberry

Kek black forest

Kedua kek ini beli dari Kedai Kek Harumi sahaja (kalau sume SR, agak bankrupt ler jugak). Tapi saya suke kek2 dari  Harumi ni, sbb memang sedap, lembut dan tak terlalu manis. Kalau roti dia rasa macam boleh buat bantal sbb gebu dan lembut. Kat situ ada 2 chef - sorang baking dan sorang lagi decoration. jangan risau, kedai kek ni melayu Islam. Even nama Harumi tu  adalah gabungan nama suami dan isteri pemilik kedai (suami - manager, isteri - chef baking, adik ipar suami - chef decoration).
 
 
Berjaya tak saya habiskan sebiji kek saya?
Memang ler tak boleh dihabiskan...risau juga, takut gula naik..jenuh ler nanti.
So, saya potong beso2 (lagi beso dari potongan biasa SR).
Dah puas makan sepotong kek tu, yang selebihnya saya beri ke kakitangan wad.
Takpelah...kami dah biasa makan.
 
Ada setengah staf kata, "sedaplah, rasa macam aiskrim". Mungkin tak penah rasa kot sebelum ni. Mmg coklat indulgence rasa mcm aiskrim krim dia.
 
Saya potong bahagian 'birthday' tu sbb pelik lak dgn perkataan 'birthday'.
Bila malam, terkenang lah pulak... Malunya dgn ayat 'Love U', siap ada 'love' tu..
Takpelah..
Yang penting, bila tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu..

Kecik aje kan potongan kek saya - harap2 gula tak naik lah

 
Kepada semua kakitangan Wad 1; doctor pakar, mo, ho, sister, semua nurse, semua PPK dan Kak Yah.... Terima kasih saya ucapkan kerana sabar 'menjaga' saya selama ini.
Doakan saya ye..
Harapnya, perjalanan ini berakhir dgn memori yang manis.
InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment