21 May 2013

Family Vacation Bukit Merah 2010

Untuk segmen Memoir kali ini,
saya ingin berkongsi beberapa family photo semasa percutian kami di Bukit Merah tahun 2010.
 
Tiada perancangan awal...kami terus membuat keputusan memandangkan semua ahli keluarga ada semasa cuti sekolah ketika itu, termasuk 'orang baru' dalam keluarga kami iaitu Alia. Kami juga berhasrat utk tidur di apartment di Bukit Merah semalaman dan membawa opah bersama dalam percutian kali ini.
 
 
Oleh kerana perancangan kami agak lewat. Kami tiba di Bukit Merah Laketown petang itu.
Perkara yang menarik disini adalah Taman Air (waterpark), Ecopark dan Pulau Orang Utan.
Pengunjung boleh membuat pilihan samada mahu tinggal di Resort yang disediakan atau menyewa apartment (seperti homestay).
 
Masa mula ketibaan kami di Bukit Merah
Opah dan Alia
Mak dan Alia - rasa nak gigit pipi Alia
 
Sampai sahaja, kami tengok dulu harga tiket masuk. Lepas tu boleh budget macm mana.


Harga tiket kombo Taman Air dan Ekopark
Harga tiket Taman Air (bukan kombo)
Masa masuk Ecopark dan Pulau Orang Utan
 

Selepas tengok harga tiket, kami jalan2 di sekitar dahulu. Kami merancang untuk enjoy semuanya esok hari. Kawasan di dalam Laketown ni agak luas. Ada tasik yang luas. Di tengah2nya terdapat seperti pekan kecil.
 
Di dalam pekan kecil ni ada satu kawasan dimana anda mempunyai banyak pilihan makanan.
Kemudian ada banyak kedai menjual souvenir, rumah hantu, family fun area.


Irfan yang sentiasa setia menolak kerusi roda Opah
 
Sebahagian daripada tasik yang luas
Bangunan atas air tu adalah sebahagian daripada resort yg disediakan

Platform di tepi tasik

 
Sempat snap photographer (my husband)
 
Sebelum pulang ke apartmen, kami makan-makan dulu. Dalam Bukit Merah Laketown, terdapat banyak pilihan makanan. Semua makanan boleh dibeli melalui kupon. Kiranya order dulu, kemudian beli kupon. Of course kitaorang suka beli menu makanan yang berbeza, so kami boleh merasa masing2 punya menu. Rasanya - not bad.


Ayah jaga Alia dulu sementara kami makan


Menu makanan yang berbeza
 
Sampai je di apartment, rehat sekejap dan terus tidur.
Kami pilih apartment kerana ada 3 bilik, maknanya lebih murah berbanding resort.
Lagipun, di dalamnya sia ada washing machine dan peralatan memasak.
Sebelum tu sempat lah snap gambar Alia banyak2.
 
Sebab Alia takde rambut, kami pakaikan dgn cekak beriben
Tengoklah rambut Alia - banyak accessory - bagi nampak lebih 'girly'

Alia dengan Mak Langnya

Alia dan putingnya - tidak dapat dipisahkan


Alia jelir lidah
 
Keesokannya, kami pergi ke Pulau Orang Utan dahulu.


Pintu masuk utama ke jeti untuk ke Pulau Orang Utan

Jalan ke jeti - di platform tu ada game tembak botol guna paintball - sementara tunggu bot datang

Bot seperti inilah kami naiki untuk ke Pulau Orang Utan


Mak dan Ayah - Ayah temankan Mak sbb Mak gayat naik bot


Dari jauh boleh nampak Pulau Orang Utan
Bangunan oren ni adalah tempat pentadbiran pulau ini dan juga nursery utk anak orang utan (sebelum dilepaskan ke hutan)


Jeti di Pulau Orang Utan
Bangunan coklat ini terdapatnya kedai menjual souvenir

Selepas puas tengok orang utan, kami pulang semua ke 'main island'.
Selepas berehat sebentar, kami menuju ke Ecopark. Ada  taman haiwan dan banyak permainan. Sonok juga. Walaupun sesetengah permainan memang gayat...tapi kalau tak naik rugi...so lawan sahaja kegayatan itu.
 
 
Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami tidak sempat pergi ke Taman Air, kecuali Alia dan mak ayahnya. Takpelah, banyak lagi waterpark yang boleh dilawati.
 
 
Sudah selesai semua, kami pulang terus ke rumah.
Badan pun dah penat.
Yang penting kami dapat berehat, melihat tempat orang dan mengeratkan silaturahim antara kami.
Bukan senang bagi kami utk spend masa bersama begini. Biasanya sayalah yang paling payah kerana tinggal jauh di Kemaman, manakala kedua adik perempuan saya tinggal di KL.
 
Walaubagaimanapun, apabila peluang bercuti itu ada, kami memang tidak akan melepaskan peluang untuk bercuti bersama2, sehingga ke hari ini.
 
Wallhua'lam
 


No comments:

Post a Comment