12 May 2013

Toksik...Buang Semuanya


 
Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini semakin bertambah hayat kita, semakin bertambah umur kandungan saya dan esok baby saya akan masuk ke minggu 22...Alhamdulillah (5 bulan setengah dah...)
 
 
Sekarang, baby saya suka sangat menendang dan ada masa2 tertentu, iaitu:
 
Semasa saya sibuk menulis blog - apabila saya beritahu "ye sayang, ibu tulis ttg israk dan mikraj ni" sambil cerita serba sedikit ttg israk mikraj - kemudian, barulah dia berhenti.
(Suami kata, anak kita dahagakan ilmu)
 
Ketika menantikan suami datang melawat atau menelefon - "sabo sayang, sikit lagi ayah datang" - tup...terus suami saya buka pintu dan pada masa yg sama berhenti dah menendang.
(Bukan sekali dua, agak banyak kali jugak - suami kata takutkan ayahnya)
 
Selepas makan makanan yg sedap2 atau yg pedas
 
Tengah malam - ni waktu favoret dia - buat laporan ke suami, suami cakap "begitulah baby, kene get used dah. waktu kita tido, dia bangun. waktu kita bangun dia tido"
 
Semasa saya sedang mengaji - Alhamdulillah
Kemudian saya akan terangkan surah apa saya baca dan fadhilatnya, sambil menasihatinya kene banyak ngaji Quran.
 
 
Selain dari itu, sekarang ini, saya tak boleh makan banyak spt dulu lagi (cth - sepinggan nasi). Jika dah makan sepinggan nasi, tak boleh dah minum air - perut akan jadi senak dan terlalu penuh, kemudiannya nak solat pun jadi payah. Dr. Faizan kata memang besar rahim saya, ada potensi utk anak 5kg katanya - saya pernah bermimpikan anak perempuan seberat 5.1kg.
 
Walauapapun, saya bersyukur krn diberi peluang oleh Allah utk mengandung sehingga 5 bulan setengah kali ini. Bersyukur dgn pengalaman ini yg mgkn ada wanita diluar sana tak dapat kecapi.
Thank you Allah..
 
 
Untuk segmen infertiliti kali ini, saya mahu berkongsi tentang pembuangan toksik. Dalam entry Usaha Kami, saya tidak maklumkan (tak ingat). Dalam brainstorming saya semalam, terus teringat kepentingan pembuangan toksik.
 
Ada banyak cara utk buang toksik dalam badan. cara yang paling mudah adalah MINUM AIR DENGAN BANYAK. Saya minum air masak (suhu bilik, bukan air sejuk tau) memang banyak semasa saya amalkan Atkin diet ... ya...memang betul saya amalkan Atkin diet dan saya berjaya turunkan 8kg dlm tempoh sebulan setengah!
(Ttg atkin tu saya akan ceritakan kemudian - sbb ceritanya pjg lah pulak)
 
 
Macam mana nak tahu kita dah cukup minum air?
(Saya ada hanya 3 tips)
 
Sepatutnya kita akan buang air kecil dgn banyak - sekurang2nya setiap kali sebelum solat mesti ada rasa nak buang air
Credit to: herbalcureindia.com
 
Warna air kencing sepatutnya jernih, bukannya kuning pekat (kalau tetiba ada keluar batu karang lagilah maknanya tak cukup air)
Kita mahukan yg no1 - taknak yang no 4
(credit to: ispub.com)
 
Sukatlah jumlah air minum anda setiap hari - tapi mcm mana nak ingat dah minum berapa gelas - senang sahaja, pastikan anda minum 2 gelas air setiap kali sebelum dan selepas makan
(2 gelas  X  2 (sblm & slps)  X  3 kali makan  =  12 gelas air!!!)
Syor WHO adalah 8 gelas sehari - jika minum lebih lagi bagus!
Ingat - 8 gelas sehari
(credit to: malct32.blogspot.com)
 
Kenapa air?
 
Air adalah komponen terpenting dalam tubuh badan kita - hampir 60% badan kita adalah cecair. Air sangat penting untuk pelbagai sistem dalam badan termasuk sistem perkumuhan yang mana sisa2 buangan dalam badan dikeluarkan melalui najis, air kencing dan kadang2 peluh. Bayangkan sekiranya air tidak mencukupi...ibarat kilang yang tiada pekerja.
 
Selain itu, air juga mempunyai manfaat yg lain:
  • Membantu membuang lemak (dalam lemak banyak toksin)
  • Perut rasa cepat kenyang, maka kita tidak akan makan berlebihan
  • Kulit akan cantik dan tegang (akibat hidarasi yg baik)
  • Lebih senang utk buang air besar (tanpa air, najis akan jadi ketulan yg keras dan lebih sukar utk dikeluarkan)
  • Meningkatkan metabolism dalam badan - krn air byk membantu sistem2 dlm badan
  • Boleh kurangkan risiko kanser (sbb dah banyak buang toksin)
  • Menghilangkan dahaga
 
Apabila toksin dalam badan semakin berkurangan, air mencukupi dalam badan, bagi yang ttc, sistem dlm badan yg mahu diaturkan adalah sistem reproduktif, kan!?
InsyaAllah, dgn izin Allah
Lagipun untuk jadi ibu, mestilah ada tubuh badan yg sihat. Lagi2 'perjuangan' sewaktu hamil lebih hebat lagi. Tubuh badan kita akan bekerja dgn lebih kuat.
Credit to: thinspoandhealth.tumblr.com

Badan saya sihat, tiada toksin
 
Anda yakin?
Toksin adalah bahan kimia atau racun yg merbahaya.
Adalah sukar utk kita elak dari toksin ini kerana ia berada dimana2 shj - di dalam udara (esp yg duduk kawasan bandar), makanan dan minuman (esp yg suka makan di luar, makanan dalam tin, makanan segera atau makanan ringan).
Selain dari itu, toksin juga boleh terhasil dari badan sendiri iaitu ketika anda stress atau akibat cara hidup yang tidak sihat (merokok, tidak bersenam, makan berlebihan dsb).
 
I hate smokers!
(credit to: www.guardian.co.uk)
Senang sahaja - jangan ambil!
(credit to: www.ubiquitouswisdom.com)
Tak cukup asap rokok, asap kereta pula
(credit to: www.earthtimes.org)
 
 
Alamak...dalam badan saya ada toksin?
 
Ada beberapa tanda2 yang boleh dikenalpasti, antaranya:
 
Cepat rasa letih dan tidak bermaya
Sukar untuk tidur
Mudah sakit kepala
Susah untuk memberi tumpuan
Credit to: schirtlea.wordpress.com
Sistem imun badan lemah - mudah selsema dan alahan
Kulit tidak bermaya - jerawat
Credit to: kokosowa-panna.blogspot.com 
Lenguh dan sakit sendi
Tanda penuaan yang awal
Credit to: drkavitaphysio.com 
 
Gangguan sistem reproduktif
Mudah mendapat seranga jantung, asma dan Alzheimer (nyanyuk)
Kanser
 
 
 Takut tak?
Tu sebab masih ada orang yang memilih untuk tinggal di kawasan kampung atau pedalaman.
Dan ada juga orang yang memilih percutian di dalam hutan, di atas bukit atau di pulau2.
 
Selain minum air dengan banyak, di luar sana ada pelbagai produk untuk detoksifikasi.
Banyak! Ada dalam bentuk minuman, kapsul, plaster dsb.
Yang saya gunakan adalah Kinohimitsu Foot Patch.
 
Saya amalkan setiap hari dan saya dapat rasakan bahawa badan saya semakin 'ringan'. Saya juga lekatkan pada tapak kaki suami, tapi dia tak bersungguh2 pun.
 
Lebih kurang beginilah setiap bangun pagi - memang suka bila habis toksik keluar
(credit to: zarryn.blogspot.com)
 
Setelah habis 2 minggu penggunaannya, saya dapati warna pada pad tersebut semakin berkurangan hitamnya, tetapi kadang2 kembali hitam (saya mengagak mungkin pemakanan saya yg tidak seimbang). Pada masa itulah suami saya kata "mar tak tahu ke". Alamak, apa yang saya tak tahu?
"Produk tu dia bereaksi dengan air - bila kena air (peluh), dia akan jadi lebih hitam. Tapi tak tahulah, mungkin memang benar ada kesan utk detoksifikasi dalam badan"
 
Ya..mungkin juga. Kalau tak bagaimana produk dari jepun ini boleh terkenal sehingga Malaysia, kan? Sehinggakan ada syarikat lain yg membuat produk yg hampir sama dgn harga yg lebih murah. Lagipun, memang saya rasa lebih 'ringan'. Mak mertua saya juga semakin kurang sakit sendinya.
 
 
Walau apa pun, yang penting - jangan lupa minum air dengan banyak. Detoksifikasi dengan cara natural dan mudah (tapi ramai malas buat dan lebih sanggup beli pelbagai produk..fuh..)
 
Wallahua'alam
 


1 comment:

  1. Betul, ramai yang malas buat hehehe nasib baik saya rajin. Detoks sendiri untuk buang toksin memang best rasa badan ringan je :)

    ReplyDelete