12 May 2013

Memori di Kota Kinabalu 2009 - Hari Ketiga

Hari pertama - Filipino Market
 
Hari kedua - Kinabalu Park, Kundasang, Hot Spring Ranau dan Canopy Walk Ranau
 
Hari ketiga, kami sudah agak keletihan tetapi masih bersemangat. Nasib baik juga adik bongsu tidak mengadu homesick. Rancangan kami pada hari ini adalah di sekitar KK sahaja.
 
 
Bangun sahaja pagi itu, kami memilih tempat sarapan yang berbeza. Kami makan pagi di pasar di Bandar KK. Bahagian bawah pasar terletaknya kawasan menjual makanan mentah, makanan kering dan sayur serta buah-buahan. Di tingkat atasnya terdapat deretan kedai makan. Teringin juga merasa makanan org sabahan ini. Malangnya, tekak kami tidak dapat menerima, tapi yang penting kami dah rasa, bukan?
 
Keadaan pasar sama seperti di semenanjung
Saya belikan untuk ayah beras merah yang katanya bagus utk pesakit diabetic
 
Emping belinio - beli juga sebagai buah tangan
 
Selepas sarapan dan bersiar2 di pasar, kami pusing2 sekitar Bandar KK.
 
 
Masjid Negeri Sabah
 
Menara Tun Mustafa
 
Kampung Air adalah antara destinasi wajib. Kami tak pergi kesana pun, hanya mengambil gambar dari jauh. Sebelah pagi, nampak jelas mengapa diberi nama 'Kampung Air'. Tetapi disebelah petang, habis surut airnya.
Kampung Air di waktu pagi - lihat 'terapung' rumah2 di atas
 
Kampung Air di waktu petang - habis surut airnya
 
Pantai Tanjung Aru
 
Oleh kerana ada banyak lagi masa terluang, kami mengambil keputusan untuk ke Lok Kawi Wildlife Park di sebelah petang. Ia sama seperti zoo, cuma hidupan sini ada keunikan sedikit. Sempat juga kami melihat pertunjukan haiwan disini yang menampilkan orang utan, helang, kakak tua dsb.
 
Kaunter tiket
 
Imran bergambar bersama kawannya - si enggang
 
Antara haiwan yang dilatih utk pertunjukan haiwan

Kemudian kami ke Aquarium & Marine Museum. Seperti  aquaria, tapi percuma! Bukan itu sahaja, kami dibenarkan mengambil gambar atau video.
 

Ada sebesar tulang ikan paus ini....

...dan ada sekecil kuda laut
 
Kemudian, hamper waktu senja kami segera ke waterfront untuk melihat sunset. Air laut semakin surut dan pelbagai hidupan dan rumpai yang kami temui. 

Mencari dan melihat khazanah laut yg terdampar
Antara yang terdampar

Beginilah sunset di waterfront KK - cantik kan... Subhanallah

Sebelah malamnya, kami makan di Filipino Market - kali ni makan terus disitu. Perut sudah kenyang, shopping lagi disekitar pasar. Beli souvenir banyak2. Jangan lupa beli kerongsang mutiara dan ikan kering/masin ya.. Banyak sungguh pilihan, sehingga rambang mata dibuatnya. Jangan risau, sebut sahaja, pekedai akan terus membungkus elok2 dalam kotak agar mudah dibawa balik di atas flight nanti.
 

Di kedai inilah kami memborong kerongsang

Kedai2 yg menjual ikan kering/masin
 
 
Berakhirlah untuk hari ketiga di KK. Badan pun dah penat, selepas mandi dan solat jamak takhir...apalagi, beradulah kami.
 
 
 
 

 
...to be continued...

No comments:

Post a Comment