Sejak akhir-akhir ini tendangan anak kecil di dalam perut saya semakin lama semakin kuat. Dan yang paling ketara adalah di waktu tengah malam. Kadang2 mengaduh kecil juga saya. Spot kesukaannya adalah di rusuk kanan dan di ari2 belah kiri (songsang kot..?). Risau juga apabila bayi ini semakin besar nanti - suami menjawab "tak pernah abang dengo ada perut ibu pecah sebab baby dalam perut tendang" - tersenyum seorang sambil mengiyakan.
Syukur dan tersenyum merasakan nikmatnya tendangan ini, menandakan anak saya seorang yang sihat dan benar2 hidup!? Pelik ke - hmm...sebelum ini tiada tanda2 spt ini, saya mengharapkan mesin ultrasound menunjukkan denyutan jantung yang menandakan anak saya 'viable'. Sekarang, dengan tendangan kecil dan putaran yg saya rasakan, tidak perlu lagi mesin membuktikan.
Yang sedihnya, suami tidak pernah dapat merasa..maklumlah anak saya ini aktifnya di waktu malam. Setiap kali suami datang melawat, setiap kali itulah anak ini senyap dan sopan. Maklumlah, pengalaman pertama buat kami mengandungkan anak sehingga 5 bulan lebih - tapi, tidak spt pasangan lain yg boleh bermesra dan bergurau ttg anak di rumah. "Baguslah," suami menjawab dan menyambung lagi, "maknanya budak kecik ni takut dgn ayah (dengar kata)". Hairan dgn suami saya yang selalu positif...Alhamdulillah. InsyaAllah, adalah peluang esok lusa.
Dalam sesi relaksasi kali ini, marilah kita memuji kebesaran Allah dgn melihat keagunganNya disekitar kita. Seluruh alam ini merupakan 'kanvas lukisan' yg terbaik dan tercantik.
Maka, kali ini saya kepilkan gambar flora dan fauna yang kami perolehi daripada Mount Kinabalu Botanical Garden semasa percutian kami disana beberapa tahun dahulu. Ada gambar yang suami saya tangkap dgn kamera dslr nya, ada sebahagian yg saya tangkap dgn kamera compact (tak ingat which is which).
So, enjoy dan jgn lupa bertasbih dan bertahmid dalam mengingati Allah setiap masa.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment