27 May 2013

Aduh...Sakitnya Belakangku...

 
Assalamualaikum w.b.t.
 
Hari ini adalah hari ke-108 saya berada di dalam wad dan InsyaAllah, esok kandungan saya genap 24 minggu...cukup 6 bulan. Dan lebih kurang 43 hari lagi kita akan menghadapi Ramadhan.

Hari ini saya terfikir, adakah selepas ini saya akan masih rajin menulis blog?
Maklumlah, ketika ini masa saya terlalu lapang..tiada apa yang boleh dilakukan dan agaknya saya sekarang ini dalam keadaan 'hypomanic', idea datang mencurah2. Banyak betul rasa perkara yang mahu diperkatakan. Selepas ini, apabila di rumah, dari 8pg - 5ptg sibuk bekerja...balik rumah pula sibuk mengemas, memasak dan merehatkan diri. Tak tahulah.. harap2nya saya akan terus istiqamah selepas ini.
 
Pagi-pagi lagi saya rasa kecewa dengan diri saya sangat clumsy...
Terperasan duit not RM10 tiada di dalam laci..hati mula mahu menuduh. Tiba-tiba teringat bahawa semalam saya memasukkan not RM10 tersebut di dalam kocek baju dan terlupa mengeluarkannya.
Suami kata..niat sedekah ajelah. Nak buat macam mana kan..
Nasib baik bukan not RM50..tu sebab saya tak berani nak simpan duit banyak2.
Tapi, saya cuba juga mengorek tong linen kotor..harap2 boleh terjumpa..
Hmm..takde harapan..macam yang suami nasihatkan..niat sedekah ajelah..
 
 
 
 
Orang mengandung biasa lah sakit belakang kan?
Itulah salah satu perkara yang saya sebut dalam entry bertajuk '15 Perkara Tak Best Semasa Hamil'.
 
Tapi, sakit belakang yang saya alami agak pelik. Bukan tipikal sakit di bahagian bawah tulang belakang dan bukannya ketika kandungan semakin membesar.
Sakit yang saya alami lebih kepada pinggul kiri dan bermula semenjak lebih kurang 16 minggu kehamilan.
 
Secara umunya, sakit belakang semasa hamil muncul apabila kandungan mencecah 4 bulan dan kebiasaannya ia menjadi lebih teruk apabila kandungan semakin membesar. Setelah melahirkan, sakit belakang ini akan beransur pulih. Walaubagaimanapun, sekiranya 6 - 8 minggu selepas melahirkan anak, sakit belakang yang dialami tidak berkurangan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.
 
credit to: welcomelittle.com
 
 
 
 
 
Terdapat 2 jenis sakit belakang ketika hamil:
 
 
 
A : Sakit bawah tulang belakang ('lower back pain')
B : Sakit bahagian belakang pinggul ('posterior pelvic pain') 
 
 
Sakit Bawah Tulang Belakang
  • Sakit bahagian belakang pinggang
  • Sama seperti sakit tulang belakang yang dialami oleh org yg tidak hamil
  • Biasanya menjadi lebih teruk dengan postur yang tidak baik
 
Sakit Bahagian Belakang Pinggul
  • 4 kali lebih lazim berbanding sakit bawah tulang belakang semasa kehamilan
  • Sakit di bahagian dalam otot yang dirasai di bawah pinggang sehingga ke punggung
  • Kadang-kala, ia boleh dirasai di bahagian peha dan kawasan ari-ari
  • Ada yang mengalaminya sebelah sahaja, ada yang kedua-dua belah
                          (Saya sakit belah kiri sahaja - terpaksa tidur mengiring ke kanan)
  • Ia boleh menjadi semakin teruk, apabila:
Cuba mengiring ketika baring
Memanjat tangga
Duduk dan cuba berdiri ketika duduk
Mengangkat barang
Tunduk
Berjalan dan berlari
 
  • Aktiviti yang terdedah kepada postur yg sama dalam tempoh masa yang panjang meningkatkan risiko sakit jenis ini (cth: duduk lama di hadapan computer)
  • Tidak seperti sakit belakang yg lain, seseorang yang aktif dan sihat tidak semestinya dapat elak sakit jenis ini dari berlaku
 
Sakit Bersalin
  • Adalah penting utk membezakan sakit bersalin daripada sakit jenis lain
  • Sakit bersalin adalah sama seperti senggugut ('menstrual cramp'):
Sakit yg berterusan
Peningkatan dari segi intensiti dan kekerapan dalam tempoh masa yg pendek
Tidak dipengaruhi oleh aktiviti yang dilakukan
 
 
 
 
Apakah Puncanya?
 
1. Pertambahan berat badan
  • Kehamilan menyebabkan berat badan bertambah sehingga 1/4 daripada berat badan asal
  • Ini menyebabkan tekanan pada tulang belakang dan struktur anggota lain yg menanggung berat (lutut dan kaki)
 


2. Perubahan pusat graviti
  • Berpunca daripada pertambahan berat badan
  • Yang mana berat badan wanita hamil lebih di bahagian hadapan (perut)
  • Ia menyebabkkan regangan (dan tekanan) pada otot
 
3. Perubahan hormon (Estrogen dan Relaksin)
  • Menyebabkan sendi menjadi longgar ('laxity') dan kurang sokongan bahagian sendi
 
 
Bagaimana Mengatasinya?
 
 
Sasaran:
Mengekalkan fungsi yang optimum sepanjang kehamilan
Mengurangakan ketidakselesaan ke tahap minima
 
 
Caranya:
 
1. Postur yang baik semasa hamil
 

 
 Cara berdiri yang betul
 
Tegakkan kepala - telinga selari dgn bahu
Tegakkan bahu dan 'keluarkan' dada
Luruskan lutut dan regangkan sedikit kaki
'Tarik' perut kedalam dan keatas & jgn gerakkan pinggul


credit to: brochures.mater.org.au 
 Cara duduk yang betul
 
Duduk dgn belakang ditegakkan - pinggul sepatutnya mencecah belakang kerusi
Letakkan sokongan (cth. tuala yg digulung) di belakang anda (bahagian yg membengkok ('lumbar')

 
 
2. Mempunyai mekanik badan yang baik ketika melakukan aktiviti
 
 
credit to: hne.kramesonline.com 
 Apabila berdiri lama (cth. membasuh pinggan), tinggikan salah satu kaki dgn menggunakan kerusi kecil.
 
 
Posisi tidur yg terbaik adalah mengiring ke kiri (elakkan baring telentang atau meniarap).
Letakkan bantal di bawah kepala (bukannya bahu) dan ketebalannya sekadar paras bahu shj.
Letakkan bantal di antara kaki dan di bawah perut, untuk menambahkan lagi keselesaan.
Jika tilam terlalu lembut, letakkan papan di bawah tilam.
 
Lagi bagus jika anda mempunyai bantal khusus utk wanita mengandung seperti gambar di bawah.
 
 
credit to: www.pregnancypregnant.org 
 
Untuk bangun dari tidur, mengiring ketepi dahulu, lipat lutut dan tolak/tarik badan anda menggunakan tangan. Elakkan daripada membengkokkan pinggang.


credit to: www.consultingmd.com
 
credit to: www.mayoclinic.com
 Gambar diatas menunjukkan cara yg betul mengangkat barang atau mengambil barang di lantai.
 
Jarakkan sedikit kaki
Duduk (berdekatan dgn barang trsbt) dan jgn sekali2 membengkokkan belakang
Ke hadapankan salah satu kaki
Angkat barang trsbt menggunakan kekuatan otot kaki
Luruskan lutut dan berdiri perlahan-lahan
Jika perlu, gunakan bantuan tangan ketika hendak berdiri (cth.kerusi, meja, yg berdekatan)
 
Minta pertolongan sekiranya barang yg perlu diangkat itu berat
Elakkan mengangkat barang lebih dari paras pinggang
Bawa objek berkenaan dekat dengan badan anda
Elakkan mengambil objek yg tinggi (gunakan kerusi atau tangga)
 
 
 
3. Senaman yang sesuai (bergantung pada tahap kehamilan)
 
credit to:www.summitmedicalgroup.com 
credit to: www.summitmedicalgroup.com
 

credit to: www.promdinurses.com 
 
 
 
 
Tips-tips Lain
  • Jangan berjalan atau berdiri terlalu lama. Lakukan regangan sejam sekali.
credit to: clairemockridge.wordpress.com 
 
  • Pakai kasut yang rata (elakkan bertumit tinggi)
credit to: www.aliexpress.com 
 
  • Gunakan 'belly sling' untuk memberi sokongan pada perut.
credit to: www.cheekymonkey.ca 
 
  • Berhati-hati dgn pertambahan berat badan (lebih berat anda, lebih banyak memberi tekanan kpd tulang belakang).
credit to: www.bestchance.gov.bc.ca 
 
  • Tuam dgn ais batu ('cold compression') 15 minit pada kawasan yg sakit, kemudian tuam dgn tungku suam ('warm compression').
credit to: www.healthline.com 
  • Tenangkan fikiran kerana apabila stress, ia juga memberi kesan kpd tulang belakang.
credit to: www.brightonyogaschool.com
  • Berendam dalam air suam.
credit to: healthypalm.com 
 
  • Berbincang dgn doktor utk medapatkan perkhidmatan terapi fizikal, perubatan komplementari (cth. akupunktur) atau pakar kiropraktik.
credit to: www.knoxvilleoptimalhealth.com

 


11 comments:

  1. kandungan saya mencecah 7 bulan..dah nak masuk 2 minggu memang asyik sakit bahagian pinggul ke bawah, tapi belah kiri je.. memang seksa nak jalan pon tak boleh..
    tq for the info

    ReplyDelete
  2. T.kasih atas maklumat di atas. Dh mula sakit pinggul kiri sejak usia kandungan cecah 6 bln. Ms pregnnt anak ke 2, mmg dh pnh sakit ni, tp pregnnt anak ke 3 kali ni lg teruk sakitnye. Mcm terseliuh punggung klu nl bgn lps dh duduk/baring lama.. stress dibuatnya

    ReplyDelete
  3. T.kasih atas maklumat di atas. Dh mula sakit pinggul kiri sejak usia kandungan cecah 6 bln. Ms pregnnt anak ke 2, mmg dh pnh sakit ni, tp pregnnt anak ke 3 kali ni lg teruk sakitnye. Mcm terseliuh punggung klu nl bgn lps dh duduk/baring lama.. stress dibuatnya

    ReplyDelete
  4. terima kasih info.
    sy dah mula sakit pinggang kdng2 keseluruhan dan kadang2 kiri shj mulai kandungan mencecah minggu ke10. selalunya sy akan mula sakit pinggang bila kandungan mencecah 5 bulan tp kandungan kali nie agak berbeza dari yang sebelum2 nie.

    ReplyDelete
  5. 1st time rasa sakit mcm ni. Yg tiga sblm ni ok je. Ingatkan sebab kurang kalsium ke apa, huhu.. Sy start sakit masa masuk mgu ke 15. Skrg dh masuk mgu ke 23, Allahu sakitnya x boleh nak kata. Nak bangun dr duduk atau baring tu x tau nk ckp sakitnya.. T.kasih atas perkongsian. Rupanya bukan sy sorang yg menghadapi mslh ni..

    ReplyDelete
  6. 1st time rasa sakit mcm ni. Yg tiga sblm ni ok je. Ingatkan sebab kurang kalsium ke apa, huhu.. Sy start sakit masa masuk mgu ke 15. Skrg dh masuk mgu ke 23, Allahu sakitnya x boleh nak kata. Nak bangun dr duduk atau baring tu x tau nk ckp sakitnya.. T.kasih atas perkongsian. Rupanya bukan sy sorang yg menghadapi mslh ni..

    ReplyDelete
  7. Sy pn bru rasa Allahu... sakit..nk tdo pn xlena..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete