20 May 2013

PCOS - Punca Utama

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni sindrom malas melanda diri. Tetapi, kerana pada malamnya, saya merasa sangat boring dan kesunyian...terpaksa juga memikirkan aktiviti berfaedah sebelum melelapkan mata.
 
Petang tadi, suami memberitahu bahawa dia mempromosikan blog saya kpd sahabat sekerjanya yang mengalami masalah yang sama. Tak sangka juga saya yang sahabatnya itu akan membelek blog saya yang tak seberapa ini. Katanya, kesemua yang saya alami, semuanya telah dilalui oleh isterinya dan segala usaha yang saya, semuanya telah dilakukannya. Buntu memikirkannya..
 
Semuanya kerja Allah..itu sahaja jawapan yang pasti.
Walau sebanyak mana ubat yang diambil...
Walau sehebat mana pakar yang merawat...
Walau semahal mana duit yg dikeluarkan..
Tanpa izinNya...belum lagi rezeki namanya
 
Seperti yang suami saya selalu katakan..
Mungkin ini yang terbaik utk kita (hidup tanpa zuriat)...
Mungkin Allah belum izinkan lagi...
Mungkin Allah sayangkan kita dgn ujian2 yang ditimpa...
Mungkin ini semua kafarah dosa..
(Believe me..suami saya adalah seorang motivator yg bagus - in fact I am the obsessive & anxious one, and he is the optimistic and cool one)
 
Manusia merancang...tetapi perancangan Allah adalah yang sebaik-baik rancangan
Untuk segmen Infertili kali ini, saya mahu kongsikan penyakit yang ditakuti bagi wanita yang mahukan zuriat, iaitu PCOS. Dan, saya adalah salah seorang daripadanya.
 
 
Apa itu infertiliti?
 
Kegagalan memperolehi zuriat setelah;
1. Sudah berkahwin/mencuba lebih dari setahun
2. Duduk bersama/sebumbung
3. Tanpa mengamalkan apa2 perancang keluarga
 
 
Apa punca infertiliti?
 
Suami + Isteri = 10%
Suami = 30%
Isteri = 30%
Tidak diketahui = 25%
Lain-lain = 5%
 
Data dari UK (2009)
(credit to: en.wikipedia.org)
 
Bagi isteri, punca utama adalah PCOS.
Selain daripada Endometriosis dan tiub fallopian tersumbat.
 
 
Apa itu PCOS?
 
PCOS = Polycystic Ovarian Syndrome
Satu sindrom endokrin yang kompleks yang menyebabkan anovulatory cycle (kitaran haid tidak tetap dan tanpa ovulasi) dan banyak cyst pada ovary ('polycystic ovaries').
 
Selain daripada itu, ia menyebabkan berlebihan hormon testosteron (yang menyebabkan jerawat dan berlebihan bulu pada badan), resistan kepada insulin (berkait dgn obesiti, kencing manis dan tinggi kolesterol dalam darah). Wallaubagaimanapun, simptom dan keterukan penyakit berbeza bagi setiap wanita.
 
Punca utama tidak dapat dipastikan, tetapi berdasarkan banyak kajian yang dilakukan ia banyak diklasifikasikan dalam penyakit genetik/keturunan.
 
Mengikut kajian yg dilakukan oleh WHO (2010), seramai 116 juta wanita seluruh dunia (3.4% populasi) yang menghidap PCOS. Ada juga yg menjalankan kajian (2011), mendapati terdapat 18% wanita menghidap PCOS dan 70% daripadanya tidak pernah didiagnos sebelum ini.
 
 
Bagaimana cara mendiagnos PCOS?
  1. Pengambilan sejarah : berkenaan kitaran haid
  2. Pemeriksaan fizikal : obesiti, lebihan rambut/bulu pada badan ('hirtusim')
  3. Ultrasound abdomen : ovari dan uterus, juga utk melihat folikel dalam ovari
  4. Ujian darah hormon :
                  - Serum Testosteron - tinggi
                  - Day-3 LH/FSH ratio - melebihi 1:1
                  - Day-21 Progesteron - rendah
                   
Tipikal 'Polycystic Ovaries' pesakit PCOS - 'string of pearls apperance'
(credit to: adietitiangonepaleo.wordpress.com)
 
Tidak semua pesakit PCOS mempunyai 'polycystic ovaries', dan
tidak semua pesakit yang mempunyai cyst di ovary didiagnos PCOS.
 
Perbezaan antara ovari yg normal dan 'Polycystic Ovaries'
(credit to: hubpages.com)
 
 
Apa lagi yang akan dilakukan?
 
Laparoscopy (pembedahan melalui 'teropong') 
+
Dye Insufflation Test (menguji tiub tersumbat atau tidak)
+
Ovarian Drilling (untuk merangsang ovulasi)
 
Pembedahan ini dilakukan di dewan bedah dengan bius penuh ('general anesthesia')
Jangan risau, memang tak sakit...InsyaAllah.
Selepas pembedahan, akan rasa pening/mabuk/ngantuk kesan daripada ubat bius yang diberi
dan akan ada sedikit pendarahan.
Luka pembedahan kecil sahaja - 1 cm panjang di pusat dan bahagian ari2.
 
 
Selain itu, pesakit PCOS harus memantau tahap gula dan kolesterol dalam badan.

Cara rawatan PCOS
 
Tiada satu rawatan yang dapat menyembuhkan PCOS.
Apa yang boleh dilakukan adalah merawat dan mengawal simptom2 yg dialami.
Rawatan juga berbeza bagi setiap pesakit.
 
  • Anovulatory (infertile) dan overweight : kurangkan berat badan sekurang2nya 5% dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan.
  • Anovulatory (dan tiada masalah berat badan) : rawatan kesuburan, samada ubatan (clomiphene/clomid) atau IUI/IVF
  • Kitaran haid tidak tetap : pil perancang
  • Resistan pada insulin : Metformin (juga dikatakan dapat merangsang ovulasi)
  • Jerawat/Hirsutism : pil perancang yang mengandungi Cyproterone Acetate (cth Diane)
 
 
Masalah/risiko yang dihadapi oleh pesakit PCOS
  • Kanser rahim
  • Kencing manis
  • Darah tinggi  - terutamanya bagi pesakit obese dan mengandung
  • Kolesterol tinggi
  • Kemurungan ('depression') dan keresahan ('anxiety')
  • Penyakit jantung
  • Angin ahmar
  • Keguguran ('miscarriage')
  • Sesak nafas ketika tidur ('sleep apnea') - terutama bg pesakit obese
  • Penyakit hati - terutama bg pesakit obese
  • 'Acanthosis nigricans' (hiperpigmentasi - kulit menjadi hitam, di kawasan ketiak, celah peha dan belakang leher)
  • Penyakit tiroid ('autoimmune thyroditis')
 

5 comments:

  1. Salam akk... boleh x akk terangkan pd sy apa yg akk buat step by step utk rawatan?
    Sy br ja di diagnose as pcos.. n seriously.. mmg sy sndiri buntu. Byk google n buat bacaan tu yg tjmpa blog ni..

    Thanks.

    Email sy: ieqa4409@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Paling ketara bagi pengidap PCOS adalah berat badan naik mendadak dan kitaran haid jadi tak normal kan.
    Antara saranan terbaik adalah ambik EPO dan suplement tinggi antioksida untuk membantu.
    Mudah mudahan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.macam mana pula kalau kes yang badan kurus Dan kecik kena penyakit ni.sedangkan keturunan takde sebarang penyakit mcamni.saya baru 19. Macam mana akak buat rawatan..boleh terangkan pada saya?

    Email saya: nashq2215@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Saya didignose pcos, and clomid resistance. Dh amik clomid dgn dos tinggi, tp telur masih xde yg matang. xde ovulasi. Doc saran buat Ovarian drilling. Soalan saya, Ovarian drilling ni perlu berpantang ke slps operate? terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Saya didignose pcos, and clomid resistance. Dh amik clomid dgn dos tinggi, tp telur masih xde yg matang. xde ovulasi. Doc saran buat Ovarian drilling. Soalan saya, Ovarian drilling ni perlu berpantang ke slps operate? terima kasih.

    ReplyDelete