21 May 2013

Alamak...ATT Tak Cucuk Lagi...!!?

 
Salam sejahtera buat semua pembaca. Moga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan penunjuk dariNya. Jangan kita lupa nikmat yang Allah kurniakan setiap hari dan bersyukurlah sentiasa dengan apa yang berlaku pada kita kini, dulu dan akan datang.
Sentiasa ingat, kita sekadar hambaNya yg hanya untuk mendapat keredhaan dariNya.
 
Hari ini adalah hari ke-103 saya berada di dalam wad dan lagi 48 hari kita akan bertemu Ramadhan. Moga kita sempat bertemu dengannya dan Lailatul-Qadar menjadi milik kita untuk tahun ini.
 
Malam tadi, semasa Kak Dah (nurse di Wad 1) mengambil bacaan tekanan darah, beliau bertanya samada suntikan ATT sudah diambil atau tidak. "Alamak Kak Dah, tak ingat lah Kak Dah. Padan lah gini... Bakpe saya leh lupa," dengan cemas saya menjawab. Serius saya langsung tak ingat.
 
Saya tahu, tak boleh salahkan doktor yg merawat krn biasanya suntikan ATT diberi di klinik antenatal bukan di wad, biasanya nurse di klinik lah yg akan notice. Lagipun, mungkin juga mereka menganggap saya telah menerima suntikan ini semasa kehamilan sebelumnya. Hakikatnya...belum lagi, Semasa mengandungkan Amirul dan Uwais, memang suntikan ATT tidak sempat diberi.
 
Hmm.mendengar perkataan suntikan...telinga menjadi lali. 
Hidup saya memang dengan suntikan sahaja.
Sebelum IUI, suntik Gonal-F hari2,
sebelum prosedur suntik Pregnyl,
sudah pregnant suntik Proluton 2x/minggu.
Ni sekarang suntikan ATT pulak (2 kali pulak tu).
Nanti semasa 28 dan 32 minggu, mahu diberi suntikan Dexa 2 cycle (4 suntikan).
Harap2, hemoglobin (darah merah) saya tak terus drop - sebab suntikan Inferon memang sakit.
Dah nama suntikan, mana ada yang tak sakit kan?
 
 
Bagi yang tidak pernah mendengar, suntikan ATT adalah sejenis suntikan vaksin Anti-Tetanus Toxoid untuk melindungi daripada penyakit Tetanus (kancing gigi).
 
 
Bila suntikan ini diberi?
  1. Untuk bayi berumur 2, 3, dan 5 bulan (suntikan DTaP) dan dos booster semasa 18 bulan.
  2. Wanita hamil
  3. Selepas kecederaan (booster) - luka pada kulit yg berkemungkinan tercemar akibat gigitan haiwan atau tusukan benda asing yang mungkin mengandungi kuman Tetanus.


Bila suntikan sepatutnya diberi bagi wanita hamil?
 
Bagi wanita yg mengandung kali pertama, suntikan ATT akan diberi 2 kali iaitu semasa quickening (kali pertama merasa pergerakan anak) - biasanya lingkungan 16 - 22 minggu, dan diberi dos booster sebulan selepas itu.
Suntikan pertama adalah untuk memberi perlindungan untuk ibu dan kali kedua adalah untuk bayi.
 
Bagi wanita yang mengandung bagi kali kedua dan seterusnya (telah menerima suntikan ATT semasa kehamilan sebelumnya), suntikan ini akan diberi sekali sahaja (dos booster).
 
Suntikan ini diberi adalah untuk memberi perlindungan daripada jangkitan kuman Tetanus (kancing gigi), yang mana risiko mendapat jangkitan tinggi semasa kelahiran bayi (terutamanya kelahiran Caesarean) dan juga semasa memotong tali pusat bayi ('umbilical cord').


 
Moral of the story, jangan jadi macam saya.
Kene cakna bende macam ni, Jangan harapkan orang lain.
Nasib baik juga saya baru 23 minggu, jika 30 minggu baru tersedar...tak panik namanya.
 
Tanpa suntikan ATT, baby dan anda boleh mendapat penyakit spt ini:
 
credit to: asiseeit2000.wordpress.com 
credit to: www2.cedarcrest.edu
 
Takut tak?
Semua ini boleh berakhir dengan kecacatan dan kematian.
 
 
So, sekarang memang saya risau.
Saya start rasa anak bergerak masa 16 minggu, betul2 menendang 20 minggu.
Maknanya, saya ketinggalan sebulan sudah..
Oh..tidak..
 
InsyaAllah..takde apa2 kan..
Petang ni suntikan pertama akan diberi.
Kene terus berusaha dan berdoa.
Memang ayat biasa yang tertulis di dalam blog ini...tetapi itulah hakikatnya.
Kerana kita tiada kuasa...kecuali Allah s.w.t.
 
Wallahua'alam
 

No comments:

Post a Comment