17 May 2013

I Love Gifts!


 
Alhamdulillah, hari ini berlalu jua.. Hari ini adalah hari ke-98 saya berada di dalam wad, dan saya sangat stress pada hari ini. Blame it on hormones, tapi mungkin kerana personaliti saya sendiri. Lebih-lebih lagi suami saya balik kampung weekend ni dan quite stress himself too.
You should too if you are staying in ward for 3 months.
Dan apabila seorang isteri berada di wad, basically suaminya turut di wad juga.
However, we survive so far.
Doakan kami ye..
 
Untuk segmen Hospital Stay kali ini saya mahu berkongsi tentang gifts. Siapa yang tidak sukakan hadiah, bukan. Apabila di wad, selain lawatan suami, hadiah, hamper, walaupun sekeping kad...sangat menggembirakan hati saya. Ia bagaikan ubat bagi hati yang kesunyian dan bagaikan dos vitamin penaik semangat utk saya tinggal lebih lama disini.
 
 
 
 
Nak tahu hadiah apa yang paling bermakna buat saya sepanjang saya di wad?
 
 
Inilah jambangan bunga segar kiriman sahabat baik (bersama semasa houseman di HSNZ). It's unpredictable. Pada suatu petang, Kak Maria membuat panggilan dan menanyakan dimana saya duduk di hospital. Lebih kurang sejam selepas itu, seorang staff membawakan utk saya jambangan bunga segar...sangat segar sehingga bau harum bunga ros itu bertahan hampir sebulan.
 
Bersama jambangan bunga tersebut terdapat sekeping kad yang tertulis,
 
"Sabar banyak-banyak, mudah-mudahan ia berakhir dengan baik dan selamat. Buah sabar selalunya manis..."
 
It make me smile everyday to see the flowers each morning. Saya buka plastiknya dan letakkan ia ke dalam 'pasu buatan' yang suami buatkan utk saya (daripada botol mineral yang besar yang dipotong separuh). Saya letakkan jambangan bunga ini di atas singki, dan setiap kali saya masuk ke bilik air, baunya semerbak. Yang membuatkan saya terharu adalah jambangan bunga tersebut dikirim oleh abang Kak Maria kerana sahabat saya ini berada di Kota Bharu semasa pengahantaran dibuat.
 
I have a secret... Dalam hidup saya, rasanya ini kali ketiga (mungkin, I don't really remember) saya menerima jambangan bunga segar. 2 kali sebelum ini adalah dari suami saya tapi tidak sebesar ini. Even semasa konvokesyen, saya mempunyai 2 jambangan bunga palsu (satu utk konvo dan satu lagi utk birthday krn, ia jatuh pada tarikh yang sama). So, I was ecstatic! Dan saya beritahu Kak Maria, yang saya mampu tinggal di wad untuk the next 3 months.
 
 
 
Selain jambangan bunga, saya juga menerima beberapa hamper - daripada team Unit Kesihatan Awam (thanks to Dr. Azimah and her team), team Pusat Sumber (tq Sister Hazizah and her team) dan 3 lagi hamper drp pejabat kerajaan.
 
Tak lupa, terima kasih saya ucapkan buat SN Fazlina, dengan 2 buah buku dan Dr. Noorhayati dengan 2 buah buku dan kudapan. Buku yang kalian beri sangat bermakna buat saya.
 
Terima kasih buat PPK Faridah, beliau seperti ibu saya disini...sentiasa membawakan nasi goreng dan cucurnya yang sedap. PPK Habsah yg selalu melawat dan membawakan utk saya nasi lemak (waktu itu saya kesedihan-suami balik kampung dan agak kelaparan krn breakfast hanya dgn sebiji pau). Kak Yah yang menjadi rakan sembang saya sepanjang di wad - beliau merupakan cleaner di wad ini, tapi apabila Kak Yah bercuti, hari itu sangat sunyi bagi saya.
 
Akhir sekali, buat semua staf Wad 1 yang banyak membantu. Tak lupa kepada Dr. Zailin - walaupun sibuk sebagai Pengarah Hospital, beliau sentiasa mengikuti perkembangan saya, team Psikitari dan semua yang pernah datang melawat saya (maaf jika saya tidak menyebut nama anda).
Doakan saya...
 
 
Hamper dari pejabat kerajaan - buah-buahan


Hamper dari Pejabat Pelajaran - baju dan peralatan baby
BAJU FIRST BABY!


Hamper dari Pejabat Kerajaan - beg sekolah dan tuala
BEG FIRST BABY!

 


No comments:

Post a Comment