25 May 2013

Indahnya Bunyian Itu

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Assalamualaikum w.b.t.
Rasa macam sudah lama saya tidak bercerita keadaan saya ketika ini.
Seminit disini, rasanya seperti satu jam. Setiap saat yang berlalu rasa begitu perlahan lagi.
Alhamdulillah kini saya hampir memasuki 24 minggu.
Hampir 4 bulan berada di dalam wad dan sebulan lebih lagi kita akan menghadapi Ramadhan.
 
Keadaan saya masih sama...tiada banyak perubahan.
Setiap masa yang berlalu, saya rasa sangat terhibur dgn 'kaletah' anak kecil di dalam perut ini. Kadang2 rasa seperti tidak waras, tetapi inilah antara dunia komunikasi saya sepanjang hari.
Berbual2 dengan anak (lebih kepada bercakap pada perut yg semakin membesar ini, sambil mengusap2 dgn tangan) mendatangka kepuasan...bahagia menjadi ibu walaupun utk sementara waktu.
 
Banyak kajian yang dilakukan bahawa, selepas 20 minggu, deria pendengaran anak sudah berkembang dan ibu digalakkan bercakap2 dgn anaknya - sebahagian daripada stimulasi awal anak.
Saya pernah mendengar ada yang mengajar anaknya ABC sejak dari dalam kandungan dan hasilnya anak itu memang pintar setelah dilahirkan. Pada masa yang sama, kita juga boleh lakukan pengiraan gerakan anak - 2 dalam 1.
 
Maka tidak hairanlah, ramai ibu yang memasangkan lagu atau ayat al-Quran, lalu diletakkan earphone pada perut. Mengikut kata saintis di Barat, apabila memperdengarkan lagu Mozart atau Beethoven atau seumpamanya, anak jadi lebih bijak. Maka, kita sebagai orang Islam...twist sikit...pasangkan ayat al-Quran. Lebih baik jika dipasang kuat agar boleh didengari oleh ibu dan anak.
 
Saya sendiri mengamalkan bacaan al-Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Insyirah, setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Moga anak ini dijauhi daripada gangguan iblis dan syaitan serta melembutkan hati dan mudah menerima ilmu. Boleh juga diamalkan apabila anak telah lahir, masa anak masuk tidur Katanya ini adalah tips untuk memperoleh anak pintar.
 
Sejak seminggu yang lalu, nurse telah mula memeriksa jantung anak dengan menggunakan alat yang dinamakan Depton ('Pocket Fetal Doppler'). Ia mempunyai satu probe kecil dan memanjang yang disambungkan kepada satu alat sebesar telefon bimbit yg mempunyai 'display' dan butang on/off. Probe itu akan diletakkan di perut bagi mencari jantung anak dan kemudian akan terdengarlah bunyi degupan jantung yang laju. Bacaan jantung anak akan terpapar pada 'display'.
 
Lebih kurang beginilah rupa alat bagi memeriksa jantung anak
(credit to: www.tradekorea.com)

Kadang-kadang senang sahaja mencari, kadang-kadang sukar juga - habis seluruh perut diletakkan probe, masih tidak menjumpai bunyian jantung yg sekata. Jika sukar saya akan katakan pada nurse, "anak menonggeng kot", terutamanya apabila tendangan yang dirasai lebih kepada kawasan ari2.
 
Probe diletakkan pada perut
(credit to: www.babymed.com)
 
Tetapi sejak semalam, saya dapat rasakan setiap kali nurse meletakkan probe, terus rasa tendangan pada bawah probe tersebut. "Marah ke"...begitulah yg saya katakan pada anak ini. Sebab memang ketika mencari bacaan, bunyian yg dikeluarkan agak bising juga.
"Sensitif sama macam ayah dia," sambil tergelak saya menceritakan kepada suami.
Nanti, saya akan minta suami bawakan stestoskop saya di rumah dan bolehlah kami mendengar puas-puas bunyian indah ini.
 
Pemeriksaan ini dilakukan 4 jam sekali. Bahagia rasanya dan seronok sangat apabila nurse mengeluarkan Depton dari poketnya. Suka mendengar jantung anak yang laju dan kadang2 bunyinya lari apabila anak dalam perut saya ini bergerak (macam main cak-cak pulak).
Selain tendangan anak dan ultrasound, inilah salah satu cara mengetahui bahawa ada manusia kecil yang hidup di dalam perut saya.
 
Tidak putus-putus kesyukuran saya lafazkan dengan peluang yang Allah berikan.
Kami berharap, agar kebahagiaan ini berterusan, dapat memangku bayi yang menangis kemerahan, menimang, memandikan, bermain bersama, solat bersama, suapkan makanan, dsb.
Tetapi, jika takdir Allah tidak seperti apa yg kami impikan, kami berdua masih bersyukur krn berpeluang menjadi ibu dan ayah buat sementara waktu.
 
InsyaAllah, di akhirat nanti anak-anak kecil ini (Amirul dan Uwais) dapat membantu kami sewaktu meniti Titian Sirat, dan seterusnya hidup bahagia dalam satu keluarga di Syurga nanti.
 
Wallahua'alam
 

No comments:

Post a Comment