08 May 2013

Suntikan Gonal-f®

 
Alhamdulillah. Hari ini kita diberi peluang sekali lagi utk terus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Manfaatkanlah sebaik mungkin. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam.
 
Hari ini saya nak bercerita tentang cara penyediaan salah satu ubat kesuburan iaitu Gonal-f® atau nama generiknya adalah Follitropin Alfa yang disediakan dalam bentuk 'refilled pen'.
 
Dalam tahun 2010 dahulu, saya ada diberi ubat Gonal-f® ini, tetapi ketika itu tiada lagi dlm bentuk pen. Ubat perlu 'dibancuh' sendiri (seperti Pregnyl®) dan suntikan bawah kulit diberi dengan jarum biasa.
 
Sekarang lebih senang kerana Gonal-f® ini sudah disediakan dalam bentuk pen dan suntikan bawah kulit ('subcutaneous') dapat diberi dgn mudah.
 

Kotak suntikan Gonal-f®

Gonal-f® yang disediakan adalah dgn dos 300 IU. Dos yang dimulakan biasanya adallah 50 IU, maknanya boleh digunakan utk suntikan 6 kali. Dos saya adalah 150 IU, maknanya 2 kali je boleh digunakan. 
 


Isi kandungan kotak - Gonal-f® refilled pen, dan jarum.




1) Sediakan semua peralatan.
Oleh kerana bekas dalam kotak tu memang dh ada divider, saya satukan jarum2, kemudian saya letakkan kapas kering.
Kapas kering itu lembapkan separuh dengan alcohol.
 
 

Sediakan alcohol dan kapas kering


Lembapkan separuh drp kapas kering

2) Mula sekali kita sambungkan jarum kepada pen.
Buka penutup pen dan cuci dahulu bahagian yang akan disambungkan dgn jarum ('threaded tip') dengan kapas yang beralkohol.
Buka penutup jarum ('outer needle cap') dan sambungkan.
Biarkan dahulu.
 
Buka penutup pen
 

Cuci 'threaded tip' dgn kapas beralkohol
 
Buka penutup 'outer needle cap'
 
Masukkan jarum kedalam 'threaded tip'
 
Beginilah keadaannya setelah jarum disambungkan pada pen


3) Sekarang, adjust pen kepada dos yang diperlukan.
Pusingkan hujung pen ('black dosage selection dial') kpd anak panah pada pen. Pastikan dos yang dikehendaki berada tepat pada anak panah.
Kemudian tarik 'punat' yang terletak di hujung pen ('red dosage control dial').
Pastikan dengan melihat dos yg dikehedaki yg tertulis dgn warna hitam dan merah, selari dengan anak panah.

Pusing 'black dosage selection dial' hingga ke arah anak panah mengikut dos yang dikehendaki
 
Tarik pula 'red dosage control dial'
 

Pastikan dgn dos yang dikehendaki selari antara anak panah, pada 'black dosage selection dial' dan juga pada 'red dosage control dial'
 
 
4) Bolehlah bersedia utk memberi suntikan.
Buka 'outer needle cap' dan 'inner needle cap'.
 
 *Sebelum memberi suntikan, buang udara di dalam pen dengan dos 37.5 IU dahulu dan tekan tombol sehingga habis. Pastikan dengan melihat sedikit cecair ubat keluar melalui jarum

Buka 'outer needle cap'

Buka 'inner needle cap'
 
 
 5) Cuci bahagian yang hendak disuntik dengan kapas beralkohol.
Picit sedikit kulit (bahagian yg hendak disuntik) dan tegangkan.
Beri suntikan dengan menegakkan pen 90 darjah (masuk jarum perlahan2 sehingga habis).
Kemudian tekan tombol ('injection button') sehingga berbunyi 'ketak' 3 kali.
Setalah itu, tarik semula jarum dan letakkan kapas kering pada bahagian suntikan.
 
*Bahagian yang sesuai adalah sekitar pusat, paha dan bahu.
 
Saya biasanya memberi suntikan di bahagian sekitar pusat.
Biasanya selepas memberi suntikan, saya biarkan jarum di dalam kulit dalam 10 - 15 saat untuk memastikan semua ubat masuk ke dalam kulit (jika ditarik jarum keluar dgn cepat, akan nampak cecair putih keluar melalui bekas suntikan).
 
 
Cara suntikan bawah kult ('subcutaneous')
(credit to: forums.steroid.com)

Kawasan yang sesuai diberi suntikan bawah kulit
(credit to: www.thirdage.com)


 6) Jangan dibuang jarum begitu sahaja. Ada cara utk mencabut keluar tanpa mencederakan kita.
Masukkan semula 'outer needle cap' ke dalam jarum sehingga kemas.
Pusing keluar jarum daripada pen dengan perlahan2.
Simpan pen ke dalam peti ais semula.



Masukkan 'outer needle cap' dgn berhati2

Pusing jarum sehingga merasa longgar

Tarik jarum daripada pen
Simpan pen di dalam peti ais semula



Masa yang saya biasa pilih untuk suntikan adalah waktu pagi, selepas solat Subuh kerana ketika itu hormon memang tinggi dan membantu utk pembesaran folikel.
Selepas suntikan, saya akan berehat dahulu sekurang2nya 30 minit sebelum melakukan apa2 aktiviti.
 
Ubat/pen yang selebihnya saya simpan di dalam peti ais (bahagian bawah tu ye..bukan freeze tu).
 
 
Banyakkan berdoa..
 
Biasalah...
Sebelum prosedur risau takut folikel tak membesar dgn baik...
Lepas tu risau takut tak boleh buat IUI atau IVF...
Lepas tu risau pulak menjadi ke tak prosedur tu...
(Tempoh 2 minggu selepas prosedur adalah tempoh yg paling mendebarkan)
Lepas tu risau pulak yang UPT kita buat betul ke tak...
Lepas tu risau pulak, takut bleeding...
Lepas tu risau pulak dapat melepasi trimester pertama atau tidak..
Lepas trimester pertama, risau dapat lepas trimester kedua atau tidak..
 
Macam saya sekarang ni, risau takut contraction...
Takut leaking...
Takut cervical dilate jugak...
 
 
Isk..isk..isk... Nak ada anak ni banyak sangat kerisauan..
Bila dah ada anak risau kesihatan dia pulak..
 
Macam tu lah..
Sandarkan semua pada Allah..
Percaya dgn qada' dan qadar Allah...
InsyaAllah..
 
Jangan lupa bahawa kita ni sementara shj kat dunia ini
Ada lagi yang kekal di kemudian hari..
 
 
Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment