Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Alhamdulillah, dengan izin dariNya, terciptalah blog bagi merakam perjalanan hidup kami. Sebenarnya, sudah lama saya bercita-cita untuk mempunyai blog sendiri, tetapi pelbagai perkara berlaku dan semuanya terkubur begitu sahaja.
Ramai juga yang mencadangkan untuk saya menulis di dalam blog kerana dengan pengalaman saya harapnya dapat membantu insan-insan di luar sana. Lebih2 lagi apabila ketika ini saya 'menetap' di wad ini sudah hampir 3 bulan. Diharapnya, blog seperti ini dapat dijadikan 'ubat' bagi kebosanan dan kesunyian disini.
Saya berharap, pengalaman saya mendapat manfaat buat semua di luar sana terutamanya yang ttc ('try to conceive'). Suami juga mengesyorkan penulisan seperti ini, supaya dapat dijadikan rekod yang dapat diwasiatkan kepada zuriat kami nanti.

InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment