07 May 2013

Random Act of Kindness


Sejak akhir2 ni saya sangat berminat dengan laman web www.memecenter.com terutamanya artikel yang diolah oleh user bernama 'Vlade'. Artikelnya berkaitan 'Faith in Humanity' begitu menyentuh hati dan perasaan.
 
Kali ini saya mahu berkongsi, bagaimana ramai orang di luar sana yang bersedekah. Mereka lakukannya atas dasar kemanusian. Alangkah indahnya sekiranya mereka itu Islam, bertambah2 pahala..Saya doakan agar hidayah Islam sampai ke hati kalbu mereka.
 
Saya merasakan, perkara sebegini jarang dan sukar dilhat di Malaysia. Jika ada, mungkin ramai yang mengambil peluang tanpa memikirkan bahawa dia telah mengambil hak orang lain yang lebih memerlukan.
 
InsyaAllah, sama2lah kita berubah...
 
 
 
 








 


 
 
Alangkah indahnya, sekiranya semua manusia di muka bumi seperti ini..
 
Seperti zaman pemerintahan Saidina Umar. Pada suatu hari, Saidina Umar terkejut melihat lebihan harta zakat. Lalui beliau memanggil pembantunya dan menyuruh beliau mencari mana2 org yang layak diberi zakat. Maka, carilah pembantu ini ke seluruh pelusuk negeri.
Apabia, dia pulang dan lantas memberi lapuran kpd Saidina Umar bahawa tiada seorang pun yg layak krn semuanya telah mendapat hak masing2, kecuali seorang. Lalu Saidina Umar bertanya, "siapa?". "Saidina Umar sendiri sahaja yang belum menerima zakat", jawab pembantu itu.
 
Lihatlah di zaman itu, semua orang takut menerima zakat krn takut ada yang lebih hak memerlukan. Termasuk Saidina Umar yang takut utk mengambil walau sedikit harta tersebut. Semua rakyat ketika itu berebut2 membayar zakat termasuk yang miskin harta.
 
Lihatlah hari ini. Perasaa tamak menguasai ramai orang. Marilah kita beristighfar dan melihat kembali perbuatan kita. Mana yang baik diteruskan, yang tak baik...udah udah lah tu..
 
 
Wallahua'lam...
 


No comments:

Post a Comment