12 May 2013

Memori di Kota Kinabalu 2009 - Hari Pertama

Apabila kebosanan begini, teringat pada ahli keluarga. Lalu, saya melihat kembali folder gambar2 di dalam hard disk. Banyak betul kenangan dan tanpa gambar2 ini sudah tentu saya akan terlupa semuanya.
 
Sambil menelek, terlihat folder Sabah.. Ketika itu saya dan suami masih di awal perkahwinan dan tahap ekonomi pun tidak berapa stabil. Saya harap dapat membawa seluruh keluarga...tapi hanya mampu membawa kedua adik lelaki saya - Imran dan Irfan - yang ketika itu masih terlalu muda.
 
Percutian 4 hari 3 malam kami adalah percutian budget - pergi dengan tiket kapal terbang promosi - tinggal di rumah kawan suami (yg pada masa yg sama pulang bercuti di Semenanjung, maka rumahnya kosong!) - mencari kereta sewa murah utk bersiar2 di sekitar Kota Kinabalu.
 
Pada masa itu, rasa terlalu besar tanggungjawab kerana perlu menjaga adik2 lelaki dan  suami. Bayangkan 3 jejaka yg perlu diurus makan,minum dan pakaian!
 
 
 
Sedikit kebosanan semasa transit di KLIA (ke KK), tapi masih segar dan bersemangat
Imran di dalam kapal terbang mainan disediakan berdekatan dgn KFC
 
Berdebar2 menantikan masa untuk menaiki kapal terbang
Kali pertama menaiki kapal terbang bagi kedua adik lelaki saya
 
 
Saya membiarkan suami duduk bersama adik2 (kemudian menyesal sendiri kerana di sebelah saya adalah seorang lelaki, terpaksalah mengecilkan badan agar tidak tersentuh - yelah, kerusi ekonomi tak seluas business class)
Suami, Irfan dan Imran
 
Saya tidak membawa surat beranak adik bongsu, yang ada salinannya sahaja - imigresen di KK menasihati agar menjaga adik saya sebaiknya
(Kami tidak tahu perlu menunjukkan IC dan surat beranak sebelum kesana)
 
Suasana di airport KK (KKIA)

Setelah itu, kami terus ke perumahan kuarters marin (rumah kawan suami - thanks Sarih). Berehat sebentar bagi menghilangkan pening2 lalat semasa di awan tinggi.
Perumahan kuarters ini kedudukannya di lereng bukit (sangat unik), rumah 2 tingkat ke bawah!
(Maaf, gambarnya tiada bah...)
 
 
Pada malamnya, kami ke Filipino Market, seperti pasar malam, yang penuh dgn makanan laut segar, samada mentah dan yg telah dimasak. Harganya pula sangat murah!
Ramainya orang...

Harga seekor ikan merah bakar adalah RM10 sahaja!
Memang makan besar kami malam itu.
 
Harga udang besar ini tidak semurah ikan merah!
Nak tahu? Hampir RM100 seekor.
Hanya mampu melihat dan mengambil gambar

 Malam itu, kami semua makan dengan seleranya. Mana tidaknya, tengaharinya perut kami tidak dapat menerima makanan yg disediakan oleh MAS. Setelah sampai, hilangkan mabuk dahulu.
Apabila malam, melihat pula makanan segar, hmmm...nyum..nyum..
Alhamdulillah...
 
 
 
...to be continued...
 

No comments:

Post a Comment