15 May 2013

Suntikan Proluton - Menguatkan Rahim



Assalamualaikum semua...
Bersyukur kita pada hari ini krn diberi peluang utk terus mengabdikan diri kepada Allah demi mendapatkan keredhaanNya.

Untuk entry kali ini merupakan kesinambungan entry sebelum ini yang mana saya akan berkongsi maklumat berkenaan Proluton. Proluton merupakan suntikan depot yang saya ambil semenjak 4 minggu hamil, 2 kali seminggu (saya pilih hari selasa dan sabtu), dan diminta  untuk diteruskan sehingga 36 minggu.

Sakit tak?
Proluton ini  adalah oil-based medication, bermakna ia sangat pekat. Untuk syringe out sahaja, memang sukar. Bayangkan apabila suntikan dalam otot (intramuscular) diberi. Kadang2, air mata terkeluar juga terutamanya apabila kawasan yang diberi suntikan menjadi lebam dan bengkak.
Tetapi ini semua adalah salah satu pengorbanan yang saya harus lakukan demi anak kecil dalam perut ini. Terima kasih kepada jururawat yg membantu saya untuk memberi suntikan ini sepanjang berada di dalam wad (jika di rumah, suami yg akan beri suntikan).




Apa itu Proluton?

Credit to: xclusivelyxpressing.blogspot.com 


Proluton = Hydroxyprogesterone caproate
Merupakan suntikan depot yang mengandungi hormone Progesteron

*Mesti diberi melalui suntikan dalam otot (intramuscular/IM) dengan perlahan-lahan dan kemudian letakkan plaster pada tempat suntikan untuk mengelakkan ubat terkeluar dari celah suntikan.

*Disimpan di tempat kering (30 darjah selsius) dan jauh dari cahaya






Untuk Apakah Suntikan Proluton ini Diberi?

  1. Keguguran berulang ('recurrent pregnancy loss') : 250 - 500mg, sekali seminggu
  2. Imminent abortion (hampir keguguran) : 500mg, 2 - 3 kali seminggu, sehingga pendarahan berhenti (dicadangkan agar pesakit 'bed rest'). Rawatan diteruskan 250mg, 2 kali seminggu sehingga pendarahan dipastikan tiada
  3. Infertiliti yg disebabkan oleh kekurangan/ketidakcekapan korpus luteum ('corpus luteum insufficiency') : 250mg, 3 hari berturut2, selepas suhu badan meningkat (dijangka ovulasi berlaku) - tujuan diberi untuk memanjangkan fasa luteal
  4. Amenorrhea (haid tidak muncul atau lewat) : 250mg, hari ke-18 hingga ke-20 kitaran haid
 
*Untuk 3 dan 4, pastikan rawatan hormon estrogen diberikan sekurang2nya 14 hari sebelum Proluton diberikan untuk 'endometrial priming' (optimumkan lapisan endometrium).

*Oleh kerana Proluton menyebabkan rahim tidak contraction, ada kemungkinan embrio yg tidak survive akan terus berada di dalam rahim. Adalah penting, untuk memastikan kehamilan itu adalah 'viable' sebelum suntikan diteruskan.


 
Dilarang bagi...
  • Alahan kepada progesteron
  • 'Venous thromboembolism' - darah beku di kaki (DVT) atau di paru-paru (Pulmonary Embolism)
  • Penyakit yg berkaitan dgn salur darah dan jantung; serangan jantung (Ischemic Heart Disease) atau stroke
  • Kencing manis yang sudah ada komplikasi
  • Penyakit hati dgn fungsi hati yang rosak
*Mengkiut kajian, Proluton tidak akan menyebabkan kecacatan pada anak dalam kandungan tetapi akan memberi kesan kepada penghasilan susu.


 
Kesan Sampingan
  • Alahan kulit
  • Reaksi pada tempat suntikan (kemerahan, bengkak, sakit)
  • Chloasma (hyperpigmentasi pada kulit disebabkan perubahan hormon) - elak daripada terkena cahaya matahari
  • Kemurungan (terutamanya bagi pesakit yg sedia didiagnos)



Rujukan:
http://www.mims.com

3 comments:

  1. Sy baru je lepas embryo transfer pada 3 feb lepas. Nak tanya, sy tersimpan proluton dlm peti ais la.. x pe ke?

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat menarik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Saya dah 5x ambil injection proluton ni. Ada 19 kali lagi. Lepas kali ke5 tempat disuntik jadi gatal. Dan tempat² suntikan sebelum ini pun jadi gatal. Bgtau doc tapi katanya bukan alahan 😞

    ReplyDelete