27 May 2013

Alhamdulillah...Sudah 6 Bulan

Assalamualaikum w.b.t.
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.
 
Semalam, banyak benda best berlaku.
 
Pertamanya, sahabat baik saya, Kak Maziah dan Kak Faiz datang melawat. Seronok...Rasa jika sehari bersembang pun x jemu. Seronok dapat mengetahui perkembangan terbaru kawan lama...yelah, saya ni kurang berfacebook. Jika dibuka facebook, mula lah rasa homesick bila tgk org lain gi holiday, makan sedap2...apabila mereka update perihal mereka hari2.
 
Kemudian, sedang kami berbual, ada staf yg datang menghantar spageti, katanya kiriman Pn. Zuraida. Bertambahlah lagi seronok saya. Nak buat macam mana...tekak saya tekak mat saleh..dpt makan western hari2 pun takpe.
 
Petangnya, suami membawakan yong tau fu...sedapnya.. Minta carikan tau fu fah..tapi agaknya di Kemaman memang tiada yg jual. Tapi, tak dapat juga saya menghabiskan yong tau fu tu..perut cepat penuh...nanti bila terlalu se'eh jadi sush pula nak solat. Maka, suami bawa balik separuh.
 
Bila malam, semasa tengah berblogging...terpandang lah gambar air cendol di dalam mangkuk bersama ketulan ais batu dan siraman gula Melaka. Sedapnya.. Nikmatnye rasa..
Saya tahu air cendol yang paling sedap (yang kami pernah rasa), iaitu di Tanjung Malim. Setiap kali kami balik Perak, pasti akan berhenti utk merasakan kesejukan cendol di situ.
Takpe..saborlah wahai hati.. Tak lama dah ni.. Cendol bila2 masa boleh minum...kan..
 
 
 
 
Hari ini juga adalah hari yang menggembirakan buat kami kerana hari ini genap 24 minggu kehamilan saya..maknanya, sudah 6 bulan cukup.
Jika semalam, baby tidak bergerak mana...tetapi hari ini..cukup aktif.
Dan kami seperti berbual. Setiap tendangan halusnya, saya menjawab dan berkata2 dgnnya..
Akhir sekali saya menelefon suami, melaporkan keadaan anak yg aktif, ketika itulah, dia berhenti menendang..seolah2 terhibur mendengarkan suara ayahnya.
Alhamdulillah...
 
Perut saya kini sudah makin membesar. Ada satu ketika saya meminta suami melihatkan samada sudah ada 'straie gravidarum' (belang2 putih pada perut) - memandangkan di wad tiada cermin memanjang dan adalah sukar melihat perut sendiri - suami terkejut, "besarnya perut, macam orang pregnant dah", katanya. Saya cuma tersenyum, memahami. Kami tidak tinggal serumah..apabila datang melawat...dgn pakaian hospital yg besar ni jadi payah melihat perubahan fizikal.
Ingin saya meletakkan gambar 'baby bump'...tetapi suami tidak mengizinkan..
 
 
Beginilah ilustrasi kandungan saya ketika ini
credit to: calculator.pro
 
 
Katanya, tinggi rahim sudah melepasi 2 inci dari pusat.
Maknanya, perut yang mengisi makanan, semakin mengecil. Patutlah sekarang ini saya hanya mampu menghabiskan separuh nasi. Jika nasi dan lauk berjaya dihabiskan, alamatnya...terpaksa menunggu sekurang2nya sejam untuk minum air pula.
 
Pundi kencing juga tidak menahan air kencing dgn lama.
Setiap malam, sudah pasti saya terjaga utk ke tandas.
Bahaya menahan kencing ni...kerana boleh menyebabkan kontraksi pada rahim.
 
 
Bagaimana keadaan bayi?
 
Ketika ini, panjangnya sudah lebih kurang 30cm dengan berat 600gm.
 
Jika sebelum ini, deria pendengaran sudah berkembang, ketika 24 minggu, deria rasa ('taste buds') pula akan terus berkembang. Jika ibu makan/minum sesuatu yang pelik atau pahit, anak kecil ini dapat menunjukkan ketidakselesaannya.
 
Selain itu, paru-parunya mula membentuk dengan baik, termasuk sel yang menghasilkan surfaktan (surfaktan adalah bahan penting utk membolehkan bayi bernafas sendiri setelah dilahirkan). Bayi akan cuba berlatih bernafas dgn menghirup air ketuban ('amniotic fluid') memenuhi paru-parunya.
 
Kulitnya masih terlalu nipis ('translucent') dan seluruh tubuhnya dibaluti rambut halus ('lanugo hair') dan sejenis bahan yang melekit dan berminyak. Rambut di kepala pula sudah mula menumbuh.
 
Jika dilahirkan pada 24 minggu (pramatang), peluang untuk survive adalah 36%.
 
credit to: http://www.baby2see.com
 
Okay baby..kita sama2 berusaha ok..
Jangan berhenti berusaha, bersabar, berdoa dan bertawakal.
InsyaAllah...kejayaan itu milik kita
 
 


No comments:

Post a Comment